#4 ADDICTION

I deserve you, darling...



Haris memandang tepat ke arah pintu rumah yang terbuka, susuk tubuh adiknya yang melolosi pintu masuk rumah, "Pergi mana?" soal Haris terus tidak menyorok rasa ingin tahu. Lily tersengih mendekati sofa yang diduduki abangnya, bahu Haris di rangkulnya dari belakang, manja dia bersandar pada abangnya. "Pergi mana Lily Diana?" sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Haris. "Keluar dengan Daniel.." Lily bangun spontan, dia membetulkan bajunya sedikit bersedia untuk dimarahi.

Mata Haris tajam menikam Lily, jelas dia bengang. "Lily berapa kali abang cakap. If you want someone to be your partner, yes choose je sesiapa but not Daniel, Lily!" tekan Haris. Daniel dan dia berkawan sejak kecil lagi dia tahu betapa obsesivenya Daniel, betapa dominan nya sikap pemuda itu. Dia kenal Daniel. "Abang dia okaylah, tak ada apa-apa.. If anything I promise to let you know first okay.." Lily cuba  menyenangkan sedikit abangnya. 

Haris mengeleng perlahan, dia sudah naik muak mengingatkan adiknya. Berapa kali mereka putus, dan berapa kali Lily nampak kejadian tak menyenangkan antara Daniel dan perempuan lain. Yang anehnya, Lily masih tegas mahu berbalik pada Daniel semula. Seakan-akan cuma itu yang dimahukan oleh gadis itu. 

"Dia okay siapa cakap? Adik? Because dia bawa adik pergi makan, giving you expensive items every single time you guys dating? Besides ayat-ayat dia semua manis pada telinga adik?" bentak Haris. Semua benda yang didambakan akan di berikan oleh Daniel. Tiada yang kurang sedikit pun, sempurna. "Abang ni kenapa cari gaduh dengan Lily ni? Penatlah, I know how to take care of myself okay!" Lily memandang tepat kearah abangnya geram. Dia tahu bahasa yang keluar dari mulutnya agak kurang menyenangkan, tapi agak melampau sekiranya Haris kerap kali sangat bersangka buruk pada Daniel.

Malas mahu melayan ikutkan hati mahu sahaja dia naik ke atas sekarang juga, tapi tak mahu Haris semakin marah dan makin naik angin. "You know how to take care of yourself?" sinis suara Haris mengejek, dia tak berniat mahu memperkecilkan adiknya tapi dia lebih tahu bagaimana sifatnya Daniel. Berapa kali yang dia bertengkar dengan Daniel disebabkan Lily, countless..

"Terpulang pada Lily, but whatever happen after this don't come to me, don't even thinking about me.." tekan Haris dia geram benar sekarang. Dia menarik muka dahulu sebelum melangkah naik ke ruangan atas meninggalkan Lily. Lily yang melihat abangnya protes itu mula mencebik, cepat benar abangnya tarik muka. Tapi dia tak risau, cepat tarik muka, Haris juga cepat dipujuk. 

Punggungnya dihenyak ke sofa, bersandar. Mengeluarkan telefonnya. Nama Daniel sudah tertera dahulu di notifikasinya. Senyumannya terukir. Pantas dia menekan ikon telefon untuk membuat panggilan. Baru seketika tadi mereka bertemu, sekarang dia rindukan juga suara Daniel. Mahu mendengar suara buah hatinya sekali lagi. Tubuhnya spontan dibaringkan, menanti panggilannya disambut. 

"Sayanggg~" mendayu suaranya menyapa Daniel dahulu. "Sayang dah sampai ke?" soalnya, dia mula mengiring, senyuman tidak lepas dari wajahnya. Terasa begitu bahagia mendengar suara Daniel. Ah semua orang begini apabila berhubungan dengan pasangan masing-masing kan, mudah tersenyum, apa sahaja yang keluar dari mulut pasangan terasa manis sahaja. Hati sentiasa berbunga-bunga.

*

"Lia??" Dahlia mendongak perlahan memandang si pemanggil. Azwa ketua kelas melambai ke arahnya. Dia bangun perlahan menuju kehadapan kelas, ah, ada Firash di hadapan. Patutlah nada panggilannya Azwa tadi agak tertanya-tanya siapa Lia. "Thanks Wawa." Firash mengucapkan terima kasih. Azwa membuat isyarat tidak mengapa sebelum berlalu pergi meninggalkan Dahlia dan Firash sendirian.

