#19 ADDICTION
Senyumannya tidak lepas terukir memandang ke arah Lily yang manja tersenyum di sisi Firash itu. Dia berjalan pantas ke arah mereka mahu menyertai rakan baiknya itu. "How's your result?" Lily teruja menyapanya terus. "Guess." dia mengerling ke arah kedua mereka dengan senyuman tersipunya. Happy dia hari ni, segala hasil titik peluhnya sepanjang tahun lepas membuahkan hasilnya. Bahkan lebih dari yang dia target.
"Straight A. Do not smile like that!" Lily mencubit manja pinggang Dahlia. Geram dia melihat gadis itu mengada-ngada begitu. "Yes yes yes. Alhamdulillah syukur." Dahlia spontan memeluk erat tubuh Lily. "Congratulation, creampuff." Firash mengusap lembut kepala Dahlia. Senyumannya terukir tidak lepas. Tadi Lily sibuk mengarahkan dia merakam Dahlia dan kini dia masih sibuk merakam juga reaksi dua gadis ini mengambil keputusan SPM mereka.
Walaupun Dahlia sudah menyambung A-Level di UC, gadis ini masih seteruja ini dengan keputusannya sendiri. "How about you?" Soal Dahlia sejurus sahaja melepaskan pelukannya. "I jinxed my Addmath and Physic. Got B on both subject!" komen Lily. "But afterall you nailed it Lily!" Firash turut mengangguk. Jika difikirkan gadis itu banyak luar dari waktu belajarnya. Mereka saksi jadi keputusan Lily sangat tidak mengecewakan.
"Now we go celebrate!!" jerit Lily kuat tidak mengendahkan kumpulan pelajar yang masih berada di perkarangan dewan Conlay itu. "Alhamdulillah.." perlahan dia tarik nafas lega. Firash mematikan perlahan camera digitalnya. Menghulurkan kepada Lily. Lily pantas menyambut. Dia mahu lihat hasil rakaman Firash. Bersedia mahu membebel. Tapi senyumannya terhasil.
Sibuk Lily membelek sambil mengatur langkah mahu ke kereta Firash. Firash dan Dahlia pulanya hanya mengikut langkah gadis itu dari belakang. "Thank you Fir," ujar Dahlia perlahan. Dia mengerling Firash di sisinya. "For what?" tak tahu terima kasih itu dituju kan untuk apa. Dia dan Dahlia sudah jauh lebih akrab kini. Gadis itu banyak bercerita hal hal penting kepadanya.
Sudah hampir setahun kalau dia kira kira selepas perginya Haris, dia cuba untuk mendekati Dahlia. Gadis itu pandai mengekalkan jarak. Langsung tidak cuba bermain kata dengannya. Dahlia tahu apa yang dirinya mahukan. Dan menghormati perkara itu. "Thank you for being with us always." ungkapnya dengan senyuman manis. Firash ketawa kecil. Dia hanya mengangguk menerima.
Sampai sahaja di kereta Dahlia mengambil tempat di sisi pemandu, Lily yang memang sudah sedari tadi duduk di tempat duduk belakang hanya tersengih-sengih sahaja melayan rakaman tadi. Sejak dari kejadian mereka memarahi gadis itu, Lily sudah tamatkan sepenuhnya hubungan dia dengan Daniel.
Tiada langsung hubungan bahkan dia lebih gemar merakam vlog sekarang. Berharap agar sekurangnya Haris ada menonton kehidupannya di sini. Nama Daniel tidak lagi bermain di mulut gadis itu. Dan Dahlia juga tidak ada mengungkit hal hal berkaitan Daniel lagi. "Lia nanti aku post video ni boleh?" pinta nya sejurus sahaja Firash memulakan perjalanannya.
"Firash taknak tanya?"
"Your face and your life and entire identity belong to me and Lia only so takde permohonan perlu di lakukan." Dahlia ketawa mendengar bicara Lily. Dia perlahan bersandar melihat telefonnya.
Congrates on your result Hana
-H
Seketika dia leka melihat dada telefonnya. Melihat bait perkataan pesanan ringkas dari Haris. Sudah beberapa kali dia berbalas pesanan ringkas dengan Haris. Bertanya khabar pemuda itu, Haris yang ada bertanya serba sedikit keadaannya di sini. Dan satu yang membuat dia berada dalam ke janggalan. Tiada tentang Haris yang dikongsikan pemuda itu. Perbualan mereka hanya berkenaan keadaannya di sini. Dan apabila dia bertanya tentang Haris. Hanya beberapa keping gambar sahaja di hantar.
