#7 ADDICTION

 

It's a gamble to take more of you..


Dahlia perlahan bersila di atas bangku di tepi padang. Rambutnya diikat menjadi sanggul. Wajahnya serius memandang ke satu arah. "Kau ni nak main batu seremban jer pun tak payah serius sangat muka tu!" tegur Lily selamba. Dia menanti gilirannya, tangan Dahlia menjadi tumpuan dia sepenuhnya. Baru gadis itu mahu menimbang batu ditangannya, habis berterabur batu mencium bangku. Pecah ketawa Alia dan Mira yang bersahut dengan ketawa Lily. Dahlia masih juga di takat menimbang batu. "Dahlia, you really have your dumb side kan hahahah" usik Mira. Dia melepaskan selamba ketawanya.

Dahlia spontan memuncung. Dia perlahan turun dari bangku memberi laluan kepada Lily untuk mengambil tempatnya. Dia mencangkung memeluk lututnya rapat ke dada di sisi bangku itu menjadi penonton pula. Baru mahu memulakan geraknya lengan Lily ditarik. Dahlia spontan mendongak. Daniel, memegang lengan Lily. Matanya melirik ke arah Lily spontan kerana tindakan Daniel tadi agak kasar pada pandangan matanya. 

Lily spontan bangun turun dari bangku. Tanpa sebarang bicara mengikut langkah yang diketuai Daniel. Dia sempat memberi isyarat tidak mengapa dan teruskan kepada rakannya. Dahlia spontan bangun. Matanya tidak lepas dari memandang Lily. Kemana langkah gadis itu menuju, "Aku tak tahu lah kenapa si Lily tu berani berkawan dengan Daniel tu.." Alia mengeleng kepala perlahan, dia mengomel.

"Kenapa dengan Daniel?" soal Dahlia ingin tahu, dia memandang Alia di sisinya. Menumpukan perhatian kepada gadis itu. "Kau tak tahu pasal apa jadi tahun lepas ke?" Mira jelas terperanjat. Dahlia mengeleng perlahan berlaku jujur yang dia memang tidak tahu berkenaan apa-apa berkaitan dengan Daniel ataupun Lily. "Dia kena pukul like almost dead kau tahu tahun lepas, dia mc for whole 2 months just to not let people see her bruises. Besides Daniel dengan Haris gaduh besar last year? You literally doesn't know about one of this stories?" bingung betul. Dahlia benar-benar tak ambil tahu atau gadis itu baru pindah tahun ini ke Conlay.

"Wait.. What?" Dahlia terperanjat. Jawapan mereka agak melampaui jangkauan pemikirannya. Tidak sampai tahap Lily in an abusive relationship. "Bagi tahu sir aku pergi tandas." Dia meninggalkan pesanan ringkas, waktu kelas sekarang cuma kelas jasmani sahaja jadi mereka agak bebas. Cuma diwajibkan kekal di padang selama 2 jam ini. Dahlia berlari anak perlahan mengejar langkah pasangan yang sudah mula tidak kelihatan itu. 

Mereka pasti menuju ke ruangan bawah sahaja sekarang bahagian atas penuh dengan senior UC yang sedang mendengar ceramah berkenaan kerjaya. Dahlia melintasi ruangan taman yang kosong di tengah bangunan itu. Dia menuju ke arah lorong yang menuju ke arah tempat barangan sukan. Langkahnya menjadi perlahan apabila dia nampak susuk dua susuk tubuh lelaki yang turut berada di laluan itu. Matanya tertumpu kepada tangan yang memegang lengan Lily. Dia tak nampak siapa kerana dua susuk tubuh tadi membelakangkannya. Dia cuma nampak Lily berada di situ. 

