#6 ADDICTION


Should I rewind everything, 
how painful it was actually are,
how both of us crying for help..


Haris bersandar perlahan pada dinding di belakangnya, menghela nafasnya. Matanya memandang Firash yang berdiri di hadapannya. "Kau tahu kenapa orang selalu bandingkan kau dan aku?" soal Haris. Firash diam tahu Haris akan mula mengeluarkan kata-kata kesat untuk memarahinya. Dia kenal Haris hampir satu dekad dari dia kecil sehingga kini mereka dewasa bersama. Dia tahu betapa lancangnya mulut Haris yang sentiasa terkunci itu mampu jadi. 

"Kau boleh diam kalau tak mampu nak jadi pandai depan budak-budak bodoh tu Firash. Kau ada pilihan untuk tak setaraf dengan dorang." dia menolak perlahan bahu Firash. Matanya memandang tepat kearah pemuda itu. Apa yang dikeluarkan Firash tadi melampau dan jelas membuktikan pemuda itu pengecut. Rokoknya perlahan di hisap sekali lagi, hembusannya di helakan kasar. Jelas menunjukkan dia marah. "Talk about it as if kau akan tinggalkan Dahlia untuk aku sahaja." Haris ketawa perlahan. Bercakap soal perempuan seakan-akan dahulu Firash tak pernah mengambil kesempatan keatasnya.

"There you go.." Haris ketawa perlahan, mereka sama-sama sudah pada umur yang seharusnya boleh berfikiran lebih jauh jika berbicara soalan ini. Dan dia fikirkan Firash jauh lebih matang dari dirinya. Rokok di tangannya perlahan di padamkan. Meninggalkan Firash sendirian di situ, dia tiada mood mahu melayan pertengkaran yang dia tahu dimana kesudahannya. 

Beberapa orang di meja itu sudah beralih ke meja lain, cuma tinggal Dahlia dan Amni sahaja ketika dia kembali ke kerusinya. Dua gadis ini pun tidak berbicara sebarang  topik. Cuma duduk melihat skrin telefon masing-masing. Haris mengetuk perlahan meja di hadapan Dahlia. Mata gadis itu beralih tumpuan ke arahnya. Menjongket sedikit kening. "Jom balik.." ajaknya. Membuat isyarat ke kereta. Dahlia mengangguk perlahan dia bangun, melangkah mengikuti Haris dari belakang. Haris bersalaman dengan coachnya dahulu sebelum mengatur langkah menuju ke keretanya. 

"So you really take the game to another level out there kan? I told you before yang Firash won't dare to be with you.." Langkah Dahlia menjadi perlahan. Haris menghentikan langkahnya juga, berpaling memandang Dahlia. "Kau betul-betul serius berkenaan Firash?" soal Haris memandang Dahlia tepat. Dalam samar cahaya lampu jalan dia dapat lihat Dahlia turut memandang ke arahnya. Langkah Dahlia perlahan kembali diatur, melintasi dirinya, dia tahu Dahlia terasa mungkin bukan sekadar terasa sahaja gadis itu kecewa. Haris perlahan merangkul bahu Dahlia, dia mengusapnya perlahan.

"How many time yang saya nak kena ingatkan awak.. Jangan sentuh saya!" tangannya di tolak kasar Dahlia. Dia tersenyum perlahan, gadis itu benar-benar memegang kata-katanya. "Tell me more about what you hate.."  Haris mengambil tempatnya, begitu juga Dahlia. "I will text you the list when I home.." selamba sahaja Dahlia membalas. Santai, Haris tidak seperti mahu mengejeknya terusan. 

"Will surely go through the list carefully, so aku boleh keep getting on your nerve." Haris ketawa perlahan, dia mula memanaskan enjinnya. Menanti untuk beberapa ketika. Dahlia dia kerling, gadis itu sedang menyembunyikan senyumannya. Senyumannya turut sama terukir akhirnya. Tangannya spontan memusingkan stereng memandu keluar dari kawasan parkir. Haris bersandar selesa. Dia cuma menumpukan perhatian kepada pemanduannya. 

