𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒇𝒐𝒖𝒓

I promise to not cross the line..


Dalisha menunduk perlahan, matanya memandang tangannya sendiri. Cincin di jarinya di pusingkan beberapa kali. Majlis terasa begitu sesak untuk dia terus berada di situ. Luqman masih tidak kunjung tiba lagi, majlis sudah bermula lebih sejam yang lalu. Pemuda itu masih tidak kelihatan. Dia berdiri di sini menanti. "Puan, your phone.." Dia berpaling. Telefon yang dihulurkan kepadanya di sambut perlahan. Mama? Panggilan itu terus di jawabnya. "Hello maa?" sapanya terus. "Imani dekat mana?"  soalan terus menyapa telinganya, dia tak sempat menjawabnya lagi. Dia dapat dengar suara Luqman di hujung sana berbicarakan sesuatu yang tidak jelas sebelum telefon itu beralih tangan. 

"Imani.."

"tak boleh ke sana, something urgent came out. We talk when we both at home okay.." 

Something urgent came out? We talk when we both at home..

"Luqman.. You promise me you will be here, I'm waiting for you to be here." suaranya bergetar.

"minta maaf Imani, semua ni luar kawalan I, mama call bagitahu Aliessa..."

 

"Aliessa?" terjerit kecil Dalisha mendengar nama itu meniti dibibir suaminya. Aliessa yang menjadi punca suaminya tidak berada di sini sekarang? Aliessa yang menjadi punca Luqman tak melangkah ke arahnya? Aliessa. "Imani listen, we talk when we at home okay. I will wait for you there." ujar Luqman. Tenang dia berbicara di hujung sana. "Luqman, you want us to talk at home? Bercakap tentang ni semasa berada di rumah itu maksud you? I want you to be here, whatever it takes, you have to be here Luqman. I will wait for you here.." dia tak mahu mendengar bicara pemuda itu. Tak mahu mendengar penjelasan lanjut Luqman. 

 

Untuk apa?

 

Semuanya akan menyakitkan. Dia memandang sekeliling, ruang lobi hotel itu kosong. Dia melangkah menuju ke sisi cermin, tersembunyi sedikit dari orang yang melintasi ruangan itu untuk ke hall majlis. Dia duduk di atas tembok yang separas dengan lututnya itu. Menanti kehadiran suaminya. Baru seketika malam tadi Luqman bermadah dengannya. Dan sekarang pemuda itu bersama bekas isterinya bahkan bersama mertuanya disana. Mahu bersangka baik? Atau mahu lebih menyakitkan hatinya. 

 

"Please come Luqman please.." dia menunduk. Menanti. Minit berganti minit dan terus berlalu, ruangan lobi mula dilintasi tetamu beberapa kali mahu meninggalkan majlis. Dia memandang dari jauh sahaja, seharusnya majlis ini menjadi titik untuk mengenalkan Luqman sebagai suaminya dan titik untuk hubungannya dengan Uwais. Untuk benar-benar mengingatkan Uwais tentang kehadiran suami di sisinya. 

 

Tapi kini, tidak setapak pun dia melangkah ke dalam sana selepas majlis bermula. Cukup sekadar dia berucap sedikit dia terus melangkah keluar. Dia melihat jam di tangannya 2 jam berlalu. Senyumannya terukir perlahan. Air matanya mengalir. Luqman benar-benar buat dia menanti. Laju air matanya mengalir, dia takut. Luqman akan benar-benar meninggalkan dia. Seketika lagi Dalisha, seketika  lagi. Dia cuba untuk menanti seketika lagi. 

**

Dia masuk perlahan ke dalam keretanya. Sejenak dia cuma duduk memandang ke arah halaman rumah keluarganya. Kepalanya di sandarkan pada stereng kereta, matanya dipejamkan perlahan. Seharian Luqman kau berada di sini. Untuk pertama kali kau lihat satu kehilangan yang pasti dan kekal. Seharian kau di sini. Tangisan dan ratapan yang tidak berhenti sedari tadi hanya di lihat dengan wajah kosong dan terlogo memandang. Aliessa pergi dan dia masih tidak hantarkan wanita yang hidup dalam dirinya selama 10 tahun itu dengan tangisan.

