#20 ADDICTION
"Hana can I call you?"
"You did already."
"I miss you, alot."
"Will you come running?"
Dahlia menanti Haris menyahut. Di sini malam sudah malam. Dia tahu Haris di sana masih menjalani harinya. "I miss Malaysia. I miss us." suara Haris di sana serak. Dia tahu Haris sedang menahan rasa. Dia tahu Haris juga sepertinya. "Theres us?" soal Dahlia berbolak balik. Dia bangun dari baringnya. "I wish you were here." ujar Haris, masih mendambakannya dengan bicara. Haris yang menindak perasaannya haritu. Mengatakan dia tidak cukup kenal erti kasih dan sayang. Mahu berbicara cinta di waktu yang tak sesuai. Dia masih ingat. Masih jelas. Mungkin tidak. Dia ingat yang Haris tak pernah menolaknya tapi Haris pengecut mahu sama-sama membawanya melalui fasa mula lelaki itu. Dan kini lelaki yang sama mendamba kata dengannya sekarang.
Haris menarik nafasnya perlahan. "I'm sorry, I think that I am strong enough to actually being alone. Yes I can, but this lonely feeling might actually eat me Hana. I admit I am afraid of this loneliness." Dahlia perlahan membuka sliding doornya.. "Aku takut Hana, aku tak pernah seorang begini." Dia melabuhkan perlahan punggungnya di betul di hadapan sliding doornya. Melihat malam. Mendengar bicara Haris. "Saya ada di sini." ungkap Dahlia. Dia mahu Haris tahu dia ada di sini. Menemaninya. "Awak boleh call and text me Haris. Whenever and wherever. Saya di sini." sambung Dahlia. Dia tidak mendengar Haris menyahutnya. Dia diam memberi ruang.
"Hana, aku menyedihkan ke?"
"No you are not."
"Aku pushover ke?"
"Awak tahu saya suka awak, dan ini benda paling saya mahukan sekali. Jadi proceed please." ujar Dahlia tiada segan. Dia jujur dengan perasaanya. Haris sahaja sekarang. Terlalu takut mahu berhadapan dengan rasanya sendiri. Tangannya memegang perlahan rambutnya. "Haris, can you wait for me? Saya sekarang ambil A-level. I might go to UK next year. Mid december. Can you wait for me a bit?" ujar Dahlia. Dia punya perancangan untuk ini. Dia akan sambung di mana Haris sambung belajar. Ya. "Are you serious Hana?" soal Haris. Kedengaran nada penuh pengharapan dari Haris. "Yes. Saya serius and please put me in your du'a. I will be there, teman awak." Dahlia meluah. Dia sudah berkira-kira. Tentang dia mengambil A-level. Tentang dia yang sudah siap-siap menghantar permohonan kemasukan di beberapa universiti di sana. Dia sudah berkira-kira. Tinggal mahu di bicarakan sahaja pada Adam berkenaan ini.
"God, I will work triple hard to make sure you have a decent life here."
"No please, Adam will provide for me." ujar Dahlia. Dia cuba tidak mahu menyusahkan Haris. Dia tahu Haris sudah bekerja hampir tiga kerja sambilan. Dia lihat hantaran media sosial Haris jadi serba sedikit dia tahu. Dan dia juga tahu Haris yang sudah putuskan hubungan dari Tan Sri Dahlan. Jadi dia tahu hakikat di sana, Haris cuma Haris tanpa Dahlan di belakangnya. "I live in studio apartment yang don't even have a hallway Hana. Aku nak kau ada bilik sendiri and kau ada ruang kau sendiri." EH?
"Excuse me Haris Haikal? Where are you going with my statement?" pantas dia memotong Haris. Sedikit jauh perbualan mereka. Dia mahu ke sana tak bermakna dia mahu terus serumah dengan Haris. Ke mana perbualan ini membawa mereka? Haris meletuskan ketawanya. Dia sengaja mengusik Dahlia. "Aku happy." Haris mengungkap perlahan dan cukup jelas. Dahlia tersenyum. Dingin malam mula mencengkam tubuhnya. "Please be happy atleast." Dia sekurangnya ingin kan itu yang Haris rasa sekarang selain dari sunyi yang mungkin membunuh detik masa pemuda itu.
"Sure.."
"Hana, can we please update each other now, every little thing.."
"Every small little thing, no lies in between"
"What are we now Haris?" dia meminta kepastian.
