#16 ADDICTION

WE WERE JUST KID WHEN WE FELL IN LOVE.



Dahlia mencampakkan perlahan foilnya. Helmet di kepala dicabutnya sebelum terus merebahkan tubuhnya di atas lantai dewan latihan itu. "Kau okay tak Dahlia?" Lim menghampiri. Dahlia membuat isyarat diam tidak mahu diganggu pemuda itu. Lim menepuk perlahan bahunya. "Tak sampai 45 minit pun lagi routinenya dah mengalah.."  komen Lim, dia mula membebel berkenaan beberapa hal lain. Dahlia perlahan mengiring. Dia menutup kepalanya dengan kain. Dia sudah dengar beberapa senior lain yang mengadu berkenaan Lim.

Lim yang psiko ahli kelab dengan mulutnya yang becok ini. Jadi dia sudah sedikit terbiasa dengan aktiviti memulaukan segala-gala yang dibicarakan Lim sekarang. Jadi sangat terbiasa. Dia berpaling apabila suara Lim sudah tidak kedengaran. Tuala dikepalanya di tarik perlahan. Firash duduk bersila di sisinya dengan senyuman. "Jom makan.." ajak Firash. Dia tercari-cari di mana Lim berada. Firash yang berpakaian kasual itu langsung tidak menarik minatnya untuk berbual. Dia kembali berpaling ke posisi tadi. Tuala mula di selimutkan kembali ke kepalanya.

"Lim pergi office. And jom makan.." ajak Firash lagi. Dia menarik lengan Dahlia untuk bangun. Dahlia mengeraskan tubuhnya. "Lia. Its already 9. Patutnya awak dekat rumah dah." Dahlia mengeluh perlahan. Mereka berlatih sampai malam begini sedangkan tournament mereka pada awal tahun nanti. Masih bersisa 4 bulan. Jadi dia sendiri tidak pasti mengapa dia begitu bersemagat mengikut latihan ini sedangkan pagi dia sudah sibuk menelaah buku buku SPMnya. 

Petang dia pulang untuk tutor lagi. Mungkin selagi mampu dia lakukan untuk tidak duduk sendiri dan fikirannya menerawang kepada Haris. Dan selagi mampu untuk dia tidak memikirkan sakit yang dia rasa kini. "Bangun Lia." Firash masih tidak mengalah. Dia menanggalkan perlahan zipper yang mengikat jaket fencing Dahlia. Memberi ruang untuk gadis itu lebih selesa. "Awak boleh biarkan saya tak?" pinta Dahlia. Dia tak pernah cuba untuk menarik perhatian pemuda itu apatah lagi mahu berada dalam perhatian pemuda di hadapannya ini.

Tapi Firash sering kali prihatin terhadapnya. Dia masih ingat beberapa malam kelmarin dia berlatih sehingga pukul 11 malam. Dan apabila dia turun mahu berjalan ke guard akan ada sahaja kelibat pemuda itu keluar sama dari pintu pagar sekolah ini. Walaupun dia sentiasa di temani teman sepasukannya. Dahlia mengeluh perlahan. Zipper jaketnya di buka semakin luas. Dia menanggalkan perlahan jaket fencingnya. "I care for you Lia." Dia memandang tepat ke arah Firash sambil membetulkan t-shirtnya. "You care for me? For what?" sinis dia bertanya. 

Tangan Firash perlahan melipat jaket Dahlia. "Saya risaukan awak sebagai seorang teman Lia. Dan saya akan terus risau kan awak.." ujar Firash ringkas. Dahlia ketawa perlahan, ketawa mengejek. "Dan awak akan risaukan saya macam mana awak risaukan Haris waktu dia di sini?" ah dia lupa betapa Firash sayangkan Haris. Betapa Firash lindungi sahabatnya yang seorang itu. Dia lupakan hal itu begitu cepat sedangkan itu menjadi punca dia tidak selesa dengan Firash sehingga kini. 

