How I try to turn this into something that I can cry over, I am at the wrong side of your stories again.. I deserve the blame.. Dalisha duduk perlahan di atas sofa, dia sudah kembali tenang dari tangisannya. Puan Anira perlahan meletakkan segelas air dihadapan Dalisha. Matanya tidak lepas dari memandang menantunya itu. Ini pertama kali dia melihat Luqman begitu marah dan meninggikan suaranya. Sepanjang 37 tahun hidup pemuda itu. Ini hari yang buat nampak sisi anak lelakinya ketika marah dan di landa masalah. Sewaktu Aliessa masih isteri Luqman. Anaknya itu tidak tampak bahagia tidak juga tampak bermasalah. Tahu-tahu sahaja pemuda itu menyampaikan berita penceraian mereka. "Imani minum.." Tak pasti bagaimana mahu memulakan bicaranya, dia hanya meletakkan arahan sahaja. Dia tidak benci akan kewujudan Dalisha dalam hidup anaknya, dia cuma tak dapat menerima gadis semuda Dalisha yang menjadi penganti menantunya. Ibu mana yang tak akan bersangka buruk dengan ini? Muda, can...
One of my feberet, kecuali part haris matiππ
ReplyDeleteeiii jangan lah spoil hahahah
Delete