#14 ADDICTION
To even think that you are part of me..
Tan Sri Dahlan mengeleng perlahan apabila melihat kereta pegawai polis itu keluar dari perkarangan rumahnya. Dia dapat bayangkan berapa banyak akhbar nasional yang akan memperkatakan tentang hal ini. Dia berpaling memandang ke arah Haris yang duduk di atas sofa sekarang. "Kau boleh pack barang kau and get ready to the UK end of this month." ujar Tan Sri Dahlan. Haris diam tidak membuka mulutnya langsung. Malam tadi polis datang membawanya ke balai atas kes menyebabkan kecederaan kepada Daniel. Dia tahu ini akan berada di hadapannya dan dia akan berada di dalam satu fasa yang di mana dia harus mengikut telunjuk ayahnya sekarang.
Dia bangun perlahan, mencapai jaketnya kemudian mahu berlalu pergi. "Paa.." dia berpaling perlahan. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan. Ada sesuatu yang sangat menganggu fikiran. Dan ingin dia sampaikan pada papanya. Tan Sri Dahlan menanti bicara seterusnya. Seketika cuma dia berdiri memandang kearah papanya sebelum dia mengeluh berat dan kembali mengambil langkahnya semula. Sekali lagi dia membiarkan egonya menguasai dirinya.
Dahlan perlahan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Semasa Haris di tahan siang tadi. Hatinya pecah berderai. Dia tahu Haris akan ambil keputusan sejauh ini untuk lindungi adiknya. Dia juga tahu Haris takkan berhenti setakat ini sahaja. Dan dia tak mahu Haris melangkah lebih jauh dari ini. Haris tentu tidak tahu yang dia melutut di kaki Ariffin untuk menyelamatkannya. Dia pasti Haris tidak akan tahu dan jika anaknya tahu pun tentu tiada perubahan dalam hubungan mereka. Tapi untuk menjadi seorang bapa kepada anak-anaknya ini dia tidak perlukan pengiktirafan. Dia cuma mahu dikenali oleh anak-anaknya sendiri.
Tapi jauh sekali untuk itu berlaku selepas kematian isterinya. Mereka satu keluarga pecah terbelah. Bernafas tapi tidak bernyawa. Yang cuma keluarga kerana terlahirnya dalam satu darah sahaja. Perlahan Dahlan bersandar. Lemah menghela nafasnya apabila bunyi motor Haris kedengaran meninggalkan perkarangan rumahnya.
Tangannya di masukkan perlahan ke dalam kocek seluar. Kasual dia berdiri di hadapan tong abu yang memang di sediakan di taman itu. Sesekali dia menghembus asap keluar. Hari ini sahaja mungkin akan menjadi satu lagi hari yang panjang untuknya. Untuk berada di dalam majlis ini pun sudah membuat dia letih. Mujur Firash ada menemaninya nanti. Jika tidak dia terpaksa untuk menghadap orang-orang tua yang mendambakan perhatian bapanya di dalam nanti. Sekurangnya jika ada Firash dia akan ada yang melayan.
"Tuan.." Haris berpaling memandang lelaki bersuit hitam di sisinya. "Kita kena masuk untuk declare kehadiran." ujarnya. Haris mengangguk. Dia menghabiskan sedutan terakhirnya sebelum mencampakkan putung rokok itu ke dalam bekas abu tadi. Dia melangkah mengikut pengawal keselematannya dari belakang. Hari ini majlis untuk mencari dana bagi rumah kebajikan di bawah persatuan NGO bapanya. Jadi dia harus datang mengantikan bapanya yang merupakan pengajur utama dalam persatuan tersebut.
Kepalanya penuh dengan nama-nama penting dalam persatuan itu. Beberapa hal yang dia dipaksa tahu contohnya siapa musuh papanya dan konflik yang terjadi dalam persatuan itu. Papa nya tidak pernah nyatakan secara jelas siapa musuhnya. Dia di paksa duduk dalam syarikat dan lihat budaya mereka. Jadi dia yang harus membuat keputusan sendiri. Wajahnya kosong tidak mempamerkan sebarang riak. Bibirnya dikunci rapat.