"Apa awak merepek ni Lia?" berkerut dahi Firash tidak memahami kedinginan Dahlia. Dahlia bangun. Dia berlalu mahu menukar seluarnya. Meninggalkan Firash yang termanggu di tuduh yang bukan-bukan. Masuk sahaja dalam bilik persalinan di belakang dewan fencing itu dia terus duduk. Menahan geramnya dengan Firash. Menahan perasaan menyampahnya dengan pemuda yang berpura-pura peduli tentangnya itu. Dia pasti Firash di suruh Haris untuk menjaganya. Dia pasti tentang itu. Dia tak pernah di layan sebaik ini dengan Firash.

Firash baik, tetapi tidak sepeduli ini Firash terhadap dirinya. Dia pasti Firash di suruh untuk berkelakuan sebegitu. Dahlia perlahan bangun dari bangku, dia membetulkan duduk bajunya dan menukar seluarnya kepada seluar tracksuit yang di bawanya. Bag sandangnya di sandang kemudian terus dia keluar semula mendapatkan foilnya. Firash sudah membersihkan peralatannya, foil yang terdampar tadi sudah tiada. Badan latihan tadi turut di susun di sisi dewan. Dia lihat Firash sedang berbual dengan Lim.

Lim di hampirinya. "Aku balik dulu." kemudian terus berlalu pergi. Dia tidak berbicara lanjut. Risau melihat Firash dan mendengar suara pemuda itu akan membuatkan dia di amuk amarah kembali. Tangannya di tarik Firash. "Sejak bila awak berani nak sentuh sentuh saya ya?" soal Dahlia berani. Dia merentap kembali tangannya. Menunjukkan protes. Langkahnya diatur laju meninggalkan Firash.

"Sorry for that. But what was your reason ignoring me all this time?" Firash bertanya. Langkahnya di lajukan. "Ignoring you? Fir you was the one being absurd sekarang ni. Awak macam ni tiba-tiba for what reason?" Langkahnya berhenti di hadapan tangga.  Firash di pandangnya. Tidak puas hati. "Saya cuma mahu berkawan Dahlia." perlahan nada Firash. "Awak kawan saya, dan cara awak berkawan bukan begini Firash. Awak tak pernah paksa untuk masuk dalam hidup saya macam ni. Sekarang ni awak memaksa. Haris suruh awak jaga saya?" soal Dahlia terus. Tidak mahu berbolak balik.

"Haris minta awak jaga saya isn't it?" soal Dahlia semula. Dia menangkap mata Firash. Pemuda itu dijeratnya. Dan dia yakin Haris yang buat pemuda ini berperangai begini. "What am I to you now? Kawan awak atau perempuan Haris?" bengang. Mengungkapkan perkataan perempuan Haris sedikit buat dia bengang. Haris tak mahu mengakui perasaannya dan kini menghantar Firash untuknya. Untuk apa? 

"What nonsense?" Berkerut seribu dahi Firash. "What?" Bentak Dahlia. Dia mengejek. "Saya tahu berapa sayangnya awak dekat Haris, saya masih ingat macam mana awak sentiasa dekat sisi dia dan sentiasa berpihak kepada dia. Dan sekarang awak nak buang masa awak untuk dia?" soal Dahlia sinis. Melulu sahaja dia menuduh Firash. "Awak merepek apa ni Lia. Even if dia suruh saya pun tak cukup gila lagi saya mahu turut semuanya." Firash mempertahankan dirinya daripada terus dihakimi Dahlia. Dia sedari tadi cuba memahami apa yang silap sebelum ini. Dan kini Dahlia menuduhnya melulu begini.

"Haris takda sekarang and dia suruh awak jaga saya?"