"I told you so many fucking time, jangan dekat dengan dia lagi." ah sekarang dia tahu siapa pemilik suara itu. Langkahnya di atur semula mendekati mereka. "Abang tak perlu kacau Lily lah, ni urusan Lily!" lengannya cuba ditarik dari Haris. Haris tidak melepaskan sedikit pun pegangnya. Tangannya terusan mencengkam lengan Lily. Tidak sehingga yang pergi dari sini adalah Daniel. "Bukan soal aku campuri kau atau apa pun Lily. Kau tak ingat dulu dia buat apa pada kau?" melangit tinggi suara Haris. Menahan kemarahannya. Tangan Haris merentap lebih kuat Lily supaya langkah gadis itu mengikutnya.

"Haris you hurt her." tegur Daniel. 

"What? I'm hurting her? Did I do as bad as you did before?" soal Haris berani. Dia menolak dada Daniel berani. Firash yang berada di sisi Daniel itu cuba menahan tangan Haris. Tak mahu dua rakannya itu bergaduh besar pula di sini, cukup lah tahun lepas mereka lakukannya.  "Don't you dare to hold me Firash?!" Firash pula menjadi mangsa jerkahan Haris. Jelas pemuda itu beremosi tentang hal ini. Tangan Haris mencengkam kolar baju Daniel. 

"Break up with her now." Haris menekankan suaranya, menandakan yang dia tidak bermain dengan Daniel sekarang. "Abang let me go.." pegangan Haris terlepas, Lily terus berdiri dihadapan Haris, memisahkan abangnya dengan Daniel, Firash sudah mengeleng perlahan. Lily buat Haris lebih panas dan sakit hati. Haris memandang tepat ke arah Lily. Jelas dia tidak menyukainya. "Don't touch him!" marah Lily berani. "Break up with him or..

"It's my choice, stop pretend like you care about me Haris!" bangkang Lily berani. Dia mencapai tangan Daniel dibelakangnya, membawa Daniel berlalu dari situ. Haris meraup perlahan wajahnya. Cuba untuk  tidak hilang sabar atau hilang kawalan sekarang. "Haris aku rasa kita patut tak campur dulu. Maybe Daniel dah berubah who know.." Dahlia mendekat, dia mendapatkan Haris. Matanya memandang tepat ke arah pemuda itu.

"Dahlia.." Firash agak terperanjat dengan kehadiran Dahlia di sini. Dahlia spontan memegang lengan Haris matanya masih tertumpu pada laluan yang dilalui Lily tadi. "Saya risau.." ungkapnya perlahan. Dia memandang ke arah Haris. Wajahnya jelas memaparkan kerisauan. "Awak nak saya ikut mereka.." soal Dahlia serius, dia memandang Haris serius. Langkahnya mahu diatur tapi lengannya di tarik perlahan. "No, you don't have..." lengan Dahlia perlahan dilepaskan, dia memandang Firash. "What do you think Fir?" soal Haris. Dia jelas sedang risau. Dia nampak sedang berbolak balik dengan perasaannya, dan cuma mahu bergantung kepada Firash.

"We know Daniel, we know what he capable to do, don't force him.. Don't trigger him like what you just did tadi. I don't want it to be part of Lily fault.." Firash juga masih memandang ke arah laluan yang dilalui Lily dan Daniel. Dahlia mengeleng perlahan, tidak pada dia yang begitu risaukan Lily sekarang. Dia tak dapat mahu menerima apa yang dibicarakan Firash sedari tadi. Haris memandang Dahlia. "Balik ke kelas semula." arahnya tegas. Dia tak mahu Dahlia mencampuri urusan keluarganya. Dia tidak begitu pedulikan kerisuan yang jelas terpancar diwajah Dahlia.

"Tapi Lily.." Dahlia cuba untuk berkeras.

"It's none of your business.."

*

"It's none of your business he said.." geram dia melangkah menghampiri dua rakannya semula. Dia duduk di antara mereka di atas bangku. Bibirnya mencebik. "Jumpa Lily?" soal Alia memandang ke arah Dahlia yang tiba-tiba muncul itu. Dahlia mengeleng. Dia tak jumpa Lily, gadis itu hilang begitu sahaja selepas berlalu dari Haris tadi. Dia ada mengikut jalan lain untuk menjejaki Lily tapi batang hidung Lily langsung tidak kelihatan di bangunan pelajar. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke kelas. 