"Tuan Haris." dia di sapa oleh pembantu urusan Syarikat Adamna yang merupakan rakan kongsi mereka. "It's feel good to see you involve with the company event now." Dia hanya membalas penyataan itu dengan senyuman dan anggukan kecil. "Have you get your bidding number?" soalnya wanita itu lagi. "I'm not even register lagi. Give me a second." dia berlalu menuju ke arah meja pendaftaran di luar hall itu. Booth bergambar yang meriah dengan model dan meja itu juga di jaga oleh model juga. Pasti mahal bayaran mereka.
"Tuan Haris you don't need to register you part of pengajur.."
"Maaf saya wakil sahaja, I do prefer to register." Tangannya mengeluarkan perlahan telefon dan mengimbas QR code yang terletak di atas meja. Dia mula beralih ke tepi memberi ruang kepada yang beratur di belakangnya. Tangannya lincah menekan butiran peribadinya di atas laman web yang kini terpapar itu.
"Maaf saya wakil sahaja, I do prefer to register." Tangannya mengeluarkan perlahan telefon dan mengimbas QR code yang terletak di atas meja. Dia mula beralih ke tepi memberi ruang kepada yang beratur di belakangnya. Tangannya lincah menekan butiran peribadinya di atas laman web yang kini terpapar itu.
"Tu, Harlod Partnership's representative.." Haris hanya mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat peguam lantikan persatuan ini. Lelaki India itu menyapanya dengan mengangkat tangan. "Tan Sri mana?" soalan pertama. "Dia ada beberapa hal lain yang kena selesaikan.." Lelaki itu hanya mengangguk mendengar jawapannya. Dia meminta diri untuk mengambil kad nombor yang tersedia di meja itu. "Tuan Haris dah daftar boleh terus masuk dalam ya.." Dia mengangguk. Dia kembali melangkah di dahului dengan pembantunya. Dia mengikut menuju ke dalam. Melihat tetamu yang sedang berkumpul secara berkelompok tidak mengambil tempat duduk di kerusi yang tersedia menghadap pentas itu.
Dia melangkah menuju ke meja pertama yang terletak di bahagian tengan hall dan paling hadapan dengan pentas. "Haris taknak berbual dengan partner Tan Sri?" dia menjawab soalan itu dengan gelengan. Malas tentu sekali. Mana dia tahu mahu berbual tentang apa. Bukan sifat dia berpura-pura dalam hal sebegini. Dia sesekali melihat jamnya. Masa berlalu begitu perlahan sekarang.
Matanya leka memandang sekeliling. Melihat bagaimana orang orang elite berada dalam kelompok mereka. Penuh class penuh sembang kemewahan. Matanya terhenti pada susuk yang amat dikenalinya. Dahlia Hana. Ini kali pertama dia melihat gadis itu setelah kes seminggu yang lalu. Dia masih tidak bersua muka dengan Dahlia. Melihat gadis itu merangkul lengan pemuda di sisinya agak membuat dia cemburu sedikit. Dahlia tampak begitu selesa merangkul dan berbual santai di antara mereka.
Dia mengalihkan pandangannya perlahan. Cantik, dan menyakitkan untuk terus melihat. Dia menunduk melihat jam nya sekali lagi. Matanya di alihkan kembali mencari Dahlia. Dan.. Pandangannya bersatu dengan gadis itu. Janggal apabila Dahlia pantas mengalihkan pandangan darinya dan tampak mengeratkan pegangannya pada Adam. Dan kini Adam turut bersatu pandangan dengannya.
"Tu Adam, owner of.."
"I know him," dia menghentikan penjelasan yang tidak di minta itu. "You can mind your own business here and leave me alone." sambungnya meminta untuk ditinggalkan sendirian di sini. Dia tak mahu duduk di bawah pengawasan sebegini. Pengawalnya itu buat bodoh dan masih tegak berdiri di belakangnya kekal tidak berperasaan. Tangannya mengeluarkan perlahan telefon bimbitnya. Dia melihat pesanan ringkas Firash yang mengatakan pemuda itu sedang dalam perjalanan bersama papanya ke sini. Dia ada lagi 20 minit sebelum majlis bermula.
"I know him," dia menghentikan penjelasan yang tidak di minta itu. "You can mind your own business here and leave me alone." sambungnya meminta untuk ditinggalkan sendirian di sini. Dia tak mahu duduk di bawah pengawasan sebegini. Pengawalnya itu buat bodoh dan masih tegak berdiri di belakangnya kekal tidak berperasaan. Tangannya mengeluarkan perlahan telefon bimbitnya. Dia melihat pesanan ringkas Firash yang mengatakan pemuda itu sedang dalam perjalanan bersama papanya ke sini. Dia ada lagi 20 minit sebelum majlis bermula.
