𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

 

How I try to turn this into something
that I can cry over,
I am at the wrong side of your stories again..
I deserve the blame..




Dalisha duduk perlahan di atas sofa, dia sudah kembali tenang dari tangisannya. Puan Anira perlahan meletakkan segelas air dihadapan Dalisha. Matanya tidak lepas dari memandang menantunya itu. Ini pertama kali dia melihat Luqman begitu marah dan meninggikan suaranya. Sepanjang 37 tahun hidup pemuda itu. Ini hari yang buat nampak sisi anak lelakinya ketika marah dan di landa masalah. Sewaktu Aliessa masih isteri Luqman. Anaknya itu tidak tampak bahagia tidak juga tampak bermasalah.  Tahu-tahu sahaja pemuda itu menyampaikan berita penceraian mereka. 


"Imani minum.." Tak pasti bagaimana mahu memulakan bicaranya, dia hanya meletakkan arahan sahaja. Dia tidak benci akan kewujudan Dalisha dalam hidup anaknya, dia cuma tak dapat menerima gadis semuda Dalisha yang menjadi penganti menantunya. Ibu mana yang tak akan bersangka buruk dengan ini? Muda, cantik dan berpelajaran seperti Dalisha, gadis ini tak nampak seperti perempuan pengikis seperti yang dia sangka. Santi sendiri menyangkalnya. 

Duit bukan tujuan utama Dalisha hidup di sisi Luqman. Dia salah menilai, dan dia melampaui batasnya. Sewaktu dia melihat Dalisha masuk tadi, pandangan gadis itu memang nampak kosong dan menyedihkan. Susuk tubuh Dalisha jugak tidak segalak dahulu, gadis ini tidak sebahagia dahulu sewaktu dia datang ke rumah melihat keadaan rumah tangga anaknya itu.

"Imani balik dulu maa. Maaf.." air itu tidak bersentuh. Dalisha bangun. Dia tidak memandang ke arah mentuanya. Dia hanya menunduk sedikit meminta diri mahu pulang. "Imani tidur di sini ya malam ni.." papa memecahkan kedinginannya. "Tak perlu paa, Imani balik rumah Luqman semula." dia sendiri tak pasti sama ada rumah itu akan menjadi tempat dia tuju apabila dia masuk ke dalam kereta sebentar lagi. 

"Papa already talk to Luqman yang you akan tidur sini."

"He talk to you? He isn't the type of person that can talk to other time dia dalam masalah paa.. Don't lie to me...

"I texted him.."

Dalisha meraup rambutnya ke belakang, dia memandang ke arah orang tua Luqman yang sedia berdiri tidak jauh dari sisinya. "I'm not in state of I can think straight but I will never kill myself.." dia tahu punca kerisauan mereka. Tak mahu anak lelaki mereka menjadi punca dua wanita membunuh diri. Puan Anira nampak sedikit terperanjat dengan kedingin Dalisha. Bicara menantunya itu sedikit tidak bernada dan dia benar-benar risau mahu melepaskan Dalisha keluar dari rumahnya sekarang. Dia memandang suaminya perlahan. Mahu memberi isyarat untuk menahan Dalisha.

"Papa nak tahu kenapa jadi macam ni Imani.." 

"I cheated on him.."

"If you did that, you will never come here Imani. Ask for the letter."

"Ask Luqman paa." Dalisha memotong pantas.

"Mama nak tahu puncanya Imani.." Dalisha duduk kembali. Dia ketawa perlahan. Wajahnya di raup. Mereka mahu tahu. "Waktu umur saya 16 saya bercinta dengan seorang lelaki. Sampai umur saya 18 saya dapat tahu yang ayah lelaki tu akan kahwin dengan mama saya. Kami bercinta dah jauh, jauh sangat sampai tahap saya mengandung dan saya gugurkan anak saya. Lelaki tu taknak bertanggungjawab. Cinta, dia pilih keluarga instead of bertanggungjawab ke atas saya."

