#19 FADED
Hari ini dia rasa satu perkara paling gila dia pernah buat untuk gadis bernama Melissa ini. Di tengah pagi buta dia sembunyi sembunyi mengikut kemana hala tuju gadis itu. Dan sekarang di tengah keriuhan orang dia berdiri tidak jauh beberapa tapak dari Melissa yang sedang memanas kan badan dalam kepadatan manusia itu.
Perlahan dia memasang bibnya dengan safety pin sebelum langkahnya di atur menuju ke arah gadis itu. Melissa yang berdiri di sisi Rose itu tidak di sapanya. Dia hanya berdiri sahaja membatu menanti gadis itu perasan sendiri kehadirannya.
"Aku lah kan. Pagi pagi buta macam ni aku nak membuta kau sibuk pulak ajak aku debut half marathon!"
"Sorrylah. Aku dah pujuk Ian tapi dia taknak join. Takkan aku nak paksa Ilham. You know kan." Rose mencangkung. Dia malas mahu mendengar bebelan Melissa pagi pagi buta begini. Plastik sosejnya dibuka perlahan untuk mengalas perutnya.
Melissa masih teruja. Walaupun sedikit kecewa kerana tidak mampu memujuk Damien. Tapi apa dia boleh buat. Takkan dia mahu memaksa. Dia tak mahu terlalu memaksa risau Damien kembali seperti Damien yang rimas dengannya. Damien yang dingin. Dia harus perlahan-perlahan.
"Tapi power jugak mamat tu buat keras dia kan? Bini ajak half marathon pun taknak join. Dia tak tahu ke banyak hot chinese guy join this event. Look at you girl. You can pull any single one out here easily!" Rose bangun. Plastik sosejnya di lipat kecil-kecil sebelum di selitkan ke dalam kocek seluarnya.
"Dia tahu aku datang sini nak lari jer kut, by the way, he still not interested with me I think."
Not interested with you, but here I am standing behind your back. Without you knowing just because you ask for me to be where I didn't even imagine I will be.
"Ouh poor little girl." Bunyi annoucement buatkan perbualan mereka terhenti. Mereka sudah mahu flag off. "Panaskan badan. Kau jangan nak poor little girl sangat. Kau lambat aku tinggal." Melissa mengugut. Dia memang sudah buat janji dengan Rose, kalau gadis itu tidak larat, boleh sahaja memilih untuk DNF tapi tidaklah sampai mengalah awal. Sekurangnya cuba dahulu.
Melissa sekali lagi meloncat-loncat kecil di tengah keramaian orang itu. Damien di belakangnya masih tidak di sedari. Perlahan dia menekan jam di tangan sejurus sahaja bunyi pistol angin kedengaran. Sungguh dalam keramaian ini mereka mampu berlari dan jumpa keseronok. Damien hanya mengikut langkah Melissa dari belakang.
Langkahnya di atur selari dengan langkah gadis itu. Perlahan sahaja larian Melissa keluar dari keramaian. Ini pertama kali rasanya dia berlari di atas jalan raya begini. Selama ini jalan raya di Kuala Lumpur ini cuma di selusuri dengan kereta sahaja, tak pernah dia rasa berlari di sini.
"Ian?" Dia berpaling. Rose memandang ke arahnya. Dia terus mencari Melissa. Melissa sudah jauh di hadapan. Dia buat isyarat senyap kepada Rose. "Aku boleh balik lah ni? Aku nak tidur dohhh sumpah!" Rose sudah teruja. Dia benar-benar mahu balik. Damien serba salah sebelum mengangguk perlahan.
"Rose tapi Mell cari kau nanti!!"
"Ni KM 3 dah gila." dia masih memujuk.
"Dah cukup 3 KM aku berkorban untuk bini kau. Aku nak tidur bye." Dia terus meminta diri kemudian berlari berlainan arah dengan mereka. Damien sudah garu kepala. Sudah KM ke-3 maksudnya mereka ada 18KM lagi.
Larian Melissa perlahan di kejarnya. Dia hanya tertumpu ke arah belakang tubuh Melissa yang sudah mula kebasahan dengan peluh itu. Entah lagu apa yang didengari gadis itu sehingga tidak langsung memandang sekeliling. Begitu seronok berlari sehingga masih tidak perasan kehadirannya yang kini di sisi. Melissa melajukan lagi langkahnya.