Janggal, Dahlia semestinya akan menanti Firash yang membuka bicara dulu. "Boleh saya pinjam awak kejap?" itu soalan pertama yang keluar dari mulutnya. Dahlia mengangguk perlahan. Dia mengikut langkah Firash. "Awak ada class ke after this?" soalnya tanpa memandang ke arah Dahlia, masih mengetuai langkah gadis itu.

"Patutnya music sekarang, but tukar jadi self study je, so memang free.." Langkah Firash berhenti, Dahlia juga. Mereka masih janggal. Walaupun sudah beberapa kali berbual. "I will just straight to the point jerlah eh, about apa yang jadi antara awak dan Haris." Dahlia terus terasa bahang pada wajahnya. Tak mungkin Firash tahu dan tak mungkin dia jadi bahan perbualan antara Firash dan Haris. Melampau pemuda itu, sangat melampau.

"Saya takkan ke sana lagi." tekan Dahlia. Dia menentang berani Firash. "Tell Haris, saya tunggu surat dari pengetua." sekali lagi dia bertegas. Dia takkan kembali lagi ke sana dengan sesuatu yang dia sudah pasti akan berlaku. "Whats wrong Lia? Tell me.. I will try to fix it.." ungkap Firash lembut. Dahlia mengeleng perlahan. Perbetulkan apa? Perangai Haris? Bullshit..

"Saya takkan benarkan orang buat sesuka hati dia pada saya.. Haris berlaku kurang ajar dan saya kena bertahan dan biarkan dia pijak maruah saya sesuka hati dia?" Dahlia nampak perubahan riak di wajah Firash. Ah Firash tidak tahu soal ini? "Apa yang dia buat?" soal Firash. Bergetar nada suara pemuda itu jelas dia sedang menahan marah. Dahlia diam. Dia tak mahu menyimbah petrol pada bara api. 

"Bagitahu saya atau saya tanya dia sendiri Lia.." Dahlia mengeleng, dia tak kenal Firash dia tak tahu sejauh mana Firash mampu bertindak. "Saya akan tanya dia sendiri.." Rumus Firash ringkas sebelum melangkah pergi. Pantas Dahlia melangkah dekat, menarik lengan Firash. Menghadapnya semula.

"Haris, he kiss me."

"WHAT?" terperanjat. Lengan Dahlia spontan di tariknya. Menuju ke pintu rintangan api yang dekat dengan mereka. "Lia?" Firash seakan-akan meminta kepastian. Melihat anggukan Dahlia. Dia tahu semua tu penyataan yang serius."He forced himself into me, he kiss me several time. When I clearly said no!" Lagi dia buat pernyataan berani matinya. Firash jelas sekali nampak bengang. Dia mengangguk beberapa kali sebelum berlalu pergi, Dahlia tentu sekali dari beraninya berubah cuak. Laju dia mengejar langkah Firash, lengan pemuda itu ditariknya kasar.

"No Firash." tekan Dahlia pantas, dia tak mahu pertengkaran antara Haris dan Firash berlaku. Lagi-lagi mereka merupakan teman rapat. "That was a serious accusation Dahlia.. If someone heard you talking about Haris like that, bukan sahaja saya but entire Conlay will take a serious action.." dia mendekat pada Dahlia, telunjuknya menunding tepat ke arah Dahlia, "Bukan pada Haris tapi pada awak?" Dahlia terkedu. Firash kembali menarik pintu rumah kelab itu kasar. 

"Come in.." arah Firash, dia menanti Dahlia. 

"Haris, we need to talk." Dahlia menunduk mendengar nada suara Firash yang jelas tegang, "Dahlia, long time no see.." Bahunya di rangkul dari tepi, terus dia cuba menjauh. "Luthfi, dia perempuan, know your limit." Melihat tajamnya pandangan Firash, baru terasa perubahan pada suasana kelab itu, dari bising dan kecoh menjadi begitu tegang.

"You guys must be need some space kan? Okay korang boleh lah perlahan-lahan keluar okay. Come here at 5 as usual." arahan di berikan oleh Luthfi untuk menutup  gugupnya dari pandangan Firash, bahu Dahlia sempat ditepuknya lembut. Mereka berlalu keluar meninggalkan cuma Haris dan Firash sahaja di ruangan itu.