"Saya gugurkan bayi yang saya kandung. Untuk apa saya biarkan dia membesar, kalau hidup saya sendiri pun terhuyung-hayang. Mahu dia membesar seperti saya? Saya keluar dari rumah keluarga. Saya sambung belajar dan kerja. Saya dapat semuanya dengan mudah sampai saya bertunang dengan seorang lelaki." Dalisha memandang wajah mama dan papa. Melihat mereka termangu dan tidak tahu mahu memberi reaksi apa dengan apa yang baru dia cerita kan ini. Dia ketawa lagi. 

"Mama tahu, tunang saya bercinta dengan Aliessa?" soalnya menahan tawa. 

"For one freaking year." tawanya mati.

"Luqman tak tahu berkenaan ni, saya intip semuanya dan saya tahu segalanya. Luar dalam hubungan anak mama. Patut mama sayangkan sangat Aliessa. Perempuan tu sempurna. Dari luarannya sampai atas katil." dia mengejek. Wajah mama memerah. Bahasa Dalisha tentu sahaja sangat memalukan untuk di dengari, penuh kesinisan dan ejekkan. 

"Saya goda Luqman. Tapi saya tak masuk dengan mudah dalam hidup Luqman. Anak mama bukan orang yang mudah untuk saya buat barang mainan. Saya jadi isterinya atas arahan dia. Saya ada sekarang kerana dia yang bawa saya masuk. Dan sekarang dia mahu saya keluar, saya akan lakukan." yakin, yang dia akan mampu meninggalkan Luqman semudah yang dia sangka.

"Saya dan Aliessa tiada beza. Dalam hidup Luqman kami berdua adalah betina perosak. Jadi tak perlu terima saya atau memaksa diri papa dengan mama untuk terima saya. Sampai kita jumpa lagi." Dia tahu dia sangat kurang ajar sekarang. Sangat melampaui batasnya. Dan dia sudah tidak punya sesiapa untuk berpaut lagi. Dia kembali pada takat dan fasanya semula ini. Zero. Dia harus mulakan semula semua. 

Dia bangun, bagnya di capainya kemudian terus berlalu pergi. Biarkan mereka mencerna apa yang baru dia ceritakan. Dia tak berniat mahu menyembunyikan ini daripada mereka saat mereka sudah melihat kejatuhan dia dan Luqman sebentar tadi. Tak mahu Luqman menerima tamparan yang maha hebat sama seperti Aliessa keguguran dahulu, ya dia masih ingat segalanya berkenaan pemuda itu. 

"Paa, mama tak rasa yang Imani akan balik ke rumahnya paa.. Call Luqman paa.."

"He doesn't pickup the phone. Imani, right when she said Luqman will never talk to anyone if he face any problem.."

"Paaaaa mama risau ya Allah." mama melangkah, dia mengejar langkah Dalisha. Gadis itu sudah memandu keluar dari garaj. Ya Allah, semoga gadis ini berada di atas jalanmu. Dan kau berikanlah ketenangan ke hatinya. Kau buang jauh ralat yang sedang di rasainya. Risau, hati tuanya begitu risau dengan keadaan Dalisha. Melihat gadis itu begitu kosong dan tidak berjiwa, dia seakan-akan dapat rasakan Dalisha akan ambil jalan mudah seperti Aliessa.  



**


Hafiz menyelesakan duduknya, dia masih menanti Uwais untuk hadir. Seketika juga dia duduk menanti, kakinya perlahan di silangkan. Dia menelek telefonnya perlahan, dan seketika kemudian kerusi di hadapannya di tarik. Uwais melabuhkan punggungnya. Hafiz memandang pemuda itu seketika, Uwais tampak biasa sahaja cuma pemuda itu sudah mula berkumis. Tidak seperti dahulu yang sentiasa menjaga penampilannya. Pemuda ini santai berdiri dengan jean dan kemeja longgar.

