#15 ADDICTION



Somehow we just belong together..




"Kau suka Dahlia sangat?" Haris diam apabila soalan itu di utarakan Firash yang entah dari mana puncanya. Diam seribu bahasa. Dia sukakan segalanya tentang Dahlia. Namanya, Dahlia Hana. Wajahnya, Dahlia Hana. Senyumannya, Dahlia Hana. Dia tiada cermin mahu melihat senyumannya yang terukir hanya kerana nama Dahlia yang berbisik di hatinya kini. Dia jujur dia sukakan gadis itu. Sepenuh jiwanya kini. Haris mengeleng perlahan. Dia menjawab soalan Firash dengan gelenggan. Palsu tentu sekali. "Jangan mainkan dia kalau kau tak serius Haris. She all over you right now.." ujar Firash. Haris ketawa kecil. Dia meletakkan perlahan raket tenisnya disisinya.

"Name a girl that not all over me Firash. Name one.

"If you are not serious, just don't even give them hope Haris. Being a less cruel doesn't affect you in any way." Tentang Firash yang satu ini. Jika Lily datang membawa Firash sebagai peneman hidupnya, akan dia sambut dengan tangan terbuka. Firash satu-satu teman yang manusia untuknya. Pemuda ini sudah dekat dengan nya untuk berapa dekad dalam kehidupannya. Tidak sekali pun dia melihat Firash menyakiti mana-mana perempuan dengan perkataan, tidak sekali pun dia menyakiti mana-mana rakannya. Firash tidak bermusuh. 

"Kau suka dia?" soal Haris kembali. 

Dia berpaling memandang ke arah Firash. Firash juga diam seketika. "I don't like her to that level I want her.." Haris berpaling ke hadapan semula dia ketawa, Firash ringkas dan mudah di baca. "You like her Fir.." Dan dia ralat kembali. Raket tennisnya kembali di ambil. "Have another round with me before I fly to UK.." ujarnya berlari anak mengambil tempat di gelanggang.

"The best man win Haris.." Haris hanya mengangguk. The best man win.. 






Lily duduk bersandar di sofa di ruang tamu rumahnya. Suasana janggal ini sudah sebati dalam kehidupannya. Rumah ini riuh dengan pembantu papanya yang berbual di dapur. Dan tidak kosong tanpa pembantu yang sedang mengemas di rumah mereka. Dan di hadapannya kini juga ada seorang lelaki yang bertugas untuk mengajarnya. Dia hanya duduk membatu. Kata-kata Dahlia kelmarin sangat menusuknya. Dia tidak langsung terlintas mahu memikirkan Haris. Hari berganti hari sejak kejadian itu. Dia langsung tidak bersua muka dengan Haris. Bersapa dengan abangnya. Dan kini, kelibat Haris langsung tidak kelihatan di hadapannya. 

"Lily.." Dia berpaling. Sir Firhad sudah menyapanya, dia membetulkan duduknya di hadapan lelaki itu. "Pay attention.." arahan di berikan. Dia mengangguk. Sepenuh perhatian di berikan kepada gurunya itu. Segala yang tertinggal sepanjang 2 bulan ini harus di kejarnya semula. Fizikalnya di sini tapi jujur kepalanya ligat berfikir tentang Haris. Di mana keberadaan abangnya sekarang. Dia langsung tidak pasti di mana Haris.

"Sir.." perlahan dia memanggil. Menghentikan proses pembelajarannya seketika lagi. Dia bangun, membuat isyarat telefon. Satu anggukan kemudian langkahnya di atur meninggalkan ruang tamu itu. Nombor Haris di taipnya segera. Dia marahkan abangnya, nombor Haris di padam dari kontak telefonnya, tapi hakikatnya nombor Haris satu-satunya nombor yang di ingatinya. Seketika dia menanti. Tiada jawapan di hujung sana. Dan dia masih setia menanti.

Hye this is Haris, feel free to leave the voice mail. Suaranya masih menjadi pesanan di telefon abangnya. 