"What have you done?" soalan pertama yang keluar. Haris memandang ke arah Dahlia. "You tell him Hana?" soalan itu tertuju tepat pada Dahlia. Dia memandang ke arah Haris, berani. "I tell him. Yes I tell him about what have you done to me Haris." tekan Dahlia, Haris ketawa perlahan. Dia mengalihkan pandangannya kepada Firash. 

"I have my eyes over her, Firash." 

"I want to have her, what about it?" dia turun dari duduk di atas meja itu. Langkahnya di atur dekat pada Firash dan Dahlia. "Bukan macam tu cara kau nak memiliki perempuan Haris, she own herself, when dia cakap no thats mean no. You will cause her a traumatic situation, forced yourself on her that the lowest you can be Haris. Know your fucking limit." Tekan Firash.

"So now you want to be her hero lah," Haris mengejek. Dahlia menarik tangan Firash menjauhi Haris. Dia tak mahu Firash tercabar dengan Haris dan mereka akan bergelut dia tak mahu sampai ke tahap itu. "Say you are sorry for that Haris." arah Firash. Mata Haris kini lebih tertumpu pada tangan Dahlia yang berada di lengan Firash. "I'm not going to fight with you Haris. Aku tahu kau tahu yang aku hormat kau. Not about Lia sahaja, kau tahu aku tegur kau bila buat salah dan sekarang aku tengah  buat benda yang aku biasa buat." matang, Dahlia menunduk perlahan, tipu kalau dia katakan dia tak tertarik pada Firash. Pemuda seperti Firash sangat jarang untuk dia temui sekarang.

"Haris dan Dahlia. Talk about it and settle it down hari ni juga, Dahlia, I will be outside if anything just panggil I okay.." perlahan dia menarik lengannya dari Dahlia, berlalu dari situ. Dahlia kini sendirian bersama Haris. Haris perlahan melangkah kembali kepada meja yang didudukinya, punggungnya disandarkan pada meja di belakangnya.

"Aku dan Firash berkawan sejak kecik, ini pertama kali aku tengok dia marah macam ni.." Dahlia berpeluk tubuh. "You deserve it." ringkas komennya. "Firash betul. Aku melampaui batas aku, aku minta maaf untuk tu.." mendengarnya mungkin kedengaran agak ikhlas tapi melihat wajah Haris. Jelas sekali dia sedang mengejek, Dahlia mengeleng perlahan. "Awak jauh berbeza dengan kawan awak. And it really show.." Dia tahu kalau di ajak Haris bertengkar, sampai kesudahlah benda ini takkan habis. 

Dahlia berpaling dia mahu berlalu pergi meninggalkan ruangan itu untuk kembali kepada Firash yang sedang menantinya. "When I said I have my eyes over you Hana. Trust me Firash will never come close to you..." Dahlia berpaling memandang Haris. Terperanjat dengan apa yang baru keluar dari mulut Haris. Dia mengeleng perlahan. 

"So sekarang ni, awak sentuh saya sesuka hati and awak pun nak tentukan dengan siapa saya nak berkawan? Your life must be boring sampai awak boleh ke tahap menyibuk ni kan?" ejek Dahlia berani, dia ketawa kecil, melihat Haris begitu yakin dengan kata-katanya. Dahlia melangkah keluar dari rumah kelab bola. Langkah kaki nya di atur pantas tapi baru beberapa langkah, lengannya di tarik. Memaksa dia berhadapan dengan Haris semula.

"I'm so mad with the fact yang you are this fascinating..." 

"What a weird way to use that word..."  Lengannya perlahan ditarik kembali. Sinis dia memandang Haris. Haris mengeratkan genggamannya. Dia mula menumbuk-numbuk perlahan tangan pemuda itu. Tidak peduli lagi sama ada mereka diluar rumah kelab sekarang, dia mahu pemuda itu melepaskannya. "I'm sorry, and admit my mistake. If it was easy for me to be around you, that thing won't happen.. It will never happen.. I'm sorry again. And please for the sake of my club and the members.. Please be here again. You belong here.." Dan untuk seketika Dahlia menghentikan pukulannya. Genggaman Haris pada lengannya juga mengendur. 

Dahlia memandang Haris seketika melihat keikhlasan di wajah pemuda itu. "Alright, accepted. I will join tomorrow training.. But if this happen again, I tak teragak-agak collect all bukti and bring this to the court." Haris mengangguk. Dahlia tersenyum perlahan sebelum melangkah pergi dari kawasan itu. Kemenangan berpihak kepadanya. Untuk hari ini.