Gambar di cafe, gambar di universiti nya. Dia cuma tahu Haris bekerja sambilan. Dan berkenaan universiti pula, kata Lily tiada lagi rekod Haris di universiti yang bapanya daftar kan. Jadi dia tidak pasti. Ada dia tanya hal sebegini pada Haris. Tapi seperti biasa tiada jawapan dari pemuda itu. Hadir apabila ada yang ingin diperkatakan, hilang apabila tidak diperlukan. Begitulah.
"Nanti aku nak video tu jugak please." Dahlia berpaling memandang Lily. "Ai, jarang jarang kau mintak video. Selalunya tak pernah mintak pun." Lily mengangkat kening "Teringat Firash sebut creampuff tadi." Dahlia ketawa, ya dia mahu upload video itu di instagramnya dan mahu lihat ada pergerakkan atau tidak dari Haris. Dia mahu cuba bermain tarik tali juga seperti pemuda itu.
"Later kat rumah okay!"
Haris lihat perlahan jam di tangannya. Dia sudah agak lewat mahu clock in untuk kerja sambilannya. Langkahnya dari berjalan sahaja kini di larikan apabila bangunan cafenya sudah mula kelihatan. Kelas nya tak di sangka habis agak lewat tadi. Sempat dia menghantar pesanan ringkas pada Mark untuk cover waktunya selama 30 minit. Walaupun lelaki berketurunan Irish itu bersetuju. Tetap tidak membuatkan dia boleh bertenang juga.
Baru dia mahu menolak pintu cafe nya pintu itu ditarik ke dalam sebelum satu tubuh tergesa-gesa keluar merempuh dia yang turut sama tergesa-gesa mahu masuk. "Good lord!" terjerit kecil suara halus itu apabila coffee yang berada di tangannya sudah mencurah di dada Haris. Haris pantas berpaut satu tangannya pada pintu dan menahan mereka dari jatuh terbaring di situ.
"I'm so sorry." Pantas dia berdiri tega. Tiada satu pun perkataan keluar dari mulutnya. Adernaline nya laju kerana terperanjat. "Are you okay? I'm so sorry." lengannya di pegang perlahan. Haris di tarik ke tepi. Spontan dia mengeluarkan sapu tangannya dari bag. Mengelap baju Haris yang sudah lecun. Baru dia mahu menyentuh terus di tarik nya ke belakang.
"Panas!"
"You malaysian?" soalan pertama Haris. Terperanjat kali ke dua dia. Perempuan di hadapannya itu terus mengangguk. "You too?" soalnya kembali. Haris mengangguk. "No it's okay. Saya dah lambat ni." ujar Haris. Dia menarik perlahan sapu tangan gadis itu sebelum kembali teringatkan dia yang tergesa gesa tadi mahu masuk ke tempat kerja.
"Mind you if I replace your coffee back?" Dia melangkah masuk ke ruangan cafe semula. Mujur agak sedikit lenggang kerana belum masuk waktu peak lagi. Perlahan dia menuju ke kaunter selepas memastikan gadis tadi turut mengikutnya dari belakang. "Can I have hot latte please, with hazelnut syrup on top." Haris mengeluarkan kadnya membuat bayaran kemudian memberi isyarat kepada Mark yang air dia order adalah milik gadis di belakangnya.
"I change my clothes first." Mark mengangguk. Dia terus melangkah menuju ke ruangan belakang. Menukar pakaiannya kepada t-shirt cafe kemudian menyarungkan apron di pinggangnya. Bag sandangnya di letak kan di dalam loker, sempat dia melihat telefon bimbitnya yang tiada sebarang pesanan ringkas atau pun notifikasi.
Dia cepat menyertai Mark di belakang kaunter, pemuda itu masih menyediakan air yang dipesannya tadi. "Thanks Mark for covering me." Bahu pemuda itu di picit perlahan. Dia membuat isyarat mahu mengambil alih tugas pemuda itu. Mark hanya mengangguk. Dia menepuk perlahan bahu Haris sebelum melangkah keluar dari ruangan kaunter. Haris perlahan menutup cawan air yang berada di hadapannya kemudian terus di bawa kepada gadis yang menanti dikaunter itu. "So how do I call your name? You goes by miss, or Mrs?" walaupun gadis di hadapannya ini masih kelihatan terlalu muda untuk di panggil puan.