"Haris, Lily rindu.." Dia memberi pesanan ringkas kepada abangnya. Dia harus baiki segalanya semula. Dia tahu Haris sahaja yang akan kekal di sisinya. Yang akan berpihak dengannya dalam apa sahaja keadaan. Perlahan dia kembali semula ke ruang tamu. Duduk semula di tempatnya dan kembali belajar. Dari satu topik beralih ke satu topik. Dia masih menanti. Sampai ke sudah dia masih menanti. 

"I hope you can try to finish this module .." ujar cikgunya. Modul tebal di hadapannya di pandang. Dia hanya mengangguk. Matanya hanya memandang ke arah buku di hadapannya. "Haris.. It's good to see you here.." Sir Firhad bersalaman dengan Haris. Dan matanya teralih kepada abangnya. Berjaket kulit dan tangannya memegang helmet. Jelas sekali baru sampai. "How the classs so far.."

"Lily baik, pelajarannya juga bagus so far.." Haris mengangguk. Dia menghantar Sir Firhad ke muka pintu. Beramah seketika dengan cikgu Lily dahulu. Lily pula bangun. Dia mengikut Haris dari belakang. Menanti abangnya. Sudah sahaja Haris meletakkan helmet di atas kabinet di tepi pintu. Pemuda itu terus mendapatkannya. Tubuh Lily di dakapnya erat. Lily membenamkan wajahnya pada dada Haris. Air matanya mengalir laju. Menitis tidak henti. Khilafnya. Silapnya. Salah menilai sekali lagi. 

"I'm sorry.." bisik Haris. Pipi Lily di pegangnya lembut. Di ciumnya perlahan. Air mata Lily di kesatnya. "I was hesitate to meet you. Hence if you hate me so bad.." Lily mengeleng. Dia kembali masuk ke dalam pelukan abangnya. Dia salah. Dia silap. Dia harus perbetulkannya. 








Lily mengesat air matanya perlahan. "Thanks god I have Dahlia as my friend.." ujarnya selepas Haris mengambil tempat di sisinya. Haris mengangkat kening. Mahukan penjelasan ke atas kenyataan yang baru keluar dari mulutnya. "She really speak her mind out of me.." sambung Lily. Dia bersandar kepada bahu Haris. Haris hanya mendengar sahaja. Tangannya memegang perlahan tangan Lily.

"Dik, esok tiada kelas, boleh spend your day with me?" soal Haris. Dia mahu mencari masa untuk di luangkan dengan Lily. Dia cuma ada 3 hari sahaja lagi sebelum dia terbang ke UK. "Totally yes bang.." ujar Lily lembut. "Abang, adik minta maaf.." itu ucapan pertama. Dia mahu meminta maaf. Apa yang dikatakan Dahlia. Semuanya benar. Tiada yang salah. Dia terlalu hipokrit. Dia mementingkan dirinya dan perasaannya sampai tahap di mana dia mengabaikan abangnya. 

Perlahan dia mengapai tangan abangnya, dielusnya lembut. Tangan Haris masih hangat seperti selalunya. "Abang.." Dia memanggil lembut. Tangannya berhenti seketika. "Jangan tinggalkan Lily lagi ya.." Lily memandang tepat kearah abangnya yang satu ini. Haris hanya mengangguk. Sekadar memberi janji kosong kepada Lily. Dia pasti Lily juga tahu hakikat yang satu ini. Jika Tan Sri Dahlan mahu mereka berpisah, satu janji yang pernah terlafaz ini takkan pernah jadi kenyataan. 

Lily mula bercerita beberapa perkara yang terjadi di rumah ini sepanjang ketiadaan Haris. Haris hanya mendengar fikirannya menerawang. Berkenaan janjinya dengan Lily. Berkenaan masa yang semakin berkurang di sini. Dia terkejar-kejar. Ya. Untuk semuanya hari ini.