Dan pecah tawa Firash. "You got to be kidding me?" Firash menahan tawanya sedikit. "All this time awak fikir saya dekat dengan awak sebab Haris? Saya risaukan awak Lia." serius nada Firash. Haris ada berpesan kepadanya untuk menjaga Lily. Tetapi bukan Dahlia. Dan dia mendekati Dahlia kerana dia mahu dan dia inginkannya bukan atas alasan apa-apa. Dia mahu mengenali Dahlia. Sejak kelab bola tidak aktif lagi Dahlia dan dia sudah tidak berurusan lagi. Dia terpaksa bergerak begini sekadar mahu berkawan. Dan apa yang baru di dengar dari Dahlia ketika ini agak sedikit buat dia terperanjat. "Haris kawan awak, tak mungkin awak nak berkawan dengan saya kalau  awak tahu bagaimana hubungan saya dan Haris.."

"Lia hubungan awak dan Haris adalah urusan awak. Saya bukan Haris," tekan Firash. Dahlia meraup perlahan wajahnya. Memandang Firash seketika kemudian mengeleng perlahan. Dia silap. Dan dia mahu keluar dari situasi ini. Langkahnya terus di atur menuruni anak tangga. Firash mengikut dari belakang dengan senyuman kecilnya. "Where are you going Lia?" dia memanggil seketika cuba untuk bersaing dengan langkah Dahlia yang semakin laju.

"Makan.." 

Semakin mekar senyuman Firash.




*



Haris melihat perlahan telefonnya. Ada beberapa pesanan ringkas buatnya dari Lily dan kebanyakannya dari Dahlia dan Firash. Satu pun tidak dibukanya. Satu pun tidak menarik perhatiannya. Tangannya dilarikan perlahan di celahan rambutnya. Badannya di sandarkan, tubuhnya dibiarkan membebani sofa yang didudukinya. Siling kosong itu di pandangnya kosong. Dua minggu sudah di sini. Sendirian, hilang arah tanpa sebarang panduan. Dia di paksa menjalani hidupnya di negara asing ini tanpa siapa-siapa. Dia di paksa mengikut segala jadual dan arahan yang diberikan oleh papanya. Dia ikut segalanya dan akhirnya hari ini dia mula dia rasa beban dan jiwanya terasa kosong. 

Bunyi dentingan pesanan masuk di telefonnya kedengaran. "Maa.. Haris rinduu keluarga kita.." perlahan dia berbisik. Matanya di pejam rapat. "Maa Haris rindu Lily.." Air matanya mengalir. "Haris mahu cakap dengan mama.. Haris mahu mama.."  Dia mula teresak-esak. Dia mahu keluar dari cengkaman papanya. Dia mahu jauh dari dunia papanya. Dalam masa yang sama dia tak mahu kehilangan Lily. Satu-satunya adiknya. Lily yang mama titip buat dia lindungi sepenuh jiwanya. 

"Talk to me, maa. Talk to mee.." dia merayu sedangkan dia tahu yang ianya satu satunya perkara paling sia-sia. Jarinya mengigil, dia teresak-esak, meraup wajahnya buat kesekian kali. Cuba untuk bertenang. Rasa yang dirasainya ini sangat menyakitkan dan begitu sukar untuknya terus bernafas. 

Dia membetulkan duduknya selepas sedikit tenang. Jarinya mengetuk perlahan kepala lututnya. Berfikir apa yang harus di lakukannya. Berfikir beribu kali berkenaan hal ini. Dia mahu keluar dari semua ini dan cuma satu cara sahaja. Tinggalkan segalanya. Segala-galanya. Dan cuma berdiri di atas kakinya sendiri. Langkahnya di atur ke bilik. Mencapai bag bajunya, dia mengalas bag bajunya terus tanpa berfikir panjang. Passportnya di selitkan perlahan ke dalam sisi bagnya.

Langkahnya di atur laju menuju ke ruang tamu semula. Rumah ini punya papa, orang di luar rumah ini juga punya papa. Jadi dia akan tinggalkan segalanya dan mulakan semuanya semula. Tanpa papa sebagai tiangnya. Tanpa papa sebagai orang yang membina jalan hidupnya. Dia akan selamanya menghilang seperti yang dia mahu. Seperti keinginannya sekarang.  Dan dia harus korban sesuatu untuk ini, dia percaya ini seketika sahaja.