Haris mendiam kan diri. "I will wait for you here," Sekali lagi. Dia berharap mungkin tidak salah. Dahlia dalam pengharapannya. "Haris, update me every little thing okay." ungkap Dahlia. Dia mahukan itu juga. "I will." laju Haris menjawab.
"Now you're my person."
*
Kalau ikutkan waktu berjalan memang terasa agak lambat sekarang. Dia dan Haris semakin dekat. Hampir segalanya mereka cerita. Haris tidak sorokkan satu pun padanya sekarang, dia tahu di mana Haris tinggal, dia dapat kongsi secara langsung ke dudukan Haris di United Kingdom. Mereka lebih telus sekarang. Dia baru juga tahu Haris ke Universiti mana. Kerja sambilan Haris. Bagaimana kehidupan Haris di sana. Dan dia akan update segalanya tentang Lily kepada Haris. Tentang keluarga pemuda itu.
Diikutkan keadaan Lily lebih tenang dan matang kini. Tiada nama Daniel lagi meniti di bibir gadis itu, gadis itu lebih fokus kepada pelajarannya. Bukan sekadar nama Daniel, nama Haris juga langsung tiada keluar dari bibir gadis itu. Ada beberapa kali dia cuba meminta Haris untuk menghubungi Lily, tapi pemuda itu berkeras tidak mahu. Katanya kalau dia mendengar rayuan Lily, sudah tentu sekali saat itu juga dia akan lupakan segala usahanya, usaha untuk berdiri di atas kaki sendiri.
"Liaa.." Dia berpaling. Lily melabuhkan punggung di sofa one seater di sisinya. Dia cuma memandang sekilas, mengalihkan pandangan dari laptopnya. "Kau dah fikirkan kau nak sambung di mana nanti?" kalau ikutkan A-levelnya akan tamat dalam 2 bulan lagi. Dan dia masih tidak menyuarakan keinginannya kepada Adam. "Tak lagi." Dalihnya. Dia menurunkan skrin laptopnya. Fokus pada perbualan dia dan Lily kini. "Kau dah fikir nak sambung mana?" soal Dahlia. Dia mahu dengar perancagan Lily.
"Aku mungkin dalam sini juga, takkan jauh dari papa."
"Kenapa?"
"Aku ingat nak stay dengan papa. Aku nak tolong abang Fir juga." ungkap Lily. Dia nampak jelas Lily sedikit tidak ikhlas mengungkapkan kata itu. "Dorang ada suruh ke?" soal Dahlia. Lily mengeleng. "Papa tak sihat sekarang Liaa.. Aku nak rapat dengan papa, macam dulu waktu aku kecil, aku tak mahu hidup aku bencikan dia lagi. Aku nak ikhlaskan takdir aku sekarang." Lily tersenyum perlahan. Dia jelas sekali cuba meyorokkan sedihnya.
"Kau tak terpaksa kan?" dia perlahan mendekat dengan Lily. Lily mengangguk. "Aku cuma rindukan Haris sangat." ungkap Lily. Dia memandang Lily telus tidak lepas. "Aku rasa macam aku sorang sekarang Lia. Dulu benda benda macam ni aku rancang dengan Haris. Segalanya dengan Haris. Sekarang tak Lia. Papa langsung tak ambil peduli. Dia jauh lebih menyendiri sekarang, aku hilang dia dahulu sebelum aku hilang Haris. Sakit sangat Lia." adu Lily. Dia menahan sebaknya. Mengadu nasib dengan Dahlia sudah jadi rutinnya. Segalanya di kongsi dengan Dahlia tanpa segan.
Dahlia diam sejenak, dia berfikir mahu membawa Lily melawat Haris sebenarnya, kepalanya sudah merencana, mencari alah sekarang. "Liy trust me Haris also feel the same now, dia terpaksa juga kan. Kau tahu sengketa keluarga kau macam mana kan." pujuk Dahlia. Lily mengeluh perlahan. Dia bersandar. "Tapi atleast contact me Lia. Dia hilang camtu jer." bicara soal Haris takkan pernah habis. Berulang-ulang. Ulang dan terus diulang Lily Diana. Mencari suatu jawaban untuk setiap persoalan yang dia ada. Dia tahu dia tak mampu berikan jawapan buat Lily. Dan dia tak berhak untuk itu. Baru dia mahu membuka mulutnya, telefonnya berdering. Haris memanggilnya.
