#18 ADDICTION
Dahlia perlahan melangkah masuk ke dalam ruangan dapur, pagi ini dia mahu menyiapkan sarapan untuk abangnya. Matanya melirik perlahan ke arah jam dinding di dapur. Ada satu jam masa yang tersedia buatnya. Tadi bangun sahaja subuh dia terus bersiap untuk ke sekolah. Hari ini dia punya latihan fencing lagi. Jadi dia tak punya masa untuk bermalasan di rumah seperti yang dia inginkan. Lily di ruang biliknya juga masih tidak bangun walaupun sudah dikejutkan beberapa kali. Apron di yang tergantung perlahan di gapai dan di sarungkan ke tubuhnya.
Dia mahu masak mee goreng sedikit. Menyibukkan diri mencari bahan dan mula memasak. Sesekali dia menyanyi kecil. Tangannya lincah mencampakkan bahan ke dalam kuali dan mengaulnya. Dia diam sahaja sepanjang di dapur tekun menyiapkan tugasannya. Walaupun rumahnya punya pembantu, sesekali dia akan turun di ruang dapur ini untuk mengingatkan abangnya yang dia juga pandai memasak. Dan Adam pernah beberapa kali mengatakan masakannya mirip masakan arwah ibu. Walaupun dia tidak ingat sudah bagaimana rasa masakan ibunya, dia harap sedikit sebanyak rindu abangnya terhadap ibu terubat.
"Adikk.." Suara Adam menyapa. Dia kini di mesin kopi, sedang memasukkan biji kopi di dalam bekas mesin yang tersedia. Dia biarkan seketika sementara biji itu berubah menjadi serbuk. Berpaling memandang Adam. "Abang dah bangunn.." dia menyapa kembali. Adam sudah menyalin mee di dalam kuali itu ke dalam bekas. Melihat Adam yang sedang menyiapkan meja itu buat dia ketawa kecil. "Malam tadi siapa datang rumah?" soal Adam. Dia memandang Dahlia sekilas. "Lily dia ada kat atas, masih tidur.." Dahlia mula menekan air panas.
"Ah, kenapa tiba-tiba rasanya around pagi juga kan dia datang?" dia sudah agak yang Adam tersedar tentang kehadiran Lily, sudah dia mati kata mahu menjawab apa. Takkan dia mahu mengatakan yang Lily di pukul dan tubuhnya punya lebam dia takut mahu pulang ke rumah keluarganya. Takkan dia mahu katakan itu. Adam pasti akan menghantar Lily balik dan tidak membenarkan dia berteman rapat dengan gadis itu lagi. "Ni kejap lagi apa aktiviti?" Melihat soalan nya tidak dijawab. Adam menukar soalan lain. "Adik ada fencing hari ni. Habis petang macam biasa." Adam mengangguk, dia menarik kerusi perlahan.
Dahlia mendekatkan pinggan di hadapan abangnya, cawan kopi turut di dekatkan. "Terima kasih adik." ungkap Adam, Dahlia hanya mengangguk. Dia mengambil tempat di sisi meja, Adam di layannya dahulu baru dia menyediakan makan buat dirinya. Dia lebih gemar makan salad yang di beli di Tesco. "Macam kambing makan salad macam tu.." Tawa Adam meletus. Dia pelik juga dengan Dahlia gemar benar melakukan diet sedangkan tubuh gadis itu sangat normal dan boleh dikategorikan kurus. Jadi dia rasakan agak pointless untuk adiknya teruskan aktiviti makanan hijau begini.
"Ni makanan sihat tau.." ujar Dahlia, dia mencebik perlahan. "Adik ingat tak kak Sofia yang pernah datang dulu.." Adam masih ketawa kecil. Bekas teman wanitanya, Sofia. "Wah ingat ex girlfriend nampak.." jeling Dahlia, dia tak berapa suka dengan Sofia kerana wanita itu seorang model dan banyak skandal. "Ini lah ruji makanan dia. Abang keluar date dengan dia, everything must be green." meletus ketawa Adam sekali lagi teringatkan muka nya yang naik mual makan salad, date lunch, salad. Date dinner, salad.
Ketawa Dahlia meletus juga, teringatkan abangnya yang merungut kerana hal itu. "Nah adik tak that level lagi, tapi berat adik almost sixty. So I'm afraid of that." Ujar Dahlia. Dia tak mahu pakaiannya sekarang tidak muat. "Later by time jaga makan sahaja, no need to go that extant pun." ujar Adam, dalam tak sedar makananya sudah habis di jamah. Perlahan dia menyapu mulutnya. Menghirup kopi panas yang disediakan Dahlia. "Adik one more thing," Dahlia memberi tumpuan pada Adam. "I know Lily family sekarang have conflict, but please just take care of her. No need to be inside the conflict okay. I love you adik. Always." Dahlia mengangguk. Adam menyudahkan hirupan terakhirnya. Dia bangun perlahan. Dahi adiknya dikucup perlahan.