*

Dahlia perlahan menolak pintu pagarnya. Dia melangkah keluar dari kawasan rumahnya. Sembunyi-sembunyi kerana jam sudah berganjak ke pukul 12.45 pagi dan dia tidak mampu melelapkan matanya. Dia rindukan Haris dan dia tidak pasti apa yang harus dia lakukan untuk itu. Jika menelefon Haris tentu sahaja dia tidak akan lakukan hal sebegitu kerana  dia masih punya ego dan sifat tidak mahu tampak terlalu memaksa perasaannya ke atas Haris.

Langkah di atur menyelusuri kawasan perumahannya. Mahu menuju ke kawasan kedai kedai yang berdekatan. Dia mahu ke 7E dia tahu apa yang ingin di carinya di sana nanti. Untuk merasa Haris dekat padanya. Masuk sahaja ke dalam 7E selepas hampir 20 minit berjalan kaki ke sini dia terus menuju ke arah kaunter. Pekerja sambilan di situ sedia menanti dia mengeluarkan sebarang arahan. "Dunhill red." Pintanya selepas beberapa ketika teragak-agak dihadapan kaunter itu. "Boleh tengok IC?" Soal lelaki itu. "Saya beli untuk abang ni.." Cepat akalnya bertindak. Pekerja kaunter itu mengangguk. Dia membuka cermin kaca di belakang kaunter itu. Mengapai kotak Dunhill kemudian meletakkan di atas meja kaunter. Semudah itu walaupun dia masih setahun kurang dari umur yang dibenarkan untuk membeli barang tembakau ini.

Dia membayar kemudian terus mahu keluar dari ruangan kedai. Langkahnya terhenti apabila ada lagi satu perkara yang kurang. "Lighter.." Pintanya kembali. Pemuda itu mengangguk menghulurkan lighter yang elok tersusun di atas kaunter. Dahlia mengeluarkan not 1 ringgit kemudian kembali melangkah keluar dari permis tersebut. 

Langit malam yang hanya di hiasi bulan itu kembali membumbunginya. Dia mencari bangku di sisi permis itu, agak tersorok dari jalan utama. Dia mengambil tempat perlahan. Tangannya membuka plastik yang membaluti kotak rokok itu sebelum dia meniru gaya Haris mahu membukanya. Kotak itu dihentak beberapa kali di tapak tanggannya. Tawanya meletus perlahan.  Gila kau Dahlia semua kau tiru jelas. Perlahan dia bersandar. Dia rindukan Haris.

"Dahlia Hana?" 

Dia tidak mengangkat wajahnya, tangannya perlahan mengeluarkan sebatang rokok, menyelit di hujung jarinya. "Dahlia Hana.." Dia berhenti. Tangannya memetik pemetik api. Mahu membakar rokoknya. Tidak menghiraukan suara yang menegurnya. Dia tahu suara itu tidak nyata, jadi dia memilih untuk tidak mengendahkannya terus. Bauan asap rokok ini langsung tidak sama ketika dia dekat dengan Haris. Ini rokok yang Haris sering hisap dan ini rokok yang sentiasa dia bau. Tapi mengapa lain. 

"Hana.." Dia terus merentap tangannya. Ah ini sudah melampau. Dari suara kini bayangannya pun sudah menjadi nyata. "Ouh god." Rokok di jarinya terlepas. Dia menonggak. Haris. Lama dia memandang bayangan di hadapannya. Tangannya perlahan meraup wajahnya. "Aku angau? Angau? Sampai tahap bayang kau pun dah real sangat ni?" soalnya perlahan. Mengomel sendirian. "Kau rindu aku?" Haris ketawa perlahan. Gadis di hadapannya ini sedikit sebanyak agak melucukan. Dia mengambil tempat di sisi Dahlia. Tangannya mengapai tangan gadis itu, "Kau angau?" Dahlia pantas merentap tangannya semula.

Kehangatan tangan Haris pun sama. Punya real bayangan yang dialaminya sekarang. Dia berpaling memandang Haris. Wajah pemuda itu di pandangnya tepat. Tidak berkelip. Tangannya perlahan naik ke wajah Haris. Pemuda di sisinya itu mula mengukirkan senyuman. Haris. "Apa kau buat dekat sini?" soal Dahlia menolak kasar wajah pemuda itu apabila menyedari yang di sentuhnya itu benda nyata. "Aku bagitahu abang kau, kau merokok." usik Haris. Dia mengapai rokok di tangan Dahlia. Dia ada disitu sebelum Dahlia melangkah masuk ke dalam 7E lagi.