"A minute Lily." pintanya. Langkahnya di atur keluar dari ruangan tamu itu, menuju ke kolam renang. Panggilan Haris di jawab, "If I call your name will you come running?" soal Dahlia terus. Telefon di matikan. Dia termangu. Sekali lagi bunyi deringan keluar. Dia mengangkatnya. "No." ujar Haris. "Not now. But when the right time comes, not only that i'm willing to do. I would die for you." Kalau lah berbicara soal nanti, Haris dan dia pasti boleh menang lumba. Lumba dalam berangan soal cinta mereka. "Dekat mana sekarang?" soal Haris menyedari ada jeda antara mereka. "Dekat rumah awak." Dia tahu masa untuk menghantar laporan hariannya sekarang, Di sana sedang malam, Haris sudah hampir habis harinya. Dan dia sedang menanti senja.
"Lily ada?"
"Obviously, not like i'm friend with your dad right?" ungkap Dahlia spontan, dia melepaskan tawanya kecil, Haris juga. "Later if you go there please text me, I won't call during that time." suara Haris tenang sahaja. Sukar di baca sedihnya, galaunya, bencinya dalam satu masa. Tidak bernada. Dia tak mahu mencari maksud dalam bicara Haris. "Haris saya nak pergi sana jumpa awak dengan Lily. End of these year. With Lily." Dia tidak sorokkan apa-apa. Dia mahu bawa Lily bersemuka dengan Haris. Itu niatnya, Haris tidak perlu baca nadanya untuk tahu apa yang dia mahukan.
"I'm not ready."
"There a month from now, please be prepared, saya takkan tunggu awak, Lily kawan saya bukan awak. If you willing to die for me, please know that I would do the same for Lily." Bukan hanya lumba berkata soal masa hadapan, sedar dalam hubungan ini juga dia sudah mula berbicara janji yang entah betul atau tidak dia mampu lakukan. Dia bermain kata, menanam rasa. "Hana.." namaya di seru. Perlahan satu helaan berat terhela. "Saya call awak semula ya nanti, please think about it.. sayang." Bibir bawahnya perlahan digigit lembut. Perkataan sayang itu sudah lama mahu dijerit-jeritkan pada dunia.
"Ah you really are something else ah." tawa kecil Haris sedikit menenangkan kejanggalannya.
*
Lily bersandar perlahan di kerusi meja kerjanya, kakinya di naikkan mengubah posisi kepada bersila menyelesakan kedudukannya sebelum dia memulakan kerja-kerja mengedit videonya. Entah macam mana dia kini begitu selesa berada di perhatian umum. Masa berlalu lebih bermakna kini, berbeza dengan beberapa bulan lepas yang apabila dirinya hanya sibuk melayan perasaan. Dia perlahan menekan ikon youtubenya di dada telefon. Mahu membaca komentar yang di tinggalkan oleh subscriber channelnya.
Quite nice, rse mcm we're all her friends now.
Dahlia kena ada youtube channel sendiri ni.
Muka macam familiar. Budak ni kan? Macam dalam ni : wiblink.etc
Perlahan dia menekan link yang dihantar oleh pengikutnya itu. Baru muncul paparan utama dia terus berdiri. Terperanjat, wajahnya jelas terpampang pada dada telefonnya. Dia yang sedang berbaring di atas katil, selain itu gambarnya sedang menghisap bong juga. Dia sendiri tak tahu bila gambar ini di ambil. Gambar dia sedang duduk merokok di dalam kelab malam. Langkahnya di atur menuju keluar dari kamarnya. Baru beberapa tapak mahu di atur menuju ke arah bilik kerja papa, langkahnya di hentikan.
Dia mahu terus mengadu nasib tadi, langkahnya terhenti. Dia kembali masuk semula ke dalam biliknya. Matanya kembali tertumpu kepada paparan gambar tersebut. Dia meneliti, dia tak pernah lakukan urusan begini, mengambil dadah, menghisap atau apa apa pun dalam gambar tersebut. Tapi wajahnya jelas kelihatan terpampang. Jelas tiada perbezaannya. Kembali semula kepada komentar yang membawa link itu.