"Aku terus terang dengan kau. Berhenti hantar surat dan package bodoh kau dekat office Luqman. What you expect him to do. He will never do." tekan Hafiz tanpa sebarang kata mula. Dia tak mahu berlama dengan Uwais. Uwais diam dia tak tahu apa yang di maksudkan Hafiz. Pakej apa, surat apa. Dia tak menganggu kehidupan Luqman. "This kind of stupid shit doesn't effect him at all." sampul itu ditolak dekat kepadanya. Uwais mencapai. Dia melihat isi dalamnya. Senyumannya terukir sinis. Papa. Dia tahu ini pasti kerja papa.

"Aku tak perlu buat macam ni untuk dapatkan Dalisha.."

"Ya sebab kau tahu perempuan tu mudah jatuh dalam tangan kau semula kan.."

"She not easy Hafiz. You know her.."

"Not easy sampai datang rumah kau tidur dekat sana.."

"How I wish she can do that.." Uwais sinis. Dia bersandar tenang. Dia dan Dalisha sudah temu kata putus malam itu. Dan dia bersetuju untuk akhirinya. "Aku nak kau tahu yang aku dan Dalisha, dah tak ada apa-apa. Dalisha dah buang aku dari hidup dia. Dan dia tak berniat mahu simpan apa-apa saham dalam syarikat lagi. Dia bagi sama rata semuanya pada kakak dia. Ya keputusan tu dia buat sendiri. Kau tak perlu risau tentang dia. Terdesak mana dia dalam hidup dia. Tak akan sekali dia tidur dengan aku atau mana-mana jantan pun. Aku kenal dia." 

"You take 6 years, I don't believe you at all Uwais. Kau keji, aku tahu sejauh mana kau boleh pergi.."

Uwais ketawa, keji. Ya dia akui apa yang Hafiz nampak pada dirinya itu adalah benar. Saat dia tidak berpijak pada realiti. Saat dia sangka dunia Dalisha hanya berpusing pada paksi yang dilakarkannya. "Kau akan penat baca buku yang kau dah tahu pengakhirannya bagaimana Hafiz. Dalisha dah lama bagitahu aku bagaimana benda ni akan berakhir.." Uwais melemparkan pandangannya ke arah lain, matanya berair. Bercakap soal Dalisha sekarang. Akan buat dia menangisinya. Ya menangisi dirinya yang masih hilang dalam janji-janji nya sendiri. Dia aku kata Hafis yang tak kan semudah itu dia melepaskan Dalisha. 

Bukan, selama hidupnya. Dia tak pernah berfikir untuk melepaskan Dalisha, tak sedetik pun dia berfikir untuk melepaskan Dalisha. Kepalanya hanya berfikir bagaimana untuk memiliki wanita itu. Selama 6 tahun. Hanya untuk memiliki Dalisha. Bermacam cara. Sehingga ke hari ini. 

"Dalisha pilih untuk lepaskan aku Hafiz, dia maafkan aku untuk segalanya. Dia melutut di kaki aku untuk aku berhenti bermain dengan kehidupannya Hafiz. Sangka aku, dia lakukan semua ini untuk aku terus mengejar dia. Aku delusi Hafiz, cinta aku berubah jadi obsesi Hafiz." 

"Maafkan Sha.." usapan di kepalanya terhenti. Sentuhan hangat Dalisha terhenti. Dadanya berdebar. "Maafkan Sha.." air mata Dalisha jatuh mengenai wajahnya. Dalisha menutup wajahnya dengan tapak tangan. Teresak-esak dia menangis. Dia bangun dari pembaringannya. Wanita itu ditarik masuk ke dalam pelukannya. "Sha, kita sama-sama harungi ini ya. Uwais janji takkan tinggalkan Sha lagi.." bisiknya lembut pada telinga Dalisha. Dengan harapan, sedikit ketenangan untuk hati wanita yang dicintainya ini.

