#2 ADDICTION

Dahlia bangun dari tidurnya. Melihat jam di meja sisinya sudah berganjak ke pukul 7.20 pagi. Matanya terkebil-kebil, memandang jam itu untuk seketika, . Dah lambat weh. Terkial-kial gadis itu mencabut pakaian berlari ke kamar mandi. Ah mandi cincai sahajalah. Dia mahu cepat
15 minit kemudian dia sudah siap menyandang bag sekolah berlari turun ke bawah. Penuh tergesa-gesa. Dia hampir terjatuh tangga tapi pantas dia berdiri tegak semula kemudian berlari keluar rumah. Tanpa memandang sekeliling langsung.
"Pak Cikk. Dally dah lambatt!!" gesa Dahlia nadanya masih lembut. Dia memegang lengan pemandu abangnya. Pak Cik Ahmad tampak terperanjat tapi dia juga ikut tergesa-gesa. "Kejap-kejap, Pak Cik ambilkan kunci kereta." Dahlia terus duduk di sisi pemandu.
Ah dia mahu menangis. Punca semua ini dia terlalu penat sehingga terlajak tidur. Pasti dia akan di denda teruk. Dahlia menanti. "Adik, abang hantar." Adam duduk di sisinya. Terus memanaskan enjin.
Adam menghulurkan air kotak dutchlady coklat dan juga bekal. "Makan dulu." arah Adam lembut. Dia memandu penuh berhati-hati meninggalkan kawasan rumah. Dahlia membuka bekalnya. Memakan roti yang disapu nutella itu. Dia makan sahaja sebanyak yang mampu untuk menghilangkan kerungsingannya.
Sampai di hadapan sekolah dia sudah dapat melihat pengawas Conlay sedang berdiri bersama beberapa orang pelajar yang di tahan di pagar hadapan. Dahlia mengeluh aduh. Habis lah.
"Nak abang hantar masuk dalam?"
"No needlah, bang. Dally punya kesilapan memang takkan lah nak elak hukuman kan." Adam tersenyum. Adiknya sudah matang mungkin.
"Sudah pergilah." arah Adam. Dahlia menyalaminya sebelum melangkah keluar kereta. Dia menghantar Dahlia dengan pandangan matanya. Selepas Dahlia sampai berbaris di hadapan pagar baru dia memandu pergi.
Dahlia berdiri di belakang sekumpulan pelajar perempuan. Dia membetulkan tali lehernya yang senget sedikit. Dia hanya menunduk sahaja. Melihat jarinya.
"Awak sepatutnya tahu yang awak as student UC kena bagi contoh yang baik. Ni tidak. Skirt ni macam bukan skirt seorang pelajar sangat singkat." tegur pengawas itu. Dahlia memandang skirt gadis-gadis di hadapannya. Pendek menampakkan peha mereka yang gebu.
Haris yang berdiri di hadapan tiga orang gadis yang melakukan kesalahan itu berwajah bengang. "Lim check skirt dorang." Gila ke Haris. Wajah 3 orang perempuan itu sudah kelihatan berubah apabila Haris menyuruh pelajar lelaki memeriksa skirt mereka. Lim sudah bersedia dengan pita pengukur di tangannya.
"Come on. Bukan itu ke yang kalian mahukan?" soal Haris sinis. Mereka menunduk. Termalu.
"Tapi awak tak ada hak nak bagi lelaki sentuh saya. Saya boleh saman awak."
"Do that. Perempuan macam awak. Sangat-sangat tak merugikan apa-apa." sinis. Dahlia cuma mendengar sahaja kata-kata pedas yang dilemparkan. Lily beralih daripada mengambil nama pelajar-pelajar dihadapannya kepada Dahlia.
Dia memandang seketika gadis di hadapannya. Melihat pemakaian gadis itu agak tidak lengkap. Tanpa tanda nama. Jaketnya juga tiada. Habislah.
"Hye Dahlia."
Dahlia mengangkat kepala memandang gadis yang menegurnya. Dia tidak kenal sangat mungkin tidak kenal langsung. Dia cuma memandang aneh. Melihat gadis itu dengan wajah tertanya-tanya. "Saya Lily Diana."