"Dahlia..." Mira dia pandang pantas, gadis disisinya ini nampak serba salah.

"Berkenaan Lily.." Dahlia mendengarnya teliti apa yang mahu dibicarakan oleh Mira. "Aku tak rasa kita kena ambil tahu hal dia weh, they are in different league dengan kita.." tegur Mira selamba. Dia tahu berkenaan ini, berkenaan keluarga Lily dan siapa Daniel. Pihak pengurusan sekolah juga tidak ambil sebarang tindakan tata tertib ke atas Daniel. Cuma Lily sahaja yang digantung sekolah selama 2 bulan dahulu. Itu pun kerana bapa Lily tidak mengambil tahu hal ini. Scandal keluarga Haris dan Lily bukan sesuatu yang rahsia. Mungkin keluarga Haris berpengaruh tapi bila melibatkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada bapanya. Ianya takkan menjadi perhatian orang tua Haris.

"Do you really doesn't know anything about Lily family?" soal Mira. Dia tidak lepas dari memandang Dahlia, dia risau Dahlia tersilap langkah bermain dengan Daniel. Lily tak berbahaya tapi Daniel. Pemuda itu yang menjadi kerisauannya. Dahlia mengeleng. "Kau nampak rapat dengan Lily." ujar Alia. Dia memandang ke hadapan seketika, menghela nafasnya berat sebelum kembali memandang ke arah Dahlia semula. Matanya memandang tepat ke arah Dahlia sebelum memulakan semula bicaranya. "Berkenaan Lily, kau tak perlu tegur dia apa-apa lagi. Dia takkan dengar. Daniel is her first love afterall." dia mengingatkan tentang perkara yang pertama sekali harus Dahlia tahu berkenaan Lily.

"Kalau apa-apa berkenaan Lily kau terus bagitahu Haris. As for your own knowledge yang Haris, Firash are not actually come in pair before, they have another one guy in between them and it was Daniel. They end up become pair because of this issue." Dahlia mendengar dengan teliti. Berkenaan hubungan Daniel dan Haris. Bukan berkaitan dengan dirinya dan bukan perangai dia menyibuk hal orang lain. Tapi sekarang berkenaan Lily. Lily satu-satu kawan yang dia ada di sekolah ini. 

"Daniel.." 

"Kau ceritakan apa pada Dahlia?" Terus kerancakan mereka terhenti disitu, Mira dan Alia masing-masing diam tidak berkutik. Jelas sekali mereka terperanjat dengan kehadiran Lily di situ. Dahlia berpaling perlahan memandang ke arah Lily. Di sisinya berdiri Haris tegap dibelakang. Dia terus berdiri, tindakan refleksnya apabila nampak kelibat Haris, menakutkan. "You guys boleh proceed je bercerita and don't mind her, just nanti apa-apa inform saya okay." Haris mengukirkan senyuman manis kepada Mira dan Alia, tangannya mengosok perlahan rambut Lily. Haris cuma mengerling sekilas ke arah Dahlia. Senyuman tadi tidak lagi terpancar. Dia hanya mengerling sekilas sahaja sebelum berlalu pergi.

Lily dipandangnya sekilas. Gadis itu menghampirinya perlahan, memandang ke arahnya sambil tersengih. "I'm sorry.." bisiknya perlahan. Memeluk lembut lengan Dahlia. Dahlia mengeleng perlahan. Dia tidak mahu bercakap dengan Lily, menunjukkan protesnya. Tidak mahu berbicara dengan Lily. Dia menolak perlahan lengan Lily dari nya. "Alah-alah jangan lah merajuk. Aku janji aku cerita nanti.."     ujarnya. Dahlia perlahan menolak bahu lembut bahu  Lily lembut. Untuk apa dia merajuk, Lily mungkin tidak menganggap dia begitu penting pun. Memandang Lily sendiri tidak pernah bercerita hal peribadi kepadanya jadi dia tak mahulah terlalu mengambil pusing sangat hal berkenaan itu. 