Tujuannya untuk membeli rokok terbantut apabila Dahlia turut membeli rokok jugak. Dia cuma menanti langkah gadis itu seterusnya. Tapi Dahlia banyak termenung. Dia menyelitkan perlahan rokok di bibirnya. Menyalakannya mengunakan lighter gadis itu juga. "Kau nak tak aku bagitahu abang kau?" melihat senyap gadis itu dia menunjal sedikit belakang kepala Dahlia. "Tak cukup umur ada hati nak merokok." Komen Haris. Dia melihat Dalisha yang sudah tidak mengendahkannya langsung itu. Mungkin malu. Ah mereka bila sahaja tidak mengalami situasi yang tidak membuatkankan mereka janggal. 

"If you miss me just call me.." Ujar Haris ringkas. Dia menghembus asap rokoknya perlahan. "I miss you.." Dahlia akuinya sebelum dia ketawa perlahan mengejek diri sendiri. "I miss you how funny it sound kan?" Soal Dahlia kembali. Dia berpaling memandang ke arah Haris. "Why would I call you? Will you come running after I did that? Would you leave everything behind just for me?" Dia memandang serius Haris. Matanya tidak lepas dari memandang pemuda itu. 

Haris mahu membuka mulutnya tapi Dahlia mengejeknya lagi dengan senyuman sinis. "Haris Haikal run to a mere girl just like me?" Haris ketawa juga. Dia mengalihkan pandangannya seketika dari Dahlia. Mencari kata yang sesuai. "I ask you to call me, and your imagination runs wild." Dia menyinis. Dahlia menunduk memandang kakinya sendiri. Menguis tanah. "Call me, if you miss me, my voice will be enough. You way too young to understand what love is. I will entertain you." Dia tahu dia akan buat Dahlia terasa hati. 

"So now I am way too young?" Dahlia menyinis. Haris tahu Dahlia menyinis tentang apa. Layanannya pada gadis itu sebelum ini pun sudah banyak silapnya. Dia yang pada usia 22 tahun ini melayan remaja seperti Dahlia seperti itu. Boleh dikategorikan sebagai jenayah. "I will not be here after this Dahlia, we are not going to breathe under the same air, we will be apart, and I will be forgotten by you. As you said I will not run to you because I unable to do that. To whoever mere girl that you said.

Dahlia diam, dia membatu di sisi Haris. Reaksinya tiada. Untuk apa yang baru di dengarinya dia memilih untuk diam tidak membalas. 

"So when you miss me, call me." Haris memberi kata putus. Dia perlahan menghelakan sisa terakhir asap rokoknya. Dia bangun menuju ke arah tong sampah yang turut punya ashtray di atasnya. Mencampakkan putung rokoknya. Dia kembali kepada Dahlia. Tangan mengapai perlahan tangan Dahlia. Tanpa sebarang kata dia bawa gadis itu ke motornya. "Aku hantar kau balik." ringkas kata Haris. Dia bawa perlahan helmetnya pada Dahlia. 

"Do you love me Haris?

Dia ingin tahu perasaan sebenar Haris. Tidak mahu terus di permainkan pemuda itu. Dia tak mahu terus menanti. Tak mahu terus menyakiti dirinya sendiri. Haris cuma diam meneruskan perbuatannya yang sedikit terbantut tadi. Wajah Dahlia kini terlindung dengan helmet, dia menutup mata gadis itu dengan visor. Kini cuma dia yang terhalang dari melihat Dahlia. "Aku cuma rasa mahu lindungi kau. Dan kalau itu membawa maksud cinta pada kau maknanya adalah cinta." Ujar Haris tenang. Dia naik perlahan ke atas motornya. Menanti Dahlia naik sama. Dia menanti seketika sebelum Dahlia naik di belakangnya. Tangan Dahlia berada di bahunya. Turun ke pinggang.

