#5 ADDICTION

Madly in love or just the mad me?
Tangannya menghulurkan perlahan tiket kepada Haris. Haris menyambut perlahan. "Lily mana?" soal Haris memandang ke arah Dahlia aneh. "Masuk dulu sebab bawa barang." jawab Dahlia, Haris mengangguk. Dia mencapai tiket yang dihulurkan Dahlia perlahan, "Nak beli makanan atau tak?" soal Haris lagi, dia memandang gadis di sisinya itu. Dahlia mengangguk dia memang teringin nak makan pop corn pun hari ini pun. Haris mengangguk dia melangkah menuju ke arah kaunter pop corn, Dahlia cuma mengikut dari arah belakang. "Jalan dulu kat depan.." arah Haris. Dia memberi laluan kepada Dahlia untuk melihat menu yang ingin dipilih, "Hye dik, hari ni abang mana?" Haris berkerut. Pemuda itu mengenali Dahlia.
"Abang kat rumah." Dahlia membuka mulut menjawab pertanyaan yang dilemparkan. "Sorang je ke nak abang teman tak?" selamba sahaja pemuda itu. Haris hanya menanti berpura-pura tidak mengenali Dahlia, dia mahu lihat bagaimana Dahlia menjawab gurauan sebegitu. Tangannya sibuk dengan telefon. "Saya datang bertiga ni. Nak set 2 but adds on mineral water okay." Pemuda itu mengambil pesanan Dahlia. Dahlia memandang Haris di sisinya. "Awak nak air apa?" Haris mengeleng perlahan. Dia tak minum minuman yang bergas sekarang jika tengah training.
"Nah saya bayarkan." Haris menghulurkan kadnya. Dahlia mengeleng, dia mengeluarkan perlahan wangnya dari dompet. Haris spontan ketawa kecil. "Look kau boleh guna debit kad tu tau.." Haris menarik kad dari dompet Dahlia. Pantas kad itu cuba dirampas kembali. "Nanti abang yang dapat notifikasi." Haris menghulur kembali kad kepada Dahlia, dia membantu gadis itu membawa dua bekas pop corn dan Dahlia membawa bekas air mendaki anak tangga naik ke ruangan hall cinema.
Dalam gelap ruangan itu mereka mencari kelibat Lily, gadis itu sudah sedap duduk di kerusinya. Haris memberi laluan untuk Dahlia duduk di sebelah Lily dan dia mengambil tempat disisi gadis itu. Dahlia menghela nafasnya lega. Letih berdiri tadi. Dia bersandar selesa bersama pop corn di pehanya. Sesekali dia membawa ke mulutnya beberapa butir untuk dikunyahnya. "Abang aku ada?" soal Lily dekat. Dahlia mengangguk. Dia membuat isyarat Haris di sebelahnya, perlahan Lily balas dengan anggukan.
"Don't fall asleep." bisik Haris dekat pada telinganya. Dia menjeling sekilas sahaja. Sedar atau tidak itu belakang cerita, dia bersandar selesa sahaja sebelum benar-benar terlelap dengan dalam kegelapan wayang itu. Sedetik sahaja dari amaran Haris dia benar-benar tertidur. Haris mengerling perlahan apabila terasa ada beban pada bahunya. Dahlia sudah tertidur. Seketika dia biarkan, dia dapat rasa sesekali Dahlia membetulkan duduk kepalanya. "Hana are you sleeping?" bisiknya perlahan. Gadis itu tidak menjawab, jelas sekali benar-benar tidur. Senyumannya terukir.
Haris mengambil peluang untuk mengeratkan perlahan pegangannya pada tangan Dahlia, sedari awal lagi dia menahan rasa mahu memegang gadis itu. Senyumannya terukir lebih mekar, matanya perlahan di lelapkan, turut sama tertidur. Dibuai mimpi yang agak menyenangkan untuknya.
