#12 ADDICTION
What do we do?
Dahlia mencabutkan perlahan topi keledarnya kemudian dia hulurkan pada Haris. Haris menyambut, dia meletakkan di atas tanknya kemudian menongkat tangannya di atas topi keledar itu. "Thank you for your time .." ujar Dahlia lembut, 7 jam dari harinya di habiskan bersama Haris. Haris yang tersenyum memandang ke arahnya itu di hampirinya perlahan, "Thank you for today Hana." Haris perlahan mengeluarkan handphonenya. Dahlia hanya memerhati. Dia melihat Haris menghulurkan handphone kepadanya. "This Lily new number. You can try reach dia via this number, I will text you my house address also. Aku tak stay dekat parents house currently." Dahlia menyambut perlahan telefon Haris.
Terus dia menyalin nombor yang tertera di dada telefon pemuda, kemudian mengembalikan semula kepada Haris. "Thank you Haris." Haris ketawa kecil. "Thank you Hana, sebab risaukan Lily. I think this is her first time ada kawan yang quite bising bila dia skip school. Last year.." Haris berhenti dari berbicara, ah sekali lagi dia begitu selesa berbual dengan Dahlia sehingga dia mahu bercerita segalanya. Dia bukan jenis banyak bercakap. Haris menyarung perlahan topi keledarnya ke kepala. Dahlia di pandangnya buat ke sekian kali. "Masuk lah dulu, aku gerak lepas kau masuk.." ujarnya. Dahlia mengangguk, dia teragak-agak. Tadi semasa di cafe, dia cuma berbual kosong dengan Haris. Tidak dia sebut satu pun punca kepada permasalahan Lily.
Janjinya pada Firash.
Dia melangkah dekat pada Haris. Menarik nafasnya perlahan. Sebelum dia memulakan bicaranya semula. "Ingat tak Firash pernah tinggalkan tempat lepak korang sesorang last time?" soal Dahlia. Haris mendengar, sepenuh perhatiannya di tumpukan kepada Dahlia di sisinya. "Saya minta dia datang dekat hotel. Lily telefon saya, minta saya datang seorang diri. Tanpa awak. Ya saya telefon Firash dan dia datang.." Dia berhenti seketika. Dia mahu lihat reaksi Haris, tapi pemuda itu masih memakai topi keledarnya. Menutup keseluruhan mukanya.
"Lily ada dekat sana, unconscious. With Daniel. But we arrive on time, remember that day? I call you and said Lily ada dengan saya, dia tak sedarkan diri. She on drug..." jeda. Dia menanti. Haris diam membisu. Firash tahu berkenaan ni, Dahlia juga tahu berkenaan ni dan dia sebagai abang Lily tak tahu apa yang berlaku ke atas adiknya.
"Lily ada dekat sana, unconscious. With Daniel. But we arrive on time, remember that day? I call you and said Lily ada dengan saya, dia tak sedarkan diri. She on drug..." jeda. Dia menanti. Haris diam membisu. Firash tahu berkenaan ni, Dahlia juga tahu berkenaan ni dan dia sebagai abang Lily tak tahu apa yang berlaku ke atas adiknya.
Dahlia perlahan memegang lengan Haris. Dia mendekat. "Saya tahu awak marah Haris. Saya mungkin tak faham apa yang awak rasa tapi Lily, jika saya berada di tempat Lily. Saya tak akan berani nak beritahu Adam berkenaan hal ini." dia cuba untuk menenangkan Haris. Sekurangnya dia rasa ayat sebegitu akan menenangkan Haris. "Kau tahu kan aku berhak tahu hal ini. Ini soal dadah, soal adik aku." tekan Haris. Dia sedikit tegang. Logik mana yang mereka gunakan untuk hal begini. Ini jenayah dan mereka pilih untuk sembunyikan begitu sahaja tanpa sedar betapa bahayanya hal ini.
"Haris, Lily mangsa tak mungkin dia akan berani buka mulut dekat awak.."