JasterjUstice profile youtube itu ditekannya perlahan. Akaun palsu, akaun ini hanya memutar semula semua video yang di muat naiknya, selain itu profile ini hanya meninggalkan komentar pada akaun miliknya. Perlahan dia menekan tanda sekat. Menuju semula ke arah akaun yang tadi kemudian memadam segala komen yang ditinggalkan. Okay Lily this is how you should do, jangan takut. Delete. Block. Incase it get worse. Report. Ngomel hatinya perlahan. Dia kembali cuba menarik nafas lega. Tak mahu cepat benar melatah dalam hal ini, dia harus sedar ini juga merupakan salah satu dari 1000 perkara yang harus dia hadapi sekiranya mahu berada di dalam alam maya ini.
Ini pertama kali, mahu melihat bagaimana keadaan seterusnya sebelum dia mengambil tindakan lanjut. Dia tak mahu cepat melatah walaupun dia takut berhadapan dengan kemungkinan yang Daniel adalah dalang di sebalik akaun itu. Dia tiada musuh, dia yakin tentang hal yang satu itu. Jadi dia sedikit boleh mengagak. Siapa yang harus di syakinya.
Haris perlahan mengunci pintu cafe, dia hari ni dalam shift closing jadi ini tugasnya juga. Perlahan dia mengangkat sedikit alas kaki yang di pijaknya itu. Kunci cafe di lontarnya ke tanah kemudian di tutupnya mengunakan alas kaki seperti kebiasaannya. Bajunya di betulkan perlahan sebelum melangkah menyelusuri jalan yang semakin sunyi itu, rokoknya diselitkan di bibir, baru mahu dia membakarnya langkahnya di hentikan perlahan.
Perempuan yang duduk mencangkung di sisi jalan itu menjadi tumpuannya. Hana, perempuan yang dia beberapa minggu lalu mungkin. Jelas sekali sedang mabuk kerana gadis itu sedari tadi tidak mampu berada dalam keadaan statik. Dia menghampiri gadis itu sambil menyalakan rokoknya. Dia turut sama bertinggung. Tiada bau arak. "Hana?" panggilnya perlahan. Gadis itu berpaling. Mukanya bengkak, biru. Walau dalam gelap jelas kelihatan bengkak itu. Senyuman terukir.
"Please don't bring me to him, it takes age for me to run." bisik gadis itu, cukup untuk cuma dia yang mendengarnya. Haris perlahan memaut lengan gadis itu. Memaksa Hana berdiri. Apartmentnya tidak jauh dari sini, dia nampak kereta yang sama membawa gadis itu pergi kelmarin baru memasuki simpang tidak jauh dari kedudukan mereka sekarang, dia tidak pasti sememangnya. Tapi dia tak mahu silap meneka. Bahu Hana dirangkulnya, dia memimpin jalan gadis itu perlahan. Jalan melintasi lorong kecil bangunan di sini, sedikit lagi baru dia akan sampai di bangunan apartmentnya.
Langkahnya di atur semakin pantas, memaksa Hana turut mengikut rentaknya, sesekali Hana hampir sahaja mahu terjatuh menyembah bumi, tapi lengan Haris masih merangkul tubuh gadis itu. Mereka perlahan meloloskan diri masuk ke dalam lif. Haris sedikit aneh, dia berdiri begitu hampir dengan Hana sekarang, hidungnya lansung tidak mampu menjejaki bau yang dicarinya sedari tadi, gadis ini dibawah pengaruh dadah.
Seketika mereka sudah kembali ke dalam ruangan miliknya. Cuma studio apartment. Kecilnya ruangan itu kini terasa sedikit sesak dengan kehadiran Hana di dalamnya. Perlahan dia membawa gadis itu ke sofa, Hana terus bersandar lemah. Matanya tertutup rapat, tidur sepenuhnya. Haris berdiri tegak, dia bercekak pinggang kini. Menjadikan Hana sebagai tumpuan utamanya. Tidak pasti dia apa yang harus dia lakukan kini. Hana yang tersandar lemah tidak sedarkan diri ini merungsingkannya. Langkahnya di atur menuju ke arah pakaiannya yang bergantungan itu. Sehelai t-shirt di tariknya kemudia di bawa kepada Hana semula.
Tubuh gadis itu yang cuma di baluti sehelai dress mini di tarik perlahan. Haris membawa Hana mendekat kepadanya, Tubuh gadis itu perlahan di sarungkan t-shirtnya sebelum dia mencabut keluar mini dress yang tersarung di bawahnya. Haris kemudian membetulkan baring Hana sebelum dia menyelimutkan tubuh gadis itu. Dia ada beberapa perkara lagi mahu dilakukan.
