#17 ADDICTION
Hold my hand..
Jarinya tidak berhenti dari mengetuk meja. Berfikir. Dia baru balik dari latihan fencing. Sekarang duduk bersama Firash makan di restoren yang sentiasa menjadi kunjungan mereka ini. "Saya rasa awak boleh berhenti ketuk meja Lia." Firash memecahkan kerunsingannya. Berkenaan Lily tentu sekali. Lily yang sudah jarang melepak bersamanya.
Sejak dari dia tahu Lily kembali bersama Daniel. Hatinya langsung tidak tenteram. Hidupnya juga. "Apa yang awak fikirkan?" soal Firash. Dia berhenti makan. Fokusnya pada Dahlia. Dahi Dahlia sedari tadi berkerut seribu. Banyak benar masalah gadis itu. Tentang apa pun dia tidak pasti. "Daniel." mendengar nama itu meniti di bibir Dahlia buat dia berubah riak.
Tentu sekali dia akan risau. Daniel dibuang dari Conlay selepas kes dia dan Haris bertumbuk di rumah kelab hari tu. Lama dia tidak melihat pemuda itu. "Kenapa dengan Daniel?" soal Firash. Cuba untuk tidak terlalu berfikir buruk. "Daniel dan Lily dah berbaik." Ah. Lily! Firash mengeluh berat. Dia bersandar.
Haris tidak di campak ke sana untuk Lily kembali dengan kesilapan yang sama. "Mana tahu?" soal Firash serius. Dia masih cuba mencari ruang untuk tidak terlalu risau. "Lily bagitahu saya minggu lepas, Firash saya tak sedap hati." Dahlia tidak menyorokkan kerisauannya.
"Tak ada apa tu." Firash. Dia tahu Daniel bagaimana. Cuma dia tak mahu Dahlia terlalu risau sekarang ini. "Lily pasti sudah tahu bagaimana mahu menjaga batasnya dengan Daniel."
"Kalau dia tahu, dia takkan berani pun mahu berhadapan dengan Daniel sekarang Firash." bentak Dahlia. Tahu bagaimana? Kalau dia sendiri lihat bagaimana Haris tercampak di UK sana hanya kerana mahu mengalas semua yang dilakukan bagi melindungi Lily dulu. Ah, jika dia jadi Haris. Dia tentu kecewa.
Sejauh itu dia mengambil langkah untuk melindungi Lily hanya untuk Lily kembali jatuh dalam lubang yang sama. "Lia, soal Lily awak tak perlu fikirkan sangat. Saya akan cuba nasihatkan dan tengok mana yang patut." ujar Firash cuba untuk menenangkan Dahlia sedikit. Dia nampak jelas kerisauan Dahlia.
Dahlia mengelap perlahan rambutnya. Dia baru selesai mandi, tangannya mengapai perlahan telefon yang berada di atas katil. Dia menekan number Haris. Masuk ke dalam peti simpanan suara. Tiada satu pun panggilannya di jawab. Seakan-akan telefon pemuda itu tidak berdering. Tidak wujud pun sehinggakan panggilan yang di buatnya ini langsung tidak kedengaran di hujung UK sana.
Dia perlahan menekan ikon instagram, mencari nama pemuda itu. Kali terakhir Haris memuat naik gambar ketika mereka di atas Bukit Antarabangsa haritu. Dekat beberapa bulan yang lalu. Gambar tubuhnya yang sedang berbaring di pangkuannya, berselimutkan jaketnya.
Dan tiada gambar lain selepas gambar itu. Satu keluhan terhela. Jika Haris tidak punya telefonnya. Tentu Haris akan membuka media sosialnya bukan? Dia berfikir lagi. Bagaimana cara untuk dia menghubungi Haris.
Dia menekan ikon pesanan ringkas di media sosial Haris. Berfikir sekiranya patut atau tidak dia bertindak sejauh ini. Tangannya perlahan berlari rancak di atas skrin. Menaip semua yang ingin di katakan kepada Haris dalam satu ringkasan.
Menarik nafasnya perlahan sebelum satu hembusan nafas yang berat terhela. Dia berhenti seketika membaca semula apa yang ditaipnya. Satu kali lagi dia menghela nafasnya berat. Haris. Tak rindu ker kau dekat aku? bisik hatinya perlahan. Dia melempar perlahan telefonnya ke atas katilnya sebelum merebahkan tubuhnya.
