#11 ADDICTION
TO BE IN LOVE TO BE LOVED.
Haris mengeluh perlahan, dia menarik bagnya dari perut bas. Lelaki yang berdiri di belakangnya di kerlingnya sekilas. "What sekarang dah jadi kerja kau nak ambil aku dekat Uni?" soal Haris sinis. Dia penat dengan perlawanan tadi masih tidak habis. Sekarang dia tahu kemana dia akan di bawa, bagnya ditolak kasar ke arah pekerja bapanya. "Haris join review?" Soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Tidak dia tak dapat ikut sama sebarang perbincangan hari ini. Bahkan latihan untuk hari ini pun dia akan tinggalkan.
"Aku nak jumpa coach in 10 minutes I will at the car." Dia memberi arahan. Melihat sahaja anggukan dari pekerja nya itu langkahnya di atur berlalu menuju ke rumah kelab. Langkahnya di atur perlahan tidak berura-ura mahu mempercepatkan langkahnya langsung. Haris dan kepalanya sahaja, tidak memikirkan hal lain. Sampai sahaja di ruangan dalam rumah kelab dia terus masuk ke dalam bilik jurulatihnya.
"Sir I can't join today discussion and training.." Dia menghulurkan kertas yang dikerjakan semasa berada di dalam bas tadi. Tangannya sempat mengusap kepala Dahlia. Dahlia menepis pantas. Mungkin risau dengan tanggapan jurulatih mereka. Haris simpan senyumnya. "Oh terima kasih untuk ni dan awak betul boleh teruskan macam ni?" soal Sir Jamal selamba. Dia ada diberitahu berkenaan urusan keluarga Haris dan permintaan peribadi dari orang tua Haris. Berat untuk dia mengikut arahan mereka kerana Haris merupakan orang kuat dalam pasukan bola ini. Apa yang boleh dia lakukan daripada menurut jika tidak hilanglah sponsor terbesar untuk Conlay.
"Saya okay je Sir, tapi tulah rasa terkilan sikit tak dapat join training."
"Don't mention it, we talk about this before. And again goodluck okay." Sir Jamal bangun perlahan menepuk bahu Haris. Haris mengangguk. "Saya minta diri dulu." Haris melihat jamnya sendiri, sudah masanya untuk dia ke destinasi yang seterusnya. "Oh ya Haris. Saya nak tab awak boleh, I think I jotted something down using your tab. If you don't mind." Haris pantas mengangguk. "Boleh Sir tapi dekat kereta. Nanti saya pergi ambil dulu.
"Ouh Dahlia boleh tolong tak?" Haris tersenyum nakal. Dahlia yang sedang sibuk menulis laporan perkasasan yang dibawa mereka tadi terus mengangkat kepalanya memandang ke arah Haris. "Tolong apa?" soal Dahlia spontan, dia menolak cermin matanya ke atas sedikit. "Ikut pergi kat kereta ambil tab yang Sir nak since aku ada nak attend urgent matter ni." Dahlia hanya mengangguk. Haris sekali mengangkat tangannya meminta diri. Dahlia mengikut dari arah belakang. Haris memandang sekilas sahaja. Dia melintasi ruangan persalinan. Masih tiada rakan sepasukannya. Mungkin semua terus ke cafe.
Langkahnya di lajukan menuju ke kereta yang terletak dia kawasan parkir yang berada di luar kawasan "Jauhnya parking." keluh Dahlia. Haris diam tidak memberi komen. Yelah kawasan parkir yang tersedia di dalam ini hanya untuk pelajar Uni dan pekerja sahaja. Sebarang pelawar dan orang luar harus parkir di luar, dia pernah melihat ayahnya menapak dari luar ke bangunan pentadbiran jadi tiadalah maknanya dia boleh mengarahkan orang ayahnya untuk parkir di dalam.
Sampai sahaja di keretanya, dia terus membuka pintu. Menarik bag sandangnya keluar. "Haris.." dia masih membuka bagnya tidak berpaling kepada Dahlia. "Hmm?" sahutnya ringkas. "Can you ask Lily to pick up her phone. Saya dah cuba banyak kali telefon dan mesej dia satu pun dia tak jawab." Tangannya berhenti dari menarik tab di bagnya. Seketika dia diam sebelum satu keluhan terhela. "Lily okay je dekat rumah, dia demam. Nanti kalau aku balik aku suruh dia call kau okay." ringkas dia menjawabnya. Cuba untuk tidak merisaukan Dahlia.