Dahlia perlahan melemparkan pandangannya ke sisi  tingkap sebelum dia menarik nafasnya perlahan dan memulakan bicaranya. "Thanks.." Janggal. Ya, untuk terima kasih kali ini dia memang rasa agak janggal, penerimanya adalah Haris. Itu salah satu sebab mungkin, faktor terbesar untuk dia rasa janggal sekarang ini. 

"Thanks?" soal Haris bingung. Kepalanya mula ligat memikirkan beberapa perkara yang mampu membuatkan Dahlia mengungkapkan kata terima kasih kepadanya. Dia bingung, oh mungkin tidak apabila teringkat apa yang berlaku di Bistro tadi. Dia tersenyum perlahan. Mula ligat memikirkan apa lagi yang mampu diusiknya. "For telling me that I'm not something worth for him to fight for." Dan Haris terdiam begitu sahaja. Bukan bicara yang mahu dilontarkan tadi tidak jadi, malahan akal nya berhenti dari mencari usikan nakal untuk Dahlia. 

"Are you serious?" Dia mengerling sekilas ke arah Dahlia. Risau. Dia lihat Dahlia tenggelam memandang keluar tingkap. Memandang jalan raya melihat kereta lalu lalang di melintasi kereta mereka. Melihat soalannya tidak berjawab Haris kembali diam, biarkan Dahlia tenggelam lebih dalam lagi dalam lamunannya sendiri. Seketika mereka begitu sehingga kereta Haris berhenti di luar pagar rumah Dahlia.  

Dia mencabut perlahan tali pinggang keledarnya. Berpaling ke tempat duduk belakang, mencapai earphone dan telefon bimbit. Lengan Dahlia perlahan di tariknya sebelum gadis itu melangkah keluar dari kereta. "Seat here for 10 minutes before you go.." ungkap Haris. Dia pasangkan perlahan kedua-dua belah earphone ke telinga Dahlia. Memasang lagu secara random sahaja. Dahlia di biarkan termangu sahaja tidak mengerti apa yang cuba dilakukan Haris.

Haris perlahan memusingkan kepalanya. Berpaling dari Dahlia. Dia bersandar. Mengeluarkan rokoknya seperti biasa. Enjin perlahan di matikan. Tingkap diturunkan. "I'm not going to comfort you." Dahlia memandang Haris. Cuma sisi wajah pemuda itu. Suara Haris tenggelam. Lantunan lagu yang memenuhi ruangan telinganya menghalang dia dari mendengar suara Haris dengan jelas. Dia lihat Haris menghelakan asap rokoknya perlahan sebelum ke dua-dua tangan pemuda itu berpaut pada stereng kereta. Haris bersandar perlahan pada stereng keretanya. Mata mereka bertaut. 

"You aren't the one yang decide sama ada you worth or not for them to fight for, it is all on them. They will be the one if they are meant for you." Hanya sebahagian dari bicara Haris yang masih kedengaran. Dia mahu menarik earphone nya perlahan. Tangan Haris perlahan menahannya. Senyuman pemuda itu terukir. "You are fine.. Kau sempurna." romantis. Pandangan Haris sekarang padanya sekarang. Ah Haris pandai bermain dengan kata-kata. Dia perlahan melarikan anak matanya. Tidak berani memandang Haris. Haris ketawa perlahan.

"Thank you for your bullshit.." Dahlia menanggalkan perlahan earphone Haris dari telinganya. Menolak perlahan ke arah Haris. Dia melangkah turun dari kereta Haris pantas, menuju ke pagar rumahnya. Haris melangkah turun dari kereta, "About Firash.." Langkah Dahlia terhenti. Dia berpaling menanti Haris meneruskan bicaranya. "Kau suka kan dia?" soal Haris. Langkahnya perlahan di atur menuju kearah Dahlia. Belakang kepala Dahlia perlahan dipautnya perlahan. Membawa gadis itu mendekatinya.