Jika masa sudah mengenal tepatnya, jika jiwanya mula meruntun seperti ini kembali. Akan dia pulang semula ke sini. Telefon di atas meja di pandang. Dia menghela nafasnya berat. Maafkan abang, Lily. Untuk kali ini, berpautlah cuma pada diri kita sendiri. Maafkan abang. Langkahnya di atur laju keluar dari rumah itu. Dia adalah Haris Haikal. Haris Haikal yang akan buka bukunya sendiri dan menulis segalanya tanpa bantuan siapa-siapa. 




*



"Tan Sri.." Dahlan mendongak memandang orang kanannya. Menanti bicara seterusnya keluar dari mulut pemuda itu. "Tuan Haris, tak ada di rumahnya. Dan pihak universiti juga melaporkan yang sudah 3 minggu tiada access dan engagement Tuan Haris di class utamanya." Pen di tangannya di letakkan perlahan. Dia sudah boleh agak semua ini. Lelaki yang cuba dia kawal ini adalah Haris Haikal. Zuriatnya sendiri. Tentu sekali tidak mudah untuknya mengawal segalanya. "Arz disana ada laporkan apa-apa? Bukan tugasnya untuk menjaga Haris?" soal Dahlan serius. Dia kawal ketat Haris. Dengan pemuda-pemuda yang diberikan biasiswa hanya untuk menjadi teman anaknya di sana.

Nampaknya segalanya tidak membuahkan hasil. "Haris Haikal missing. Thats the only last sentence yang saya terima dari Arz, Tan Sri." Dia ketawa kecil mendengar jawapan Idris. Haris tidak hilang. Haris tak mungkin hilang. "Tan Sri should I make a report about him? Police or maybe someone we can sent to find him." Dia berpaling membelakangkan pemuda itu. Memandang pemandang KLCC dari luar tingkap pejabatnya. Dia bersandar, mengetuk-ngetuk jarinya perlahan.

"He's not missing Idris. He is not. Dia running away from us. You can't find someone that literally running. Let him, he will come back, when he out of his breath." ringkas dia memutuskan. Dia risau. Tentu sekali dia risau. Tapi dia kenal anaknya, Haris takkan lakukan sesuatu yang bodoh selagi Lily masih ada di dunia ini. Haris takkan pergi tanpa Lily. Dia masih ingat janji anaknya pada arwah isterinya dahulu. Dan dia percaya, Haris masih berpegang pada janji itu. 

"Are you sure about this Tan Sri?" soal Idris meminta kepastian.

"Trust me Idris. He is my son. I know him too well. And I know what he want, and I know what he capable to do. He is my son. It hurt me the most, It will hurt me the most if I will end up lost him. So trust him was the only thing that I am capable to do now." kecewa? Ya bukan dengan Haris, tetapi dengan dirinya sendiri. Kecewa dengan dirinya sendiri kerana semua ini bermula darinya.

Anak lelakinya tidak perlu berlari, melelahkan diri sendiri dan anaknya seharusnya mampu berpaut dengan nya. Tapi anaknya sendiri tidak mampu untuk menjadikan dia tempat untuk berpaut. Dan sekarang seharusnya dia tahu di tahap mana dia sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya. Dia seharusnya sedar tentang perkara ini lama dahulu.  












Lily meraup perlahan wajahnya. Tangannya menarik-narik hujung helaian bukunya. Sudah hampir dua bulan. Haris seakan-akan tidak pernah wujud di dalam hidup ini. Hilang tanpa khabar berita. Masih ingat kali terakhir dia bersatu mata dengan abangnya itu. Ketika pemuda itu menemaninya menonton series The Crown. Dan apabila dia bangun keesokkannya. Haris sudah tiada tanpa sebarang kata lanjut. Yang dia tahu Haris sudah tiada di Malaysia. Dia hantar berpuluh pesanan ringkas. Oh mungkin lebih dari itu tapi satu pun tidak berbalas oleh Haris. 