"Gotta go. Thanks for breakfast." Dahlia mengangguk. Dia menghalang abangnya dari mengemas sendiri pinggannya. Membuat isyarat supaya pergi sahaja. Dahlia menghantar Adam dengan pandangan matanya. Tangannya perlahan mengeluarkan telefonnya.
Hana,
I miss you,
Will you come running towards me?
H
Pesanan ringkas yang diterima di inbox instagramnya. Dari username baharu, @hhharisd Instagram Haris. Yang dia tak tahu kewujudannya. Perlahan dia menekan ikon follow, menghantar permohonan mahu mengikuti pemuda itu. Dia melihat angka kosong yang berada di atas perkataan follower itu sebelum seketika angka itu berubah menjadi satu, kerana permohonannya baru di terima Haris. Senyumannya terukir. 124 gambar yang di hantar pemuda itu dapat diaksesnya. Dia melihat perlahan, Ah pemuda itu membuat akaun ini sebagai diari virtualnya. Satu hari satu gambar yang akan di hantar pemuda itu. Dia tolak ke atas semua hantaran pemuda itu sehingga dia bertemu hantaran pertama.
"I promise that I will take back my place besides you once I become a man, H." dan gambar dia sedang bertinggung mengangkat kon menjadi hantaran pertamanya. Dahlia perlahan menarik nafasnya berat. Dia tahu Haris rasakan rasa yang sama malam itu. Dia tahu Haris juga memerlukannya. Dan usia yang membataskan mereka sekarang. Mendewasa. Haris mahu mendunia dengan namanya. Berdiri sebagai lelaki bukan sebagai anak seorang billionaire.
Dia melihat hantaran lain gambar pemuda itu. Satu gambar Haris sedang berdiri memegang coffee di sisi seorang lagi pemuda. Tersenyum. Dia ketik ikon like spontan. "I will come running towards you once you stand where you are Haris Haikal." Haris yang masih berlari tak akan dikejarnya. Dia takkan mengejar lelaki itu.
Thanks for allowing me here,
H
Sengaja dia menggunakan initial H juga, mengusik pemuda itu. Dia lihat simbol typing tertera buat beberapa kali tetapi tiada sebarang balasan dari Haris. Dia menanti seketika. Ah satu satu Dahlia, tidak perlu terburu-buru. "Liaa.." Dia mematikan skrin telefonnya spontan berpaling memandang Lily yang baru muncul di pintu dapur itu. Dia membuat isyarat ke mari. Lily masih tampak tidak bermaya. Perlahan gadis itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi Dahlia. Kepalanya di sandarkan ke bahu Dahlia. "Okay tak?" soal Dahlia berbahasa. Dia mengusap perlahan kepala Lily. Lily mengangguk. Dia mencapai garfu di dalam mangkuk salad Dahlia, menyuap sedikit ke dalam mulutnya.
"Sedap sauce dia.." Puji Lily. Dahlia menolak perlahan mangkuk itu mendekat pada Lily. "I make you coffee first, kau makanlah.." Lily pantas mengeleng. Dia tak mahu. "Biar aku buatkan, no need." Pantas Lily bangun dari duduk nya. Tidak mahu menyusahkan Dahlia lebih-lebih. Dahlia hanya mengeleng melihat perangai Lily. Dia biarkan sahaja gadis itu mahu lakukan apa-apa. "Lily, aku kena pergi sekolah kejap lagi. Ada fencing punya latihan. If you want to join.. Boleh je.." Dahlia menyudahkan saladnya, dia memandang sisi belakang Lily yang sedang berdiri di hadapan coffee maker itu. "Aku ingat nak balik, tapi aku takut. Can I stay here for another day?" Pinta Lily. Dia berpaling memandang Dahlia, malu mahu mengatakan hal ini. "Boleh Lily. Boleh sangat." ungkap Dahlia pantas.
Dia tak mahu Lily rasa seorang dan sunyi sekarang. Dia mahu Lily tahu yang dia punya teman. Walaupun semarah mana dia dengan keputusan yang di ambil Lily sebelum ini. Dia takkan tinggalkan gadis itu sendirian dalam masalahnya.
"Thanks Lia.."
*
Lim meletakkan perlahan foil di tempatnya. Dia memandang ke arah Dahlia yang sedang berlatih dengan Firash itu. Senyumannya terukir. Tak sangka yang Firash akan berani turun ke ruang latihan ini untuk bersama berlatih sedangkan sekarang sedang cuti sem dan sekolah juga sedang cuti sekarang. Jadi sedikit sebanyak buat dia kagum dengan kegigihan Firash untuk mengorat Dahlia. Langkahnya di atur menuju ke arah Lily yang bersila di atas bangku itu. Dia melabuhkan punggung di sisi Lily.