"Bukan, Uwais. Sha ingatkan ini yang sha nak, tak pasti ralat yang Sha rasa waktu dengan Luqman. Bukan ini. Sha ralat takut Luqman tahu tentang ini, Sha tak mahu Luqman tahu tentang ini. Sha tak mahu hilang Luqman." Dalisha semakin teresak-esak. Dia terkedu, tipu jika dia tak rasa sakit untuk luahan Dalisha ini. "Luqman janji untuk tunggu Sha sama macam Uwais janji dulu. Sentiasa tunggu Sha, tapi untuk apa? Hati Sha cuma kasihankan Uwais bukan cinta. Tamatkan lah ini Uwais tamatkan semua ini. Sha tak tahan.." Mata Dalisha menikamnya. Dalisha bertemu bahagianya. Dalisha hidup dalam kehidupannya, dan dia melukai wanita ini sekali lagi. 

Perlahan Dalisha turun ke lantai. Melutut. "Uwais, berhentilah. Bahagialah, Sha maafkan Uwais. Bahagialah.." lututnya menjadi sandaran kepala Dalisha. Sangkanya dia punya peluang. Sangkanya dia punya sedikit lagi peluang untuk sebuah kebahagian. Sangkanya Dalisha miliknya. 

"Berhentilah Uwais. Hiduplah seperti Uwais yang Sha kenal dahulu," 


Mana silapnya kali ini. Dia tahu jawapannya. "Luqman patut tahu jawapannya malam tu. Berhenti, Dalisha dah berhenti dari mengasihani aku. Apa yang Dalisha rasakan cuma kasihan dan belas sahaja pada aku Hafiz, cinta dah lama terkubur. Dia kasihankan aku." Hafiz memandang tepat kearah Uwais. Pemuda itu jelas tampak meratapi segalanya. Lelaki, yang dia sangka tidak punya rasa lain selain obesesi dahulu kini sedang menangisi silapnya dahulu. Dia masih ingat betapa angkuhnya Uwais mengenai setiap keputusan dalam dunia Dalisha. Dan kini lelaki yang sama di hadapannya ini menyesali kelakuannya. 

"Aku akan jumpa Luqman bila aku bersedia nanti. Dan aku harap kau hormat dengan keputusan aku. Satu hal aku mahu kau tahu, Dalisha mungkin akan menyesali kelakuannya sekarang. Dia tahu dia salah dan kau tak perlu zahirkan perkataan yang mampu buat dia semakin rasa bersalah." Dia bangun, tanpa sebarang pamitan dia melangkah meninggalkan Hafiz. Hafiz tak sempat mahu berkata apa, cuma mampu menghantar dengan pandangan sahaja. Dia tak seratus peratus percaya dengan apa yang baru diucapkan Uwais.

Hari ini Uwais mungkin akan berani berkata sebegitu, tapi mungkin esok hal lain yang lelaki itu lakukan. Perlahan dia melangkah menuju ke kaunter untuk membayar makananya. Dia tak pasti tapi dia ingin beritahu Luqman yang Uwais bukan pengirim surat-surat di pejabat pemuda itu. Selesai sahaja pembayarannya dia terus mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi Luqman.

*

Dalisha memandang ke arah jalan di hadapannya. Mana kau mahu pergi sekarang Dalisha. Di mana? Jika dia adalah Dalisha yang bukan isteri Luqman, dia mungkin sudah lari meninggalkan semua di belakangnya, bina hidup baru. Tapi sekarang dia isteri kepada seorang Luqman. Perlahan kepalanya di sandarkan kepada stereng kereta. Tangannya berpaut lagi pada stereng itu. Matanya di pejamkan rapat berfikir untuk melarikan diri lagi. Berfikir kemana langkahnya mahu dimulakan semula.

Nafasnya dihelakan sekali lagi, dia memandu menuju ke rumahnya. Ya rumah dia dan Luqman sekarang. Pulang, cepat atau lambat dia harus ke sana semula. Sejauh mana dia melangkah dia tetap akan pulang ke sana semula. Sampai sahaja dia lihat kereta Luqman terparkir di garaj. Dia mengambil masa juga untuk turun dan masuk ke dalam rumah. Tangannya menolak perlahan pintu rumah. Tidak berkunci, jelas sekali. Luqman berada di dalam.

