#1 ADDICTION

Dahlia Hana duduk di bangku di tepi padang Conlay High School yang di kongsi bersama dengan University of Conlay. Dia duduk menelaah buku pelajarannya sesekali melihat ke tengah padang. Team bola sepak Conlay sedang melalukan larian keliling padang sebanyak 5 kali.
Dia terpaksa duduk di situ melihat segalanya yang memang tidak pernah dan tidak akan menjadi satu daripada aktiviti hariannya. Cuma sejak pengetua baru masuk. Dia mahukan pelajar yang tidak menyertai apa-apa aktiviti bersukan untuk menjadi 'kuli' kepada atlet.
Bukan apa, katanya ini jalan mudah untuk mendapatkan markah koko yang lebih baik. Pelajar yang seperti dirinya ini cuma duduk di bilik ber air conditiner sahaja. Tidak mahu langsung mencuba apa-apa aktiviti seperti ini.
Sebelum dia menjadi kuli untuk pasukan bola salah seorang petugas library bernama Dila juga duduk di posisinya, menjadi pembantu pengurus pasukan bola. Gadis itu merupakan seniornya dan sudah tamat belajar. Awal tahun lepas semuanya nampak teratur sehinggalah Dila di panggil untuk melakukan tugas tambahan. Dila sudah tidak datang ke library sehingga hujung tahun.
Malahan meletak jawatan. Juga berpindah sekolah.
Ah pasukan bola sepak Sekolah Tinggi ini bercampur dengan Uni. Under 18. Pasukan Senior. Ah semua orang takutkan mereka. Buat masa ini tiada lagi masalah. Cuma dia tahu dia betul dilakukan sebagai kuli.
Tap~
Dahlia tersentak. Dia terjaga dari lamunannya. Terus dia memandang botol yang tergolek di tanah. Ah kurang ajar benar ni. Dia terus bangun wajahnya masam. "Orang terjerit-jerit mintak air. Kau boleh berangan dekat tepi pulak." marah Lutfi di tengah padang.
Dahlia terus menarik water box ke tengah padang. Berlari menghampiri 12 orang pemuda di tengah padang yang menanti dirinya membawa bekas air itu kepada mereka. Dahlia berhenti di kelompok pemuda itu. Dia menunduk membuka water box bewarna biru itu. Tetapi terlalu ketat pula. Dia jadi terkial-kial.
Mereka sudah mengeluh.
"Alah-alah kenapalah sir bagi kita benda tak boleh guna macam ni." Dahlia cuba lagi beberapa kali tapi penutup itu masih ketat. Ah ni terasa mahu menangis ni. Ish. Mereka sudah mula membebel.
Dia yang sedang bertinggung itu di tolak kasar ke tepi. Dahlia terus berpaling. Kasarnya. Dia melihat sisi tubuh kapten pasukan, Haris Haikal yang sedang bertinggung membuka bekas air itu.
Pemuda itu hanya berwajah dingin. "Lembablah semak betul." kasar sahaja Haris berbicara. Janganlah terlalu berharap untuk dilayan secara baik oleh Hitler ini. Jangan lah letak apa-apa harapan.
"BERANGAN APA LAGI? CEPAT LAH HULUR AIR TU!" terangkat bahu Dahlia mendengar lengkingkan Haris. Dia terus bangun menghulurkan botol air kepada pemuda-pemuda yang sedang menanti itu. Alah macam tak boleh tunduk ambil sendiri. Semua ni poyo je lebih.
Selesai sahaja dia memberi mereka minuman dia menghampiri Haris. Haris berdiri tegak sambil melihat kertas yang berada di tangannya. Dahlia berdiri di hadapan Haris beberapa ketika sebelum dia berdehem. Haris mengangkat kepalanya memandang Dahlia.
"Nak buat apa lagi ?" soal Dahlia. Dia masih tidak tahu mahu membahaskan Haris sebagai apa. Pemuda itu berusia 21 tahun pelajar Universiti Conlay. Jika dia panggil 'abang' ? mari kita cuba.