Mematikan niatnya.
Dia mengiring perlahan. Rindu. Menyakitkan begini. Sesakit ini? Beratus pesanan ringkas yang di hantarnya. Satu pun tidak berbalas. Buat dia sedar tempatnya di mana. Jika Haris benar berpegang pada kata. Berpegang pada janjinya. Dia takkan dibiarkan menanti begini.
Perlahan dia menutup matanya. Mahu tidur. Melupakan seketika pesanan yang masih tidak berhantar di dada telefonnya itu. Melupakan seketika.
Haris, I miss you,
answer my call..
- Dahlia Hana
*
Tangan Lily mengigil. Dia cuba sedaya upaya nya untuk berpaut pada pintu keretanya. Lengannya di rentap kasar oleh Daniel. Dia kembali berpaling kepada pemuda itu. Sakit terasa di bahunya kerana terhenyak pada pintu kereta Daniel.
Mudah pemuda itu kembali mengasarinya. Semudah dia menerima semula kehadiran pemuda itu di sisinya. Air matanya tidak mengalir. Dia cuma cuba menahan tangan kasar itu menunjal-nunjal tubuhnya. "You tak sayang I langsung. That is why you berani buat macam ni kan?" dia kembali di persoalkan.
"Kalau I tak sayang you. I takkan ada sebelah you sekarang. I lama dah tinggalkan you."
"Oh jadi kau memang pernah fikirlah nak tinggalkan aku. Eh aku yang ada time bapak kau sakitkan kau tau. Aku yang pujuk kau!" bentak Daniel jelas sekali dia marah. Lily mengangguk perlahan. Tidak dapat di elakan. Soal ini benar sekali. Daniel yang menenangkan dia. Daniel yang buat dia masih ada di muka bumi ini.
"Ada Haris yang kau bangga kan?" soal Daniel sinis. Tiada. "Ada Haris untuk kau sekarang?" Tiada. "Aku, kau cuma ada aku!" tekan Daniel. Lily mengangguk. "I'm sorry.." ujarnya lembut. Tangan Daniel digapainya. Di kucupnya lembut. Dia menangis. Daniel perlahan mengusap dagunya. Menyeka lembut air mata Lily. Sentuhannya. Menghangatkan.
Dahlia perlahan merangkul bahu Adam. "Abang, can you spare me time?" pintanya lembut. Adam mengangguk. "Adik tunggu abang dekat ruang tamu tau." ujar Dahlia lembut. Dia berlalu keluar dari ruang pejabat abangnya. Sudah bersedia mahu memberi kejutan kepada abangnya. Hari jadi Adam yang ke 27.
Tangannya sudah menatang kek yang di buatnya tengah hari tadi. Berdiri di ruangan gelap ruang tamu rumahnya bersama Mak Neh. "Happy birthday to youuu. Happy Birthday to Adam ku sayang." Mak Neh perlahan menyalakan lilin. Kini cahaya lilin itu menerangi ruang tamu rumah mereka.
"Adikkk." kedengaran suara Adam terharu dalam samar cahaya lilin itu. "Happy birthday sayang." komen Dahlia mengusik. Dia berdiri di hadapan abangnya kini. "Make a wish." ujar Dahlia lembut. Adam memejam perlahan matanya tapi pantas dia memandang Dahlia semula. "Abang rasa, my wish for this 27 birthday. Nak adik happy and masuk Uni yang adik nak!"
"So you make a wish!" pinta Adam. Kek di tangan beralih kini. Adam pula yang kini menantinya. "Dahlia Hana, doakan abang Adam bertemu jodoh yang baik-baik dan bahagia sentiasa." Adam tersenyum perlahan. Adiknya sentiasa fikir tentang dirinya. Dan dia sentiasa berfikir tentang Dahlia Hana.
Dia tahu Dahlia serba kekurangan. Berbeza dengan dia. Dia sempat merasa kasih sayang ibu dan ayah mereka. Dahlia cuma ada dia. Dan dia cuma mampu berikan apa yang Dahlia mahu. Tidak sempurna. Tapi cukup untuk dia katakan. Sepenuh kudrat hidupnya akan di habiskan buat dia membahagiakan Dahlia. Seperti mana dia janjikan pada ibu ayahnya dahulu.