Damien sudah berhenti di water station tidak larat mahu meneruskan kalau boleh tapi melihat isterinya yang masih tegap berlari itu takkan dia mahu kalah pula. Seketika sahaja menarik nafasnya sebelum meneruskan larian. Nampaknya larian Melissa masih boleh dikejar kerana mereka sudah naik ke lebuhraya bertingkat Ampang yang sedikit berbukit itu.
Mereka sudah di KM ke 15. Larian Melissa sudah perlahan mula menjadi berjalan. Damien memerhatikan belakang gadis itu dia mahu menghampiri. Kawasan di situ cuma ada beberapa pelari sahaja. Tidak ramai seperti tadi. Melintasi tol dan turun ke bawah kembali Melissa masih tidak di sapanya. Entah mengapa dia cuma mahu mengikut Melissa dari belakang begini.
Mahu melihat bagaimana Melissa begitu bahagian ketika berlari. Dia keluarkan perlahan energy gelnya. Beberapa hari ini memang dia habiskan masa di gym dan mencari tahu tentang keperluan yang harus dia sediakan untuk menyertai satu kegilaan Melissa ini. Jika di ikutkan kesanggupannya ini lebih dari sekadar sanggup untuk lakukan sekurangnya ini.
Hubungan dia dan Melissa terasa seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan, dan dia cuba untuk hilangkan rasa tidak senang itu dengan lebih mengenali isterinya. Mereka sudah berjanji untuk sama-sama mencuba. Jadi ini dia yang sedang mencuba.
Entah di KM ke berapa Melissa berhenti di water station, gadis itu berdiri menanti cendol, ya di pukul 8 pagi begini, ada cendol buat mereka. "Kak akak pakai make up apa? Glowingnya even berpeluh pun still tak look awful."
"Eh mana pakai. Tengah running saya pakai tint sunscreen jer ni." entah apa yang dibualkan nampak senyuman dan ketawa Melissa sesekali meletus. Damien mengambil tempat di sisi pelari yang sudah duduk di tepi jalan menikmati cendol itu. Dia cuma makan pisang sahaja sekarang. Risau minum sebanyak itu, kencingnya akan tak tertahan pula nanti. Sekarang mereka tinggal lagi 5KM sebelum sampai di kawasan Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.
Melissa melintasinya, mengambil tempat tidak jauh dari duduk nya, di sisi seorang lelaki cina. "Kau sorang jer ke bro?" dia di sapa. Damien mengangguk kemudian mengeleng. "Dengan bini." jawabnya perlahan. "Ouh mana bini kau? Aku pun dengan bini jugak. Tapi dah kat depan dah dia tak terkejar-kejar aku." komen lelaki itu mencari nafasnya.
Rasa mahu ketawa kerana dia juga berbual sambil mencari nafas. "Real punya laju tu." dia ketawa kecil. Dia menyudahkan makanannya. Melissa di carinya kembali. Eh. Hilang? Dia berpusing pusing seketika sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan lariannya.
Sampai di kawasan Masjid Jamek, kawasan itu masih lenggang. Mereka antara orang yang terawal, Melissa baru kelihatan. Baru dia perasan gadis itu berlari sejauh ini tanpa dia. Dia tak larat mahu seorang. Kepalanya sudah mahu gila melayan penat. Langkahnya di atur laju menyaingi Melissa. "Mel." panggilnya. Melissa berpaling. "Ian?" terjerit dia. Dia berpaling. "Saya penat." Dia mengadu. Tangan Damien di pegangnya,
"Sikit lagi." ungkapnya lembut.
"Lagi 3KM jer."
"Tak boleh." Damien mengeleng. Dia tak mahu teruskan. Kakinya sudah mahu di seret kalau boleh. "Awak nak saya berhenti?" soal Melissa, mereka masih berlari. "2KM" bisik Melissa lembut. Dia membuat isyarat 2. Dia mahu meloncat sebenarnya. Melihat Damien yang hadir, bukan sekadar untuk memberi sokongan. Tapi untuk ada dengan nya.
Damien mengeleng. Penyokong-penyokong yang berada di sisi jalan itu perlahan mula bersorak. Menjerit-jerit memberi sokongan kepada pelari yang mula muncul sepanjang jalan mereka.