"Bersihkan bilik persalinan. Ni kertas ni ada beberapa senarai peralatan. Aku nak kau check ada barang hilang atau tak. Aku nak kau cuci semua peralatan tu."
Aduh kerja berat.
"Tapi bang..."
"Sejak bila bapak kau khawin dengan mak aku yang kau nak berabang-abang ni ?" kena tengking lagi.
"Tapii..."
"Apa lagi kau ni tapiii tapiii. Tapi tu tak dapat siap kan kerja tahu. Kau pergi buat sekarang. Pukul 6 kita orang masuk bilik tu dah kemas. Kertas ni pun dah siap. Kau faham ?" kasar sahaja. Pemuda itu memandang tajam Dahlia. Katanya sudah muktamad tiada lagi apa yang mampu di bahaskan.
Gila lah kalau dibahaskan lagi. Pasti lagi teruk di maki hamun oleh pemuda itu. Perlahan sahaja langkah Dahlia menuju ke rumah kayu di tepi padang. "Kau nak pergi mana ?" kena jerit lagi. Dahlia berpaling.
"Gi kemaslah."
"Ni bekas air ni. Kau nak kita orang guna waktu main bola ke? sepak benda ni?" sinis Haris bertanya. "Angkat benda ni letak tepi." Dahlia terus mengangkat kotak yang agak berat itu. Di bawa bersama ke tepi padang semula. Kemudian dia terus menuju ke arah rumah kayu itu.
Membuka pintu dan perh bau peluh. Peluh sana sini. Peluh situ peluh sini. Euw busuk. Dia melihat jersey yang bersepah dan juga lantai yang berumput. Pengotor betul mereka ni.
Dahlia terus mengutip jersey masuk ke dalam bakul. Untuk di basuh. Ah rumah kelab ini paling mewah antara kelab-kelab lain di dalam sekolah ini. Luas besar. 5 kamar mandi yang terbuka di dalam rumah itu. 13 almari yang di susun untuk setiap pemain. Sebuah kawasan reakreasi. Tempat basuh pakaian. Meja untuk mereka mesyuarat di tepi tempat rekreasi.
Ah kawasan menyimpan peralatan untuk mereka training juga. Mini gym. Pengetua berhabis benar untuk mereka. Sangat berhabis.
Perkara pertama yang di lakukan oleh Dahlia ialah membasuh pakaian dan mengemas setiap almari pemain. Menyusun barang-barang mereka. Mengemop lantai. Dan akhir sekali mengira peralatan. 2 jam sudah berlalu. Dia duduk tersandar di atas bangku panjang yang terletak di sisi dinding itu. Peluh mintik hebat.
Dia membuka butang baju kemejanya sedikit. Panas. Melelapkan matanya seketika. Penat. Dia terlelap. Tiba-tiba ada tuala mendarat atas kepalanya. Terus Dahlia terjaga. Tubuhnya sudah lesu mahu tidur. Tetapi diganggu pula haih.
Dia menarik perlahan tuala di kepalanya sebelum memandang siapa yang menganggu tidurnya.
"Use this Lia." Seorang lelaki menghulur seluar tracksuit dan sehelai t-shirt. Dia bingung. Tiba-tiba sangat. "Hah ?" "Guna ni tukar uniform you yang kotor tu." Dahlia melihat skirt dan kemeja putihnya terus. Berdebu.
"You tukar ni. I keluar. Dia orang belum habis training lagi. Guna dulu tempat mandi and bilik ni kemaskan diri you." lembut sahaja. Dahlia menyambut perlahan. Pemuda itu terlalu berlalu ke pintu keluar. Kelihatan seorang lelaki mahu masuk tetapi ditarik oleh dia keluar semula.
Dahlia terus mencapai tuala tadi. Menuju ke bilik air. Mandi membersihkan diri. Menyarung t-shirt hitam itu ke tubuh. Besarnya. Sungguh. Dia menyarung pula seluar tracksuit itu.