Dia melangkah masuk, Luqman duduk di ruang tamu. Pemuda itu tampak tenang. Dia melangkah mendekat. Berdiri di hadapan Luqman, buat dia terasa begitu kecil. "Have your answer?" soal Luqman tenang. Dia tidak memandang kearah Dalisha. "I hope you know that I respect every answer and desicion that you make Imani." sambung Luqman. Dalisha meletak perlahan bagnya di atas meja. Dia meraup wajahnya perlahan. Jawapan. 

"You ask me as if you really eager to make me leave this house."

"Don't said that after all the thing that I have done to you.." 

Luqman di pandangnya seketika. "Look at me when you said those words Luqman. After all the thing that you have done to me.." Dia mendekat. Luqman di hampirinya, wajah pemuda itu digapainya, dagu Luqman di usapnya, membuat pemuda itu mendongak memandang ke arahnya. "I change you, you said so,, I change you. You can't afford to lose me.. I.. Don't want to lose you either.." Mengapa dia berani seangkuh ini? Berani seangkuh ini untuk mendominasi Luqman. 

"I always give you time for this, I know better Imani. I know better. You  muda. Jauh lagi muda dari usia yang I ada sekarang. I tak mahu diri I jadi punca dalam kehidupan you. Dari mula, dari mula I ungkapkan ni. I tak mahu jadi penyebab you salah dalam buat keputusan you.." Luqman menghentikan bicaranya.

"You gila Luqman. Sangat gila. Cinta, I isteri you, seharusnya keputusan I harus jadi keputusan you. You benarkan I melangkah terlalu jauh dari you, percaya? Sejauh mana Luq? I tak minta you jadi manusia untuk you rasa beban atas I. I mahu rasa apa yang you patut rasa. You have to care about yourself first. Did you do enough for you? Enough to let you breathe?" Dia menekan Luqman. Matanya tajam menikam pemuda itu.

"I beban you Luqman. I tak mahu you ceraikan I. Malam kelmarin, I nak beritahu you I lepaskan semuanya, I lepaskan masa silam I. I lepaskan segalanya Luq. But thing doesn't go well Luqman. You didn't come. I blame you for a second time. Why didn't you run to me again. I was afraid. I was so afraid that night Luqman. Afraid with the fact that you know everything about me, afraid that it will be the reason you didnt come. You are the type of person yang takkan break promises easily. I wait for you.." 

Rasa menanti itu sakit, dia menangis malam tu. Dia tahu menanti itu satu perkara yang sangat menyakitkan untuk dia. Luqman pasti rasa sesakit ini bila dia buat pemuda itu ternanti-nanti begini. Dia mahu hentikan kesakitan ini secepat mungkin. Tapi menyedari Luqman menantinya untuk bersedia, buat dia sedikit termangu. Sakit yang di alaminya sekarang adalah apa yang di alami Luqman selama ini. Tidak sekali pun Luqman mengesa, mempersoalkannya. 

Pemuda itu bangun. Mahu meninggalkan ruangan itu pastinya. "Don't leave me.." pinta Dalisha. Dia memegang lengan Luqman erat. Dia tak mahu ditinggalkan di sini sendirian. Dia tak mahu. "Don't give me space Luqman. All I need is you. I sumpah I tak tidur dengan Uwais. Malam tu tak ada apa yang berlaku. Hafiz jumpa I.."

"Don't open your mouth. Shut up." tekan Luqman. Lengannya di tarik.  Dia memandang Dalisha dihadapannya. Wanita itu sudah basah dengan air mata, meratapi silapnya. "You know sometimes you crossed your line. I know yang you sedar benda ni. But you never intend to actually stop doing that kan?" soal Luqman sinis. "Why would I divorce you. I don't hate you.." Dia memegang wajah Dalisha. Tangannya mengelus lembut pipi wanita itu. Jarinya di benamkan ke kulit Dalisha, memerah, dia tahu dia mengasari wanitanya ini. Dia sedar tentang hal itu. 

"You beg me as if you even got a choice Dalisha Imani. I'm not intend to let you go also." Dia menepis perlahan wajah Dalisha. Langkahnya di atur menuju ke kabinet televisyen. Mencapai kertas di atas kabinet tersebut. "I give you time for you to find your answer, for you to know your worth. But fool you, such a fool.