Haris  memandang adiknya yang sedang bertinggung di hadapan rak buku. Dia mengeleng sekali lagi. Bosan menanti Lily mencari buku novel dia berpaling memandang ke arah luar. Memikirkann tentang beberapa hal yang berlaku dalam minggu ini. Dahlia sudah kembali menguruskan kelab itu bersama pengurus rasmi mereka. Tidak lagi berseorangan dia nampak sisi lain Dahlia yang mesra dan mudah terhibur itu agak membuat dia sedikit senang. Mujur gadis itu tidak sejanggal awal-awal dahulu. Kalau tidak pasti dia tak mampu menahan dirinya dari menyakat gadis itu.

"Anni, awak boleh tolong ambilkan bip dekat dalam?" minta Haris. Anni mengangguk perlahan  dia menuju ke arah rumah kelab, dan Haris melabuhkan punggung di bangku yang diduduki Dahlia. Clipboard di tangannya perlahan diletakkan di antara dia dan Dahlia, peringatan untuk dia tentang jarak dan batasnya. Dahlia jelas masih tidak selesa berdamping dengannya. 

Dia merengangkan tangannya perlahan. Dahlia spontan berdiri. Senyumannya terlepas, gadis ini begitu menarik perhatiannya. Dahlia memandang ke arahnya sekilas, dingin. "Anni, sini.." Anni yang baru sampai itu di panggil Saiful ditengah padang. Langkah gadis itu kembali berlari ke tengah padang pula bersama bip di tangannya. Anni perwatakkannya lebih kelam kabut, tetapi masih bagus dalam melakukan tugasnya. Haris spontan bangun, membantu mengutip bip diatas tanah. "Sorry bang.." Haris hanya buat tidak mengapa, dia mengikut langkah Anni menuju ke tengah padang. 

Dengan Anni juga, dia mudah memberi arahan, gadis itu tidak cepat melatah, lebih mudah bergaul dengan pasukannya juga. Langsung tidak janggal. Jauh lebih mudah memberi arahan kepada Anni berbanding Dahlia  sejujurnya. "Anni thank you.." ujar Saiful menumbuk lembut bahu Anni. Mereka mula mengagihkan bip kepada setiap orang di situ, bagi membezakan pasukan. "Haris, kau main tak?" soal Luthfi, Haris mengeleng. Dia mahu berehat hari ini tidak mahu berpeluh. "Jawapannya kau kena main.. Kita tak cukup teammate.." bip itu ditolak perlahan ke dadanya. Haris megangguk perlahan terpaksa, dia ingatkan mahu jadi pemerhati dan buat beberapa formasi baru di luar padang. Tapi sayang sekali dia terpaksa juga join.

Anni kembali berlari keluar padang, berdiri di tepi padang, Haris perlahan menyarung bipnya. Matanya memandang seketika Dahlia yang berada di sisi padang yang sedang memandang ke arah Firash, entah bila pemuda itu ke sisi padang dia sendiri tidak pasti tapi dia harus akui Firash agak berani membuka langkah mendekati  Dahlia. 

"Abangg.." dia tersentak. Matanya memandang ke arah Lily, eh. Bukan Lily berseorangan sekarang, tapi Dahlia yang berada di belakang gadis itu. Dia memandang ke arah Dahlia, "Abang.. tolong bayar." Lily menghulurkan bakul di tangannya. Haris spontan menyambut. Gadis itu bukan hulurkan satu bakulnya tapi dua termasuk milik Dahlia. "Pay for her also. We have to wreck dad's money?" Haris hanya mengangguk. Dia sendiri pun masih menunjukkan protes yang sama dengan apa yang Lily lakukan. Setiap wang keluar dari debit card mereka, notifikasi akan keluar di telefon bimbit Dato' Ariffin.

"Tak perlu.." bakul ditangannya Dahlia tarik kembali. Dia biarkan sahaja, takkan dia mahu berebut bakul pulakan di sini. Terpulang pada gadis itu. Kedua-dua nya tidak merugikan apa-apa pada dia. "Hye, Haris.." baru sahaja dia sampai di kaunter dia terus di sapa, terus satu senyuman di hadiahkan kepada gadis disitu. Tangannya meletakkan perlahan bakul di atas kaunter. Mengeluarkan spontan purse dipoketnya. 