Ah tubuhnya yang berketinggian 167 cm itu terasa begitu kecil pula. Segalanya besar. Dia menyentuh perutnya. Lapar. Perlahan tangannya mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Dan pintu terbuka.
Kelihatan Haris melangkah masuk ke dalam kawasan itu. Wajahnya dingin sahaja. Memang macam ais. Haris meletakkan bola yang berlumpur ke dalam bekas bola yang sudah di cuci Dahlia. Habis kotor. Dahlia memandang ke arah Haris. Menanti.
"Mana kertas tu ?"
"Haris relaks lah." pemuda yang bagi dia baju itu berdiri di sisi Haris.
Dahlia menghulurkan perlahan. Haris merentap kasar sahaja. Pemain yang lain sudah masuk ke dalam rumah kelab. Ada beberapa yang memuji bau lavendar di dalam rumah kelab itu.
"Rasa macam bilik perempuan." ketawa.
"Dia betul-betul mengemas ni." lagi ketawa. Mereka mula mencabut jersey. Duduk bersantai di dalam bilik itu tanpa segan silu. Ada yang terus masuk mandi. Ah Dahlia sudah blushing. Gila ke tempat mandi itu kecil sahaja di susun seperti tandas sekolah dan dindingnya jelas bayangan orang yang sedang mandi.
Haris berpaling ke arah tempat alatan. Dia check satu persatu kon dan trek larian. Dia melihat beberapa kasut bola dan bola futsal. Dia berhenti di hadapan bakul bola sepak. Dia memegang sebiji bola yang agak kotor dan berlumpur.
"Basuh semua balik." satu arahan dikeluarkan. Semua dekat situ berpaling. Gila dia yang letak bola kotor dekat situ. Dahlia sudah mengeluh. Alah kenapa dirinya sentiasa dibuli. "Ada masalah ?" soal Haris. Dia mencampakkan bola ke lantai. Melantun tepat mengena perut Dahlia. Mengaduh gadis itu.
"Ris.." pemuda di sisinya sudah mahu menolong.
"Diam Firash aku tak ada mood ni." pangkah Haris.
Dia melihat gadis itu yang sudah berdiri tegak tetapi masih memegang perut sendiri. "Tak ada."
"Then? Kau tercegat apa lagi? Pergilah basuh!" terangkat bahu Dahlia apabila ditengking. Dia tergesa-gesa menuju ke arah bakul bola itu. Mengangkat bakul besar yang berisi 20 biji bola sepak itu. Berat gila. Tubuhnya sudahlah kurus kering.
Haris sudah berlalu ke arah lain menuju ke lokernya. Firash berpaling. Dia membantu Dahlia membawa bakul itu ke belakang. "Tak apa biar saya buat. Dah pukul 6 ni. Balik lah." arah Firash. Nampaknya hanya sorang manusia normal di dalam rumah kelab ini kini.
Dahlia menolak anak rambutnya kebelakang. "Ni kerja saya. Thanks for this shirt by the way." Dahlia tersenyum manis. Pemuda itu mengangguk. Perlahan dia mengeluarkan bola-bola itu untuk di cuci kerana sudah berlumpur.
Basuh bola bersama tetapi tidak ada sebarang perbualan yang terjadi. Hanya leka dengan kerja. Dahlia mengelap bola yang sudah di cuci Firash. Dia meletakkannya semula ke dalam bakul. Menanti Firash menghulurkan bola seterusnya.
"How old are you?" soal Firash. Dahlia memandang Firash. "17." Firash mengangguk. Ingatkan junior di UC rupanya senior di CHS. "Saya 21. Firash Ilham." Dahlia mengangguk. Dah kenal kalau sebut nama itu.
Antara top student di UC. Cuma tadi dia tidak kenal rupa. Terlalu jarang bersosial bersama UC student.
"Awak course apa ?" soal Dahlia.