"Terima kasih." dia menyambut tab yang dihulur pemuda itu. Haris hanya mengangguk. Dia masuk ke dalam keretanya terus, mengambil tempat di sisi pemandu. "Bye Dahlia Hana." Dahlia tersenyum perlahan. Namanya di sebut penuh oleh Haris. Dia memandang kereta itu berlalu pergi. Dia tidak pasti apa yang membuat Haris semakin sibuk hari demi hari ini. Semakin jarang nampak di kawasan Conlay. Ah mungkin terlalu awal untuk dia katakan Haris jarang kelihatan di Conlay yang dia boleh katakan. Lily hilang begitu sahaja, hilang umpama tidak wujud. Yang anehnya tiada guru yang mempersoalkan ketidak hadiran Lily. Semua senyap membisu.
Satu keluhan terhela, dia mengeleng perlahan. Cuba untuk tidak memikirkan hal ini. Dia kembali melangkah kembali menuju ke arah padang semula. Masih bengang kerana dia harus menapak sekali lagi dari kawasan parkir luar ini ke padang semula untuk ke rumah kelab. Dia mengeleng, malang hidupnya. Tidak dapat ikut makan di kafe dan kini di buli pula begini.
*
Dia menolak anak rambutnya kebelakang sebelum mengikatnya menjadi sanggul. Tangannya memusingkan beberapa kali pennya. Sesekali kepalanya digoyangkan, mengikut rentak musik yang sedang bermain. Tangannya berhenti apabila ada beberapa pelajar perempuan lain yang duduk bersila di antara rak buku di pusat sumber itu. Pelajar kelasnya, dia memperlahankan audio tidak mahu menganggu mereka. Lagu yang di pasangnya di tahap maksima itu mampu didengari orang juga dia sedar tentang hal itu.
"Lol babe, have you ever wonder about Lily whereabouts now?" Dan dia mula memasang telinga. Tangannya berhenti dari menulis untuk seketika. "Dah genap 3 hari kut. Kau rasa benda ni macam apa yang jadi tahun lepas ke?" dua gadis disitu mula seakan-akan bersoal jawab pula. "Weh, kau tahu tak yang aku adalah dengar cerita dekat batch Daniel tu, memang that guys pyscho teruk weh, before dia jumpa Lily. Daniel, Firash and Haris was actually a bestfriend kau tahu. Not until all of the things yang happen last year." mereka berhenti bercerita seketika memandang sekeliling.
"Tulah pasalkan, tapi kira lucky gila lah sebab dia punya abang pun jenis yang macam tu je. Macam takde masalah untuk dia. Sebab Haris pun banyak ikut cakap adiknya pun." komen mereka. "Aku tak tahu nak cakap beruntung ke apa sebab Lily used to take everything for her granted okay." dan komen itu terhenti di situ. Mereka senyap seketika. Dia tak berani mahu mengangkat mukanya kerana tak mahu nampak terlalu jelas. Matanya masih tertumpu kepada buku di tangan.
"Eh Dahlia.." Dia buat tidak tahu apabila namanya di panggil. Dia sedang mendengar musik sekarang ni jadi sudah semestinya dia tidak dengar apa yang sedang dibicarakan mereka kan. Ikut logik akalnya lah. "Hey Dahlia Hana..." Dia tersentak apabila earphonenya di tarik. Firash. Begitu dekat dengan wajahnya. Dia menjarakkan sedikit wajahnya. "Ikut saya." arah pemuda itu. Dahlia pantas mencabut earphonenya. Dia mengulung pantas dan menyelitkannya di antara muka bukunya.
Langkahnya di atur mengejar langkah pemuda itu. Firash menuju keluar dari library. Dia menolak perlahan pintu keluar memandang sekeliling, mencari kelibat Firash. Langkahnya di atur terus ke tangga rintangan api yang berada di sudut laluan itu. Dia menarik pintu yang hampir mahu tertutup kemudian Firash berada di hadapannya. "Did you already tell Haris about what happen last sunday?" soalan pertama yang keluar. "About what?" soalnya keliru, dia masih cuba mencerna apa yang di soal Firash.