"Aminnn." sahutnya. Perlahan dia merangkul adiknya masuk ke dalam pelukannya. Mereka sudah beralih ke meja makan kini. Duduk bersama pembantu rumah yang baru juga bekerja dengan mereka. Alasan abangnya mudah. Dahlia perempuan. Abangnya banyak keluar outstation untuk Dahlia tinggal seorang diri agak berbahaya jika di fikirkan.
Dahlia perlahan melayani abangnya. Mereka berbual soal beberapa perkara spontan. "Macam mana nanti holiday mahu ke mana?" soal Adam. Cuti adiknya juga sudah mula hampir 2 minggu yang lalu. Dia masih tidak bawak adiknya keluar berjalan-jalan.
"Tak tahu. Sekarang pun adik masih ke Conlay untuk fencing." ujarnya jujur. Dia masih sibuk dengan aktiviti kelab nya yang satu ini. Dia akan sambung A level di Conlay dan kemudian berfikir kemana arah nya dia mahu menyambung pelajarannya.
Baru Adam mahu membuka mulut, bunyi deringan telefon bimbitnya kedengaran. Fokus Adam teralih kepada dada telefonnya. Dahlia mengerling sekilas. Adam hanya menekan sisi telefonnya sebelum membalik telefonnya. "Kalau adik mahu ke mana mana beritahu abang ya, I will try to make my time for you." ujar Adam. Dia menyuap perlahan cake ke dalam mulutnya.
Masa Adam langsung tidak mahu di ganggunya. Dia tahu Adam sibuk dengan urusan syarikat. "Okay abang but that call seem urgent." Dahlia memberi isyarat untuk abangnya menjawab panggilan yang bertalu talu masuk itu. Jelas getaran terhasil pada telefon itu tidak berhenti. Adam mengangguk perlahan.
Dia bangun dari duduknya. Sempat dia mengusap kepala adiknya sebelum meminta diri mahu menjawab panggilannya. Dahlia perlahan kembali menyuap kek ke dalam mulutnya. Adam, begitu sibuk mahu meluang kan masa buat diri sendiri. Dan dia langsung tidak mahu menyusahkan abangnya untuk berfikir tentang dia pula.
Haris perlahan merebahkan tubuhnya di atas sofa. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu yang masih aktif sekarang cuma instagramnya. Dia perlahan menekan profile Lily. Adiknya langsung tidak menghantar sebarang pesanan kepadanya. Dan langsung tidak memuat naik sebarang gambar baharu. Dia mengeluh perlahan. Dia tinggalkan telefon bimbitnya di rumah lamanya.
Dan sedikit menyesal dengan tindakan terburu-burunya. Mahu melihat gambar adiknya juga susah sekarang. Perlahan dia menekan username Dahlia. Gambar terbaru gadis itu dalam pakaian fencing bersama Lim. Ada juga beberapa keping gambar Dahlia begitu akrab dengan Firash yang beraksi mesra di hadapan kamera itu.
Firash.
Dia melihat lagi beberapa keping gambar ke bawah. Sehingga tangan nya berhenti pada satu gambar Dahlia tersenyum disisinya bersama Luthfi. Entah bila dia tidak pasti gambar ini di ambil. Dahlia yang tampak selesa berada di kalangan mereka.
Perlahan dia lemparkan telefonnya kembali ke sisinya. Cuba untuk tidak semakin tenggelam di dalam rasanya kembali. Dia rindu. Dia rindukan Malaysia. Rindukan adiknya. Tapi untuk dia kembali terkongkong di sana. Dia tak mahukan itu. Dia mahu nanti di Malaysia. Dia mampu untuk berdiri sendiri. Bawa adiknya keluar dari rumah yang umpama neraka buat mereka.
Telefonnya berdering Firash. Cuma Firash yang masih dia hubungi di sana, untuk tahu sedikit tentang kehidupan Lily. "Assalammualaikum." sapa Firash di hujung sana. "Walaikummusalam." dia menyahut. Haris membetulkan duduknya perlahan.