"Seni bina." Sepatah sahaja.
"Sorry about Haris, Lia." Dahlia ketawa kecil. Sorry about Haris? Firash yang meminta maaf seakan-akan dia yang bertanggungjawab atas kejadian tadi. Haris sendiri yang mencampak bola kotor ke dalam bekas tadi. Depan matanya sendiri. Ah Haris pula.. Pemuda gila itu siapa sahaja yang mampu halang.
"Sudah siap." Ujar Dahlia apabila dia siap mengelap bola itu. Dia terus membawa masuk ke dalam rumah kelab semula. Dan bola terlambak ke atas lantai. Firash yang muncul di belakang nya terus tergamam. Dahlia sudah terkaku. Bola matanya terasa mahu melantun keluar.
Pantas Firash menutup mata gadis itu menggunakan tangan tetapi tidak menyentuh gadis itu. Dia cuma menghadang pandangan Dahlia mengunakan tapak tangannya. Terus sahaja Dahlia memejam matanya. Gila ah. Mahu terjatuh jantungnya. Bukan kerana lelaki berboxer itu. Tetapi kerana Firash terlalu dekat menyentuh belakang tubuhnya kini.
Lelaki-lelaki itu ada yang cuma berboxer sahaja. Berseluar terlalu pendek tanpa memakai pakaian. Mereka terus menyarung t-shirt mereka.
Firash ketawa kecil. "Ayokk kena cuci mata lah nampaknya lepas ni." ketawa kecil. Dia sudah tidak menghalang mata Dahlia. Dia sudah mengutip bola itu semula mujur tidak semua yang jatuh. Terperanjat benar gadis itu. Kelakar juga wajah Dahlia yang kemerah-merahan itu.
Firash melangkah masuk ke dalam rumah kelab itu berjalan menuju ke kawasan peralatan kemudian meletakkan bakul bola itu di kawasan itu. Dahlia terus berlalu, berjalan menunduk menuju ke arah meja yang terletak di tempat rekreasi mereka.
Dia menarik perlahan bag sandangnya kemudian di sandang di bahunya. Mencapai botol air besarnya dan beberapa buah buku. Dia sudah berura-ura mahu berlalu pergi. Tetapi mata-mata pemuda di dalam itu masih memandang ke arahnya.
"Baru pukul 6.30. Kita orang nak lepak minum. Tak mahu join?" soal seorang lelaki yang duduk di atas bangku itu. "Yelah jumlah join kita orang." ajak yang lain.
Dahlia mengeleng. "Tak apa.. Saya nak balik dah. Jumpa esok." Dahlia pantas melambai kemudian berjalan tergesa-gesa melintasi mereka. Dia bertembung dengan Haris yang masih bertuala. Tubuh masih basah baru keluar dari bilik air. Bertambah merah wajahnya. Gilalah.
Dalam masa satu hari segala macam benda yang telah di lihatnya.
Dahlia terus melintasi Haris dia berlalu keluar dari rumah kelab itu terus menuju ke pintu pagar utama. Dia mengeluarkan handphonenya.
Abang.. jemput.. - dahlia
Satu Imessage di hantar kepada abangnya. Menunggu beberapa ketika sebelum menerima balasan.
On the way - adam
Dahlia melihat jam tangannya. Sudah hampir mahu ke pukul 7. Dia menanti abangnya di hadapan pondok guard. Di situ lebih selamat berbanding di bus stand yang terletak di luar sekolah.
Beberapa ketika menanti si abang masih tidak memunculkan diri. Pemain bola yang lain sudah beberapa orang melintasinya menaiki motor. Ada yang menyapa ada mengangkat tangan sahaja. Ah dia mahu cepat pulang sebelum hari gelap.
"Lia.." Dahlia berpaling. Firash yang memandu Honda Civic putih itu berhenti dihadapannya. Memandang dari tempat pemandu. "Jom saya hantar." ajak Firash sambil tersenyum manis. Dahlia mengeleng perlahan.