*
"I almost think yang I jadi third wheel tadi.." komen Lily, dia menjeling pada abangnya. "Behavelah sikit takkan dengan adik punya kawan pun abang nak try, we are still underage tauuuu!" sekali lagi Lily menyatakan ketidak puasan hatinya. Depan matanya dia lihat tangan Haris bertaut pada tangan Dahlia tadi, depan matanya dia lihat Dahlia terperanjat apabila dikejutkan tadi. Haris hanya mempamerkan wajah selambanya.
"Abang bukan apalahkann kalau dah orang baring atas bahu ni memang rasa ada girlfriend je.." ringkas sahaja dia menjawab. Sekilas dia memandang ke arah Dahlia yang cuma berdiri memandang ke arah jalan sahaja. "Balik dengan kitaorang jerlah.." ajak Lily perlahan, mereka sedang menanti abang Dahlia di hadapan pintu keluar utama pusat membeli belah itu.
Haris memandang sekeliling perlahan, dia tahu jawapan Dahlia, sudah tentu gadis itu akan menolak mentah-mentah. Tidak mahu menyusahkan juga dijadikan satu alasan untuk dia tidak di hantar pulang. "Lily dan Haris balik lah dulu.." Haris mengeleng perlahan. Begitu juga Lily, sudah mahu memasuki senja. Tak mungkin Dahlia akan di tinggalkan begitu sahaja. Seketika sahaja lagi dia menunggu rasanya. "Okay tu abang saya.." Dahlia terus mendekat ke jalan, spontan sahaja kakinya menuju ke jalan walaupun jelas sekali abangnya masih agak jauh. Langkahnya tersentak apabila Haris menariknya ke belakang semula.
"Boleh tak kau ni fokus?" Soal Haris. Tegang betul dia. Dahlia tersentak. Ah dia benar-benar nak cepat pergi dari sini sebenarnya. "Kau ni Lia nasib baik tak kena langgar tau tadi." sahut Lily cepat menghampiri Dahlia, terperanjat juga dia melihat Dahlia meluru macam tu. "Sorry aku tak perasan.." dia memberi alah perlahan cukup untuk dia melepaskan dirinya sahaja. Haris turut mengikut langkah Dahlia.
"Kawan Dahlia ke?" Adam menurunkan tingkapnya perlahan, Haris mengangguk dia bersalaman dengan Adam diikuti Lily yang hanya menyapa dengan senyuman sedikit. "Saya Haris abang Lily." dia memperkenalkan dirinya. Matanya melirik ke arah Dahlia yang sudah masuk ke dalam kereta duduk. "Barang ni nak aku letak kat mana?" soal Haris memandang Dahlia tajam. Dia benar-benar tidak faham bagaimana gadis selembab Dahlia mampu untuk menjadi salah seorang pelajar terbaik di Conlay.
Adam simpan senyum dia dapat baca yang Haris sudah malas mahu melayan adiknya. Tadi pun dia nampak betapa tegangnya Haris bercakap dengan Dahlia. Haris mengeleng perlahan, Dahlia kembali mendapatkannya. Bag kertas gadis itu ditolaknya kasar. Dahlia menunduk perlahan mengucapkan terima kasih, Haris mengeleng sebelum turut sama berlalu pergi. Lily sahaja beria-ia meminta diri dari Adam.
"He always act like douchebag or that just hisself?" soal Adam mula menarik gearnya. Matanya mengerling sekilas ke arah adiknya. Dahlia hanya mengangguk sahaja, dia sendiri tak tahu bagaimana perangai sebenar Haris. Pemuda itu boleh jadi begitu kurang ajar, pemuda itu boleh jadi begitu menarik perhatiannya dalam sekelip mata begitu sahaja. "How was your day hari ni? What a great improvement yang adik buat." sambung Adam dengan nada terujanya. Dahlia memandang Adam. "Kan adik macam tak percaya adik stay outside selama 7 hours, I must be going insane very soon!!" Ujar Dahlia teruja juga. Dia bersandar. Hari ini tak ada yang menarik mana, tapi dia puas hati dapat berjalan dengan Lily tadi.