"Eh Hana, kau boleh dengar balik apa yang kau cakap sekarang ni masuk akal atau tidak." bentak Haris. Dia menanggalkan topi keledarnya kasar. "Ini melibatkan dadah Dahlia Hana. Dadah. Melibatkan jenayah, ini hal orang dewasa. You don't know shit about how dangerous it will turn out too. Aku yang akan hadap benda tu nanti." Nafasnya di tarik perlahan. Dia menghamburkan marahnya pada Dahlia, suaranya meninggi. Wajah gadis di hadapannya ini sudah memerah, jelas kelihatan mahu menangis. Haris meraup perlahan wajahnya.
"Eh Hana, kau boleh dengar balik apa yang kau cakap sekarang ni masuk akal atau tidak." bentak Haris. Dia menanggalkan topi keledarnya kasar. "Ini melibatkan dadah Dahlia Hana. Dadah. Melibatkan jenayah, ini hal orang dewasa. You don't know shit about how dangerous it will turn out too. Aku yang akan hadap benda tu nanti." Nafasnya di tarik perlahan. Dia menghamburkan marahnya pada Dahlia, suaranya meninggi. Wajah gadis di hadapannya ini sudah memerah, jelas kelihatan mahu menangis. Haris meraup perlahan wajahnya.
"Saya tak tahu apa yang saya patut buat Haris. Lily call me in the middle of night, dia kawan saya. Dia cakap do not call you.. I am not in any position pun, I only think about Firash bila awak bukan option Lily. Saya sendiri takut saya sendiri tak berani nak tolong dia sendirian macam tu Haris. I'm sorry but I also not supposed to be in that position. It dangerous for me. But I help her since she the only friend I have." Dahlia masih cuba menahan sebaknya. Gila dia takkan mudah menangis selepas di tengking Haris. Sudahlah dia terpaksa menjadi tukang sampai. Sekarang terpaksa pula dia menerima amuk pemuda itu.
"Sudah I don't want to talk about this anymore. Bye." dia berlalu. Tidak berpaling langsung ke arah pemuda itu. Haris sendiri pun tidak memanggilnya untuk meminta maaf atau apa. Langkahnya diteruskan setelah dia menutup rapat pintu pagarnya. Lantaklah, semua mahu menyakitkan hatinya. Suka hati merekalah.
Dia ketawa kecil apabila Kamil buat lawak bodoh di hadapan whiteboard. Walaupun dia tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang berlaku di dalam kelab kerana dia sibuk dengan latihan yang di beri tutornya dua hari lepas. Masih juga tidak siap dan hari ni ada tutor yang sama jadi dia harus siapkannya juga. Sudah tiga hari kejadian Haris dan dia bertengkar, 3 hari juga dia langsung tidak bersua muka dengan Haris. Mereka langsung tidak berjumpa lah. Haris skip satu perlawanan kumpulan dan dua hari lagi mereka akan ke semi final tapi pemuda itu tidak langsung datang berlatih di sini.
Hilang begitu sahaja. Jurulatih pun tidak mempersoalkannya, bahkan apabila pertanyaan dinaikan. Ada sahaja jawapan dari jurulatih yang mengatakan Haris sudah memaklumankan berkenaan ketidak hadirannya awal lagi. Dan dia yang tiada hubungan dengan Haris lagilah tidak tahu apa-apa berkenaan punca pemuda itu menghilangkan diri.
Tawanya tadi padam apabila bunyi pintu melanggar dinding kuat bergema, bukan sahaja tawanya padam. Bahkan suasana kelab ini turut menjadi dingin. Daniel melangkah masuk. "Siapa sial yang bawak mulut pasal aku ni?" tengking Daniel. Dia menendang kasar kerusi kelab itu sehingga tergolek. Dahlia terus bangun, takut tentu sekali. Dia menjauh. "Aku hisap dadah ke, merokok ke, tidur dengan mana-mana betina pun bukan urusan korang lah." tengkingnya kuat. Mata Daniel merah memandang ke arah muka-muka manusia yang ada di dalam kelab itu. Dia melangkah masuk lebih dekat. Dia tahu ada mulut sial yang memberitahu pegetua tentang hal ini. Dia tahu.