"Ah tak apa lah. Next time. Dah suruh abang jemput." Tolak Dahlia lembut. Banyak sebab dia menolak, satu dia sudah beritahu abangnya supaya datang menyemputnya. Dua dia tidak akan naik mana-mana kereta dengan mana-mana lelaki yang baru dikenalinya. Firash mengangguk. "Ah tak apalah. Bye. Jumpa esok." Firash terus melambai sebelum berlalu pergi.
Dahlia duduk di atas bangku di situ menguis-nguis hujung kasut di atas lantai. Menanti si abang yang masih tidak kunjung tiba. Perlahan dia bersandar. Tubuhnya yang sememangnya sudah penat itu akhirnya membuatkan dirinya terbuai dalam mimpi.
Haris mengunci pintu rumah kelab apabila sudah selesai semua urusannya. Dia melihat jam. Sudah pukul 7.30 petang. Dia ada janji dengan adiknya. Perlahan dia melangkah menuju ke motorsikal kawasaki ninja nya yang terparkir di hadapan rumah kelab itu. Dia terus naik ke atas motorsikal. Mahu memandu pergi tetapi ternampak Dahlia Hana. Gadis yang menjadi pembantu pengurus itu sedang tidur di bangku pondok guard.
Haris terus memandu pergi. Ah bukan urusan aku dia mahu tidur di sini. Makan di sini atau bermalam di sini sekali pun. Sampai sahaja di persimpangan sekolah. Dia teringat adiknya pernah bercerita tentang 'penyumbangleweng' yang selalu masuk ke dalam kawasan sekolah kemudian menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan.
Haris memgetuk perlahan helmetnya. "Aduh." Dia berpatah balik memberhentikan motornya di hadapan pondok guard. Dia menanti seketika sebagai syarat sahaja untuk menemani gadis itu. Hilang sedikit rasa serba salah sekiranya ada apa-apa yang berlaku.
Dahlia masih enak di buai mimpi. Sesekali dia mengaru lengannya yang terdedah itu kerana di gigit nyamuk. Haris menanti lagi. Sudah sejam berlalu. Kini jam sudah menunjukkan 8.30 malam.
"Kamu tak balik lagi Haris?" soal Pak Mail yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Haris mengangkat kepalanya melihat pak cik itu. Dia mengeleng perlahan. Dia mencabutkan helmetnya. Ah sudah sampai ke sudah dia menemani gadis ini nampaknya. Dia memandang sekeliling. Kawasan sekolah sudah gelap cuma lampu di tepi padang dan lampu jalan sahaja yang menerangi malam itu.
"Kenapa tak balik lagi ?"
"Teman member pak cik." itu sahaja dia beritahu.
"Dahlia Hana ni ke? Dia selalu pulang lewat seperti ini. Sudah biasa." Haris memandang pak cik itu. Sudah biasa?
"Dia balik dengan siapa selalunya pak cik?"
"Biasanya abang dia..." dan sebuah BMW hitam memasuki kawasan sekolah berhenti di sisi motornya. "Ah tu abang dia." Haris berpaling ke sisinya melihat seorang pemuda tampan keluar dari tempat pemandu. Membetulkan kot.
Haris sudah memakai semula helmetnya memandang pemuda itu memasuk barang Dahlia ke dalam perut kereta. Sebelum mengangkat Dahlia di bawa masuk ke dalam kereta juga. Haris memandang segalanya setelah dia berpuas hati dia terus memecut laju meninggalkan kawasan sekolah itu.
Habislah pasti adiknya marah. Jam sudah menunjukkan ke arah pukul 9 tepat dan dia masih tidak sampai di rumah. Gila benar ni.
Haris berjalan masuk perlahan ke dalam rumahnya. Cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Adiknya yang sudah siap mahu keluar itu sedang menonton televisyen.
"Adik dengar bunyi motor abang. Lain kali silentkan sekali motor tu." Langkah Haris terhenti. Dia tersengih-sengih berjalan menghampiri Lily Diana yang sedang duduk di sofa itu.