"Urm hye." Dahlia mengukirkan senyuman manis. Dia memandang gadis itu sambil menyorokkan kerungsingannya. Lily menulis nama dan kesalahan yang dilakukan oleh Dahlia. Dia menulis sahaja kerana itu memang tugasnya.
"Satu kelas dan awak tak pernah perasan saya." beritahu Lily. Dahi Dahlia berkerut. Satu kelas? Ah dunianya begitu teruk rupanya. Tak kenal classmate sendiri.
Haris sudah mula beralih kepada Dahlia. Dia berdiri di sisi adiknya. Wajahnya tampak bengang sahaja. "Saya mintak maaf." Lily ketawa kecil. Dahlia dikelasnya sangat senyap susah mahu dengar gadis itu bercakap. Cikgu juga tidak berani memberikan sebarang kata putus berkenaan Dahlia.
Kerap kali juga apabila kerja berkumpulan Dahlia akan lakukan semua sendiri tanpa bantahan dan memberikan kredit kepada mereka yang langsung tidak membantu. Apabila aktiviti makan-makan diluar dilakukan. Wajah Dahlia tidak akan kelihatan langsung. 3 tahun satu sekolah dan Dahlia mengekalkan prestasi sebagai murid paling berprofil rendah.
Dahlia memandang ke arah Haris. Pemuda itu sudah berdiri di hadapannya hampir 5 minit. "Ah bang, sorry." Lily terus memberi laluan. "Datang lambat ?" soal Haris dingin. Dahlia mengangguk. "Uniform tak lengkap ?" mengangguk lagi. Dahlia mengeluh dia langsung tidak berani mengangkat kepalanya.
"Hurm hukuman apa ya yang aku nak bagi ?."
"Hukuman ?" soal Lily. Dia jelas tidak berpuas hati. "Setiap orang yang buat salah harus di hukum." Tegas Haris. Ya Allah, tak boleh poyo lagi ke ?
"Lari 5 pusingan padang sekarang dengan bag tu sekali." Dahlia masih tidak berkutik. Hanya menerima sahaja hukuman itu. Dia kelihatan seperti seorang yang hilang arah pula. "Sekarang." jerit Haris. Terangkat bahu gadis itu.
Pantas dia berlari ke arah padang yang luas gila. Pasti penat. Dahlia terus berlari anak. 5 kali tu sedikit pada angka. Try lari sekali. Tercabut lutut, padang bola itu seluas-luas alam.
Lily memandang abangnya tidak puas hati. "Abang gila ke ?" Haris masih berwajah kosongnya.
"Tak."
"Tadi 3 orang perempuan tadi pakai uniform ketat plus kain singkat gila nak mati abang boleh lepaskan aje. Ni Dahlia yang cuma datang lambat ft tak pakai jaket. Abang boleh suruh dia lari dekat padang ?" marah Lily.
Haris berjalan meninggalkan pintu pagar UC dan CHS. "Abang peduli apa." selamba sahaja Haris melangkah ke laluan bangunan UC. Lily masih berdiri di tengah-tengah antara CHS dengan UC. Haris hatinya kering jika tiada yang berkenaan dirinya dia tidak akan masuk campur. Pergi lantak lah.
Tengok sahaja dia masih selamba berjalan walaupun Dahlia sedang berlari di padang bola itu. Lily menarik nafas perlahan. Dia ada kerja sebentar lagi dia akan kembali ke sini.
Dahlia berlari anak sahaja keliling padang. Pusingan ke dua sudah membuatkan dia penat dan berpeluh sakan. Kepalanya sudah pening kerana di panah cahaya matahari. Terasa lesu sahaja berlari dengan bag yang berat ini.
Dia berlari lagi dah terasa terhidrasi ah. Dia memang rasa nak pengsan. Untuk pusingan ke tiga. Kakinya mula sudah tidak terasa. Peluh mengalir seperti hujan. Dia terduduk di tepi padang. Muntahnya terhambur, sudahlah roti yang di makannya tadi masih tidak terhadam. Perlahab dia mengesat bibirnya kasar. Menahan lelah. Terasa diri begitu selekeh. Dia menanggalkan bagnya. Terduduk di atas tanah itu. Dia selekeh. Bajunya basah dengan peluh. Air matanya mengalir. Tidak tahan penat.