Dia tak mahu menganggu tidur gadis itu kini, langkahnya diatur menuju ke arah kamar mandi. Dia membersihkan diri perlahan, sedikit lama dia di dalam. Hampir 20 minit dia membersihkan tubuhnya, sebelum melangkah keluar dengan keadaan sudah siap bersarung baju, dia melangkah sambil mengosok rambutnya mengunakan tuala. Ruangan itu sudah malap. Dia kini berpandukan lampu di sisi katilnya. Melabuhkan punggung di atas tilamnya kemudian dia melihat perlahan telefon bimbitnya. Pesanan ringkas dari Dahlia. Senyumannya terukir ada beberapa gambar yang di hantar Dahlia. Mengusik rindu di dadanya. Gambar Lily turut serta terpamer indah terpapar buatnya.
100 percent sure that I need you here..
-Haris
Ringkas pesanannya di hantar tidak sampai berapa saat, telefonnya berdering, dia lirik jam perlahan sebelum mengangkatnya panggilannya pantas. "Hanaa.." berbisik. "Haris.. Baru tengok phone kenapa?" soal Dahlia. Dia hantar pesanan ringkas itu hampir 4 jam yang lalu, dia pasti Haris sudah habis bekerja sewaktu dia menghantar pesanan ringkas tersebut. "Harini aku balik lambat sikit dari biasa.." Nadanya masih di perlahankan. Dia melirik perlahan ke arah Hana apabila ada pergerakkan berlaku. "Dah makan?" Soal Dahlia lembut. Haris mengubah posisinya kepada baring. "Dah, kau okay dekat sana?" Haris pula bertanya. Mereka mula berbual, menghabiskan malamnya ditemani Dahlia. Berbual bagaimana keadaannya di sana dan dia bercerita berkenaan beberapa perkara, dari hal kecil sehingga hal besar yang ingin dikongsikan. Haris mendengar setia semua bicara Dahlia.
"Hana, there someone in my room now.." ujar Haris. Dia mahu juga bercerita soal harinya yang aneh. "Who?" soal Dahlia. Dia mendengar kini, sedari tadi bibirnya sahaja yang mengungkap bicara. "A girl name Hana too.." sambung Haris. "Excuse mee.." Dahlia meminta peneragan lanjut keatas apa yang baru didengarinya. Ada orang lain yang bersama dengan Haris. "She's look exactly like Lily and you, Hana." ujar Haris perlahan. Matanya masih memandang tepat ke arah gadis yang sedang lena di buai mimpi di atas sofa itu.
"Kat mana awak jumpa dia?"
"Tadi aku on the way balik. She needs my help."
"Keep going Haris.." Dia mula bercerita mengenai segalanya, permulaan dia bertemu Hana di bumi London ini. Dia ceritakan segalanya sehingga di mana yang Hana yang satu ini boleh berada dalam satu ruangnya. "What makes you want to help her?" Soal Dahlia. "Obviously her name. It sound exactly like yours Hana. Her voice too." ketawa kecil Haris mengungkap kata itu. Dia harus akuinya. Dia boleh berlalu pergi, dia boleh pergi jauh dari membantu gadis itu, tetapi langkahnya terhenti kerana nama Hana ada pada gadis itu. Dahlia di hujung sana simpan senyumnya.
"Take care there, don't let the other Hana all over you." ujar Dahlia tenang, dia perlahan bangun dari duduknya, meletakkan laptopnya di atas meja. Dia didalam kamarnya, cuma dia dan Haris di hujung talian sana. "I will wait for you here Hana." ungkap Haris, Dahlia mengangguk menyambut semua bicara Haris dihujung sana. Mereka meyudahkan perbualan selepas beberapa ketika. Dahlia meletakkan perlahan handphonenya di sisi laptopnya. Kedua-dua tangannya memaut kerusi di meja belajarnya, geram kah rasa yang dia sedang rasa sekarang. Terasa mahu sekarang dia terbang terus ke sana. Cemburu tentu sekali, dia kenal rasa ini. Sangat kenal rasa yang di panggil cemburu ini.
Ah it's okay Dahlia, sikit sahaja lagi.
TO BE CONTINUED..
Comments
Post a Comment