"Kau tak payah nak menyorok belakang team lah. Bukan namanya team kalau kau nak jatuh kan orang macam nilah sial."
"Eh Daniel. Kau datang ni buat haruk kat orang kenapa? Dah memang salah kau."
"Kau diam jerlah.." Daniel mula hilang akal. Tubuh Lut di tolaknya kasar. Mereka sudah mahu bergelut. 3 orang lelaki dalam pasukan bola apabila bergaduh pasti sahaja menakutkan untuk dia berada dalam situasi ini. Dia menjauh, melangkah beberapa tapak ke belakang. Takut apabila mereka mula mencederakan antara satu sama lain. Dahlia mahu keluar dari rumah kelab itu untuk memanggil cikgu ataupun coach mereka sekurangnya membantu meredakan keadaan ini.
"Kau diam jerlah.." Daniel mula hilang akal. Tubuh Lut di tolaknya kasar. Mereka sudah mahu bergelut. 3 orang lelaki dalam pasukan bola apabila bergaduh pasti sahaja menakutkan untuk dia berada dalam situasi ini. Dia menjauh, melangkah beberapa tapak ke belakang. Takut apabila mereka mula mencederakan antara satu sama lain. Dahlia mahu keluar dari rumah kelab itu untuk memanggil cikgu ataupun coach mereka sekurangnya membantu meredakan keadaan ini.
Baru dia mahu berpaling ke belakang, tubuhnya merempuh tubuh lain. Bahunya di pegang kejap supaya tidak tersungkur ke belakang. Firash. "Haris.." suara Firash memanggil. Dan baru dia nampak Haris di belakang pemuda itu sedang bercakap dengan telefon. Mata Firash terarah kepada pergaduhan di hadapan mereka. "Apa sial korang buat ni?" tengking Haris kuat. Telefonnya di turunkan dia terus mendekat.
Seketika masa di ambil untuk meleraikan mereka. Kini Haris duduk di atas meja dan tiga mereka yang bergaduh tadi berdiri selari di hadapannya termasuk Daniel. "Aku report kau dekat pengetua." beritahu Haris. Dan Daniel terus mahu menyerangnya. Lut dan Mikael berdiri menahan pemuda itu dari mendekati Haris. "Kau memang siallah, aku ada kacau hidup kau ke sial." menjerit-jerit Daniel memaki hamun Haris. Firash memaut perlahan bahu Dahlia. Melihat ketegangan dalam bilik ini tentu sahaja tidak sesuai untuk Dahlia.
"Jom keluar." Bisik Firash perlahan. "Saya takut.." adu Dahlia. Tangannya berpeluh. "Kita tunggu diluar ya.." tangannya di tarik Firash. Mereka melangkah keluar mengikut pintu belakang. Firash menarik tangannya sehingga mereka sampai di bangku di tepi padang. Duduk di situ untuk seketika. Dia duduk di sisi Firash diam seribu bahasa. Fikirannya tengah risaukan Haris dan mereka yang dalam bilik itu sekarang.
"Don't worry, Haris know how take care of himself. Dia dengan Daniel tahu batas mereka. They will not kill each other." ujar Firash. The irony of they will not kill each other, Dahlia menutup wajahnya dengan tangan. Bagaimana Firash boleh tenang tidak memanggil cikgu atau orang dewasa menyelesaikan hal ini? Bunyi hentakan laungan sudah dan meminta mereka berhenti. Maki hamun yang kedengaran benar-benar menjadikan petang ini huru-hara.
Coach dan pembantu coach kelihatan berlari mendekati rumah kelab itu dengan dua orang pengawal. Tak sampai 1 minit semua pemain bola Conlay yang berada di dalam kelab itu keluar satu persatu. Dahlia cuma duduk memandang kosong ke arah mereka. Haris yang terakhir keluar. Dahinya punya kesan darah. Dan bajunya tampak kusut kesan dari pergelutan. "You know what Firash?" dia berpaling memandang Firash di sisinya. Matanya menangkap mata Firash yang sedang menunduk memandang tangannya sendiri.