Lampu di malapkan dan pengcahayaan hanya di tumpukan pada pentas. Tetamu lain mula mencari tempat di mana nama mereka di letakkan. Haris memberi isyarat kepada pengawalnya untuk berehat. Dia mencari semula susuk tubuh Dahlia dan abangnya dalam malap suasana hall itu. Matanya tertancap pada belakang tubuh Dahlia yang duduk di meja hadapannya. "Haris.." dia berpaling. Firash. Dan kerusi di sisinya terus di huni. "I almost lost my shit kau tau bila aku baca news tadi berkenaan kau kena tahan last week." bisiknya sejurus sahaja duduk di kerusi. Ya dia langsung tidak ke Conlay kerana perlu mengikuti papanya menguruskan beberapa hal.
"I'm good to go now.." ujar Haris ringkas menandakan hal polis itu tidak lagi menjadi satu daripada permasalahannya. "Wait isn't that Dahlia?" Jadi Firash mampu mengenali Dahlia berdasarkan postur bahunya sahaja. Tangannya terasa mula berpeluh. Firash juga mampu mengenali gadis itu tanpa melihat wajahnya kini. Dan ini membuatkannya sedikit gusar. Dia diam tidak menjawab. Matanya mula memandang ke arah pentas. Kosong tidak mendengar jelas suara pengacara majlis. Dia hanya memandang kosong dalam pelbagai andaian yang bermain di dalam fikirannya. Berkenaan dia, Dahlia dan Firash.
"Tuan.." bahunya di sentuh. Dia terus berpaling.
"Pentas.." ujar pengawal peribadinya. Oh dia perlu memberi ucapan untuk pembukaan majlis. Dia lupa sebenarnya untuk seperkara itu. Perlahan dia bangun melangkah naik ke ruangan atas pentas. "Assalammualaikum dan salam sejahtera.." Dia membuka bicara matanya memandang ke hadapan. Tertumpu pada Dahlia seketika. "Saya Haris Haikal wakil kepada Heritage Holding. Sangat berbesar hati melihat wakil-wakil NGO dari persatuan Tan Sri Dahlan mampu untuk mengadirkan diri untuk menghadiri majlis seperti ini buat kesekian kalinya. Saya berdiri di sini mahu menyampaikan betapa besarnya hati Tan Sri atas sedikit bantuan yang bakal disalurkan kepada rumah anak-anak yatim yang berada di bawah persatuan ini.." ujarnya tenang. Pandangannya di alihkan dari Dahlia. Dia mula memandang ke arah wajah-wajah tetamu di hadapannya.
Seorang pemuda di kerusi wartawan mengangkat tangan.
"Maaf encik, ini bukan press conference jadi tiada sebarang soalan dibenarkan." ujar pengacara majlis. Suaranya sedikit teragak-agak mahu menegur kerana anak bossnya masih berdiri di hadapan mic di tengah pentas itu. "Di hadapan akan di paparkan sedikit rakaman yang sempat pihak Heritage ambil sewaktu proses pemberian sumbangan daripada dana.." Ucapan Haris sekali lagi terhenti, matanya tertancap pada lelaki yang sudah berdiri di hadapan pentas. Dia mengangkat tangannya sedikit, menghentikan pengawalnya dari menghampiri.
"Apa hubungan awak dengan Tan Sri Dahlan sehingga awak mampu untuk menjadi wakil utama Heritage Holding.." soal pemuda itu.
"Saya pekerjanya." dia menjawabnya ringkas. "Event ni merupakan event utama yang di terajui secara tahunan oleh Heritage Holding dan tidak pernah sekali pun Tan Sri Dahlan menolak kehadirannya di sini. Adakah ini kerana berita penahanan awak baru baru ini?" dan dia sudah jangka hal ini akan menjadi masalah untuknya. Diam dia seketika. "Saya.." Dia mengeluarkan telefonnya perlahan. Tangannya mendail number Tan Sri Dahlan. Pembesar suara di pasang dekat. Dia mengambil jalan mudah, tiada yang akan percaya apa yang keluar dari mulutnya.