**
Haris meletakkan perlahan bagnya di atas meja di ruangan tengah itu, matanya memandang satu persatu rakan sepasukannya, menahan marah lagi semestinya. Dia sudah mahu membuka mulutnya, tapi Firash pantas bangun. "Haris cari teammate baru bukan mudah.. Kitaorang dah try so hard to find a new members kut.." Firash perlahan mencengkam bahu Haris. Dia mengusap perlahan cuba untuk menenangkan pemuda itu.
"Aku tahu korang tak set up any interview pun kannn? Aku ada 20 application pending dekat tangan aku sekarang ni, ada complaint about this club letak iklan but tak layan any application. Aku busy tau, aku tak ada masa nak marah maki hamun korang sebab benda bodoh macam ni." File di tangannya di lemparkan perlahan di atas meja di hadapan mereka. Firash pantas mencapainya. Di teleknya satu-satu. Mereka memang tak dapat sebarang permohonan pun sebelum ini tapi sekarang di dalam file ini hampir 30 helai borang permohonan yang di isi.
"Haris mana kau dapat ni?" soal Firash, dahinya berkerut, yang lain turut mendekat. "Mana aku dapat?" soal Haris kembali, dia mula naik bengang. "Anni carikan untuk aku." ujar Haris selamba. Dia merangkul perlahan bahu Anni, sempat tangannya mengusutkan rambut gadis itu sedikit. Annie kelihatan selamba sahaja. "God thanks Anni!!" Yang lain juga turut sama mengucapkan terima kasih. Dahlia yang sedang sibuk membersihkan bip jersey di almari simpanan itu hanya memerhati dari jauh sahaja kemesraan Anni dan Haris. Jelas gadis itu tidak kisah di sentuh begitu oleh Haris.
"Tak ada hal lah korang last time Anni tak dapat tolong Dahlia untuk jaga korang sangat kan, sekarang Anni tolong Dahlia realisasikan apa yang dia nak, ni semua idea dia untuk edarkan borang kemasukan and promote club guna poster, instead of depend dekat virtue je." jelas Anni, memang Dahlia ada bincangkan benda ini ketika mereka melakukan tugas bersama, dia cuma mendengar sahaja dan lakukan. Dengan bantuan ahli kelab drama nya.
Sebagai balasan kerana sering meninggalkan gadis itu sendirian menguruskan kelab ini. "Dalllyyyyyyy.." masing- masing mula mencari kelibat Dahlia. Dahlia terus memandang ke arah lain, tak suka di jadikan perhatian. "Thank you.." ujar mereka serentak. Tunduk 90 darjah mengucapkan tanda terima kasih.
Dahlia hanya membuat isyarat tangan sahaja tanda tidak mengapa. "Sudah semua dah siap boleh start pergi padang.." Haris memberi arahan. Dia mengerling ke arah Dahlia sekilas, gadis itu sedang memasukkan barangan ke dalam almari. Mereka yang lain mula melangkah keluar dari ruangan itu, Haris kembali ke lokernya menyalin pakaian.
"Petang ni balik dengan saya.." Firash mengajak, Dahlia terkulat melemparkan pandangan ke arah lain. Risau sekiranya ada yang melihat Firash mengajak dia balik bersama. Dan risau sekiranya ada yang mendengar dia menerima ajakan Firash. "Hmm, terus balik kan?" Dia meminta kepastian, kelmarin semasa dia balik bersama Firash, mereka melencong ke kafe dan kedai buku. Risau Firash bawa dia ke tempat lain juga kali ini. "Tak sure mungkin akan ke tempat lain juga.." usik Firash selamba. Dia membantu Dahlia meletakkan barang ke atas almari.