"Hana." Dan Hana juga bukan nama yang bagus untuk di panggil sekarang. "Haris." Perlahan suaranya keluar. "So are you from here?" soal Haris. Cawan di tangan sudah beralih tuan. "Nope, 100% Malaysian." ketawa kecil dia. Haris meneliti gadis di hadapannya itu. Rambut perangnya, pakaiannya tampak seperti orang lokal di sini. Gadis dari Malaysia yang sambung belajar di sini kebanyakkan akan memakai sesuatu yang menunjukkan mereka dari Malaysia supaya mereka senang berkawan atau bertegur sapa. Tapi gadis ini tidak. Tiada satu pun termasuk santunnya orang Malaysia.
"Are you stripping me rightnow?" soal Hana tidak puas hati. Melihat Haris yang jelas sekali sedang menelitinya. "No, I'm not. Saya cari barang Malaysia dekat awak, keychain klcc maybe?" meletus ketawa Hana apabila Haris menyudahkan ayatnya. "I grew up at Malaysia, by 15 macam tu my dad bring me here, time passes now by 10 years. So 15 years at Malaysia and I'm still proudly said I am Malaysian!" kuat penuh bersemangat Hana menyudahkan ayatnya. Haris memandang sekeliling, mujur lah tidak begitu ramai. "Slow down unless you want to sing Negaraku here, right now." tekan Haris. Hana menutup mulutnya spontan. Haris ketawa kecil. "Can we exchange number? I somehow got to go now." soal Hana perlahan. Haris mengangguk. Dia menarik perlahan tissue dari dalam bekas di antara mereka. Pen di atas kaunter itu perlahan di larikan. Dia bertukar number dengan gadis itu hari ini.
Ah bukan, cuma Hana yang punya nombor telefonnya sekarang. Dia tidak punya apa-apa kecuali nama gadis itu. Tissue itu di gapai, di masukkan di dalam poket, sebelum Hana melangkah meninggalkan ruangan cafe itu dengan dua pemuda berpakaian kasual yang menanti gadis itu sedari tadi. Dia meninjau sedikit, fuh G-Wagon G63. Dan sudah cukup menjawab persoalannya kenapa tiada Malaysia pada gadis itu tadi. Perlahan dia kembali menyambung kerjanya. Beberapa ketika sahaja, dia terfikir tentang gadis tadi dan sekarang dia sudah kembali ke norma nya memulakan tugasannya.
Dahlia meletakkan perlahan gelas di hadapan Lily, dan satu lagi di sisinya buat Firash. Lily yang sedang leka menonton video yang di rakam Firash tadi di pandangnya seketika. Senyumannya terukir tak lepas. Firash pula entah ke mana tadi semasa masuk pemuda itu meminta diri untuk mengangkat panggilan telefon dan sehingga kini masih tidak kembali. Dia lihat jam di dada telefonnya. "Haris ada contact kau?" soalan itu keluar spontan dari mulutnya. Lily mengeleng. Haris mungkin cuma menghubungi dia dan Firash sahaja. Tapi tidak Lily. Mengapa untuk soalan ini keluar untuk dia sendiri mencari kepastian mengapa Haris menghubunginya. Mengapa bukan Lily.
"Kenapa?"
"Tak ada apa.." ujar Dahlia. Dia menghirup perlahan air di hadapannya, beberapa ketika sebelum Firash kembali menyertai mereka semula, "Why?" soal Lily dia lihat Firash agak stress apabila kembali ke meja tersebut. "Dad bising pasal I didn't attend early day meeting. Swear I remember that I applied an annual leave for today." seperti kebiasaan. Lily ketawa. "Dad or papa? Dahlan I swear sebab apa? Sebab kalau boleh dia nak you yang handle all the urusan sekarang kan?" Firash mengangguk. Yang menelefonnya tadi adalah papa. Tan Sri Dahlan. Sejak Haris menghilangkan diri dari papa. Papa dah tak begitu aktif dengan urusan syarikat. Dia di minta untuk mengantikan seketika tempat Haris. Jika ikutkan ini luar dari kemampuannya, tapi melihat betapa mahu runtuhnya bahu lelaki tua itu dia mahu hulurkan bantuan.
Dan sudah dia berjanji pada Haris untuk menjaga Lily. Dia dan Haris masih berinteraksi dan berbalas pesanan ringkas. Tapi dia tak pasti sampai bila, kerana dengan dia juga pemuda itu sudah mula menjauh. Dan dia begitu yakin Haris akan menamatkan hubungan mereka juga. "Wait a damn minutes. What if Haris balik nanti what you gonna do abang?" soal Lily serius. Dia lihat sudah mahu hampir satu tahun sejak Haris pergi. Papanya bergantung sepenuhnya pada Firash. Hampir sepenuhnya. Lebihnya banyak duduk di rumah dan menghabiskan masa ke kuliah agama. Dia langsung tidak berbual dengan papanya sejak peristiwa Haris menghilang sepenuhnya ini. Dan dia takut Firash menjadi ganti Haris. Bukan takut tentang kembalinya seorang Haris, tapi kebahagian Firash sendiri harus menjadi keutamaan.