"Lama gila tak nampak! Pergi mana kau?" soalan pertama keluar. Lim bertanya. Lily hanya ketawa kecil apabila bahunya ditunjal bahu Lim. Dia kenal juga dengan Lim kerana pemuda itu merupakan teman rapat abangnya sewaktu abang nya banyak aktif ber fencing kerana menemani Firash yang turut merupakan atlet fencing di kelab Conlay sewaktu tahun pertama mereka. "Kau kalau free lepak lah sini, si Dahlia dekat setiap hari ke sini untuk berlatih. Why not kau teman dia and fresh up sikit badan." tegur Lim.
"Fresh up dari siapa?" soal Lily, dia memandang ke arah Lim. Dia tahu maksud Lim. Dia tak mahu terlalu jelas memaparkan pada dunia tentang kebodohannya sekarang. "Kau tahu maksud aku kan, aku nak kau happy macam mana Haris nak kau happy." ujar Lim ringkas sahaja. Dia tak mahu mereka bermasam muka dia tahu berbual dengan perempuan ini banyak benar pantangnya. Lim melemparkan pandangan ke arah Firash dan Dahlia.
"Lelaki kalau bersungguh dia macam Firash. Dari first day aku kenal Dahlia mesti ada Firash di sisi dia. Kau tak perlu paksa untuk aku nampak Firash. Aku nampak tanpa perlu di paksa sampai aku takut nak dekat dengan Dahlia sebab aku tahu ada Firash." Lily turut memandang ke arah Firash dan Dahlia. Mereka sedang bergelak ketawa sambil berlatih di tengah dewan. Sesekali nampak Firash berdiri tegak memerhatikan Dahlia yang sedang menunjukkan gerakannya pada pemuda itu.
"Kau nampak sangat ke aku tak happy?"
"Aku tahu pasal Haris mengamuk dekat rumah kelab. Aku tahu Haris takde kat Malaysia sekarang. Keluarga kau bukan keluarga biasa macam aku. Hidup kau tak rahsia Lily Diana." hakikat yang satu itu. Mereka tahu tak pedulilah dia cuba merahsiakan sebagaimana teruknya. Dia tahu mereka tetap akan tahu hal ini mahu tidak mahu. "Do not be on internet. They broadcasted your hateful life there." ujar Lim. Berapa lama dia tak tengok laman social media nya. Rasanya hampir setahun dia tinggalkan begitu sahaja internet. Perlahan dia berpaling ke arah telefon di sisinya. Telefon bimbitnya di pandang seketika.
Tangannya mengapai perlahan, dia cari aplikasi instagramnya, tiada. Twitter juga. Haris tentu tidak install sewaktu memberinya telefon bimbit ini. Tangannya laju menekan ikon download kedua-dua aplikasi ini. "Lily.." Dahlia yang entah bila berdiri di hadapannya itu dipandang. Mata gadis itu tertancap pada skrin telefon Lily. Dia mengambil tempat di sisi Lily. "Kau nak makan apa kejap lagi? Firash nak belanja.." ujar Dahlia. Dia memandang sekilas yang Lily mematikan telefon bimbitnya kemudian meletakkan di sisi duduknya.
Firash menghampiri. Lim tadi entah kemana perginya, tak sempat berpapasan dia datang tadi pun Lily sudah sendirian duduk di sisi court ini. Matanya memandang ke arah Dahlia yang sudah di sisi Lily itu. Dia cuma berdiri sahaja di hadapan mereka. "Tak sure nak makan apa. Aku in need of ayam gepuk now but aku kenyang lagi dengan sarapan pagi tadi." Firash perlahan mengeluarkan telefonnya. Dia mahu melihat waktu. Baru pukul 2.30 petang. "Kita zohor dulu dekat Pusat Islam lepas tu kita gerak." ujar Firash. Dia memandang ke arah dua perempuan yang masih seakan-akan berfikir mahu makan apa.
"Ayam gepuk pun nice come on kita sarapan around 8-9 kan tadi. My stomach dah tak rasa apa dah Lily." sahut Dahlia. Dia berdiri juga mahu mengutip barangnya dan di letakkan di dalam bag. "Saya nak mandi dulu probably we meet up again around 3.20 can?" soal Dahlia memandang Firash sekilas. Firash hanya menjawab dengan anggukan. "Jumpa depan PI." Firash berlalu dahulu. Lily memandang Firash yang sempat mengutip pedang Dahlia di tengah tempat latihan itu menyimpannya ke dalam bag sebelum menyandang nya kemudian berlalu pergi.