"So this is how you going to play?" soal Firash sinis. Dia berkerut seribu. "Play what Firash? Saya tak faham.." dia sedikit terkilan juga apabila nada Firash. "About what happen to Lily last Sunday." dan dia mula sedar berkenaan itu. "Wait Fir, did Lily tak datang because of that?" Firash memandang tepat ke arahnya dan dia tahu hal ini serius, "I just realize thing got really messed up right now, but I have no point to be the one yang explain everything to Haris. I thought you take my word seriously but you actually just keep going into your own way. You think thing yang involve drug and adult is a joke for you right?" soal Firash tegas. Dahlia terdiam. Haris.
Haris memang kena tahu hal ini. "But even if I said everything and tell him everything would he actually believe me?" Dia menunduk. "He trust you Lia more than anyone else. I know he called you when he wasted that night. I know about that, he is my friend. A good friend of mine. So please treat him right." Dia tahu Firash sedang marah kini. "Dia ada di mana? Ada di padang?" soal Dahlia terus. Dia akan berterus terang. "He have been absent since last tournament Lia. And you actually didn't realize that?" dia memandang Firash tepat. "Why did you try to make all of this as if it is my fault? Or actually it is my fault?" soal Dahlia. Dia cuba melihat duduknya di mana. Mengapa Firash kedengaran begitu mendesak?
"I'm worried about my friend.."
Firash actually a serious gay or he just love his friend so much.
"But it sound like you try to make me be the one yang paksa Lily masuk hotel dengan jantan sedangkan it was her fault. It will never be our fault tak kira I atau Haris bukan salah kami berdua kalau anything bad happen to her pun." Yes dia kedengaran sangat pentingkan diri tapi Firash tak boleh buat dia terbeban dengan masalah yang bukan berpunca darinya, dia sendiri tak tahu siapa Daniel dan sejauh mana hubungan Lily dengan pemuda itu.
"Saya tak cakap tu salah awak atau Haris, saya nak Haris tahu berkenaan apa yang terjadi pada Lily. That girl takkan cerita apa-apa pada Haris. Awak kena cakap berkenaan ni."
"Sekejap Firash, saya boleh bagitahu Haris berkenaan ni. Saya tak ada masalah untuk beritahu dia, dan saya juga boleh ambil keputusan untuk tak bagitahu dia Firash, sebab benda ni bukan masalah saya. Awak tak perlu datang dan marah-marah saya macam ni. Tak perlu."
"Saya tak marah awak, saya tak terfikir pun nak marah awak." dan secara tak sedar suara dia dan Firash sama-sama menekan. Berkeras mengatakan mereka tidak bertengkar tapi nada mereka jelas sedang berbalah. "Saya tahu niat awak dan dalam kepala awak cuma Haris, but saya dah ambil keputusan saya takkan bagitahu dia berkenaan ni, biarkan Lily yang berterus terang." Dia terus menarik pintu itu kasar dan berlalu pergi. Dia akan beritahu Haris berkenaan ini semestinya tapi dia takkan biarkan Firash sesuka hati mengarahnya begitu.
"Sekejap Firash, saya boleh bagitahu Haris berkenaan ni. Saya tak ada masalah untuk beritahu dia, dan saya juga boleh ambil keputusan untuk tak bagitahu dia Firash, sebab benda ni bukan masalah saya. Awak tak perlu datang dan marah-marah saya macam ni. Tak perlu."
"Saya tak marah awak, saya tak terfikir pun nak marah awak." dan secara tak sedar suara dia dan Firash sama-sama menekan. Berkeras mengatakan mereka tidak bertengkar tapi nada mereka jelas sedang berbalah. "Saya tahu niat awak dan dalam kepala awak cuma Haris, but saya dah ambil keputusan saya takkan bagitahu dia berkenaan ni, biarkan Lily yang berterus terang." Dia terus menarik pintu itu kasar dan berlalu pergi. Dia akan beritahu Haris berkenaan ini semestinya tapi dia takkan biarkan Firash sesuka hati mengarahnya begitu.
*
Mereka menang lagi untuk perlawanan kumpulan, dan kini masing-masing kelelahan menuju ke arah bas. Dia melintasi Haris dan Firash yang sedang berjalan beriringan menuju ke bas. Ah hari ini mereka tidak dapat menonton pasukan seterusnya bermain kerana bas akan di hantar ke pusat servis jadi mereka akan terus balik setelah perlawanan habis. Jadi semuanya akan kelam kabut dan terkejar-kejar, bukan untuk pemain tapi untuk untuk pengurus dan pembantu pengurus pasukan bola ini. Harus memastikan semua ahli pasukan di satu tempat. Mereka selalu merayau untuk mencari pasukan sorak sekolah lain. Dan tugasnya adalah untuk mencari mereka yang sedang 'mencari' ini.