Bakul bola pula turut sama di angkat dan di susun ke ruangan peralatan. "Macam tu Lia malas lah. Sebab ada tutor petang ni." dia selamba menolak ajakan Firash, memang benar dia ada tutor petang ni di rumahnya, "Kalau macam tu okaylah, next time.." Firash mengangguk, hal seperti tutor Dahlia tidak akan diganggunya, masih banyak lagi masa lain. "Firash.." Mereka berdua serentak berpaling, Haris memandang ke arah mereka tepat.
Dahlia memandang ke arah lain, tubuh Haris yang tidak berbaju di hadapannya. Dia tak bersedia untuk itu ya. Tak mungkin dia akan bersedia. "Kalau dia ada tutor pun, what about it?" Soal Haris sinis. Dahlia terus menandang kearah Haris, pemuda itu selamba menyarungkan jersey ke tubuhnya. Ah tipu kalau dia cakap dia tak suka dengan apa yang dipertonton sekarang ini. "Dia SPM sekarang ni." komen Firash. Dia duduk perlahan di atas sofa. Haris mencapai botol air diatas meja.
"Firash.. Firash.."
"Hana petang ni kita keluar berdua.." Haris memandang ke arah Dahlia tepat. "See you dekat my car kejap lagi.." Dia membuat isyarat untuk Dahlia melihat telefonnya. Firash hanya memerhati sahaja. Tidak pula rasa Dahlia akan menurut kata Haris atau apa pun. Haris melangkah keluar dari ruangan itu, dia tersenyum sinis. Dia tahu Dahlia akan bersamanya petang ini.
*
Tubuhnya di sandar dipintu kereta Haris, memandang ke tanah dan dia menguis-nguis tanah itu dengan hujung kasutnya menanti Haris untuk tiba di sini. Keluhannya terhela berat, tak sangka Haris boleh punya gambar dia sedang tidur di bahu pemuda itu kelmarin, pemuda itu main cara kotor untuk menang sekarang ini. Dia tak berani mahu mengangkat muka kerana ni kawasan parkir pelajar UC. Jelas sekali bukan kawasan HSUC, jadi lebih ramai rakan-rakan Haris berbanding rakan satu sekolahnya.
"Lama tunggu?" dia mengangkat kepalanya perlahan, melihat Haris yang kini berada di hadapannya. Pemuda itu menekan punat keretanya. Memandang Dahlia seketika sebelum menarik tubuh gadis itu kehadapan sedikit dan menarik pintu kereta memberi laluan kepada Dahlia untuk masuk ke dalam keretanya. Matanya memandang ke arah Dahlia tidak lepas, memastikan kepala Dahlia terlindung ketika masuk ke dalam kereta. Dahlia hanya mengikut sahaja tingkah Haris.
Haris mengambil tempat disisinya, mereka diam seketika, entah apa yang dinantikan oleh Haris. "Saya nak awak delete gambar tu." pinta Dahlia pantas. Haris mengeluarkan telefon bimbitnya perlahan, dia mencampakkan perlahan ke ribaan Dahlia. "Delete lah sendiri.." arah Haris. Dahlia menekan perlahan skrin, menyala sahaja terpapar gambar seorang wanita muda bertudung, tersenyum manis menghiasi skrin telefon Haris.
Dahlia tersenyum sinis, banyak benar perempuan yang mengelilingi Haris, dan mungkin ini perempuan yang paling hebat setakat ini.
"Your passcode?"
"Figure it out by yourself.."
Bunyi pintu dibuka ditempat duduk belakang buat dia berpaling, Danish, Luthfi sudah mengambil tempat. Dahlia memandang ke arah Haris, sangkanya Haris cuma mahu keluar dengan dia sahaja. Berdua. Tiada orang lain tapi meleset sangkaanya. "Bistro biasa je ke?" soal Luthfi. Haris mengangguk sahaja. Dahlia melemparkan pandangan ke arah lain. Ah dia memang ada letak sedikit harapan ke untuk cuma keluar berdua dengan Haris? Bukankah dia begitu tidak sukakan pemuda itu sejak dari mula lagi. Mengapa pula dia mahu terasa atau kecewa dengan semua ini kan.