"That guy will kill Haris twice in this lifetime.." air matanya mengalir. Firash hanya menunduk tidak membalas apa-apa. Satu keluhan terhela. Dahlia menutup perlahan wajahnya kembali dengan tangan. Tangan Firash perlahan mengusap kepalanya. "Let them solve their problem Dahlia. Haris know his way." lembut Firash memujuk setelah seketika dia membiarkan Dahlia menangis sendirian di situ.
Untuk mereka, soal ini katanya hanya berkenaan orang dewasa. Undang-undang. Polis. Semuanya harus di gunakan. Tapi mengapa harus ada pertumpahan darah begini. Di kawasan sekolah. Kenapa orang segila Daniel boleh terus berada di kawasan Conlay.
"Listen one more time you guys doing this. I gonna tarik this team name out of league. I don't care about my hard work if you guys act like a dumb kid right now." Coach meninggikan suaranya. Segenap ruang di padang ini tahu kemarahannya kini. "You out Daniel. I don't want any of my team failed a fucking doping. Its embarrassing!!" kepala Daniel di tunjalnya. Haris menunduk. Dia juga akan tarik diri dari team ini tanpa perlu diminta. Dia tak mahu berada di sini dan merosakkan semangat berpasukan mereka tentu sekali.
"And you Haris. What have you done?" Coach berdiri di hadapannya. Dia mengangkat mukanya memandang tepat kearah lelaki itu. Setapak coach mendekat. Memandang tepat ke arahnya. "What a great captain have you became!!" jeritnya di hadapan muka Haris. "Lut will lead the team sir." Dan dengan satu jawapan itu, kolarnya di cekak. "Are you fucking kidding me?" jerit Lut. Dia menolak kasar tubuh Haris. Tidak mempedulikan lagi coach yang berada di hadapannya kini.
"Kau bukan loser lah sial nak lepaskan diri kau macam ni. You are not a fucking loser you shithead." jerit Lut. Mereka semua tahu kalau Haris tarik diri dari team ini. Mereka akan hilang tugu yang kuat. Terutama sekali selepas Daniel juga dibuang dari team. "I have my very own reason." Haris menolak kasar Lut dia menahan pemuda itu dari terus berkasar dengan nya. Mereka sendiri dalam kesuraman sekarang ini. Lepas satu, satu pula masalahnya.
Coach mendekat, kolar baju Haris di tariknya. Memaksa Haris berdiri dekat dengannya. "Aku tahu kau takkan betray aku macam ni. Kau balik dan kau fikirkan semula sejauh mana kau dalam team ni. Jangan kau menyesal." Haris ditolaknya kasar. "Balik semua. Aku taknak tengok muka korang atas padang ni lagi." jerit coach. Mereka bersurai begitu sahaja.
Dahlia bersandar perlahan. Firash juga. Seketika sebelum Dahlia bangun dan melangkah menuju ke dalam kelab semula untuk mengambil barangnya dan balik ke rumah. Firash turut berdiri. Dia menarik Dahlia dekat dengannya. "Whatever happen Dahlia, it's not your fault. Don't blame yourself." Hangat pelukannya. Dahlia hanya diam. Tenang ke dia lepas beritahu Haris soal Lily, dan ini terjadi. Tenang ke dia tanpa Lily yang masih tidak muncul di kelas dan Haris yang menghancurkan segalanya sekarang. Tenang?
Masuk sahaja ke dalam kelab dia lihat betapa berseleraknya keadaan rumah kelab itu. Dengan kerusi ada yang patah dan meja terbalik. Haris masih berada di situ. Mengemas. Dia tidak menanti seketika atau mahu menyapa pemuda itu. Tangannya menarik kasar bag yang berada di bangku dan menyandangnya. Bukunya tadi turut di angkat dan terus mahu berlalu.
Masuk sahaja ke dalam kelab dia lihat betapa berseleraknya keadaan rumah kelab itu. Dengan kerusi ada yang patah dan meja terbalik. Haris masih berada di situ. Mengemas. Dia tidak menanti seketika atau mahu menyapa pemuda itu. Tangannya menarik kasar bag yang berada di bangku dan menyandangnya. Bukunya tadi turut di angkat dan terus mahu berlalu.