"Tan Sri, ada wartawan tanya berkenaan kenapa Tan Sri tidak hadir hari ini untuk majlis ni."
"Haris don't say you put your phone in front of the mic."
"I did.."
"Maaf saya tak dapat hadir hari ini sebab ada urusan penting yang tak dapat saya elakkan. Sekarang saya di UK. Ada beberapa urusan yang perlu saya uruskan..." Panggilan Haris matikan segera selepas jawapan di berikan. Dia kembali berdiri tenang di hadapan mikrofon itu. Membetulkan kotnya sedikit sebelum kembali mahu berbicara berkenaan majlis ini. "Saya ada ikut beberapa proses pemberian sumbangan tahun.."
"I did.."
"Maaf saya tak dapat hadir hari ini sebab ada urusan penting yang tak dapat saya elakkan. Sekarang saya di UK. Ada beberapa urusan yang perlu saya uruskan..." Panggilan Haris matikan segera selepas jawapan di berikan. Dia kembali berdiri tenang di hadapan mikrofon itu. Membetulkan kotnya sedikit sebelum kembali mahu berbicara berkenaan majlis ini. "Saya ada ikut beberapa proses pemberian sumbangan tahun.."
"Jalan mudah untuk awak lari dari proses penahan awak adalah berdiri di belakang Heritage."
Haris berhenti lagi seketika. Dia membetulkan tali lehernya sedikit. Sesak di dadanya mula terasa.
"Saya tidak ada jalan mudah dan saya diberikan jaminan polis bukan kerana pengaruh Tan Sri Dahlan, Dan kalau encik rasakan mahu bertanya soalan lain.. Sila jumpa saya di Heritage. Sekarang kami sedang dalam majlis mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim bukan membantu encik untuk mencari berita hangat." ujarnya tenang. Gusar dia apabila ada tetamu yang berbisik-bisik apabila soalan seperti tadi dikemukan.
"Saya tidak ada jalan mudah dan saya diberikan jaminan polis bukan kerana pengaruh Tan Sri Dahlan, Dan kalau encik rasakan mahu bertanya soalan lain.. Sila jumpa saya di Heritage. Sekarang kami sedang dalam majlis mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim bukan membantu encik untuk mencari berita hangat." ujarnya tenang. Gusar dia apabila ada tetamu yang berbisik-bisik apabila soalan seperti tadi dikemukan.
"Untuk mana yang tidak tahu. Saya di tahan minggu lepas kerana mempertahankan diri. Dan ianya terbukti. Dato' Ariffin sendiri tahu soal ini. Berkenaan ini. Saya tak perlu terjerit-jerit menegakkan benang yang basah. Benang saya tidak basah pun sejak dari mula. Jadi tolong duduk dan beri kerjasama. Berkenaan urusan saya sebagai wakil Heritage. Saya merupakan eksekutif urusan utama di Heritage. Saya bukan sekadar anak Tan Sri Dahlan. Saya orang yang dia percaya mampu untuk jadi pekerjanya." tegas dia mengabiskan kata-katanya.
"Apa yang awak ada sekarang semua nya datang dari Tan Sri Dahlan jadi awak tak perlu berdiri di atas sana mendabik dada sedangkan tanpa Tan Sri Dahlan awak cuma budak mentah."
"Dan saya masih budak mentah dengan Dahlan yang berada di belakang saya sedia menyambut." Akui Haris tenang. Dia membuat isyarat kepada pengawalnya. "Baik saya kembali semula kepada inti utama. Urusan pemberian sumbangan tidak pernah diberikan atas nama Heritage walaupun pemberian tersebut disalurkan oleh pihak Heritage. Kami sedia maklum berkenaan kewujudan persatuan ini dan memegang penuh tanggungjawab sebagai pengurus dana. Dan untuk tahun ini tanggungjawab untuk saluran ini akan di serahkan kepada pihak seterusnya. Adamna Co."
"Dan saya masih budak mentah dengan Dahlan yang berada di belakang saya sedia menyambut." Akui Haris tenang. Dia membuat isyarat kepada pengawalnya. "Baik saya kembali semula kepada inti utama. Urusan pemberian sumbangan tidak pernah diberikan atas nama Heritage walaupun pemberian tersebut disalurkan oleh pihak Heritage. Kami sedia maklum berkenaan kewujudan persatuan ini dan memegang penuh tanggungjawab sebagai pengurus dana. Dan untuk tahun ini tanggungjawab untuk saluran ini akan di serahkan kepada pihak seterusnya. Adamna Co."