"Boleh passkan rokok dekat tepi bag aku tak?" pinta Haris. Dia mula menurunkan tingkapnya. Tingkap yang lain juga perlahan diturunkan. "Sebatang.." pinta Luthfi. Haris balas dengan anggukan. Dahlia mengerling ke arah Haris, kerlingannya menjadi tatapan. Bibir Haris yang terselit rokok itu di pandangnya, pemuda itu tenang sahaja memandu. Sesekali menongkat kepala. "Aku rasa formasi kita kena 4-4-2 untuk next match kita." Haris duduk tegak dia berfikir.
Kata-kata Luthfi itu ada benarnya, kalau tukar formasi mereka sekarang, bahagian pertahanan mereka akan lebih kukuh, pasukan pertama dalam liga nanti antara pasukan yang banyak melakukan serangan agresif jadi ada benarnya juga. "Aku ada review last match dorang, they really put effort dalam menyerang. So aku rasa boleh apa Luthfi cadangkan tu Haris.." Danish menyokong. Haris menghela asap rokoknya perlahan.
"Kalau ada Husli dan Sufian aku boleh letak dorang as midfield left and Sufian as right fullback aku ada cakap dengan coach untuk tukar formasi ke 4-2-3-1." Dahlia tersentak apabila Luthfi tiba-tiba masuk di antara dia dan Haris. "SHITTT Dally keluarkan kertas." Pinta Luthfi, Haris menarik dashboard keretanya. Ipad dikeluarkan dihulurkan kepada Dahlia. Dahlia perlahan menekan notepad. Ah penuh dengan formasi juga, ada beberapa lagi lakaran taktik yang sudah tersedia di note itu.
Luthfi mula memberi arahan untuk Dahlia. Haris hanya diam sahaja mendengar, "Kalau 4-2-3-1, boleh jadi formasi offensive juga tau, 3-4-3. Haris kau memang genius, sole striker memang sesuai untuk kau." sambung Luthfi. "Firash, kalau kita proceed untuk this formation, Firash akan jadi sole striker." setelah cuma memilih untuk mendengar, Haris membuka mulutnya. Dia menyelitkan satu batang dunhill lagi ke bibirnya. Dahlia berdeham perlahan.
"Kenapa?" soal Luthfi. "Two enough." tegur Dahlia lembut. Haris menarik semula rokoknya. Sedar ni masuk rokoknya yang ketiga. "Sampai dah, coach maybe lambat sikit." Danish yang pertama keluar, Dahlia mula melihat contengannya pada note pad Haris. Haris mencabut perlahan bajunya, dia menarik sehelai t-shirt kemudian menyarungnya. "Malu lah sikit saya ada dekat sini kan.." tegur Dahlia. Dia menjeling Haris. Pemuda itu masih selamba sahaja mempamerkan wajah tak bersalahnya. "Kau dah pernah tengok pun.. Dah naik biasakan.." Dahlia mengeleng perlahan. Terkedu dia mendengar alah Haris.
"Kau kan.." Tangan Haris perlahan menolak rambut Dahlia kebelakang, menyelitkan rambut gadis itu ketelinga kemudian tangannya memaut belakang kepala Dahlia lembut. "Kau kan sentiasa ada dalam bilik tu.." bisiknya dekat. "Aku boleh tunjuk lebih dari tu kalau kau nak.." sambungnya lagi, mata pemuda itu begitu berani menentang matanya. Dahlia cepat menarik pandangannya dari Haris. Tak berani menetang terlalu lama. Risau dadanya mula berdebar.