Bekas air yang sedang di kendongnya itu tiba-tiba ditarik perlahan, beralih tangan. Dia berhenti melangkah. Firash di hadapannya. "Biar saya bawa." dan pemuda itu terus berlalu pergi. Dahlia mengeleng perlahan. Sudah mula pemuda ini mahu memujuknya berkenaan hal yang satu itu. Dia pasti dengan niat Firash tiba-tiba begitu ramah dengannya. Dia cuba merentap semula bekas minuman itu tetapi lengannya di pegang. Dahlia tak ambil masa seketika pun dia menepis tangan Haris kasar. "Wow easy, easy.." tegur Haris mengangkat kedua-dua tangannya.
"Kau buat apa lagi kat dia Fir sampai dia mengamuk macam tu.." soal Haris memandang tepat ke arah Firash yang berada di sisinya. Firash mengangkat bahu, dia meneruskan langkahnya ke arah bas. Haris terus melangkah naik ke atas bas. Dia meninggalkan Firash yang terpaksa menuju ke perut bas itu. Dia mencari duduk Dahlia. Ah senyumannya terukir apabila terlihat Dahlia sudah mengambil tempat yang sama sewaktu mereka datang tadi.
"Can I sit here?" dia meminta setelah melabuhkan punggungnya. Dahlia mengerling sekilas. "Kau kenapa? Ada gaduh dengan Firash ke?" soal Haris. Bengang apabila tidak dilayan Dahlia dia mengambil keputusan untuk mengusik gadis itu lebih lagi. Perlahan dia mengiring. Merebahkan kepalanya ke atas bahu gadis itu. Seketika dia menanti. Dahlia cuma membatu tidak menunjukkan sebarang riak. Haris perlahan berpaling. "Hana kau okay tak?" sekali lagi dia mencuba.
Dahlia memandang Haris seketika sebelum dia mengeluh. "Aku ada buat salah dengan kau lagi?" soal Haris. "Tak awak boleh jauh sikit tak?" pintanya perlahan. Haris mengangguk. Dia bangun dari duduknya kemudian berlalu mencari ruangan di bahagian belakang. Dahlia mengeluh perlahan. Dia lihat Firash baru memasuki ruangan dalam bas sedang mencari kerusi kosong. Pemuda itu baru mahu melintasinya pantas dia mengapai lengan Firash. Menarik pemuda itu duduk di sisinya.
"Sit here." arahnya. Dia tak mahu duduk seorang selepas di tinggalkan Haris. Firash memandang ke arahnya pelik. Dia mengeluh, dia kembali berpusing memandang ke arah tingkap semula. Firash diam, dia mengeluarkan telefonnya perlahan. Memasang earphonenya perlahan. Bas sudah mula bergerak. Dahlia mengeluh sekali lagi. "Saya akan bagitahu Haris. Saya tahu awak ada ambil gambar Lily." Tangannya terhenti dari bergerak. Dia memandang Dahlia serius. Matanya memandang tepat ke arah gadis itu.
"Haris takkan percaya apa yang saya cakap melulu. Saya taknak bertengkar dengan dia Firash. Bagi saya gambar tu dan saya akan terangkan semuanya." Dia tak pasti apa yang Firash lakukan dalam kamar hotel hari tu tapi dia pasti Firash ada mengambil gambar untuk mengumpulkan bukti. Dia pasti pemuda itu bijak, dia pasti Firash ada simpan semuanya.
Firash mengeluh. Dia memandang telefon di tangannya. "Saya nak tengok." Dia mendekat. Firash juga mendekat dia membuka telefonnya. Folder gambar yang memang disimpan itu di bukanya. Dahlia menunduk. Dia terkedu, Firash ambil semuanya dari keadaan kamar, keadaan Lily bahkan semua barangan yang ada di dalam bilik itu tanpa tertinggal satu pun. Dia memandang pemuda itu. "Giving this to Haris will ruin my friendship with him, I don't want to lose him." rasanya yang ada pada Firash dahulu sudah lama terpadam dan kini dia memang tidak teruja melihat pemuda ini. Hipokrit.