"Berbesar hati kami pihak Heritage mengatakan, Sumbangan sebanyak RM 3 Juta dengan tambahan sebanyak RM 500 ribu dari Tan Sri Dahlan secara peribadi telah kami salurkan kepada 3 buah rumah kebajikan yang sudah berdaftar di bawah persatuan ini. Sebentar lagi akan ada paparan video yang kami sempat siapkan sebagai kenangan dan bukti kejayaan kita bersama untuk menampung masyarakat." tepukan gemuruh bergema menyambut pengakhiran ucapannya.
Dia kembali mengalihkan mikrofon agar tidak menganggu paparan di layar utama pentas, Haris terus melangkah turun ke bawah kembali kepada Firash. "That guy was ruthless as shit.." dia melongarkan tienya perlahan. "I'm in need some smoke right now. Call me once this habis okay.." Firash hanya mengangguk. Haris menepuk perlahan bahu Firash. Dia bangun kembali berlalu pantas. Tidak mahu pengawalnya nampak dia keluar dari hall utama. Langkahnya di atur laju menuju ke taman di aras yang sama. Dia mahu merokok menghilangkan berat di dadanya.
Dia kembali mengalihkan mikrofon agar tidak menganggu paparan di layar utama pentas, Haris terus melangkah turun ke bawah kembali kepada Firash. "That guy was ruthless as shit.." dia melongarkan tienya perlahan. "I'm in need some smoke right now. Call me once this habis okay.." Firash hanya mengangguk. Haris menepuk perlahan bahu Firash. Dia bangun kembali berlalu pantas. Tidak mahu pengawalnya nampak dia keluar dari hall utama. Langkahnya di atur laju menuju ke taman di aras yang sama. Dia mahu merokok menghilangkan berat di dadanya.
Tolak sahaja pintu akses ke taman. Dahlia turut berada di situ berdiri mendongak memandang langit malam. Gadis itu berpaling memandang ke arahnya turun memandang melihat rokok di jarinya yang terselit kemas itu. "Saya tak jumpa wash room.." ujarnya tanpa di minta. Haris diam. Inilah dia sejak dari hari Dahlia meluahkan rasa. Sejak hari itu tidak sekali pun dia berani bermain dengan gadis di hadapannya ini.
"Can I hug you?" soal Haris. Dahlia membuka tangannya perlahan. Menanti Haris mendekat. Pemuda itu melangkah dan langkahnya terasa amat perlahan. Dia perlahan meletakkan tangannya di bahu Haris kemudian menarik pemuda itu dekat, masuk ke dalam pelukannya. Haris ringkas membenamkan wajahnya pada bahu Dahlia. Tinggi gadis itu begitu sempurna untuknya. Tangannya memaut bahu Dahlia. Mengusap lembut kepala gadis itu. Seketika mereka begitu.
"Thanks.." ujarnya sejurus melepaskan Dahlia. "Saya tunggu awak habis merokok. And after that can you please show me where is the wash room.." Haris hanya mengangguk. Dia menyelitkan perlahan rokok di bibirnya. Menyalakan hujung rokok itu dengan lighter kemudian dia terus menikmatinya. Dia memandang Dahlia yang tidak habis lagi melihat langit malam itu. "Kau datang dengan Adam?" soal Haris ringkas. Matanya masih tidak turun dari memandang Dahlia. Dia lihat gadis itu begitu leka tapi masih memberi anggukan kepada soalannya.
"Kau tak beritahu aku yang abang kau owner Adamna.." ujarnya lagi. Sengaja berbahasa mahu menghilangkan janggalnya.
Dahlia diam, pada dia untuk apa dia beritahu tentang itu. Dia tiada kena mengena dalam urusan syarikat abangnya malahan dia tak pernah ambil tahu. Perlahan dia berpaling. Dia masih dalam posisi mendongak. Haris memandang ke arahnya. Dia tidak segan lagi memandang ke arah pemuda itu kini. Dia sudah meluahkan rasanya sebelum ini. Haris masih setia menatapnya.
Dan kalau dia tinggalkan Malaysia, tiada Dahlia di sisinya. Dan tiada Dahlia di sisinya.