"Haris, kau sihat?" soal Firash.
"Sihat."
"Lily macam mana?" Dahlia juga bagaimana? Dia memandang jari sendiri. "Sihat, aku dengan Lia nak jumpa dia kejap lagi. Ni aku on the way pickup Lia kat rumah."
"Haris boleh kau update aku rumah kau dengan any of your contact friend information?" soal Firash di hujung sana. Dia boleh agak lambat laun Firash akan minta juga hal sebegini.
"Untuk?" soal Haris.
"Untuk safety reason Haris. What if aku tak dapat contact kau?"
"Nanti aku text kau okay." ujar Haris.
"Haris."
"Hmm.."
Firash kedengaran mengeluh. Seakan-akan teragak-agak mahu meneruskan katanya ini. Haris menanti Firash menyudahkan bicaranya. Tapi pemuda itu kekal diam di hujung sana. "Fir kenapa?" soal Haris. "No nothing." sambut Firash.
"Haris, hope that I can see you soon okay." cuma itu pengakhiran bicara mereka. Haris menjawab salam Firash sebelum mematikan panggilannya.
*
Dahlia berlari anak turun ke ruangan bawah. Dia sempat mengerling lampu bilik kerja abangnya menyala atau tidak. Sekarang sudah menginjak 2 pagi. Seharusnya abangnya sudah tidur. Langkahnya di atur laju menuju ke pintu utama. Kunci tombol di bukanya perlahan tak mahu mengeluarkan sebarang bunyi kuat yang mampu mengejutkan siapa-siapa.
Langkahnya di larikan perlahan menuju ke arah pagar. Pintu pagar dibukanya perlahan. Lily berdiri dengan lengan bajunya yang koyak. Perlahan di mendakap erat tubuh Lily. Gadis itu mengigil ketakutan. Dia juga sekarang takut melihat keadaan gadis itu.
"Kita masuk ya, ke bilik aku." Lily mengangguk perlahan. Gadis itu tidak respon banyak. Kaku sahaja seperti dalam dunianya sendiri. Dahlia kembali mengunci pagar rumahnya. Dia memerhatikan langkah Lily yang perlahan menuju ke biliknya.
Sampai sahaja di bilik. Baru dia nampak kecederaan Lily. "Aku ambil gambar!" beritahu Dahlia. Dia mengapai cepat telefonnya. Lily menolak pada awalnya. Tapi Dahlia kekal berkeras. Dia tak mahu semua ini berlalu cuma sekadar bualan di dalam kamar ini lagi. Dia ambil setiap lebam yang ada. Pada tubuh gadis itu.
"Dia sentuh kau?" Lily mengangguk.
"Aku kejutkan Adam. Kita ke hospital."
"Aku tak mahu."
"Kau gila ke Lily? Ini bukan sekali dua macam ni Lily. Beratus kali!!" jerit Dahlia tak tertahan. Wajahnya merah. Menahan marahnya. Membuak rasa bencinya. "Ini salah aku Lia. Macam mana.. Haris kena buang jauh dari sini kerana mahu lindungi aku. Tapi aku tetap kembali pada Daniel. Dendam aku pada Haris. Dia dapatkan surat dari polis untuk aku tak didekati Daniel. Tapi aku yang kembali pada dia Lia." tangis Lily. Dia harus akuinya hari ini. Dia lakukan semua ini. Kerana marahnya, memberontaknya dengan keadaan.
Dahlia terduduk di atas katilnya. Handphone di tangannya di campak perlahan di atas katil. Tubuhnya di rebahkan. Mengiring membelakangi Lily. Air matanya mengalir. Dia menangis teresak-esak. Lily bodoh. Bodohnya Lily sehingga tahap dia tak mampu mahu mengeluarkan sebarang kata lanjut untuk ini.
Lily perlahan merebahkan tubuhnya dekat dengan Dahlia. Tangannya berpaut pada pinggang Dahlia. Memeluk erat tubuh sahabatnya. "I am sorry Lia. I am so sorry." tangis Lily. "I broke our promises. I broke my promises. I hurt too but I am dumb and selfish I know." Dia berbisik perlahan. Aku mahu hidup, Lia.
TO BE CONTINUED..
Comments
Post a Comment