Dahlia menahan nafasnya spontan, bau rokok yang terselit di jari Haris menyukarkan pernafasannya. Bibir Haris mendekat, pipi Dahlia menjadi sasarannya. "Why not look at someone that already has his eyes on you instead." terbuka dia menyatakan perasaannya. Haris melangkah perlahan menuju ke keretanya semula. Tersenyum kerana berjaya buat Dahlia kaku berdiri tadi. 

"Cuma perempuan gila sahaja serah diri dorang pada buaya macam awak Haris." Laung Dahlia selamba. Ya, cuma perempuan gila sahaja yang serah diri dia pada orang macam aku. Haris ketawa perlahan, Dahlia benar-benar berjaya menangkap seluruh keinginannya dalam satu masa. Masih terlalu awal untuk dia mengikat gadis itu menjadi miliknya. Dan dia masih rasa terlalu naif untuk itu. Dia berpaling perlahan. Melihat Dahlia melangkah masuk ke kawasan rumah sehingga gadis itu hilang dari pengelihatannya.

*
 
Haris perlahan menolak pintu masuk, bag di bahunya perlahan di masukkan ke dalam kabinet yang berada di laluan masuk. Kasutnya di angkat kemudian di letakkan di tempat yang di sediakan. Matanya tertancap pada susuk tubuh yang duduk di atas sofa menonton televisyen. Langkahnya di atur mahu naik ke ruangan atas, tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu. "Haris nak makan?" Mak Leha menyapanya perlahan. Dia mengeleng perlahan. "Adik ada kat atas?" soal Haris ingin tahu. Mak Leha mengangguk perlahan. Dia mendekat, lengan Haris perlahan di pegangnya. "Mereka bertengkar lagi," perlahan Mak Leha mengadu.

Langkah Haris perlahan menuju ke ruangan atas. Bilik adiknya di hampirinya. Pintu bilik itu di pulasnya perlahan. Berkunci. Dia mengetuk pantas. "Lily ni abang..." Dia memanggil perlahan. Ketukannya jelas tidak di endahkan. Haris mendekat perlahan dirinya pada pintu, kepalanya di sandarkan perlahan pada pintu, risau. Tiada sebarang bunyi dari dalam kamar adiknya. 

"Lilyyy.." ketuknya lagi. Dia tidak berhenti sehingga kedengaran bunyi kunci pintu terbuka. Lily dihadapannya kini. Wajah adiknya itu sembab dengan air mata. Merah, dan punya kesan lebam. Naik darah dia melihat keadaan adiknya. Wajahnya panas, menahan kemarahannya. Tubuhnya adiknya perlahan di dakapnya. Tangisan Lily mula terhambur. "What did he do this time?" soal Haris lembut. Dia mengusap rambut Lily lembut. Membawa gadis itu masuk semula ke dalam kamar. Tangisan Lily terhambur makin kuat.

"Haris, have you ever felt like he is so wrong but you can't prove it," soal Lily. Itu yang dia rasakan sekarang. Apa yang papa katakan tadi, semuanya kedengaran salah pada telinganya, tapi itu realiti, realiti yang lelaki yang bergelar ayahnya itu berkata benar. Dia cuma tak mampu menerima hakikat. Perlahan dia memejam matanya. Air matanya tidak mampu di tahan. "Dia pukul Lily?" Haris bertanya tegas. Suaranya tegang.  Lily mengeleng. "I just hate him, I hate him so much Haris, I can't breathe. I can't,,," Melihat yang Lily begitu payah untuk bernafas. Dia membawa Lily masuk semula ke dalam pelukannya, cuba menenangkan gadis itu.

"I'm sorry for not being there on time." bisik Haris lembut. Bahu Lily diusapnya perlahan. "I'm sorry for not being there Lily.. I'm sorry." dia mengeratkan lagi pelukannya. Menenangkan Lily. Seketika dia berkeadaan begitu sehingga esakkan Lily tidak lagi kedengaran. Haris meninjau perlahan wajah adiknya, gadis itu sudah tenang. Terlelap di dalam pelukannya. Kasihan Lily, pasti adiknya itu ketakutan tadi. Perlahan dia membaringkan Lily ke atas katil. Matanya mengerling perlahan ke arah jam di meja sisi, sudah beralih ke pukul 9. Hampir satu jam dia menenangkan Lily.