Dia duduk di sisi adiknya memeluk erat bahu gadis itu. "Alah sorry lah sayang."
"Janji apa abang ni ? Paria lah." marah Lily. Dia geram jika mahu cancel cakap terus tidak perlu dia bersiap dan menanti abangnya. "Tunggu abang siap ya. Sekejap aje." Haris baru mahu memulakan langkah.
"Adik dah tak ada mood. Lain kali ajelah." Lily terus bersandar di sofa itu. Wajahnya jelas terpancar ketidakpuasan hati. Haris duduk kembali.
"Abang betul-betul ada hal tadi dik. Sorry sangat." dia memujuk adiknya. Lily menjuihkan bibirnya.
"Yelah, abangkan hidup zaman batu. Kalau nak infrom kena cari burung kena cari arang kena tebang pokok buat kertas kan. Lupa." Haris tersengih. Aduh sakit panahan kata itu. Lily menjeling tajam. "Abang lupa sangat tadi. Sorry okay."
"Bagus lah lupa adik sendiri sebab main bola tu. Main bola tu sampai malam..."
"Adik... Abang dah kata sorry kan. Apa lagi."
"Hari-hari ke adik mintak abang temankan adik makan dekat luar. Teman adik tengok wayang? Sebulan sekali bang. Tu pun kedekut masa. Adik ada siapa aje selain abang?" soal Lily, dia agak berjauh hati dua bulan berturut-turut cancel kerana abangnya asyik terlupa.
Lily menongkat dagu. Abangnya yang sedang memujuk itu langsung tidak di layan. Dia buat tidak endah. Haris terlalu sibuk sama seperti bapanya. Tengoklah masih tidak pulang.
Hidupnya hanya bersama orang gajinya. Makan-minum. Teman berbual. Malahan kadang dia memaksa tidurnya di temani. Haris bangun. Dia tahu adiknya sudah tidak mahu berbual. Dia mencabut jaketnya.
Diletakkan di atas sofa kemudian menuju ke dapur. Aduh apa lagi yang harus di lakukan sekarang. Kalau kali pertama dia boleh lah terlepas. Kini Lily tampak benar-benar marah. Dia perlahan membuka peti sejuk.
Takkan mahu buat nasi goreng? Haris menyelongkar peti sejuk mencari nasi sejuk. Dan dia menjumpainya. Dia meletakkan dua pek di atas meja. Mengeluarkan sayur dan kicap dan sambal yang Makcik Sal simpan di dalam peti sejuk. Dia membuka stove itu memanaskan kuali. Meletakkan minyak kemudian menanti minyak menjadi panas.
Dia membuka bahagian atas dan mengeluarkan beberapa daging burger. Mencarik daging itu menjadi kecil. Dia memasukkan nasi kemudian mengaul lalu menanti nasi itu sedikit masak. Dia memasuk bahan yang dikeluarkan ke dalam kuali lagi satu hanya campak-campak sahaja.
20 minit kemudian dia membawa kuali leper itu keluar. "Lily. Abang nak alas cepatt.." Haris mengesa. Lily terus tergesa-gesa mengeluarkan majalah ikon dan business milik ayahnya dan meletakkan di atas meja sebagai alas kuali itu. Perlahan Haris duduk bersila. Dia mengeluarkan 2 sudu dari poketnya.
"Makan dekat rumah. Handmade cook okay." ajak Haris. Lily tersenyum kembali dia duduk di sisi abangnya. Perlahan Haris mencapai remote televisyen. Membuka movie baru. Kehendak adiknya harus dilayankan juga. Jika tidak habislah nak memujuk itu sangat payah.
"Dah makan, penat tahu masak." Haris menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia mengunyah nasi campur itu. Sedap juga rasanya air tangan aku ni puji Haris sendiri.
"Thank you abang."
to be continued
Comments
Post a Comment