"On whatever you guys did behind my back. I swear to god I approve everything." komen Lily spontan. Dahlia ketawa, dia tahu maksud Lily siapa dan tentang apa. Dia sendiri aneh, dahulu sewaktu dia minat bagi nak gila Firash. Tidak pula pemuda itu melayan dia seperti ini. Sekarang layanan Firash terasa biasa dan tidak menarik buatnya. Dan sejak dari hari pertama Firash berperangai begini dia sudah bercakap terang berkenaan perasaannya terhadap pemuda itu. Firash menerima baik dan masih meneruskan tanpa paksaan. Dan dia tak mahu bermusuh tentu sekali. Dia dan Lily melangkah meninggalkan ruangan dewan itu. Mahu menuju ke arah PI seperti yang di dalam perancangan mereka tadi.
*
Lily perlahan menekan nama dan kata kuncinya. Akaunnya telah di nyah aktif. Dia tidak dapat masuk lagi ke dalam laman sosialnya. Kesemua laman sosialnya. Tiada satu pun yang dia dapat masuk sekarang, perlahan dia meletakkan telefon itu di atas ribanya. Bersandar. Dia di belakang tempat duduk Dahlia, mereka sedang menunggu Firash mengisi minyak. Dia perlahan memejam matanya, berfikir sejenak.
"Kalau Haris buat sesuatu mesti bersebab Lily." matanya di buka perlahan. Firash sudah masuk ke dalam kereta. "Lim dia tak tahu mungkin tak cuba mahu faham situasi yang kau alami pun." ujar Dahlia lagi. Dia dengar Lim katakan apa tadi pada Lily. "You care so much, tentang apa yang akan ada di internet apa yang akan membunuh kau sendiri usahlah kau cari Lily." tenang dia masih tenang mendengar bicara Dahlia. Firash diam sahaja. Dia tahu tentang apa yang sedang dileteri Dahlia sekarang.
"Jangan cari pasal. Haris don't want you to be hurt. He love you."
"He left me."
"He love you and he's hurt too, Lily. Life not only about you." Tekan Dahlia.
"You don't know him Dahlia."
"Yes you're right. Aku tak cukup kenal dia. Tapi aku tak perlu untuk kenal dia sebab lihat situasi di mana dia korban kan kebebasannya hanya untuk lindungi kau dan kau masih berlari ke arah pisau yang sama. Hanya kerana dia pergi tinggalkan kau." Dahlia berpaling. Memandang tepat ke arah Lily. Dia marah. "He will kill for you Lily Diana. He said that." Baru Firash membuka mulutnya. "Why is everyone supporting Haris? He has left his sister alone here. He promised our mom that he wouldn't leave me." tekan Lily. Dia tahu apa yang dikatakan Dahlia sedari tadi benar dan tiada salahnya langsung. Dan dia di sini tak mahu mengakuinya. Haris juga mahu hidup dalam dunianya sendiri.
"You protect your ownself Lily."
"Lia.." Firash tak mahu Dahlia bergerak ke belakang dan memukul Lily kerana gadis itu sangat berada dalam posisinya itu sekarang. "Abang nak Lily fikir semua yang Lily buat. Dari mula dulu berkenaan Daniel, Haris dah banyak kali pesan sebab kami kenal Daniel dulu. Just because I was late that night, you decide that Daniel really care about you. It was my mistake Lily, I ask him to pick you up, if only I yang ambil you, you will never knew that Daniel exist, he will never make a fool of you..We know him too well, more than you. I warn you since the day you make your relationship official to us. Not only me, your brother too, but he respect you. But last year you had it worst. I thought you know better Lily!" Dahlia kembali bersandar, mendengar nada suara Firash yang serius itu buat dia kembali duduk diam.
"Am I a bad person here?
"You're not." Tekan Dahlia pantas. Firash turut mengangguk. "Aku cakap, dah tiba masanya untuk kau fikir guna kewarasan akal kau Lily. Selamanya Haris kena ada dekat sini protect kau?" soal Dahlia tegas. "Haris can't do shit Lily, he run, you hold that fact, he run! The only person here, you and yourself protect your own self."
"She's right, let's start again. Start new." ujar Firash. Dia tak boleh selamanya dengan alasan begini. Sampai bila? Sampai bila dia harus menyalahkan Haris dalam banyak hal yang berlaku. Jika dia benar fikirkan Haris. Banyak yang pemuda itu lepaskan hanya untuk membantunya. Dahlia mengeluh perlahan, dia tak bermaksud untuk mengeluarkan kata-kata menyakiti Lily sekarang. Tapi gadis ini harus dia sedarkan dalam lenanya yang panjang.
TO BE CONTINUED..
Comments
Post a Comment