Melissa melihat jamnya perlahan. 1 jam 50 minit. "Mel slow down abit." Mereka sudah hampir di finish line. Melihat laluan untuk finisher 21km itu sudah mampu untuk dia menarik nafas lega. Tangannya masih dalam genggaman Melissa. Mereka sama-sama melintasi laluan itu.
"Finish strongg!!!" jeritnya kuat.
Tubuh Damien di dakapnya erat. Berkeringat pun dia sudah tidak peduli. Dia terharu. Ya dengan Damien. Dia terharu. Damien di pandangnya. "Saya lapar, saya nak tidur." ujar Damien. Dia mengadu, seperti keanak-anakan dia mengadu keluhannya. "Ian.. I want to run more with you." Damien mengeleng. Dia menarik Melissa kembali.
"Please, dengan saya awak berjalan jer. Saya nak tengok dunia ni, perlahan. Dengan awak." Dia tak mahu berlari segila ini.
Melissa tersenyum. Dia sibuk melihat kameranya. Damien yang berada di sisi tak di endahkan. "Abang nak bawak gi makan mana?" Ilham di tempat duduk belakang. Damien sudah mahu mengeluh tapi tetap juga dia cuba bersabar. Jika di fikirkan elok juga Ilham datang tadi bawa kamera. Lihat Melissa yang tidak habis tersenyum itu.
"I didnt expect at all you will come abang." ujar Melissa. Dia bersandar di bahu Damien. "Ei dah lah busyuk. Memasing join tak reti bawak baju spare." komen Ilham. Dia menolak perlahan kepala Melissa menjarakkan mereka berdua dan dia menyelit di antara mereka. Dia datang memberi sokongan tadi selepas menerima panggilan dari Rose yang sudah kecudang di atas katil.
Damien diam memandu. "Nak makan apa ni?" soal Damien. "Nasi kandar lah!" jerit mereka serentak. "Nasi kandar nasi kandar nasi kandar. Bosan lah!" komen Damien. Entah apa yang diminatkan Melissa dengan nasi kandar pun dia tak pasti. Asal tapaw. Minta tapaw nasi kandar. Tak nasi kandar, ayam gepuk.
"Habis tu abanglah decide nak makan." komen Ilham. Dia leka mengalihkan gambar gambar tadi ke dalam iPadnya. "I didnt know Mel, kau boleh lari sub 2 dengan pace 5. Kalau berlatih harder than this, mungkin kau boleh win a category there." ujar Ilham membebel. Dia kalau ikutkan ada join juga, tapi kakinya tak berada dalam keadaan yang baik. Terpaksa dia tutup awal event lariannya tahun ini.
"Nope, aku happy gila with whatever pace I am now. I'm not that in love with marathon sampai nak focusing on this matter." Melissa tak habis dengan senyumannya. Gambar dia dan Damien banyak. Ini pertama kali selepas majlis kahwin dia ada ambil gambar bersama dengan Damien.
Bermacam gaya.
"I am happy as you are right now Mel. I'm proud of you." ungkap Ilham.
Perlahan Melissa mengapai tangan Damien yang berada di gear itu. Dia genggam perlahan. "Aku pun. Happy!" ungkapnya memandang Ilham. Seronok. Dia seronok untuk hari ini. Penatnya berlari hilang.
Damien simpan senyumnya. Sampai di tempat makan, Ilham turun dahulu. Damien perlahan menuju ke bonet kereta. Bag bajunya di buka. Dua helai jersey miliknya di keluarkan kemudian masuk semula ke dalam kereta. Dia selamba menyalin bajunya yang basah itu di hadapan Melissa.
Selesai sahaja dia menukar baju. Dia hulurkan jersey Melissa pula. Melissa lakukan hal yang sama. "You make me the happiest person dalam muka bumi ni sekarang." jujur sahaja dia memberitahu perasaanya. Dia memandang Damien tak lepas. Sungguh dia tak sangka Damien akan ikutnya begini. Damien akan mengalah begini.
"Abang nak ada dekat dengan Melissa." Ah bahasa dirinya mahu dijeritkan sekuat-kuatnya. Malu. Dia tak sangka dia akan semalu ini dengan Melissa. Melissa ketawa kecil. "Mel pun." Perlahan dia menarik Damien dekat, bibir Damien di sentuhnya perlahan sebelum dia mendekat mencium lembut bibir pemuda itu. Mampus lah hatinya nak kata, yang penting sekarang dia gembira. Dia bahagia di sini, walaupun sekejap sahaja dan dia tak mahu takut dalam segala hal lagi.