"Can you stay here for awhile?" Langkahnya terhenti.
"To look at how awful you are right now? I'm gonna pass that." Dia menolak kasar pintu. Tidak setapak pun dia akan melihat ke belakang untuk pemuda itu. Lantaklah, dia tidak peduli lagi soal hal itu. Dia tak kisah dan tidak peduli lagi. Risau? Dia memilih untuk tidak peduli. Risau? Dia rasakan kalau semakin dia masuk ke dalam permasalahan pemuda ini pasti semakin jauh lagi dia takkan jumpa jalan keluar.
*
Lily di tariknya kasar. Memaksa gadis itu memandang ke arahnya. "Look at me.." Lembut bicaranya, Daniel menyentuh lembut dagu Lily untuk membuatkan pandangan mata Lily fokus kepadanya. Bibirnya perlahan turun ke bibir kekasihnya itu. Seketika mereka berkeadaan begitu. Tangan Lily memegang pinggang Daniel. Matanya di pejamkan rapat. Untuk hari ini, Daniel tidak berkasar dengannya.
Dan untuk hari ini kebencian terhadap Daniel semalam hilang seketika. Kehangatan yang diberikan Daniel menguasai sepenuh dirinya. Tadi sewaktu dia curi keluar dari rumahnya, dia berfikir dua kali untuk ini. Dia sedar Daniel bukan boleh di jangka. Dia sedar Daniel juga perlukan dia dalam ketika ini. Mendapat berita yang Haris membuat laporan kepada pengetua Conlay agak membuatkan dia berfikir tentang pemuda ini seharian.
Bodoh kah dia kerana memberi peluang untuk pemuda ini buat kesekian kali. Perlahan dia dilepaskan. Pipinya di sentuh lembut. Daniel melepaskannya perlahan. "I miss you.." bisiknya. Luka di wajah Daniel di sentuhnya perlahan. Tinggal kesan sahaja. Di kening pemuda itu dan di hujung bibir. "It hurts." Jari Daniel di pegangnya erat. "I'm sorry.." dan dia maksudkannya. Dia minta maaf untuk ini. Dia tahu Haris dan Daniel bergaduh lagi untuk kali ke duanya.
"You know that Haris will hurt you if you balik kejap lagi kan?" Daniel memandang kearah Lily. Dan gadis itu hanya mampu menunduk memandang jarinya yang berada dalam genggamannya sekarang. Seketika dia menanti, melihat sepi yang menjadi jawapan. Dia memanaskan lagi kekasihnya ini. "Stay with me tonight.." Lily kini memandang ke arahnya. "I promise I will not touch you, or force you Lily. I promise.." lembut bicara Daniel. Dia memujuk. Dia mahu bersama Lily hari ini dan esok, selamanya.
Dia menanti Lily menerima ajakannya. Mereka masih dalam kereta tidak jauh dari hadapan rumah gadis itu. Menanti Lily untuk menjawab agak menjadikan dia hilang sabar. Tapi dia kekal tidak melatah. Cuba untuk menahan dirinya dari mengasari Lily. "I will stay if you sleep at your parents house." Lily membuka mulutnya. Pantas anggukan Daniel. Dia cuma mahu gadis itu berada di sisinya sahaja tiada niat lain untuknya hari ini.
Terus keretanya di pandu meninggalkan rumah Lily, dia memandu melintasi motor besar Haris yang baru mahu menuju ke rumah besar itu. Senyuman sinisnya terukir. Dia pasti Lily tidak nampak Haris yang baru pulang itu. Lily di sisinya di pandang sekilas, hanya senyuman manis yang terukir di bibirnya kini.
Haris mengeluh perlahan. Melihat bilik adiknya kosong tidak berpenghuni membuatkan dia terkedu. Tombol pintu itu ditariknya kembali. Langkahnya di atur ke bilik kerja papa. Menolak kasar pintu masuk itu tanpa sebarang kata salam. Papa sedang berdiri memandang ke arah tingkap dengan tangan dibelakangnya. Tidak mengendahkan kehadiran Haris yang kurang ajar menceroboh ruang kerjanya. "Mana Lily?" soalan yang dia tahu jawapannya. Dia saksikan Lily di bawa pergi oleh orang yang sama mencipta masalah dalam keluarganya.