 

“Luqman..” cermin tingkapnya diketuk perlahan, dia membuka matanya semula. Mama diluar memandang kearahnya, riak yang sama tidak berubah. Simpati. Untuk apa dia tidak pasti, wajah tua ini melihat ke arahnya dengan wajah suram dan tidak bermaya. Memandang simpati ke arahnya. Dia menyedihkan. “Balik nanti ambil ubat dan makan okay. Take a deep sleep after that.” Dia mengangguk. Dahinya dikucup perlahan sebelum mama kembali melangkah setapak kebelakang.

 

Dia memandu pergi, membawa keretanya menyulusuri jalan pulang kembali ke pangkuan Dalisha semula. Seharian dia di sini, menzahirkan apa yang terbuku di hatinya terasa begitu payah apabila tiada Dalisha di sisinya. Tubuhnya, kepalanya, mindanya, memberat. Dia mahu cepat sampai ke rumah. Melepaskan semua ini, meluahkan semua ini yang membuat dia tidak selesa mahu bernafas.

 

Sampai di hadapan rumah, dia lihat kereta Dalisha sudah terparkir di atas ruangannya, dia melangkah turun dari kereta. Langkahnya di atur masuk ke dalam ruangan rumah. Dia memandang ruangan itu, kasut tumit Dalisha tersusun di atas rak, kemas. Menunjukkan jelas Dalisha berada di rumah sekarang. Dia melangkah melintasi ruangan hadapan menuju ke arah ruang tamu. Dalisha di situ.

 

Wanita itu memandang ke arahnya. Dalisha pasti menangis sepanjang malam, jelas kelihatan mata wanita itu membengkak, “I’m sorry..” ujarnya. “I’m waiting for you entire night Luqman, I have never feel this insecure in my entire life..” Dalisha menunduk perlahan, dia tak memandang ke arah Luqman.


I’m sorry, what happen last night never can be in my control Imani.” Dia mendekat. Dalisha ketawa perlahan. “Never be in your control you said, your mom tak pernah call I, she never ask about me Luqman.. Guess what happen last night? She call me while at your ex wife house Luqman. With you afterall..” Rambutnya perlahan di raup perlahan, menunjukkan jelas yang dia sedang menahan rasa. Luqman hanya memandang kelu di situ.

 

Kepalanya memandang sudah terasa kosong sejak dari tadi, bukan tadi sejak malam tadi. Harinya terasa tidak berpusing, jamnya terasa tidak berdetik. Semuanya terasa tidak kena dan memberat. Dan kini dia menyakiti Dalisha, dirinya masih tidak tahu apa reaksi yang harus dia lakukan, wajah yang harus dipancarkan untuk situasi ini.

 

I’m your wife Luqman, I’m your fucking wife. That my title. I own you.” posesif? Untuk apa? Untuk menunjukkan yang dia takut Luqman meninggalkan dia, atas apa yang dia lakukan, dia tak mahu Luqman memilih Aliessa. “You own me, you are right Imani. I’m sorry.” mendatar suaranya. Dia tak mahu Dalisha lebih sedih. Minta maaf seperti kebiasaanya. Dan dia maksudkannya.

 

Seperti mana dia lakukan pada Aliessa tadi, walaupun semuanya terlambat untuk itu. Minta maaf satu-satunya rasa yang membuatkan dia rasa sedikit manusia. “I manusia Luqman you ingat dengan maaf you boleh buat I rasa sedikit lega? Tak Luq, I manusia. Maaf? What? did your mom ask you? To marry her again? Have zuriat with her again? You agreed with that don’t you?” pekik Dalisha. Dia bangun dari duduknya. Dia marah. Sangat marah dan kecewa.