"Ouh aku lupa kau tak suka layanan begini kan.. Kau.. Bukan tak suka layanan begini, kau cuma tak suka aku.." Dahlia menolak perlahan bahu Haris menjauhinya. Dia berdeham cuba untuk tidak kedengaran terlalu janggal dengan bicara Haris tadi. Haris bersandar perlahan dia mematikan enjin keretanya kemudian mula membuka pintu. Baru dia mahu keluar lengannya dicapai Dahlia. Haris berpaling memandang gadis itu semula.
"Saya suka awak.." Gugup, dia menindakkan yang dia tidak menyukai Haris tapi sekarang dia membuka ruang lain pula untuk Haris menyakatnya. Ah, naik pening kepalanya apabila Haris bermain psikologi begini. "Kau suka aku atau Firash?" soal Haris, Dahlia teguk liur, ah soalan ini dia sudah jangka akan keluar tapi dia tak pernah menyediakan jawapan untuk soalan ini.
"Kau cuma boleh pilih salah satu.."
"Awak.. Saya suka awak lagi.." dia tak mahu memanjangkan lagi cerita dengan Haris sekarang, Haris tersenyum. Dia ketawa kecil sebelum menolak pintunya dan melangkah keluar dahulu. Dahlia mengejar perlahan langkah Haris, menyaingi pemuda itu. Dia lihat dua meja di ruangan luar bistro itu sudah di penuhi oleh beberapa pemain lain juga. Haris mengambil tempat di sisi Luthfi berhadapan dengan Firash, dia menarik perlahan kerusi di sisinya memberi ruang kepada Dahlia untuk duduk disisinya.
"Lambat sampai, kemana tadi?" soal Anni terus, dia tak pasti soalan itu di tanya kepadanya atau Haris kerana mata gadis itu memandang tepat ke arah Haris. Anni yang duduk di sisi Firash itu hanya dipandangnya sekilas. "Haris bawa kereta slow ada Dahlia lah tu, tu yang macam lambat je dia bawa kereta tu.." ringkas sahaja jawapan Luthfi, dia tidak memandang ke arah gadis itu, matanya cuma tertancap pada dada telefon sahaja.
Tidak menunjukkan sebarang minat dalam perbualan mereka. Haris memang sedari tadi dengan telefonnya tidak langsung mengangkat muka dah. Leka benar, Dahlia perlahan turut melihat telefonnya, tidak tahu mahu berbual apa, dia janggal seperti biasa. "Dahlia minum? Ris kau air biasa kan?" Amir bertanya, baru Haris mengangkat kepalanya. "Kopi kosong biasa, kau?" Haris memandang Dahlia. "Nescafe panas." ujarnya cuma untuk Haris mendengar. "Lemonade she said," Haris selamba sahaja.
"Noooo..." Dia berbisik lagi, menindakkan bicara Haris.
"Make it hot she said." Haris ketawa perlahan melihat wajah begang Dahlia.
"Okay, okay. Nescafe panas satu." Dia mengeleng perlahan, Dahlia boleh sahaja beritahu terus kepada Amir entah kenapa dia di jadikan perutusan tadi. Amir mengeleng perlahan, dia turut sama terhibur dengan dua kawannya itu, langkahnya diatur menuju ke kaunter. Menghantar pesanan.
"You guys dah macam makin rapat, tak macam awal-awal dulu." komen Amir kembali sahaja dari kaunter, dia mengambil tempat di sisi Anni. Dahlia mengeleng pantas, menindakkan penyataan Amir tadi. Dia masih rasa Haris menyebalkan. "Tapi I suka you dengan Firash lagi tau Dahlia.. You guys are so cute together waktu I nampak dekat Book Cafe ritu." selamba sahaja Anni pecah lubang, Dahlia terus memandang Firash. Risau pemuda itu tidak selesa dengan bicara Anni tadi. Dia akui dia suka kan Firash, tapi dia tak mahu memaksa terus mempunyai hubungan dalam masa yang begitu singkat begitu.
