𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑨𝒌𝒖?
Hari ini aku duduk lagi bersandarkan berat beban yang ku pikul di belakang tubuh ku ini. Mahu sandaran ini aku ubah ke posisi rebahan, berbaring tenang biar cuma tanah yang memikul bebanan ku tanggung ini. Ah, rambutku perlahan aku elus kebelakang, mata ku meliar melihat orang-orang yang melintasi duduk ku. Bagaimana mungkin langkah mereka atur begitu cepat, begitu cepat dari ke tempat ke satu tempat seakan-akan berterbangan terapung-apung mereka disekelilingku.
Bagaimana ya mereka mampu begitu kuat melangkah, berlari mengejar apa yang mereka mahu. Dan aku yang tercipta ini setiap beban yang mendatang aku cuma mampu berbaring, bahu ku terasa semakin jatuh, susuk tubuh ku melemah, dahulu tak aku begini. Sebelum kenal dia, aku tak begini. Aku mampu melangkah jauh lebih dari langkah aku sekarang. Berjalan jauh lebih dari yang aku mampu lakukan sekarang, aku sedar aku yang memilih untuk lemah begini. Aku yang memilih untuk posisi rebahan begini.
Kalau begini sakitnya aku mahu melangkah, aku takkan berlalu pergi. Kalau begini sakitnya aku bertapak kini aku takkan berpaling tadah. Rela aku duduk memeluk tubuhku sendiri dalam untuk aku sama memaksa kau memikul beban ku ini. Sekurangnya beban yang ada ini tak tertambah dengan beban aku melihat kau yang kini asing berlari-lari bahkan langkah kau lebih ringan terapung-apung. Aku tahu aku tak boleh memaksa begini.
Hidup hanya terasa asing, tanpa kau. Tanpa kau yang sama melangkah dahulu, hidup terasa asing bila kau yang senantiasa di sisi kini jauh di hadapanku. Aku tak mahu mengandai yang kau sama terluka begini, tapi kejam untuk aku ungkap kan ini, jahat dalam kisah kita ini.. Mungkin aku, saat jauh begini.. aku masih mampu menyalahkan kau kerana pergi kau tak membawa luka aku dan sesal beban yang masih aku tanggung kini.
Z.
Comments
Post a Comment