**

Dahlia perlahan menolak pintu rumah kelab itu, aneh dia apabila ruangan itu masih sunyi dan tidak riuh rendah seperti kebiasaannya. Tangannya perlahan mengeluarkan telefon bimbitnya mahu melihat update di dalam group. Tiada sebarang kata atau pesanan yang mengatakan hari ini tiada aktiviti kelab atau apa-apa pun. Langkahnya di atur perlahan menuju ke arah meja meletakkan perlahan bagnya di atas meja. 

"Mana ya dorang.. Takkan dah dekat padang.. Rasanya kosong tadi.." dia mula bercakap sendiri sambil mengeluarkan earphonenya. Dia memasang perlahan earphonenya ke telinga. Mahu mula mengerjakan tugasnya, membersihkan ruangan itu sebelum dia menyiapkan report yang masih harus dikerjakannya. Tangannya laju mula mengutip bekas minuman yang berada di atas meja dan juga beberapa sampah makanan yang turut berada di atas meja tersebut. Matanya meliar sahaja mencari sampah lain. Dia menuju ke arah tong sampah membuang sampah yang dipungutnya itu ke dalam bekas.

Selesai mengemas sampah dia menuju ke ruangan loker pemain pula. Baju yang sedia tergantung itu perlahan dia betulkan kedudukannya. Setiap kasut sukan dan selipar di susun perlahan di bawah ruangan bangku itu. Setiap loker turut dilakukan hal yang sama sehingga dia berhenti diloker Firash. Loker Firash diperhatinya seketika. Pemuda itu tidak pernah membiarkan dia melakukan sebarang tugasan kecil sebegini. Loker yang sentiasa kemas, jersey Firash pun dia tak pernah bantu masuk ke dalam mesin cucian. Pemuda itu akan membawa sendiri baju pulang kerumah. Perlahan dia mendekat, jersey yang sudah sedia tergantung itu perlahan digapai hujungnya. Di pandang lama.

"And what about it Dahlia.." sinis dia menyindir perlahan, pemikiran seperti ini tidak harus langsung terlintas pada mindanya. Seharusnya tidak. Langkahnya diteruskan. Loker Haris langsung tidak disentuhnya. Menunjukkan protes yang tidak terhingga kepada pemuda itu. Dia mencapai perlahan baju yang dikutip dari setiap loker kemudian menuju ke arah ruangan cucian di hujung rumah kelab itu. Langkahnya menjadi perlahan apabila mendengar suara riuh dan tawa dari belakang rumah. Diatur menuju ke ruangan luar.

Dia nampak Firash duduk membelakanginya di atas sebuah relung batu. Susuk belakang Firash amat dikenali jadi dia tahu siapa tanpa perlu memandang wajahnya. Matanya memandang dua gadis yang tampak seronok berbual rancak dengan pemuda itu, sesekali jelas Firash memasuki perbualan mereka secara kasual. Dengannya Firash tampak matang dan sukar untuk melihat pemuda itu ketawa sebegitu. Lihatlah sekarang, mudah benar mendengar tawa riang pemuda itu. "And what now? You questioning your places in between that two girl right there?" Tersentak. Bakul ditangannya terlepas. Mujur tangan sasa di sisinya menyambut pantas.

Dahlia terus berpaling memandang sisinya. Mengecam pemilik suara yang begitu menyengkelkan dirinya, ah Tuhan sahaja yang tahu betapa dia tidak sukakan kehadiran pemuda ini. Langkahnya di atur meninggalkan Haris. Menuju ke mesin basuh. Dia memunggah baju baju dan seluar pemain ke dalam mesin sebelum dia mencari sabun dan pelembut pakaian di ruangan penyimpanan. "Itu Sarah dan Mei. Budak fencing." Tanpa di minta pemuda itu membuka bicaranya mengenalkan siapa yang sedang bermain dengan Firash sekarang. 