"I know right, kira macam sangat jarang lah for us tengok Firash ada date dengan perempuan, we all look forward for a good news." Amir menyampuk, selamba benar mereka berdua berbual soal itu. Tangannya mula sejuk, kerisauan, rasa tidak senang dijadikan tumpuan. Berpeluh juga tangannya. "Kau date dengan Firash?" Haris kedepan dia menongkat dagu memandang ke arah Dahlia. "Ta..k.. Tak.." jelas dia punya insecurity begitu tinggi sekarang.
"Tadi rasanya kau beritahu kau suka aku, sekarang aku tahu kau date dengan Firash?" soal Haris. Haris noo pleasee terasa mahu dijeritkan pemuda itu sekarang. Haris perlahan berpaling ke arah lain, simpan senyumnya kemudian memandang ke arah Dahlia semula. "Baru sekejap tadi kau pilih aku,," bisik Haris begitu dekat dengannya. Firash mengeleng perlahan, Haris nampak seronok menyakat Dahlia. Ini pertama kali dia lihat sahabatnya itu banyak mulut.
"Wahhhhhhh habis lah Lia.." komen Amir, dia ketawa juga melihat wajah serba salah Dahlia di usik Haris begitu. "Liaa pilih lah apa lagi.." pantas Dahlia mengeleng tidak akan sesekali dia lakukan itu. "Haris atau Firash.."
"Amir, kau budak ke?" soal Firash.
"What, main-main je pun kan, relax Firash.." tungkas Haris selamba, dia kembali memandang Dahlia di sisinya. "You know the answer kan?" Dahlia memandang Haris tepat. Cuba untuk tidak nampak gugup dihadapan pemuda itu dan dihadapan yang lain. Cuba untuk tidak dibodoh-bodoh Haris sekurang-kurangnya. "WOWOWOWOWOW" laju Amir menyorak melihat apa yang berlaku dihadapannya. Suka benar dia. Firash mengeleng perlahan.
"Amir stop being that happy, yes aku dengan Dahlia tak ada apa-apa, since Haris already announce dekat aku yang he have his eyes on Dahlia now."
"Ouh shit getting spicierrr.." usik Anni cepat dia menahan ketawanya melihat wajah Dahlia yang mula memerah itu. Haris spontan memandang Dahlia. Gadis itu sudah menunduk memandang ke tangannya sendiri, bodoh Firash bodoh. Dia ketawa perlahan cuba memecahkan kejanggalan yang mula terhasil dari kediaman Dahlia. Tangannya perlahan memegang tangan Dahlia. "Hahahah you are right Fir, aku tahu punya kau takkan betray aku." Haris menepuk perlahan tangan Dahlia. Dia jadi serba salah mengingatkan apa yang pernah dibicarakan berkenaan Firash dahulu benar-benar terjadi sekarang.
"Alright-alright stop talking about this now, coach dah sampai.." Haris memutuskan terus perbualan yang baru mahu di sambung Anni lagi. Matanya memandang kembali ke arah Dahlia yang sedang memandang ke arah coach mereka. Beralih perlahan memandang ke arah tangan gadis itu. Dia menarik perlahan tangannya dari menyentuh Dahlia, melarikan matanya ke arah lain sebelum senyumannya sekali lagi terukir. Dahlia Hana seru hatinya.
"Ya?" Dia berpaling memandang Dahlia yang menyahut. "No not funny.." bisik Haris perlahan, dia menyeru gadis itu dalam hatinya sahaja tadi bukan menzahirkan dengan mulut. Entah mengapa panggilan itu di sahut Dahlia. "I know you just call me by your heart tadi kan?" usik Dahlia. Dia cuba bergurau dengan Haris sekarang. Cuba mencampak jauh perasaan kecewanya jauh di sudut hatinya yang paling dalam.
TO BE CONTINUED..
😍😍😍
ReplyDelete