Berkali kali dia bertanya dengan papa. Langsung tidak terbuka mulut tua itu menjawab setiap persoalan yang di tanya nya. Tangannya berhenti seketika. Dia bangun. Menuju ke ruang pejabat papanya.  Tanpa sebarang ketukan dia menolak kasar pintu itu. Papa tiada. Dia tahu. Papa tiada di rumah ketika ini. Langkahnya di atur menuju ke arah meja kerja papanya. File-file mula digeledahnya. Mencari apa dia tidak pasti. Dia mahu tahu tentang abangnya. Dia mahu tahu apa jalan yang cuba papa bina untuk mereka lalui ketika ini. 

Tiada apa yang dia temui. Dia mula mengeledah kabinet di ruangan bawah meja. Buku buku papanya di keluarkan. Journal kulit yang berikat itu dipegangnya. Tangannya mula menyelak. Haris, UK emergency contact list. Kad kad nama jatuh dari celahan buku itu. Hospital, doktor, kaunselor, pegawai polis di UK. Segalanya dibaca satu persatu. Dia melihat helaian buku itu. Arzief.

Telefonnya di keluarkan. Nombor yang dicatat itu perlahan didailnya perlahan. Dia bawa ke telingannya. Beberapa deringan sebelum di angkat. "Tuan.." dia di sapa oleh seorang lelaki. "Haris mana? Let me talk to him?" Dia menanti jawapan untuk soalannya. Tapi di sana diam membisu. "Haris masih tak dapat saya hubungi Tuan.." Bahkan di sana pun tidak tahu keberadaan Haris. Bagaimana dia mahu bersangka baik. Bagaimana dia mahu bertenang di sini. Tanpa tahu abangnya bernafas atau tidak. 

"Lily." Dia tidak mengangkat wajahnya. Suara pembantu rumahnya tidak di endahkan. Nafasnya tertahan, menanti pecah. "Mana Haris.." soalnya. Panggilan itu dimatikan. Dihujung sana sudah tiada yang menjawab. "Lily, bangun. Nanti papa tahu kamu di sini buruk padahnya." pujuk Mak Mah. Bahu Lily perlahan di pautnya. Dia kelam kabut tadi apabila mendengar bunyi bising dari kamar peribadi majikan. Dia tahu Lily akan mula buat perangai. 

Lily membatu. Telefon masih di telingannya. Liur nya terasa kesat untuk ditelan. "Apa semua ni Mak Mah.." suara kasar Tan Sri Dahlan menerjah ruang bilik itu. Mak Mah terus bangun dia berdiri tegak. Menunduk memandang Lily yang masih duduk berteliku di atas lantai itu. Gadis itu langsung tidak bergerak seinci pun sedari dia masuk tadi. Kaku cuma pertanyaan di mana Haris. 

"Lily Diana." suara garau lelaki itu menyentaknya. Dia mendongak, air matanya jatuh. Pantas di kesatnya. "Mana abang Haris?" perlahan suaranya bertanya, dia memandang papanya. Untuk kesekian kalinya. Dia bertanya soalan itu. Papa memandang ke arahnya. "You know now, that I lost him there also." Dia mengutip semua yang berterabur di hadapan Lily kini. Tangannya berhenti seketika. Dia duduk di hadapan Lily. Seketika dia memandang anaknya. Senyumannya terukir. "I lost him too." dia turut menitiskan air matanya. Tubuh Lily perlahan di tariknya masuk ke dalam pelukannya. Air matanya mengalir makin lebat. Sedari tadi dia menahannya. 

Tan Sri Dahlan perlahan mengusap kepala anaknya. Menenangkan, bukan anaknya tapi dirinya sendiri. Dia tahu Lily akan menyalahinya kali ini. Bahkan dia harus akui yang dia sememangnya harus dipersalahkan dalam hal ini. "Semua ni salah kau. Kau hipokrit. Kau jahat." dan apabila ianya di zahirkan, dia pecah sepecahnya. Jiwanya terasa kesal dan kosong. Dia sendiri takut berhadapan dengan situasi ini. Raungan Lily yang sedari tadi tampak langsung tidak akan reda itu memenuhi segenap ruangan yang kini cuma tinggal mereka anak beranak. 