Tangannya mengigil. Sakit kepalanya. Tiba-tiba tangannya di tarik perlahan. Dahlia memandang. Lelaki ini lagi. Firash. Dia menarik tangan Dahlia. Dibahunya sudah tersandang bag sekolah gadis itu.
"Class saya cancel." beritahu Firash lembut. Dia memandang gadis itu lembut. Kaki Dahlia sudah cramp kerana berlari tanpa melakukan sebarang pemanasan badan. "Awak okay tak ni?" soal Firash. Lembut matanya memandang Dahlia. Dahlia hanya mendiamkan diri memandang pemuda itu.
Tangannya masih erat di pegang oleh Firash di bawa menuju ke rumah kelab.
Dahlia melangkah terhinjut-hinjut. Langkah kaki Firash besar menambahkan lagi kesukarannya untuk berjalan. Perlahan Firash menghentikan langkahnya. Memandangnya untuk seketika, sebelum mengangkat tubuh Dahlia di bawa masuk ke dalam rumah kelab mereka. Di situ ada beberapa orang lagi ahli kelab bola yang sedang menukar pakaian mereka. Ada juga yang duduk menghisap rokok selamba sahaja berbual santai di dalam itu.
Dahlia di letakkan duduk di atas sebuah meja sebelum Firash mencabutkan kasut Dahlia yang sudah haus itu. Dia berlari ke arah bilik air membasahkan tuala. Kembali semula bersama tuala lembab mengelap tapak kaki Dahlia lembut.
Dahlia masih senyap sahaja. Tidak tahu apa yang harus di lakukan. Firash juga hanya senyap membersihkan kaki gadis itu. Lembut sahaja. "Mandi mungkin?" Firash menghulurkan tuala. Dahlia menyambut perlahan. Dia memandang sekeliling. Memandang kembali ke arah Firash sebagai tanda dia tidak selesa.
"Guys boleh tolong tak." 5 orang pelajar yang berada di dalam itu memandang Firash apabila pemuda itu membuka mulutnya. "Bagi 20 minutes untuk Dahlia pinjam ruang ni." Firash menyambung bicaranya apabila sepenuh perhatian diberikan kepadanya. Mereka mengangguk. Bergerak keluar.
"Guna baju and seluar tu." Baju dan seluar dihulurkan kepada Dahlia, Dahlia perlahan menyambut huluran pemuda itu. Seketika Firash statik di situ janggal sebelum dia meminta diri untuk keluar.
Dahlia menghantar Firash dengan pandangan matanya sahaja. Banyak benarkah baju pemuda itu hari-hari buat giveaway baju. Perlahan dia turun dari meja terhinjut-hinjut berjalan menuju ke arah bilik mandi, dia membuka satu persatu pakaiannya. Mencampakkan ke atas lantai di luar bilik mandi itu. Mandi seketika menyejukkan tubuh. Menghilangkan bau peluh.
"Gila ah. Firash. Macam hero bhai tadi." usik Saiful. Bahu rakannya itu di rangkul perlahan. " Dia tak boleh jalan tadi. Dia kan yang pengetua bagi suruh tolong pengurus." Firash memberitahu jelas, sewaktu dia mahu ke sini dia nampak Dahlia muntah dan mahu pitam jadi dia datang membantu.
"Jom pergi makan weh. Lapar siot." ajak yang lain. Sepakat mereka mengangguk meninggalkan kawasan itu. Perjumpaan bersama Haris yang dijanjikan sudah tidak berada dalam minda mereka, langkah mereka laju sahaja menuju ke bangunan pelajar yang menempatkan kafe dan ruangan pelajar berehat.
Haris melangkah menuju ke arah rumah kelab itu. Melihat kesunyian kawasan itu membuatkan dia berasa aneh. "Aku suruh dia orang tunggu sini tak silap aku." Haris menolak pintu masuk. Tombol dipulasnya, ketat. Berkunci.
