#π‘Ίπ’‰π’π’“π’•π’”π’•π’π’“π’šπ‘»π’†π’“π’π’†π’”π’Šπ’“

 





(PLEASE READ TEROESIR BY HAMKA. i wrote this right after i finish reading the book. let see how i turn it into my narrative)


Aku yang dibuang hanya kerana fitnah. Aku yang diusir suamiku, bapa kepada anak aku. Hanya kerana bicara bodoh tanpa usul periksa. Aku yang dibuang hanya kerana suami aku buta matanya, tuli telinganya. Cetek akal percaya kata-kata dungu si tolol yang mengadu domba. Aku Mariah, wanita malang yang berkahwin dengan lelaki yang aku sangka mampu untuk berdiri di sisi aku sebagai pelindung. Berdiri sebagai seorang lelaki yang mencintai aku sepenuhnya sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu kepada anaknya. Dek kerana fitnah, aku di usir. Melangkah tanpa hala tuju. Berjalan mencari-cari ruang untuk aku huni. Ruang untuk aku tangiskan nasib malangku ini.

Mariah, wanita malang. Yang diusir bak anjing jalanan, tanpa soal. Tanpa usul periksa, yan kini di jalanan, melangkah dengan tangisan. Yang aku punya sekarang cuma rupa dan harga diri, bahkan harga diri ku sekarang pun di injak oleh suamiku sendiri. Andai sahaja aku tahu langkah ku ini keluar membawa kain sehelai sepinggang, dengan naratif hidup ku hancur, penghujung hidup ku ini musnah semusnahnya hanya kerana lelaki dungu bodoh yang aku panggil suami makan dek fitnah. Andai sahaja aku tahu naratif hidup ku akan ditulis sebegini. andai sahaja aku tahu masa hadapanku bagaimana. Andai sahaja Mariah 10 tahun lalu ini tahu yang dia kahwini ini lelaki pengecut tidak berakal. 

Kalau hidupku ini bertuhan kan lelaki, langkah ku kini akan dituliskan penghujungnya dengan kejian sekeji-kejinya. Hidupku ini ditulis berpandukan 'Hancurnya aku kerana berjalan membelakangkan suami, hidupku ini akan dihantui jalan-jalan buntu. Cuma akan selamat jika aku berjaya memujuk insan yang membuang aku bagai sampah, yang mengusir aku bagai anjing itu. Hidup aku ini akan selamat dek kalau aku berjaya memujuk, mengonggong, insan yang sama mengusir aku. Insan yang jelas tidak mahukan aku, insan yang jelas takkan mempertahan kan aku.' geli hati aku memikirkan hidup aku akan selamat dengan manusia yang sama membuang aku. Geli hati aku memikirkan inilah nasibnya menjadi wanita di dalam ruang galaksi bima sakti ini. Hidup berpandukan stigma begini. Oh aku si Mariah malang. Si Mariah malang oh aku si Mariah malang. Oh si Mariah malang. Aku mahu nyanyi kan ini hingga ianya menjadi talkin yang menghiasi jasad aku di dalam kubur nanti. Ooo aku si Mariah malang.

Bukan tak mahu aku terus merayu. Tapi cukup lah sekeping dua surat aku utus untuk menjelaskan duduk cerita aku dalam jalan cerita yang bermain main dalam akal sihat Azhar. Cukup lah sekadar aku ada mencuba untuk menjelaskan yang aku difitnah. Cukuplah sekadar dalam kata ruang ini aku tak perlu mahu merayu, mengadu domba aku ini mangsa. Sedangkan si suami ku sendiri tanpa usul periksa. Tanpa sedikit kata mahu mempertahankan aku. Cukuplah sampai di sini.


Kalau mahu diceraikan aku. Lepaskan aku sebagaimana baik dia mengambil aku sebagai isterinya. Sebagaimana sempurnanya aku dilayan saat dia mahukan aku menjadi suri dalam mahligainya dahulu.  Sedikit cuma ku mahu dia tahu, yang aku masih ada harga diri. Dan aku masih isterinya seorang Azhar. Dan aku masih ibu kepada anak aku sendiri. 


Aku mahu kalau satu masa aku kembali kepada anakku. bukan sebagai ibu yang di tangkap bersedudukan saat sang suami mencari nafkah. Aku tak mahu anak aku dibesarkan dalam bencinya dia pada perempuan ini, aku tak mahu dipersendakan nilai aku sebagai seorang ibu. Hal yang aku paling takutkan, bila lelaki cuba cuba untuk menjadi ibu. Harus mereka tahu, aku kandung anak itu 9 bulan. Tubuh aku dan dia pernah menyatu, aku yang bertarung nyawa membawa anak itu keluar melihat dunia ini. Aku mahu bawa Sofyan bersama saat aku di halau, sedarkan diri kau wahai Mariah, ruang sekecil ini ingin kau bawa nyawa berusia 9 tahun itu duduk bersama. Ruang sekecil ini ingin kau besarkan dia. Sedar sedikit diri kau Mariah, kau ibu yang melahirkan, dan belum tentu sekali kau mampu mahu menjadi bapa. Ohh Mariah si malang, Mariah si malang..