"Hantar pada saya gambar ni." arah Dahlia. Dia menolak perlahan telefon itu kembali kepada Firash. Dia kembali bersandar ke kerusinya dan melemparkan kembali pandangannya ke arah tingkap. Keluhannya terhela. Bersahabat baik dengan Haris apa yang membuatkan pemuda di sisinya ini begitu takut mahu membuka rahsia ini. Ah dia tak seharusnya memberi kata putus untuk tindakan Firash, pasti pemuda itu ada sebab. Apa pun sebabnya ianya tak seharusnya memberi pemuda itu jalan untuk mengelak semua ini.
Sejam perjalanan mereka, sampai sahaja di kawasan Conlay mereka terus turun dari bas. Mengambil barangan dan menuju ke rumah kelab, Dahlia memandang Haris yang berjalan di hadapannya. Matanya tertumpu kepada pemuda itu sahaja kini, mengumpul kekuatannya untuk memberitahu Haris berkenaan hal ini. Mereka masuk ke dalam ruangan rumah kelab. Haris berdiri di sisi meja melihat telefon bimbitnya seketika sebelum meletakkanya di atas meja dan terus menuju ke arah ruangan mandi. Mungkin mahu mengemas diri.
Dahlia seperti biasa memeriksa peralatan yang di bawa mereka. Dia menyimpan kembali kasut ganti yang di bawanya sekiranya ada masalah pada kasut pemain ketika di sana dan bola yang dia sendiri tak tahu mengapa bola ini harus di bawa mereka. "Haris join ke latihan hari ni?" soal Luthfi pelik. Dia memandang ke arah Firash. Firash mengangkat bahu. "Dahlia masuk bilik saya kejap," Dia menuju terus ke arah bilik jurulatih. "Awak ada simpan rekod belian kasut tak? Saya rasa kena beli kasut untuk Gil." ujar Sir Jamal.
Dia berkerut dahi, hal pembelian biasanya Haris dan pengurusan pasukan yang lakukan. Sepanjang dia menjadi pembantu ini tak pernah lagi dia menolong mereka membeli peralatan atau kasut jadi dia tak tahu mana quotation file atau supplier file yang di minta oleh Sir Jamal sekarang. Dia baru mahu membuka mulutnya bunyi pintu di buka buat dia dan Sir Jamal teralih perhatian. Haris dengan tuala di kepalanya melangkah masuk. "Sir, saya tak dapat ikut latihan lagi hari ni." ujar Haris. Sir Jamal hanya mengangguk. "Tak apa, good work for today Haris." Haris mengangguk. Dia menuju ke kabinet besi yang berada di sudut ruangan, mengeluarkan file kemudian di bawa ke arah Sir Jamal.
"Ni yang Sir minta tu." dia kemudian terus berlalu pergi. Dahlia memandang kembali kepada Sir Jamal. Tapi tadi dia melihat Haris memakai seluar jeans jadi dia pasti pemuda itu sudah bersiap-siap untuk keluar, "Sir saya balik awal boleh? Saya ada tuition." ah alasannya harus diperbaiki lagi. Tapi tulah lantaklah. Melihat anggukan dari Sir, Dahlia terus melangkah keluar. Dia mengemas barangannya sebelum melangkah keluar dari rumah kelab itu.
Dari jauh dia nampak Haris menuju ke kawasan parkir motor. Ah hari ni pemuda itu bawa motor pula. Dia tetap mengejar langkah pemuda itu. Lengan Haris di tariknya. "Spend me your day." pinta Dahlia terus. Haris yang baru mahu menyarung helmetnya itu terus memandang Dahlia aneh. "What?" soalnya seakan-akan meminta kepastian dengan apa yang baru didengarinya. "Spend me your day.." ulang Dahlia lagi. Dia tidak melepaskan pegangnya pada Haris.
"Aku ada satu helmet je."
"Spend me your day." Haris ketawa sekali lagi. Dia menyarungkan perlahan helmet di tangannya ke kepada Dahlia. Dahlia mara kedepan sedikit. Mendekat. Dia biarkan Haris lakukannya. Sesudah sahaja dia memakai helmet. Haris naik perlahan ke tempat duduk. Dia menepuk mengarah Dahlia naik ke atas motornya. Dahlia teragak-agak. Tinggi benar dia atas itu nanti. "Saya tak pernah naik motor, macam mana.." Haris turun kembali. Dia berfikir seketika. Tangannya di hulurkan, menanti Dahlia menyambutnya. Dia membantu Dahlia naik ke atas Ducati Panigale 959 nya. Kedudukan gadis itu sudah tinggi.