Tangannya perlahan menolak kepingan gambar itu kepada Dalisha. Memaksa Dalisha melihatnya sendiri. Gambar Laila dan Uwais. "It's gonna hurt alot but.." Luqman menunduk dekat pada tepi telinga Dalisha. "If you think I'm afraid that you will swing to him, you are wrong Imani.. I'm afraid that you will kneel infront of me. Begging me. When all you need was to know where you should stand.." Luqman mengusap perlahan bahunya. Lembut sentuhannya. Tangganya memegang rambut Dalisha, jarinya dilarikan pada helaian rambut itu. "I love you and I always do. There no such thing as I will let you go, even you beg for me untuk you bersama dengan Uwais. Benda tu takkan berlaku. I just let you go that time to make you know to make you learn your place dalam kehidupan dia." 

"Luqman.."

Tangannya memegang lengan baju pemuda itu. Dia terbeban. Tidak tahu mahu bereaksi apa dengan bicara kejam Luqman. Yang dia perlukan sekarang, ruang untuk dia mencerna semua ini. Mencerna setiap bait bicara suaminya ini. "Don't cry Imani, you know how much I hate you when you cry?" tekan Luqman. Dia memaut semula wajah Dalisha. Air mata wanita itu di sekanya perlahan. "I will make you forget him.." bibirnya mendekat. Luqman memaut perlahan bibirnya. Memberikan kucupan hangat. Cengkamannya pada lengan Luqman mula dikuatkan dari hanya mencengkam baju pemuda itu, kini jarinya dibenamkan pada kulit Luqman. 

Pemuda itu memaksa sentuhannya. Ya, mendesak. Luqman menarik perlahan wajahnya, membuatkan jarak untuk dia mencapai nafasnya. "Luqman.. please.." air matanya mengalir lagi. Luqman mendorongnya dekat. Tangannya terlepas dari berpaut pada lengan pemuda itu. Tubuhnya di dominasi Luqman. Pemuda itu tidak mengeluarkan sebarang bicara. Nafasnya sahaja berat terhela. Dalisha hanya menerima, dia tidak menolak walaupun ketakutan mula menguasainya sekarang. Luqman sudah mencabut baju yang di pakainya. Tangan sasa Luqman mula turun menolak seluarnya ke bawah.

Tubuhnya di tolak kasar duduk di atas sofa. Dia mengengsot ke bucu sofa. Tangannya menutup perlahan dadanya terdedah. Luqman menarik kakinya kasar. Terlentang dia di atas sofa di hadapan pemuda itu. Dia tidak bergelut untuk melepaskan dirinya. Dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Luqman tidak berlaku kasar padanya. Luqman tidak pernah berlaku kasar padanya. Matanya di pejam kan rapat. Dia tahu Luqman akan sedar sendiri. 

Mata Luqman menjalar turun memandang isterinya yang terbaring kini. Wajah Dalisha separuh tertutup dengan anak rambutnya yang kusut kesan dari diperlakukan kasar olehnya tadi. Dia duduk memaut lutut Dalisha. Tangan Dalisha di pandangnya. "Dalisha Imani, I.." 

"Jangan.." tangis Dalisha. Dia tak mahu Luqman mengeluarkan sebarang bicara sekarang. 

"Tolong jangan Luqman.." tangannya yang digenggam tadi naik menutup wajahnya. Air matanya mengalir semakin lebat. Luqman perlahan berbaring di atas Dalisha. Kepalanya beralaskan dada isterinya. Air matanya mengalir, tidak mengeluarkan sebarang esakan seperti Dalisha. "I love you, I can't breathe. I can't afford to lose you.. You change me.." Seketika mereka berkeadaan begini. Seketika mereka melepaskan segala rasa yang terbuku. Seketika waktu terhenti, memberi ruang untuk sepi terus menenangkan gundah yang menghiasi mahligai ini. Seketika untuk mereka bernafas.


TO BE CONTINUED... 






Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

Feels