 

Luqman menunduk, dia silap lagi. “I manusia Luqman, I punya rasa. I bukan macam you. Semuanya okay. Semuanya akan baik-baik di mata you. Semuanya segalanya atas apa yang I buat selama ni pun you tutup mata you.. I manusia Luqman I tak mampu nak jadi macam tu. Tak berjiwa.”


Dan ianya menyakitkan. Untuk pertama kalinya. “She die Imani. I attend her funeral. I was the one who take her breathe away, she said so Imani. The exact same thing as you said.. Dia punya rasa dan I tak punya rasa.” Air matanya menitis. Dia menunduk. Tak mahu mengangkat wajahnya. Dia menangis. Ini air mata yang harus keluar tadi. “Ianya menyakitkan. I tak mahu bertengkar, I pilih untuk diam bukan kerana I tak peduli. I tak mahu dia sakit, kebahagian dia rasa.. Kesakitan yang sekarang dia rasa datang bila I peduli tentangnya. Kalau I lebih manusia macam yang you mahu kan pasti dia masih hidup..”

 

Kata-katanya menyakitkan Luqman. Dia perlahan menarik Luqman masuk ke dalam dakapannya, dia salah dalam hal ini. Luqman teresak-esak perlahan, lembut dia mengusap kepala pemuda itu. “Kalau I lebih manusia pasti dia masih bernafas Imani, I take her breathe away, shes died.” Luqman meratapi. Pemuda itu seperti kanak-kanak, menangis teresak-esak. Tubuh Luqman melurut, dia turut sama mengikut pemuda itu turun ke lantai, lemah untuk dia berdiri. Kakinya sendiri terasa lemah apabila mendengar berita yang di sampaikan Luqman.

 

Dia tak tahu bagaimana mahu menenangkan Luqman, tangannya mengusap perlahan belakang tubuh Luqman, “Breathe Luq, take a deep breathe.” pinta Dalisha perlahan. Dia mengeratkan pelukannya. Luqman mencari nafasnya, di sana tadi, dia baca surat terakhir Aliessa, dia cuma berdiri kaku, ralat di hatinya, tiada terhasil titisan jernih untuk bekas isterinya. Aliessa wanita yang begitu sempurna, cuma satu kesilapan dia membuang wanita yang menyempurnakan hidupnya jauh dari dunianya. Tanpa penjelasan. Dia berdiri kaku dipusara wanita itu. Tangisan yang kedengaran tidak sedikit pun mengusiknya.

 

Dan saat ini, dia akui. Dia tidak berjiwa. “Ianya meyakitkan Imani, terlalu menyakitkan.” ujarnya lemah. Dalisha menarik nafasnya perlahan. Kelu lidahnya, amarah yang dia rasakan tadi hilang. Begitu sahaja. Rasa bersalah menyerbu dirinya dalam segenap pelusuk jiwanya. Tangan Luqman menolak perlahan tubuh Dalisha, menjarakkan duduk mereka. Dia bangun, wajahnya diraup perlahan. Dalisha di pandangnya. 


"Am I wrong if I choose to be in pain alone instead of both of us in pain, Imani? Am I at the wrong side. I try so bad to not make you cry, I hold myself from being angry. I hold my tongue to not spit any word to make it worst. But what did I get from you? You still cry, you still in pain."


"I manusia Imani, cukup manusia untuk tahu yang you perlukan masa. I'm hurt right now, I'm in pain. I hope you acknowledge that.." 


Langkahnya di atur meninggalkan ruangan itu. Dia tak mahu berlama. Risau rasa ini berubah menjadi kemarahan dan bicaranya mengambarkan kebencian. Dia pulang untuk sedikit ketenangan buat jiwanya yang ralat dengan apa yang berlaku sepanjang harinya semalam. Dan kini dia seakan-akan terhenyak dalam realitinya. Dia tidak punya sesuatu yang selayaknya membuat dia tenang. Dalisha dibiarkan sendirian. Dia dan Dalisha perlukan ruang. 


TO BE CONTINUED...







Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

Feels