"Nanti your hand letak dekat sini." Haris menarik tangan Dahlia untuk di letakkan di atas tank di hadapannya. Dahlia mengangguk perlahan. Haris memandang Dahlia seketika lagi, gadis itu jelas nampak tidak selesa. Dia menarik perlahan tote bag Dahlia. Dahlia menahannya, memandang aneh. "Letak dalam bag." arah Haris. Dia melepaskan bag Dahlia kemudian menghulurkan bagnya kepada Dahlia. Perlahan gadis itu mengikut arahannya. Bagnya kini berada di belakang Dahlia. Dia naik perlahan ke atas motornya.
Belum pun dia keluar dari kawasan parkirnya, Dahlia sudah mencari tapak di tank hadapannya. Haris ketawa perlahan. Dia berpaling. "Sorry, that position when I speeding up okay?" Dahlia kembali menegakkan semula tubuhnya. Dia dan Haris tiada jarak. Tiada ruang di antaranya. Dia tahu wajahnya tidak kelihatan sekarang tapi dia pasti pipinya memerah dan bahang terasa di dalam topi keledar ini. Haris simpan senyumnya perlahan. Dia memandu keluar dari kawasan Conlay. Memecut melintasi jalan. Dia mahu cepat sampai risau jika ada JPJ sedang meronda atau apa-apa masalah lain berlaku.
Dahlia di belakang pantas mencari tempat untuk berpaut. Dan tank yang dimaksudkan Haris tadi terasa terlalu jauh darinya. Tubuhnya mula bersandar pada tubuh Haris. Dia mencengkam erat baju pemuda itu. Ah matanya juga dipejam rapat tidak berani di buka. "Hana hold the tank." Tangannya di alihkan perlahan memegang tank, tapi seketika cuma kemudian tangannya kembali kepada perut Haris untuk dia berpaut.
Haris di hadapan hanya mampu membiarkan sahaja walaupun dia tak selesa menunggang motorsikalnya dalam keadaan begini. Sampai sahaja di kawasan rumah kedai itu, dia memarkir kemas di hadapan sebuah cafe. Tangan menahan Dahlia yang baru mahu turun itu, biarkan Dahlia berpaut di lengannya kemudian melangkah turun. Dia juga turun. Rambutnya dibetulkan perlahan sebelum menarik Dahlia berdiri di hadapannya. Haris membantu Dahlia membuka helmet yang di pakai gadis itu. Ketawanya meletus apabila tangannya tersentuh dengan tangan Dahlia. Sejuk.
"Kalau aku buka sekarang kau mesti malu. So let just have a moment kejap okay.." Dahlia mengangguk, dia berpaut perlahan kepada belakang motor pemuda itu seketika. Seketika kemudian dia cuba mencabut perlahan topi keledar full cover dari kepalanya. Berjaya dengan satu kali cubaan, dia alihkan perlahan topi keledar kepada Haris kemudian terus dia mengemaskan rambutnya. Haris membantu dan dia biarkan sahaja.
"Dah jom." ajak Haris. Dahlia mengikut dari belakang. Haris memilih untuk duduk di bahagian luar cafe. Dahlia menarik perlahan kerusi duduk di hadapan Haris. Mereka menanti seketika pelayan untuk datang meminta ordernya. "Saya rasa kita kena order dekat kaunter." Haris terus berpaling memandang ke arah kaunter. Oh ya. Dia selalu dating di sini dan kebanyakan datingnya perempuan yang tolong orderkan untuk dia. Dia memandang ke arah Dahlia. Satu keluhan terhela kemudian dia terus dia bangun menuju ke kaunter. Dahlia turut bangun mahu mengikut langkah Haris.
"Takyah.." Dan dia terus kembali duduk apabila Haris membuat isyarat tak perlu. Dia duduk memandang ke arah laluan pejalan kaki yang memisahkan bangunan cafe ini dengan bangunan di bahagian sebelah sana. Berfikir juga bagaimana mahu memulakan semua ini, memberitahu apa yang patut Haris tahu.
TO BE CONTINUED..
Comments
Post a Comment