Dia mengeluarkan kunci rumah kelab dari dalam poketnya. Berani benar mereka ingkar arahan aku sekarang. Di suruh tunggu untuk berbincang tentang perlawanan liga antara sekolah swasta bulan hadapan tetapi mereka tidak memunculkan diri.
Dia menolak pintu masuk. Ruangan itu kosong, cuma bunyi deruan air sahaja yang kedengaran. Melangkah masuk ke dalam ruang yang luas itu sehinggalah dia berhenti di hadapan ruangan mereka membersihkan diri. Uniform sekolah yang berada di atas lantai itu di pandangnya seketika.
Haris menolak pintu bilik mandi kasar. Dahlia pantas menarik tuala menutupi tubuhnya. Matanya memandang Dahlia lama. Gadis itu sudah menunduk mengenggam erat tualanya. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu. "Keluar dulu please." pinta Dahlia. Dia nampak ketakutan juga.
Haris ketawa kecil memandang gadis itu nakal dengan senyuman. Dia melangkah ke dalam kamar mandi itu. Menolak gadis itu dengan tangannya. Tersandar pada dinding. Air pancuran masih terbuka. Perlahan tangan Haris menekan paip pancuran air itu untuk memberhentikan air itu dari memancut membasahi Dahlia.
Tubuh mereka berdiri hampir antara satu sama lain. Dahlia menunduk menahan dada Haris mengunakan tangannya. "Haris. Tolong lah." Dahlia menolak dada Haris menjauhinya. Tetapi langsung tidak bergerak. Tangan Haris lurus menahan di sisinya. Terasa begitu hampir. Haris menahan tubuhnya dengan tangan.
Mendekatkan wajahnya dengan Dahlia. Gadis itu sudah menjerit kuat. Tangan Haris menutup erat mulut gadis itu. Membesar mata Dahlia. Dia takut sungguh. Haris mahu menyakat lebih jauh. Dia mendekatkan wajahnya dekat pada Dahlia. Lebih dekat. Sehingga nafasnya mengena kulit wajah Dahlia.
"Sejak bila rumah kelab ni jadi rumah kau?" bisik Haris. "Since kau guna rumah kelab ni. Aku as owner boleh guna kau kan?" nakal dan kedengaran sangat-sangat jahat. Dahlia sudah menolak-nolak tubuh Haris cuba melepaskan diri.
"Basah lah baju aku." marah Haris. "Pergilah main jauh-jauh." marah Dahlia semula. Haris ketawa kuat. "Main jejauh sayang? Mana boleh. Kau sexy-sexy macam ni aku nak main jauh-jauh aku tak cukup gila lagi."
"Tolong lah Haris. Ya Allah." Dahlia sudah mahu menangis. Haris perlahan melepaskan Dahlia. Kasihan pula. Dia berlalu keluar dari bilik mandi itu.
Haris menanti di ruang luar. Dahlia keluar selepas siap berpakaian sukan yang diberi oleh Firash. Wajahnya masih kemerah-merahan. Melangkah mencapai bag sandangnya di atas meja. Haris yang duduk di sofa itu cuba untuk tidak di endahkan. Malu nya bukan main. Takut jangan dikata lagi.
Terasa mahu berlari tembus dinding sekarang juga. Asalkan dia tidak berada dekat dengan Haris. Entah apa lagi pemuda itu nampak sewaktu dia tidak menyedari kehadiran pemuda itu. Gila.
"Siapa bagi masuk rumah kelab ni? Dapat kunci dari siapa?"
Langkah Dahlia terhenti. "Firash bawa saya masuk sini. Rumah ni tak berkunci tadi. Dia suruh saya bersihkan diri. Ada Saiful, Luqman dan beberapa orang lain." beritahu Dahlia.