"Look Dahlia, Haris biasanya dapat huge promotion code okay. Even staff punya discount.. Kau suruh je dia bayar nanti kau bayar balik kat aku.." ujar Lily selamba, dia mengangkat bakul Dahlia, diletakkan perlahan ke atas meja kaunter di hadapan mereka. "Sekali.." kemudian lengan Dahlia terus ditarik, dia spontan melangkah mengikut Dahlia. Mereka menanti diluar, mata Dahlia spontan melihat Haris di kaunter. Memerhatikan pemuda itu tampak begitu mesra berbual dengan akak cashier itu sedikit buat dia terasa jelik. Ah Haris memang kuat melayan perempuan, mudah pemuda itu membuat perempuan disekitarnya cair begitu sahaja. 

Dia bersandar perlahan, melihat ke arah Lily. Gadis itu tampak leka dengan telefonnya, sesekali kelihatan tersenyum. Dia memandang tangannya perlahan. "Kejap lagi kita tengok wayang ya.." Dia terus berpaling. "Alah aku tak bagitahu abang aku lagi.." ujar Dahlia, Lily ketawa perlahan. Dia memegang lengan Dahlia pantas. Tidak mahu melepaskan gadis itu. "Tak boleh, no jangan jadikan tu alasan untuk kau tak join aku tengok wayang.

Dahlia mengeleng perlahan, Lily dapat membacanya dengan mudah. "Lama betullah Haris ni.." gomel Lily malas. Dia memandang ke arah Haris yang baru mahu mengeluarkan kadnya. Selesai sahaja membayar langkah Haris menuju ke arah mereka semula. "No before Lily cakap apa-apa. Abang join you guys punya plan nak keluar jalan-jalan.." Dia pantas membuka mulutnya tanpa menanti sebarang kata-kata lanjut dari Lily mahupun Dahlia.

"Of course abang kena ikut abang ada card kut.." ringkas dan padat. Dari tangan Dahlia dia beralih kepada tangan Haris. Mereka berjalan ke tingkat atas. "Kau nak makan kat food court tak?" soal Haris. Dia memandang ke arah Dahlia yang berada di belakangnya. Dahlia hanya mengangguk. Haris kembali memandang ke hadapannya, mengatur langkah dahulu meninggalkan Dahlia dan Lily. Dia mencari meja untuk mereka duduki. Mujur hari ini tidak begitu ramai orang mudah untuk mereka mencari tempat. 

"Adik pergi cari makanan kejap. Will be right back.." Dahlia mengambil tempat disisi Lily. Dia menjaga barang mereka. Haris berlalu juga, meninggalkan handphone dan barangan lain di hadapan Dahlia. Beberapa kali dia terpandang telefon Haris kerana dentingan yang berbunyi berapa kali. Nama Anni tertera. Ah terdetik juga jawapan pada persoalannya, mengapa Haris tidak langsung mengusiknya sekarang. Kerana sudah ada permainan baru yang sedang dimain oleh pemuda itu.

Lega mungkin.

Seketika kemudian Haris meletakkan tiga cawan air di atas meja. Pemuda itu mencapai perlahan telefon di atas meja. Berdiri sahaja melihat telefonnya kemudian kembali meletakkan kembali telefon itu sebelum berlalu mendapatkan Lily. Dia memerhatikan sahaja gerak pemuda itu, Lily ketawa perlahan apabila dirangkul abangnya. Haris sesekali mengusap belakang kepala Lily. Haris persis Adam ketika bersamanya. Itu cara Adam melayan dia. Dia mengalihkan pandangnya ke arah lain apabila Haris berpaling memandangnya juga.

Dahlia pantas melihat telefonnya kembali, malu apabila ditangkap curi-curi pandang begitu. Seketika dia menanti baru dia terfikir mahu menelefon abangnya memberitahu perancangannya yang cuma hendak kedai buku itu sudah berubah sepenuhnya. "Hello abang.." dia menyapa perlahan. "Adik dah nak balik ke?" soal Adam terus di hujung sana. "Adik balik lewat sikit sebab ada jumpa kawan dekat sini dorang ajak pergi tengok wayang.." jawabnya pantas. Adam diam sejenak. Dahlia sudah gusar dah sekiranya Adam tidak membenarkan. "Alright, enjoy your movie okay, and jangan nakal." Adam memberi pesan. Tak mungkin dia katakan tidak, adiknya sangat jarang keluar rumah. Inilah masanya untuk dia berikan kebebasan sedikit untuk Dahlia.