"I want to touch you so bad and make you mine." ujarnya mengalihkan pandangnya dari Dahlia. "I want to own you.. But we are not lover." sambungnya lagi. Rokok di tanggannya hanya terselit sebagai perhiasan kini. Dia tidak lagi rasa mahu merokok. Apa yang difikirkan di dalam tadi berlari-lari keluar di dalam mindanya. "Aku taknak ikat kau dengan perkataan cinta dan sayang dalam keadaan aku tak punya apa-apa sekarang.." Dia tahu apa yang lelaki di dalam sana cakap benar, dia bukan siapa-siapa tanpa papanya. Dia bukan siapa-siapa tanpa Dahlan di belakangnya.
Dahlia berdiri di hadapannya. Dia memandang gadis itu seketika. Tangannya naik perlahan mengusap pipi Dahlia. "I want to call you mine.." dia maksudkannya. "Make me your Haris." Tangannya memegang tangan Haris yang memegang wajahnya. Haris memaut wajahnya lembut. Menariknya dekat. "Remember one thing Hana, one day when time passes I will come again and that day. I don't care with who you are. I will make you mine." Wajahnya di dekatkan. Dia tidak melampaui batasnya. Dia tahu Dahlia tidak mahu kan ini juga. Dan dia juga tahu jika dia lakukan lebih dari ini. Dia sendiri sukar mahu menahan dirinya.
Dahlia memejam matanya perlahan. Haris perlahan menariknya lembut masuk ke dalam pelukan. Seketika mereka cuma berdiri begitu. Dalam sunyi malam yang mula mencengkam kedinginannya. "Haris.." Perlahan dia melepaskan Dahlia. Berpaling ke belakang. Firash. Tangannya melurut turun dari bersentuhan dengan gadis itu. "Penyerahan tablet sekarang." ujar Firash. Dia mengangguk perlahan. Rokok di jarinya perlahan di campakkan ke dalam bekas abu.
"I will show her the washroom first.."
"Oh alright.." Firash mengangguk. Haris berjalan dahulu mendahului mereka. Dahlia mengikut dari belakang. "Careful Lia.." Lengan Dahlia digapainya perlahan apabila gadis itu hampir tersadung dengan kainnya sendiri. "Thanks.." Dahlia hanya cuba berdiri statik seketika sebelum kembali mengapai lengan Haris yang sedang menantinya itu. Firash hanya mengikut dari arah belakang. Dia berdiri memerhatikan mereka sedari tadi. Dan mereka langsung tidak menyedari kehadirannya. Dan ini juga pertama kali dia melihat Haris serius meluahkan perasaannya.
Dahlia duduk perlahan di atas kerusi di cafe pelajar. Dia mengunyah waffle yang berada di tangannya dan matanya tertumpu pada kertas nota yang berlipat-lipat. Sedari tadi dia hanya tertumpu pada satu perkara sahaja. Menghafal. Baru dia mahu meneruskan suapannya. Tubuhnya terdorong ke hadapan apabila seseorang melanggarnya dari belakang. "Dally.." suara Lily teruja menyapanya. Dahlia diam buat tidak endah. Dia tidak berura-ura mahu menunjukkan minat pada kehadiran Lily sekarang. Dia kembali menjadikan nota di tangan sebagai fokus utamanya.
"Dally are you mad?" soal gadis itu manja. Dahlia diam. Bahunya menjadi sasaran Lily bersandar manja. "I'm so sorry.." sambung Lily. Dia betul-betul minta maaf untuk perlakuannya. "For what?" sedikit meninggi suara Dahlia. Dia bengang. Bukan sekali dua dia cuba untuk menghubungi gadis itu. Banyak kali sampai tahap panas telefonnya. Bukan satu pesanan ringkas yang di hantarnya, beratus. Satu pun tidak berjawab.
Lily seharusnya lebih tahu. Oh mungkin tidak, dia cuma berkawan rapat dengan Lily seorang. Bukan seperti Lily hampir satu sekolah ini kawannya. Jika tidak kerana dia kenal Lily dan pernah berada di dalam situasi yang melibatkan nyawanya tentu sahaja dia takkan seterasa ini dengan sikap Lily.