Haris mengangguk. Dia bangun menghampiri Dahlia. Baru beberapa tapak Dahlia sudah memecut bersama bagnya berlari meninggalkan rumah kelab itu. Meletus ketawa Haris. Dia hanya mengeleng seketika. Dia baru mahu mengenai sign yang memang tersedia untuk kegunaan pengurus dan pembantu pengurus yang mahu menggunakan rumah kelab ini secara privasi tapi Dahlia sudah melarikan diri.
💫💫💫💫💫
015672390 added you in group chat
Dahlia menekan group chat itu. Eh group chat kelab bola lah. Dahlia meletakkan pennya kedua-dua tangannya memegang handphone kini. Kenapa dia dimasukkan ke dalam group chat ni.
0193456343 : Dahlia Hana belikan air mineral sekotak dekat koperasi sekarang. Air habis.
Ah di sebabkan ini rupanya. Dia bangun perlahan. Mujur sekarang waktu rehat. Jadi dia dapat beli air itu sekarang juga. "Dahlia nak pergi mana?" soal Lily. Dahlia berpaling. Gadis itu duduk di belakangnya baru mahu membuka bekal itu kembali menutup bekasnya semula.
"Beli air." sepatah. "Nak ikut." Dahlia hanya mengangguk. Mereka melangkah beriringan menuju ke arah koperasi, mahu ke bangunan pelajar.
Di sini, Cafe, Library, Koperasi, Bilik Muzik, Dewan Utama. Segalanya di kongsi bersama oleh pelajar CHS dan UC. Segala peruntukan akan dikongsi kerana duduk di satu pentabiran yang sama. Pelajar UC juga di paksa memakai uniform dan mengikut beberapa organisasi seperti pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya. Cuma mereka mendapat pangkat yang tertinggi dalam setiap kelab yang di wakili.
UC tidak seperti Universiti biasa kerana merupakan sebuah Universiti swasta. Cuma jadual mereka sangat pack. Dan memang di arahkan untuk membentuk mereka sebagai pelajar yang dapat memenuhi kehendak kerjaya.
"Jarang nampak Dahlia keluar dari kelas waktu rehat. Nak pergi Cafe." Lily memulakan bicara. Dahlia berpaling. "Ya ke ?" Dia sendiri tidak sedar dia sentiasa berada di dalam kelas. Mungkin ya kerana dia tidak pernah pergi ke Cafe sepanjang 3 tahun bersekolah di sini. Dia sentiasa ada bekal yang di bawa.
"Lily saya kena pergi koperasi. Beli air." Sudah sahaja mulutnya terkatup tangannya di tarik Lily lembut mereka berpatah balik. Itu tandanya mereka sudah salah jalan. Ketawa Lily meletus. Dia sendiri bingung dengan Dahlia.
"Ingatkan nak pergi Cafe."
"Kita nak pergi cafe ke tadi ?"
"Ya Allah. Dally. Kenapa macam ni? Ya tadi tu jalan nak pergi Cafe." Dahlia tersengih.
Mereka melangkah menuju ke tangga. Lily elok sahaja memeluk lengan Dahlia sambil melangkah menuju ke arah koperasi. Berkepit, padahal baru hari ini mereka saling berkenalan.
"Sorry sangat tadi tak dapat back up Dally."
"Tak apalah. Memang salah saya pun. Patut pun kena lari. 5 pusingan tapi saya cheating lari 3 aje. Rasa jahat pulak." Dahlia ketawa kecil. Lily hanya tersengih tidak dapat menangkap mana yang kelakar.
"Dah sampai koperasi." Dahlia melangkah masuk ke dalam koperasi mengangkat selamba sekotak air mineral yang memang berat itu. "Cikgu ni berapa ?" soal Dahlia lembut. Dia meletakkan kotak air mineral di atas meja cashier.
"RM 25."
Dahlia mengeluarkan pursenya. Not 50 di keluarkan kemudian di hulurkan kepada Cikgu itu. Dia menanti baki dan resit. Selepas di beri dia terus meletakkan not 25 ringgit itu bersama resit di dalam pursenya semula sebelum mengangkat kotak berat itu semula.
Lily tercengang. Pantas dia membantu Dahlia mengangkat kotak itu. "Kena pergi rumah kelab lah." Ujar Dahlia lembut. Lily sudah berwajah bengang berani benar mereka membuli Dahlia.