"You know the answer Haris." sinis dia membalas.
"I already settled the school matters, Lily will be home-schooling. Kalau dia refuse I will sent her to UK." Tan Sri Dahlan berpaling memandang anaknya. Dia sudah buat keputusan. Sudah cuba menyelesaikan hal ini setahun yang lalu dan kini Lily bermain dengan api yang sama yang sudah dia padam. "Have you talk to her about this?" soal Haris, tangannya di genggamnya sendiri. Menahan marahnya dengan keputusan papa yang tak pernah berbincang dengannya atau Lily.
"I don't need to ask the question that I already have the answer. She have to go." tegas bicaranya. Tidak menolak sedikit tentang perasaan anaknya. "I will sent her to study there and live on her own. She will learn how to survive there." tekan Tan Sri Dahlan. Dia mula menarik kerusinya kemudian melabuh kan punggung. Dia mula mahu melakukan tugasnya yang tergendala.
"I'm not allowed you to do that."
"I DON'T ASK YOUR PERMISSION!!" tengking Tan Sri Dahlan kuat. Dia meraup wajahnya kasar. "You listen Haris. She will stop your growth here. She will stop us. She will limit your step." tekan papa. Haris mendekat. "She that you said will stop my growth and limit my step is my sister. I will die for her." tekan Haris. Dia berani menentang mata papanya. "You have criminal record Haris. It will limit you. I said this for your own sake."
"Sent me to UK once I solved this matter."
"Dengan apa Haris? Your fist?" sinis dia memandang ke arah anak lelakinya ini. Dia sudah mengalah dengan Lily. Dia tidak pasti jalan bagaimana lagi yang harus diambil untuk anaknya yang satu itu. Haris tidak menjawab soalannya. Dia berpaling mahu meninggalkan ruangan itu. Dia yang akan pergi dari sini. Lebih baik dia yang berada luar dari kehidupan ini. "I can't afford to lose both of you.." Langkahnya dihentikan. Tangannya yang memegang tombol pintu itu di cengkamnya kuat. Sial. "You lost me long time ago.." tekan Haris, Dia berlalu pergi.
"I DON'T ASK YOUR PERMISSION!!" tengking Tan Sri Dahlan kuat. Dia meraup wajahnya kasar. "You listen Haris. She will stop your growth here. She will stop us. She will limit your step." tekan papa. Haris mendekat. "She that you said will stop my growth and limit my step is my sister. I will die for her." tekan Haris. Dia berani menentang mata papanya. "You have criminal record Haris. It will limit you. I said this for your own sake."
"Sent me to UK once I solved this matter."
"Dengan apa Haris? Your fist?" sinis dia memandang ke arah anak lelakinya ini. Dia sudah mengalah dengan Lily. Dia tidak pasti jalan bagaimana lagi yang harus diambil untuk anaknya yang satu itu. Haris tidak menjawab soalannya. Dia berpaling mahu meninggalkan ruangan itu. Dia yang akan pergi dari sini. Lebih baik dia yang berada luar dari kehidupan ini. "I can't afford to lose both of you.." Langkahnya dihentikan. Tangannya yang memegang tombol pintu itu di cengkamnya kuat. Sial. "You lost me long time ago.." tekan Haris, Dia berlalu pergi.
Mahu pulang ke apartment nya. Dia banyak mengalah dengan permintaan Tan Sri Dahlan hanya untuk membantu adiknya keluar dari masalahnya. Dia ambil tahu hal syarikat. Dia dipaksa belajar selok belok syarikat. Berjumpa client dan bermacam hal lain sehingga menganggu waktu kuliahnya dan waktu dia bersama dengan kelab bola sepaknya. Jika benar tidak mahu kehilangannya. Papa pasti sudah sedari tentang hal ini jauh dulu lagi.
TO BE CONTINUED...
Comments
Post a Comment