"So you're mad. Can we talk in private?" pinta Lily. Dia bangun dari duduknya. Tangannya menarik lembut tangan Dahlia. Dahlia mengikut. Dia berjalan di belakang Lily. Mengikut langkah gadis itu mendaki tangga menuju ke arah pusat renang yang kebiasaannya kosong pada waktu ini. Lily selamba sahaja membuka pintu masuk ke dalam kawasan renang itu. Dia menutup dan menguncinya perlahan. "First I'm back again here.." ujar Lily selamba. Dia berhenti di tepi satu tembok sebelum melabuhkan punggungnya. Harinya kembali seperti biasa. Tiada perkhabaran dari Daniel setelah apa yang terjadi kemarin. Dan Haris? Masih tidak menampakkan wajahnya lagi.
"I'm sorry for not answering. I have my reason. And you need to listen to it carefully.."
Lily mula bercerita dari awal sampai akhir kisahnya. Dahlia menjadi pendengar setia seperti kebiasaan. Tiada sebarang tokok tambah dia cerita apa yang terjadi dan Dahlia pula tidak menyampuk satu perkataan pun. Dia cuma mampu diam dan mengamati segalanya. Dari masalah keluarga Lily, permasalahan Haris. Dan dia masih pelik mengapa tiada nama Daniel yang keluar dari mulut gadis itu. Tiada satu pun permasalahan yang asalnya dari Daniel.
Segalanya berkenaan papanya yang abusive, abangnya yang baran.
Dan Dahlia hanya menjadi pemerhati betapa Lily hanya memikirkan tentang hal nya sahaja. Tanpa mencari silapnya di mana. Dia tidak pernah berhadapan dengan gadis yang begitu penting diri sekarang ini. Jika Haris dengar hal ini keluar dari mulut adiknya sendiri pasti pemuda itu kecewa. "Jangan buat aku ketawa dengan dongeng kau Lily." dia tahu dia kedengaran agak kejam sekarang. Tapi dia harus mempertahankan Haris untuk kali ini.
"Kau tahu Firash ada dengan aku malam tu?" soal Dahlia tenang. Lily tampak terperanjat. "Kau suruh aku datang tanpa Haris. And aku perempuan Lily. Aku takut. Aku datang dengan Firash. Firash was so mad. Kau main dadah Lily." dan jelas sekali Lily tidak tahu berkenaan ini. Dadah terutama sekali. Lily sendiri di bohongi Daniel.
"Aku takkk Liaa.."
"Tanya Daniel. Tanya Firash kalau kau rasa kau tak tipu aku.."
"Aku dengan kau.. Pagi tu.."
"Kau ingat Haris akan marah kau? Tak.. Aku dapat tahu ada gambar sampai di rumah kau.. Lelaki yang baik ke dia kalau simpan gambar macam tu lepas tu bagi pada keluarga kau.. Haris tahu dari aku last week. He knew last week bukan dah lama. Dia tak tahu kau di bodoh-bodohkan Daniel.." dia masih memandang tepat ke arah Lily.
"Kau ingat Haris akan marah kau? Tak.. Aku dapat tahu ada gambar sampai di rumah kau.. Lelaki yang baik ke dia kalau simpan gambar macam tu lepas tu bagi pada keluarga kau.. Haris tahu dari aku last week. He knew last week bukan dah lama. Dia tak tahu kau di bodoh-bodohkan Daniel.." dia masih memandang tepat ke arah Lily.
"You indeed was selfish Lily. How can you ask for me that time? I'm hopeless.." keluhnya tidak beralah kali ini. Dia tahu yang Lily secara tidak langsung akan menolak untuk dekat dengan nya ketika ini. Dan secara tak langsung dia akan kehilangan kawan juga. "Haris risaukan kau. Haris sanggup buat apa je untuk kau. Dan kau masih berpihak pada Daniel." Dia bangun perlahan. Memandang ke arah Lily buat sekian kalinya. Lily tidak langsung mengangkat mukanya untuk melihat Dahlia.
"Aku takkan paksa kau untuk tinggalkan Daniel, kau cukup matang, cukup dewasa dalam menilai. Yang aku paksa sekarang untuk kau kasihani Haris. Dia berhak atas kehidupan dia jugak." Dia tahu ayat ini sedikit kejam untuk Lily. Tapi inilah hakikatnya. Langkahnya di teruskan. Dia meninggalkan Lily tanpa menoleh lagi kini.
TO BE CONTINUED...
Comments
Post a Comment