"Jangan balik lewat sangat. Makan malam di rumah." sempat juga dia bertegas, Dahlia hanya mengangguk sebelum panggilan mereka tamat. Perbualan mereka tamat di situ dan Haris juga sudah mengambil tempat di hadapannya. "Aku belikan kau tu je." Haris menjuihkan bibirnya ke arah mee goreng dihadapannya. Pemuda itu turut cuma makan 3 keping roti bakar sahaja. Dia bersandar perlahan, janggal duduk di hadapan Haris. 

Haris pula lebih fokus dengan telefonnya. "Whatsapp Anni ke?" ah kenapa soalan itu yang keluar dari mulutnya. Haris memandang ke arah Dahlia. Dia spontan menghulurkan telefonnya ke hadapan muka Dahlia. "Tak sayang, I tengah tengok ni..." Dahlia berpaling ke arah lain tidak melihat apa yang disuakan oleh Haris. Haris yang sedang tersenyum itu membuatkan dia termalu sendiri. Mengapa dia perlu kisah berkenaan dengan siapa Haris sedang berbual atau apa pun. Dia peduli apa.

Dahlia memandang ke arah Haris perlahan, pemuda itu sudah kembali ke posisi awal tadi, makan roti dan bersandar santai sambil melihat telefon bimbitnya. "What you want to own me?" soal Haris tanpa memandang ke arahnya. "Alah abang, Dahlia ni second choices dia pun belum tentu abang.. Sebab abang Firash make a move dah dekat Lia baru-baru ni.." Lily menarik kerusi di sisi Dahlia. Selamba sahaja memberi kata-kata sebegitu pada abangnya.

"Firash?" soal Haris. Adiknya turut tahu berkenaan Firash. "Macam mana adik tahu? Ritu adik nampak Lia dengan abang Firash pergi makan berdua je lepas abang Fir training.." Lily ni memang mulut luas, semua diceritanya. "Mana ada, Firash dengan saya pergi makan berdua, dalam tu ada teammate lain.." pantas dia membetulkan fakta tak sahih Lily. "Ouh ya? tapi still aku ship lah kau dengan abang Firash, sebab dia sweeeettttt sangat eiiii.." Dahlia mengeleng perlahan. "Gatal." komen Haris selamba. 

Dahlia terus memandang kearah Haris dia tak pasti perkataan itu ditujukan kepada siapa. Tapi dia terasa. "Alah, abang nice as abang jeeee, kalau husband material tak kut... I will definitely choose Firash tau.." komen Lily lagi. Dia menyuap perlahan makanan ke dalam mulutnya. "Eh, girlfriend abang bahagia je." Haris buat riak biasa, ouh Haris sudah punya girlfriend. "You meant Amalia? Abang you must be out of your mindkan? You dengan dia sama-sama player." Dahlia simpan senyum apabila Haris asyik terkena sahaja. 

"Okay you choose, Haris atau Firash." senang rumusnya. Dahlia memandang ke arah Haris. "Lol, obviously lah Haris.." bicaranya terhenti seketika memandang Haris sinis. "I choose Firash." ringkas dan padat. Haris mengeleng perlahan sebelum ketawa. "I can smell your lie.." dia membersihkan tangannya perlahan. "About ticket..." Lily cuba untuk tidak membuatkan suasana mereka janggal.

"I did rather tell hundred lies to deny that I like you now you Haris.." Haris ketawa, bukan perlahan. Kuat. Haris mengeleng perlahan, sebelum memandang ke arah Dahlia. Ketawanya terhenti. "I think I love this face of your, sarcasm.." komen Haris. Dia membuat isyarat mahu merokok sebentar kepada Lily. "Ouh tiket pukul berapa?" soal Haris. "Saya dah beli, dalam around 3 pm macam tu, Candyman.." Haris mengangguk kemudian terus berlalu pergi. 

"Kau minat abang aku ke?" soal Lily. Dia mengeleng perlahan, tak mungkin dia boleh terus mengakui begitu sahaja, lagipun dia sendiri lebih kepada perasaan jelik sahaja pada Haris, kerana pemuda itu gemar mengusiknya. Lily terus menghela nafasnya lega, "Lega aku."  dia sudah naik muak mungkin dengan kawannya yang tak habis-habis catch feeling dengan abangnya sendiri. "Bosan aku kalau kau keluar dengan aku asyik tanya berkenaan Haris sahaja.." jujur sahaja Lily menyambung perkataan. Lily menongkat dagunya memandang ke arah Dahlia. Dahlia masih sibuk dengan makanannya. Menguis-guis perlahan. 

TO BE CONTINUED..




Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

Feels