Dia tahu papa dan keluarga Firash akrab. Urusan rumah ke syarikat juga banyak di bantu keluarga Firash, persoalannya sampai bila mahu terus bergantung begini. Walaupun cuma makan bulan kini, takkan mahu tunggu sampai genap tahun baru mahu sedari yang diri kini bergantung pada orang juga sekarang. "If Haris balik, I will return back as Firash Ilham lah. You don't have to worry Lily. I am your brother person okay, even if you turn your back for him. Abang takkan." yakin Firash mengungkap kan kata. Dia menaikkan tiga jari sebagai tanda sumpah. Membuat isyarat yang Dahlia dan Lily menjadi saksi pada sumpahnya kini.
Haris duduk perlahan di atas lantai bersandarkan katilnya. Pinggan di tangan di letakkan perlahan di atas meja makan yang juga merangkap meja laptop dan juga merangkap meja dia bersekang mata belajar. Ruangan sempit yang kini menjadi tempat dia berteduh ini agak sedikit terasa sempit sekarang. Dia rindukan Malaysia. Rindukan kehadiran adiknya. Dia rindukan hidup berteman di sana. Sungguh dia rindukan rumahnya hari ini, hari ini yang begitu buat dia terasa asing. Asing dari dunia nya dahulu. Dia akui dia kalah hari ini. Biarlah dia hidup bersenang lenang di Malaysia, akan dia ikutkan segala kemahuan papa. Takkan dia pertikaikan lagi. Dia cuma mahu tenangnya, tapi dia harus akui, kembali di sana tenang yang dia inginkan bukan itu.
Perlahan satu keluhan berat terhasil. Dia menekan laptopnya, mahu membuka sedikit muzik. Tapi matanya tertancap pada notifikasi youtubenya. Adiknya Lily Diana ada memuat naik video baru. A day in my life as official alumni of Conlay HS. Ikon utama di tekannya. Senyumannya terukir, dia tahu cuma cara ini Lily boleh berinteraksi dengannya. Sedikit sahaja lagi Lily pengorbanan kita ni mesti membuahkan hasil. Lily yang sedang leka bersolek itu sesekali mengalihkan kamera ke arah Dahlia yang sedang terbaring membaca novel di atas katil adiknya. "Lily kau rasa kalau aku straight A apa abang aku bagi erk?" soal Dahlia. Kakinya di goyang-goyang perlahan. Lily membuat mimik muka annoyingnya.
"Lily kalau aku straight A kan." ejek Lily.
"Be for real Dahlia." komen Lily lagi.
"We wait aa let see if Lily or Dahlia akan dapat straight A tu." Lily mematikan perlahan kameranya. Sebelum kembali merakam. "Abang tadi Dee tanya kalau dia dapat straight A. Apa yang abang dia nak bagi." Skrin gelap sahaja yang terpapar, "Kalau abang dekat sini apa yang abang nak bagi dekat adik?" suara serak basah Lily sahaja yang memenuhi ruangan skrin itu. "Abang bagi Lily a free trip to any place yang you pilih." suara Firash. Sebelum skrin mula terang merakam Firash yang sedang memandu di sisi Dahlia. "Only for Lily?" soal Dahlia. Firash spontan mengosok kepala Dahlia. Ketawa kecil terhasil dari Firash. "If Lily dapat trip, you will definitely get the same thing Liaa." ujar Firash. Tangan Firash spontan mengusap kepala Dahlia.
"Congratulation creampuff.." Perlahan dia menamatkan video yang masih ada separuh itu. Dia memadamkan laptopnya. Tangannya perlahan menarik pinggan di hadapannya kemudian makan, membiarkan rasa yang dirasainya ini sama tenggelam dengan makanan yang cuba di telannya ini. Jujur seleranya mati, sama seperti harinya sekarang, cemburu jelas sekali. Dia di sini tercampak sendirian, merindui kehidupannya di sana. Adiknya, temannya sahabatnya. Dia rindukan Haris Haikal yang pernah menjadi sebahagian dari dirinya dahulu, dan kini Haris Haikal di sini entah siapa. Dia mahu kembali tapi dia pasti tidak semudah itu dia boleh kembali. Dia yang memilih untuk lari dari dunia itu. Tak mungkin semudah itu dia boleh kembali.
TO BE CONTINUED..
Comments
Post a Comment