Haris mendekat perlahan dia membuka kabinet yang berada di atas bahagian mesin basuh itu. Dia menolak perlahan bahu Dahlia, mengekalkan postur gadis itu membelakanginya. Senyumannya terukir sinis. Dia dan Dahlia begitu dekat sekarang. Jadi ianya agak mengujakan untuk dia melihat reaksi gadis dihadapannya. Haris menarik perlahan botol sabun Softlan yang berada di sudut kabinet kemudian di hulurkan kepada Dahlia. "I can't figure out.." Sabun itu masih tidak bersambut. Dahlia menunduk, masih tidak berpaling ke arahnya.

"I can't Haris. You read me well.." Haris kelu, tidak mampu mengeluarkan sebarang kata untuk membalas bicara gadis itu. "What genre am I on right now?" Dahlia berpaling, dia memandang Haris tepat ke dalam anak mata pemuda itu, tidak menyembunyikan sebarang rasa kecewa. "They just friend. Both of the girl are his friends Hana." Dia perlahan menarik Dahlia mendekatinya lebih dekat, bahu gadis itu perlahan dirangkulnya. "Jangan pandang aku dengan pandangan begitu.." rambut Dahlia di usapnya perlahan.

Ya, jangan pandang aku dengan mata yang jelas mengambarkan kau terluka kerana lelaki lain, dan bukan kerana aku Dahlia Hana. Aku tak sedar, pandangan mampu menyakitkan sebegini juga. Seketika mereka berkeadaan begitu sehinggalah Dahlia cuba untuk meloloskan diri dari pelukannya, dia melepaskan perlahan.  Dahlia dibiarkan berlalu meninggalkan dia termanggu disitu sendiri. "Ris.." Dia berpaling perlahan, Mei. "You hitting on underage girl sekarang ni.. So not you.." Haris ketawa perlahan. "Hitting on an underage girl?" sinis dia bertanya kembali memandang ke arah Mei.

"I have fallen for her Mei," dia tidak lepas dari memandang gadis itu, dia perlahan melepaskan senyuman kecilnya. Mei tersenyum perlahan, pandangan mata Haris jelas. "Firashhhhhhh look what your friend just did hereeee.." teruja benar suara gadis itu. Haris tersenyum perlahan memandang gadis itu teruja mecampakan umpan seperti yang dia mahukan. Langkahnya diatur perlahan menyertai mereka. Lengan Mei perlahan ditariknya menjauhi Firash, mahu gadis itu dirangkulnya kasual. Mereka memang rapat, dia dan Mei banyak berlatih fencing bersama.

"Firash kawan baik kau literally just hugging someone and get emotional sial. I'm not lyinggg I seee them with my own eyeee.." teruja benar Mei bercerita, dia memandang Haris bangga. Perlahan tangannya mengusap belakang kepala Haris. "Haris is finally show his trueee colourrr nowww!!" Dia ketawa perlahan. "With whom weh? Omaigadddd!" teruja Sarah menyoal. "With that girl yang kita selalu nampak kat library tu.. Their assistant club.." Sarah terus menjerit teruja. Dia menepuk nepuk perlahan tangannya. Meraikan berita yang baru dikhabarkan kepadanya. 

Haris perlahan bersandar di sisi Firash dia melepaskan ketawanya melihat dua rakannya yang begitu teruja. Dia berpaling sekilas ke arah Firash yang cuma diam memandang tidak menunjukkan sebarang riak dengan apa yang sedang dibualkan mereka. Haris menunduk perlahan dia memandang tangannya  sendiri, termenung. Dia tenggelam dengan fikirannya sekarang. Bukan kerana Firash dan Dahlia. Itu tidak mampu menganggu dia sebanyak mana dia terganggu dengan apa yang berlaku antara adiknya dan Daniel. 


TO BE CONTINUED..

Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

Feels