Perlahan tangannya menekan ikon sent pada instagram. Postingan gambarnya di KLSCM di hantar ke public, setelah sekian lama paparan instagram tidak di kemas kini. Akhirnya Melissa muncul diperkenalkan di laman media sosialnya.
Dia tersenyum perlahan, melihat sekali lagi gambar gambarnya dengan Melissa. Melissa yang tersenyum manis memeluk pinggangnya itu. Bediri yakin sebagai teman hidupnya.
Amboi debut Marathon, dulu kat berlin bertahun tahun di rayu untuk berlari. Dia tak pandang pun kita ni.
- Mikael
Harus lah Mikael dia dengan orang tersayang sekarang ni.
- Arasy
Group temannya sudah riuh. Dia diam kan diri sahaja apabila postingannya di bawa ke ruangan kumpulan untuk di bahaskan. Kepalanya di palingkan apabila mendengar derapan kaki Melissa menuruni anak tangga.
"Abang, hows your kaki?" suara lembut gadis itu sudah kedengaran walaupun susuk tubuhnya masih tidak sampai ke ruangan tamu ini. "Sore!" adu Damien. Melissa menghampiri. "Tulah, Melissa dah ajak abang pergi massage tadi kan. Degil." ungkap Melissa.
"It's a bad move kalau abang ikut cakap Mel kalau lepas berlari punya sakit abang pergi massage." komen Damien, walaupun dia tak arif mana sekurangnya dia tahu, sakit kaki begini tak boleh di bawa jumpa tukang urut. Urat kakinya terperanjat sahaja dengan apa yang dia lakukan hari ni.
"Esok kerja lagi. Sian husband Melissa ni ya." Perlahan dia duduk di sisi Damien. "Abang MC lah." Damien mengeleng, sudahlah dia dah anjakkan banyak meeting untuk beri laluan pada dirinya berlatih. Tak mungkin dia akan tidak hadirkan diri esok.
"Tak boleh sayang."
"Tak boleh apa?" usik Melissa. Jarang dia dengar ni. Mungkin ni first time mereka guna bahasa bahasa manja begini. "Tak boleh sayang," sayang itu ditekan Damien. Melissa mengusiknya. "Ahh." tersenyum dia. Selamba sahaja dia keluarkan sikap gediknya di hadapan Damien.
Damien perlahan memaut bahu Melissa, membiarkan Melissa sentiasa di dalam pautannya. Petang-petang begini selepas berlari dari pukul 4 pagi tadi seharusnya mereka tidak lakukan apa-apa. Seharusnya mereka tidur sahaja sekarang. Melissa melelapkan matanya. Menyelesakan diri disisi Damien.
"Mama mama tengok ni Ian ma." Teruja benar dia menunjukkan telefonnya pada Puan Aina yang sedang sibuk memotong bawang di dapur itu. "Apa dia tu Emir yang kamu kalutkan sangat ni?" tangannya di lap sebelum menyambut telefon yang dihulurkan anak terunanya itu.
"Mel ke ni Mir?" soal mama ingin tahu. Matanya dikecilkan. Melissa ke yang berdiri manja di sisi Damien itu. Emir mengangguk teruja. "Call dorang Mir, takut demam Damien tu." ujar Mama mengusik. Ketawa bahagia dia melihat anak menantunya mula rapat begitu. "Ni first time ni Damien tu update instagram begini." sedikit berbangga dia dengan kemajuan adiknya. Baru dia ingat yang berapa minggu lalu dia ada menegur Damien berkenaan Farrah yang sering berkunjung di pejabatnya itu.
"Mama happy lah dengan perkembangan Damien tu. Haritu papa bebetul betul risau Damien berkasar dengan Melissa." adu mama. Tak mungkin Damien akan berkasar. Damien mungkin tidak suka tapi untuk mengasari seorang gadis dia tak rasa dia ada ajar atau didik anaknya begitu.
Dia percaya kan Damien.
"Mama call lah ajak makan sini. Nak usik Damien!"