Tubuhnya di dakap dari belakang. Haris menghelakan nafasnya perlahan. "I don't wanna go home." Suara halus Dahlia jelas kedengaran. Haris terus memecut pacuan dua rodanya membelah jalan raya. Pelukan Dahlia semakin erat. Tangannya perlahan naik memegang belakang tangan gadis itu. Dia dan Dahlia di atas motor ini berada dalam dunia mereka sendiri. Dan dia juga tidak mahu pulang. Mahu terus berada disini. Begini selamanya..







Perlahan dia mencabut jaketnya. Tangannya lembut mengusap bahu Dahlia. Dia biarkan gadis itu lena beralaskan pangkuannya. Malam yang mula berubah menjadi siang, matahari yang mungkin berapa jam sahaja lagi akan memunculkan dirinya seakan-akan bukan satu masalah buatnya dan Dahlia ketika ini. Malam tadi tidak banyak yang dibicarakan. Dahlia lebih banyak diam begitu juga dia. Mereka hanya duduk menikmati malam.

Menikmati sedikit waktu yang mereka punya. "Have I told you Haris how lonely am I, macam mana beratnya hati saya sepanjang hidup saya?" Dahlia berhenti di usapnya. Tangannya perlahan di alihkan. "Lindungi saya. Dan itu makna cinta saya Haris." Have I ever told you Haris. I'm now on my knees falling in love with you...  


"Aku akan bawa kau bersama aku bila tiba masanya Dahlia Hana. Waktu, masa dan hidup kita kini langsung tidak mengizinkan untuk aku menjadi sebahagian dari cinta remaja kau." Dan aku tak mampu buat kau tersenyum, menangis dan bahagia dalam satu masa kehidupan kita Hana. Aku tak mahu menabur janji yang aku tak mampu kotakan.

"Haris, please love me and if i'm not the one you need. Break me Haris, till I hate you.." Dahlia merayu. Dia mengiring. Lengan Haris di pautnya. "I have no one, saya cuma ada Adam dalam hidup saya. Rasa yang awak buat saya rasa ini Haris terlalu baru untuk saya." dan dia mula rasa ada air hangat yang mengalir. Dahlia menangis. Menangis untuknya. "If you don't want me, break me Haris. Break me, I will move on..." rayu Dahlia. Dia tak mahu rasa ini terus merajainya. Memakan setiap ruang dalam hatinya. 

"Look at me Hana." pinta Haris. Lembut dia meminta. Tangannya yang dipaut Dahlia di tariknya lembut.  Dahlia masih menyembunyikan wajahnya. Tidak mahu dilihat. "I adore you, I don't hurt something that I adore. I embrace it. So be happy for me. Be sad for me, hate me as much as you want. I will still continue to adore you."  Tangannya perlahan mengusap kepala Dahlia. Dahlia mengubah posisinya. Dia berpaling memandang Haris. Dua tangannya menampung tubuhnya yang separa mengadap Haris. 

"That somekind of selfish love Haris."

Haris tersenyum perlahan. Mata Dahlia yang basah. Rambut gadis itu yang kusut. Dan bibir Dahlia yang membentak marahkannya. Tangannya merangkul kepala gadis itu lembut. Bibir Dahlia di pagutnya. Bersatu untuk beberapa ketika. Haris dan batasnya. Dahlia dalam pertahannya. Semua hancur buat ketika ini. Tangan Dahlia menahan tubuh Haris dari terus mendekatnya. 

"Aku tak mampu nak miliki kau sekarang, dan jika waktu dan jika kau mengizinkan aku untuk kembali mengambil tempat aku semula di sisi kau, dengan perasaan yang sama dengan kau rasa sekarang.. Hold me Hana. Hold me.. Embrace me.." bisik Haris dekat dengannya. Janji yang mereka ungkapkan ini. Janji yang harus di pegangnya. Untuk selama mana yang dia mampu. Sehingga Haris berpaling kembali mendapatkannya. Dan dia cuma perlu menanti saat itu.



TO BE CONTINUED..











Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

Feels