Buka sahaja pintu Lily mengangkat kotak air itu kemudian menghentaknya ke atas meja. "Korang duduk senang lenang dekat sini. Minah ni nak kena belikan air untuk korang. Banyak cantik muka korang." hamburnya terus, tangannya terus dicekak pada pinggangnya. Memandang satu persatu muka-muka pesalah di dalam ruangan itu.
"Apa ni Lily.. Dahlia tak kisah lah."
"Bak sini 25 ringgit." Kasar. Mereka yang duduk di dalam ruang itu sudah kelam kabut mencari purse. Ya Allah. Haris macam singa adik nya sudah semestinya singa betina. "Kejap Li. Kita orang cari purse." dan dan time tu semua lupa mana letaknya purse mereka.
Dahlia kelam kabut membuka pursenya. Mengeluarkan Not 20 dan Not 5. Dia menghulurkan kepada Lily. Dia bingung dia risau sekiranya Lily mahu bergaduh kerana tidak dapat 25 ringgit dari mereka.
Lily tidak dapat menahan ketawa akhirnya terhambur juga. Gila blur minah ni. Perlahan dia menolak duit itu. "Aku mintak dorang ganti duit kau Dahlia." ujar Lily sambil ketawa.
Dahlia mengaru kepala. "Eh tak apalah. Saya belanja." Dahlia menolak perlahan. Pemuda yang berada di situ sudah berdiri tegak. Menghampiri Dahlia. "Claim duit ni dekat Haris. Sebab ni mineral club." ujar Lutfi. Dahlia hanya mengangguk malas mahu memanjangkan cerita.
"Korang sekali lagi. Aku dapat tahu aku report dekat pengetua."
"Ye ye." mereka betul-betul takut dengan insan yang bernama Lily Diana ini kerana datang dari keturunan Haris Haikal.
"Dahlia petang ni kita orang training dekat dewan tertutup tau. Sebab Haris nak buat training rahsia sikit." Dahlia mengangguk.
Dewan di bumbung. Biasanya itu di jadikan kawasan pelajar bermain futsal atau duduk melepak. Kawasan yang siap dengan rumput palsu.
"Okay jumpa sana nanti. Bye." Dahlia berlalu meninggalkan rumah kelab itu bersama Lily.
*
Hari di sekolah terasa semakin panjang terasa seakan-akan tiada penghujung untuk hari ini. Dahlia membetulkan t-shirt putihnya dan kedudukan seluar tracksuit yang memang besar itu. Dia menolak pintu masuk ke dalam dewan itu. Dan kedengaran paduan suara mengira di dalam dewan itu.
Semua sedang melakukan larian stesen. Di mana mereka harus bumping, sit up, gelecek bola, dan meloncat halangan. Semuanya di lakukan serentak.
Semua di situ hanya memakai seluar bola dan tidak berbaju. Dahlia menelan gugupnya. Gila ah. Lama-lama boleh terbiasa juga ni. Kesucian otaknya sudah dicemari gambaran lelaki tidak berbaju.
Tiada seorang pun yang tidak melakukan apa-apa. Termasuk Haris. Semua sibuk dengan larian stesen mereka. Sangat sibuk. Berpeluh banyak bagaimana pun mereka tidak akan berhenti tanpa arahan. Setiap kali berubah stesen. Wisel akan berbunyi. Jika mahu melajukan gerakan wisel akan berbunyi.
Dahlia duduk menelaah bukunya seperti biasa. Hari ni dia melakukan beberapa soalan addmath. Sekadar mengisi masanya yang banyak terbuang.
Dahlia sesekali akan mengangkat kepalanya memastikan mereka okay dan masih tiada apa yang harus di uruskan nya.
"Haris.." Larian berhenti. Seorang rebah. Haris menghampiri. Dahlia terus berlari menghampiri mereka. "Kaki aku sakit." adu Musli. Haris melutut. Dahlia menghampiri dengan kotak first aid kitnya.