"Amboiiiiii. Kamu tu dengan Naddy bila nak langsung. Gambar bukan sekadar gambar sahaja. Dah boleh buat album!" tegur mama terus. Terus diam tak berkutik Emir apabila di tegur begitu. Teringatkan Naddy yang baru mahu naik sebagai model itu, tak mungkin dia akan memaksa untuk mereka melangsung pernikahan secepat ini. Dia juga mahu menikah tapi dia harus sabar dan menunggu masa yang sesuai untuk dia langsungkan hari-hari bahagianya.
"Ni apa riuh riuh ni?" papa masuk menyertai.
"Ni paaa tengok Ian."
"Apa lagi dia buat tu?"
Telefon beralih tangan. Tersenyum dia mengukirkan senyuman ikhlas melihat gambar di hadapannya. "Comelnya anak kita tu kan. Cantik betul dia." puji papa. Melihat senyuman Melissa buat hatinya berbunga bahagia. Melissa yang dia jaga dengan isterinya sedari bayi lagi. Haruslah dia bahagia apabila Melissa bahagia.
"Anak papa tu si Damien tau paaa"
"Sama jer kamu Melissa, Damien semua anak papa." komen papa. Dia terus menolak perlahan telefon Emir kembali kepada tuannya. Telefonnya dikeluarkan, seperti bapak-bapak lain. Dia harus meninggalkan komentar di posting Damien.
- Selamat maju jaya anak anak papa.
Emir ketawa besar melihat komen yang baru muncul itu. Memang tak lepas, di postingannya juga selalu muncul komen komen begini. Tidak dari mama, mesti dari papa. Atau dari kedua-duanya sekali. Memang akan ada tidak tinggal.
Damien berlari anak naik mendaki anak tangga. Dia kalau boleh terbang, sudah dia kepakkan sayapnya untuk cepat sampai pada Melissa. Mendengar suara serak basah gadis itu tadi terus dia minta kebenaran papanya untuk ambil cuti separuh hari. Tadi sewaktu sebelum ke tempat kerja Melissa ada mengadu pening kepala. Dia sudah beri ubat. Dan cek suhu gadis itu tidak demam.
Dia minta untuk Melissa memanggilnya sekiranya demam dan tidak selesa. Sudah pukul 3 baru Melissa memanggil. Pintu bilik isterinya itu di tolak perlahan. Melissa berselubung dengan selimut. Terus dia hampiri gadis itu, dahi dan leher Melissa di sentuhnya, diraba beberapa kali. Panas.
"Mel.." panggilnya lembut. Dia mengejutkan perlahan. Tiada sahutan. Telefonnya dikeluarkan. Dia mendail nombor doktor yang biasa keluarga nya guna untuk sebarang kecemasan di rumah. Tangannya masih lembut mengurut tangan Melissa. Selesai berbual seketika dengan doktor Amirah. Dia mula bangun, mengikut arahan doktornya.
Selimut Melissa di tariknya, di biarkan Melissa seketika untuk dia ambil tuala dan air suam. "Melissa." panggilnya buat kesekian kali. Melissa membuka matanya. Dia perlahan mengesot dekat pada Damien. Kepalanya di rebahkan di ribaan Damien. Tangannya memaut erat pinggang pemuda itu.
Air matanya menitis. Dia menangis. "Kepala Mel sakit sangat." adu Melissa. Pening. Dia tak boleh berdiri pun. "Mel makan dulu, lepastu kita makan ubat ya." pujuk Damien. Tangannya mengurut perlahan kepala Melissa. Terasa bahang dari tubuh gadis itu.
Dia betulkan perlahan duduk Melissa. Pagi tadi lagi Melissa sudah meminta dia untuk tidak ke office, tapi sangkanya Melissa cuma mahu bermanja sahaja. Tapi melihat keadaan sekarang. Hm, benar-benar ralat dirinya sekarang melihat Melissa betul-betul demam. Melissa hanya bersandar sahaja. Kepalanya memang terasa mahu pecah.
Dia sudah lama tak di landa sakit demam begini. Ini pertama kali untuk tahun ini. Lembut sahaja Damien mengelap lengannya dengan kain suam. Dia menyentuh perlahan dahinya. Cool fever yang diletakkan Damien membuatkan ketawa kecilnya terlepas.