Haris bangun perlahan, dia menyelimutkan Lily sebelum melangkah keluar dari kamar adiknya. Langkahnya di atur menuju ke ruangan bawah, mencari kelibat Tan Sri Dahlan. Bapanya. Tiada di ruang tamu. Dia menuju semula ke ruangan atas. Kalau tidak di ruang tamu, cuma di bilik kerja sahaja dia akan bertemu lelaki itu. Tidak mengetuk pintu, dia menolak kasar pintu. Benarlah, Tan Sri Dahlan berada di sini, berdiri menghadap tingkap yang luas dengan rokok terselit di tangannya.

"Kau mahu salahkan apa lagi, Haris Haikal?" soal lelaki itu tanpa memandang ke arahnya. "Kau balik, salahkan apa? Ini rumah kau, aku dan Lily menumpang disini. Kau balik ke rumah kau, kawasan jajahan kau dan aku bukan dalam posisi yang boleh cari salah kau." Tan Sri Dahlan berpaling, memandang satu-satunya anak terunannya. Senyumannya terukir perlahan. Kesinisan Haris sekarang, mengambarkan keangkuhan dirinya sewaktu dia muda dahulu. Haris persis dirinya.

"Lily need to go.." ringkas tapi dia tahu ke mana Lily akan di hantar.

"No, not in my existence.

"I'm her father, and it is my order." tegas bicaranya.

"Well Tan Sri Dahlan, you maybe her father, but she never call you dad." Haris mendekat. Dia memandang berani papanya. "Langkah mayat aku dulu." berani dia menentang papanya. "You will regret this Haris, I know every reasons behind my order. Trust me you will regret tonight onwards for not letting Lily go." Tan Sri Dahlan menuju perlahan ke mejanya, dia mematikan perlahan rokoknya.

"Aku akan bawa dia keluar dari sini sendiri." tekan Haris. Dia memandang tepat ke arah Tan Sri Dahlan. Jelas memaparkan kebenciannya. "Aku akan bawa dia keluar sama macam mama pernah bawa aku keluar dari neraka ni dahulu." Dia mahu melangkah keluar dari ruangan itu. Dia bencikan lelaki itu, untuk hari ini dan selamanya. "Haris.." langkahnya masih diteruskan. "Haris!" melengking suara Tan  Sri Dahlan. 

"Mama kau keluar bukan kerana aku. Dan aku takkan jadi puncanya." Bergetar suaranya Dahlan.

Dia menghela nafasnya berat. Dia bersandar, memejam matanya. Berat. Apa yang ditanggungnya sepanjang membesarkan Haris dan Lily sangat berat. Begitu berat untuk dia menanggungnya sendiri. Tapi dia tiada pilihan untuk melepaskan kepada siapa bebanan ini. Haris berpaling semula. "Punca?" Dia memandang sinis ke arah ayahnya semula. "Punca? Bukan kau aku tahu. Punca dari aku yang lahir jadi zuriat kau, punca Lily yang kau tak pernah mahukan? Itu punca sebenarnya dalam kamus kau kan?" soal Haris berani. Dia menentang berani wajah ayahnya. Tidak pernah dia gentar berhadapan dengan lelaki ini.

Tan Sri Dahlan mengeleng perlahan. Dia meraup wajahnya. Jelas dia tertekan dengan semua ini. "I'm done, you can leave now Haris." Haris berlalu terus. Dia menghempas kuat pintu. Mempamerkan jelas kebenciannya. Tan Sri Dahlan perlahan berpaut kepada meja di sisinya. Terduduk dia. Dia tak mampu mahu menyalahkan Haris dalam hal sebegini. Langsung tidak mampu. Bicara yang pernah dilemparkan satu ketika dahulu kini kembali tepat kepada wajahnya.


TO BE CONTINUED..

Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒇𝒐𝒖𝒓