"Apa ingat cedera potong bawang ke yang nampak luka?" marah Haris. "Bawak dia pergi ke sana." arah Haris. Dahlia tersentak di tengking begitu. Dia nampak ruang rawatan yang berada di hujung dewan itu. Pantas dia membantu Musli. Membiarkan Musli berpaut pada bahunya.
"Sambung latihan." arah Haris. Kedengaran semula paduan suara mereka. Gila benar dengan latihan.
Nurse yang memang di tugaskan untuk duduk di situ datang menghampiri. "Dahlia pergi lah luar, aku sebenarnya okay aje cuma malas nak berlatih." tersengih.
"Jangan bagi tahu siapa-siapa." ujar Musli laju. Dahlia mengangguk.
Perlahan dia melangkah semula ke arah pasukan bola yang tak ubah seperti askar yang mahu di hantar berperang. Beria sungguh mereka berlatih.
Dahlia hanya berdiri memerhati mereka. Memegang air sekiranya ada antara mereka yang mahukan air.
"Safuan." lantang suara Haris memecahkan paduan kiraan mereka. Yang lain turut berhenti terperanjat Haris naik angin. Dahlia sudah mendekat perlahan.
"Ya.." Safuan yang sudah terduduk penuh lelah menarik nafas tersekat-sekat itu hanya menyahut geram.
"Lari lagi. Tak ada erti penat selagi aku tak suruh berhenti." Jerit Haris.
"Sampai bila? Dekat dua jam Haris aku berlari macam ni tanpa henti. Aku bukan robot."
"Liga tu penting." Dingin suara Haris.
"Liga tu penting pada kau. Bagi aku liga tu cuma impian kau seorang." Pemuda itu mula marah.
Cakap merapu-rapu. Haris mencengkak pingang. Dia menghembus nafas berat. Sangat berat. Dia berusaha keras untuk membawa pasukan ini lepas pusingan kelayakan dulu. Kini dia dikatakan mementingkan diri sendiri. Mengejar nama.
"Air.." Dahlia mencelah. Menghulurkan air kepada Safuan dan Haris. Haris cuma memandang tajam sahaja Dahlia. Safuan sudah menolak botol air itu sehingga terjatuh. Pandangan Haris beralih kepada Safuan.
Sakit tangan Dahlia di tolak kasar sebegitu. Haris tampak begitu bengang dengan gaya Safuan. "Okay fine. Kalau kau rasa aku hipokrit. Gunakan korang. Korang boleh berambus." marah Haris. Wajahnya sudah merah. Menahan marah.
Safuan berjalan mencapai bajunya yang tersangkut di pagar dewan itu. "Aku tak hadap lah weh." Safuan berlalu. Tak bukan Safuan seorang. Masih ada 3 orang mengikut langkah pemuda itu.
Haris mencapai mineral di tangan Dahlia. "Kalau lelaki bergaduh. Jangan campur. Muka bengkak kau tu bertambah bengkak nanti." sempat lagi. Dahlia hanya memandang sahaja langkah Safuan yang meninggalkan dewan itu.
"Kejar lah dia."
"Ingat drama Melayu ?"
"Nanti awak tak cukup orang."
"Dia akan datang balik."
Haris kembali mengumpulkan pasukannya. "Guys sorry kalau korang rasa latihan ni buang masa memenatkan."
"Coach mintak aku conductkan dulu latihan ni. Ni memang apa yang dia suruh buat. Cuma sesetengah dari korang taknak faham." kedengaran kosong tanpa rasa sedih di tinggalkan langsung. Haris memang hati batu.
"Coach arahkan aku untuk buat berdasarkan latihan yang dia dah aturkan. Aku ada forward memo dua hari lepas." Yang lain mengiakan sahaja, Haris sudah melangkah menuju ke arah ice box yang berada di tepi padang itu.
Dahlia bergerak memberikan air kepada pemain. Dia buat halnya sahaja. Biarlah Haris yang settle kan segalanya. Urusan Haris tidak harus dia campuri. Dia akan lakukan apa yang harus di lakukan sahaja bukan semua tugasan akan dicampurinya.
To be continued..
Comments
Post a Comment