"Kita makan dulu ya." Damien meletakkan kain di dalam bekas kecil yang dibawanya sebelum dia bangun mengambil dulang makanan yang diletakkan di meja solek Melissa sebelum di bawa ke katil. Melissa hanya menerima sahaja layanan Damien.
"Kejap lagi doktor Amira datang. Abang ada call dia tadi." ujar Damien. Dia menyuapkan bubur yang dimasaknya itu perlahan sahaja. Sesekali di tiupnya bagi mengelakkan Melissa makan makanan yang panas. "Sorry." Damien mengeleng pantas. "Don't say that." tegur Damien. Tidak suka perkataan maaf keluar pada waktu yang tidak sesuai.
Selesai menyuapkan Melissa makan. Damien tinggalkan seketika kerana doktor yang dipanggil sudah sampai. Doktor Amira hanya masuk dan memeriksa sahaja. "Ada muntah-muntah tak?" Melissa jawab dengan gelengan. "Cirit birit?" sekali lagi dia jawab dengan gelengan.
"Saya tak boleh buat swab untuk influenza atau covid pun sekarang, sebab awak tengah demam. So test will eventually be positive jer. Saya bagi ubat untuk pening dan demam dulu. Kalau masih berlarutan sampai esok pagi. Bawa ke klinik ya."
Doktor wanita itu memandang Melissa dan Damien silih berganti. Melihat Damien yang begitu risau itu dia membuka mulutnya lagi. "Jangan risau, nanti Damien call jer, saya on standby." Damien mengangguk perlahan. "Thanks doktor." Dia bangun kemudian kembali berjalan beriringan dengan doktor itu untuk menghantarnya ke muka pintu.
"Kalau apa-apa call sahaja. Setakat ni Melissa cuma demam. Dia pregnant ke?" soal Doktor Amira. Serasanya Melissa tidak pregnant kerana ketika dia periksa tubuh gadis itu tidaklah nampak seperti Melissa pregnant atau ada sebarang bengkak bengkak.
"Shes not. I'm sorry to call you macam tu. I panik." Selalunya Amira cuma akan dipanggil jikalau ada kecederaan atau sakit mama dan papa. "Not it's okay Ian, kamu risau isteri kamu. Sekarang pun macam macam penyakit ada kan. But saya risau influenza sahaja tu. Kamu monitor dulu dia punya demam. Tekanan darah dia ya. Nanti apa-apa just call me." ungkap Doktor itu sekali lagi sebelum menghilang di sebalik pintu rumah.
Melissa terjaga apabila suara Damien perlahan berbual dengan telefon kedengaran. "Farrah okay tak tu?" soal Damien kedengaran risau. "Ni dekat mana ni? Jangan nangis." Damien bangun dari katil perlahan. "Ian datang ya." Perlahan Melissa bangun mengubah posisinya dari baring kepada duduk bersandar di kepala katil.
Damien sudah berlalu menuju ke kamar mandi. Tak sampai beberapa ketika, Damien keluar dalam keadaan tergesa-gesa jelas sedang cemas. "Ian datang. Jangan nangis Farrah." Melissa memandang Damien yang membelakangkannya itu. Menanti Damien berpaling ke arahnya. Dia bersandar, membatukan dirinya.
Langsung tidak berpaling. Dia ditinggalkan. Melissa memandang jarinya sendiri. Senyumannya tersinggung berat. Terasa benar hatinya. Mungkin kerana dia masih demam. Tidak sihat. Kalau diikutkan. Realitinya cukup dia sedar tempatnya dalam hidup Damien di mana.
Banyak bicara Damien, dalam banyak bicara pemuda itu satu yang dia tak mampu lupa. 'Aku cintakan dia, Mel. Aku tak tahu rasa hidup tanpa dia.' dia ingat bagaimana perkataan itu ditoreh di dalam kepalanya. Selamanya dia akan ingat.
Cinta. Sayang. Dia seharusnya tak keliru dengan bicara-bicara manis Damien bukan? Sedangkan sudah dari awal pemuda itu menzahirkannya untuk wanita bernama Farrah. Dan dia yang muncul di antara mereka. Perlahan dia kembali baring. Kembali mencari nyenyak di dalam tidurnya yang seketika tadi dirasai semasa Damien di sisinya. Matanya di pejamkan rapat. Cuba untuk bermimpi-mimpi sekurangnya.
To Be Continued..
.

Comments
Post a Comment