Sedari tadi dia menahan dirinya dari pecah di hadapan pekerjanya, dan kini dia sama sama menzahirkan ketakutannya. Dia mahu mencari Haris tapi menyedari Haris yang lari itu pasti akan buruk padahnya apabila dia mengejar anaknya, dia tak mahu kehilangan sepenuhnya Haris. Tangannya masih berada dibelakang kepala Lily. "I hate you paa, I hate you.." Lily menolak perlahan tubuh papanya. Dia bangun kemudian terus berlari keluar dari bilik itu meninggalkan Tan Sri Dahlan.


*

Dia mengambil tempat di sisi Lily. Bersandar di bahu gadis itu, mereka sama-sama menonton drama yang terpampang di televisyen ini. Lily tampak bersahaja mengunyah popcornnya. "Liy.. Kau takde plan nak buat apa-apa ker cuti sekolah ni?" soal Dahlia. Lily angkat bahu. Habis sahaja paper dia memang langsung tidak jejak kaki dah ke sekolah. Bermalasan sahaja di rumah. 

Memang tidaklah kerana dia sudah mula homeschooling sebelum SPM hari tu. Jadi dia langsung tiada aktiviti. Bahkan memang sejak kejadian berbulan yang lepas pun dia sudah jarang keluar dari rumah ini. Entah mengapa dia lebih gemar duduk di dalam rumah sahaja berbanding dahulu. Mungkin dahulu dia punya Haris.

Haris yang sentiasa ada satu hari untuk membawanya jalan-jalan. Dan kini bayang pun sudah tidak kelihatan. "Kau jerlah yang rajin datang sekolah sebab fencing kan sekarang?" soal Lily ingin kepastian. Dia ada nampak gambar Dahlia sedang berlatih di instagram official Conlay. 

"Kena paksa. Aku renyah jugak nak masuk sekolah time dah habis SPM ni. Sekarang ni nak duduk baring jer tidur." ujar Dahlia. Dia memaut lengan Lily erat. Mengadu nasib yang dia sedang dipaksa mengikut latihan fencing berhari-hari sementara menanti tournament awal tahun depan. 

Letih juga terasa. Menghabiskan masa lapang yang dia punya selepas bersusah payah menjalani 8 bulan yang maha sibuk sepanjang tahun ini. "Lia.." Lily memanggil selepas beberapa ketika mereka tenggelam dalam fikiran masing-masing. "Aku dengan Daniel getback." Terus terlepas pegangan Dahlia. Dia menjarakkan tubuhnya dari Lily. "Kau gila ker?" soal Dahlia tanpa menanti sesaat pun.

"Dia pujuk aku. And I think he changed.

Pecah ketawa Dahlia. "You got to be kidding me right?" soal Dahlia serius. Gelaknya mati terus. Berubah? Tak sampai berapa bulan rasanya mereka berpisah dan Haris berangkat meninggalkan Malaysia kerana hubungan Lily dan Daniel. Dan perkataan berubah kini meniti di mulut gadis ini. "No I'm not." Tegas Lily. Dia sudah berapa hari bertemu semula dengan Daniel. Daniel sudah sedikit tenang dan tidak mendesak. 


Dan dia juga tidak terlalu bergantung pada Daniel lagi seperti dahulu. Dahlia tidak sedap hati, tentu sekali apabila ianya melibatkan Daniel. Dia masih ingat. Dia masih terasa bahang kebencian yang Haris tunjukkan. Tangannya perlahan mengapai tangan Lily. 

"Remember I always ada beside you. Anything just call me. And ingat Haris and papa kau okay." Lily hanya mengangguk. Dahlia kembali bersandar. Kepalanya sudah ligat berfikir. Berkenaan Daniel dan Lily terutamanya. Sesekali dia mengeleng perlahan. Cuba menolak segala kemungkinan yang sedang bermain di kepalanya. 


TO BE CONTINUED..













Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

Feels