Aku tak tahu bagaimana mahu menyuap mulut ini makan. Tak tahu bagaimana mahu menghangatkan tubuh ini pada malam dan dini hari. Aku hanya sekarang cuma mampu menitiskan air mata, menangisi nasib, aku sekarang hanya mampu berbaring dalam ruangan kosong ini menumpang di rumah orang yang langsung tiada pertalian darah dengan aku. Sampai bila aku tak pasti. Sampai bila yang mereka mahu aku di sini sebelum kembali aku di usir di jalanan. Aku perempuan, masih muda masih cantik untuk aku menumpang di sini. Aku tak rasa si isteri paman ini akan benarkan aku berdiri lama berlegar-legar dalam mahligai bahagiannya ini. Jangan kan kata menumpang sahaja, jika aku di posisinya juga akan aku persoalkan semua kewujudan diri ini. 

Keluar aku ingin keluar dari ruangan ini sekurangnya, dalam novel ini aku tamat dalam hidup bernoda, menjadi bekas pelacur tua, dan suamiku, suamiku Azhar mati tanpa sekelumit kata maaf dia memohon kepada aku. Apa tak layak aku yang terlempar dek kerana fitnah yang ditaburkan ibunya sendiri ini mendapat sekelumit kata maaf darinya. Apa aku tak layak untuk dipohon kemaafannya. Ya, siapa aku. Hidup aku yang aku tahu pengakhirannya, begini. Yang ditulis menyakitkan begini. Yang tamatnya begini, 

Dua kali aku bertemu lelaki jahat setan, dua kali aku hancur sehancur-hancurnya kerana setannya lelaki dimuka bumi. Tak sedikit tuhan hukum aku dimuka bumi ini. Tak sedikit, bukan sekadar hidup ku terhuyung-hayang melangkah menapak sendiri. Hanya kerana aku perempuan, aku ditolak-tolak sehingga terperosok di satu sudut, mencari-cari ruangan untuk aku bernafas. Mencari-cari, teraba-raba aku masih muda, aku masih cantik, dan sudut ini beri aku mata, beri aku jiwa. Dunia ini tamat apabila kisah aku juga di tulis oleh seorang lelaki. Sekeji mampu dihukum aku, sedangkan Azhar, lelaki yang percaya pada fitnah ibunya itu hidup bersama anak ku sehingga tua, matinya juga dipangkuan anak ku, matinya juga dalam kemaafan anak aku. 

Apa adil begini? 

Cuma aku, cuma aku tuhanku, cuma aku yang hancur sehancurnya kau tulis begini. Sekurangnya. Berilah sedikit bahagia buatku tuhanku. Sekurangnya matikan watak ku di sisi insan yang benar mencintaiku. Tak kau kasihankan aku yang ditolak begini, aku yang berjalan terhuyung-hayang, yang akhirnya memilih menjadi pelacur. Tak pun kau berilah aku sedikit sekelumit kata maaf dari suami ku sendiri dalam matiku. Aku mahu lihat dia melutut, dia kalau bukan kerana dia. Tidak aku hidup terjelopok begini. Aku isterinya, aku manusia. Berbelas tahun tidak diceraikannya. Berbelas tahun tidak dicarinya aku. Dia tahu aku tidak salah, lelaki yang aku letak namanya di dalam doa ku itu tahu aku tidak salah tuhanku. Kau juga tahu.  Siapa nama yang beralun-alun dalam doaku sebelum ini. 

Suamiku, hancur aku ini. Langkah aku ini jauh, aku berkahwin dengan kaki judi selepas aku tinggalkan rumah, tinggalkan anakku. Aku berkahwin sangka ku, lain dia dari kau. Lain caranya dari kau, silapku ini satu, apabila cinta sayang aku lafaskan. sepenuhnya aku berikan. Dia aku kenal sewaktu aku kerja ku masih mulia. Aku pembantu di sebuah rumah rumah besar, di huni keluarga kaya. Siapa sangka, dulu aku punya pembantu kini aku yang menjadi pembantu. Azhar suamiku. Aku kahwini dia bukan kerana terdesaknya aku mahu hidup. Aku dalam jeda sejak tidak bertemu anakku Azhar. Kau pisahkan aku, benci aku. Benci aku hidup di sini tanpa anakku Azhar. Tak kau rasa. Tak kau cuba rasa. Maaf pun tiada Azhar dari mulut kau. Satu maaf pun tiada. Aku mati tanpa kata maaf yang aku dengar dari kau Azhar.

Jalan hidupku ini hancur. Tanpa anakku. Tanpa kau. Aku pilih dia kerana miripnya dia melayani ku, rajinnya dia bekerja sebagai tukang kebun. Hormatnya dia pada aku persis seperti kau dahulu sewaktu memetik aku ditaman bunga milik ayahku. Persis seperti kau Azhar. Tahun berganti tahun kini aku hidup dengannya. Tak cukup nafas aku mengucap. Hancur aku sekali lagi sedar salah langkah aku berkahwin dengannya hanya kerana baiknya seperti kau. Dia juga seperti kau Azhar. Aku dihalau. Sekali lagi. Hanya kerana aku mencari seorang Azhar dari lelaki itu, aku dipertemukan lagi. Di halaunya aku, barang kemasku, duit ku habis digunakan buat judi.

Satu soalan bermain kini, apa aku tak layak bahagia. Azhar, bahagiaku bersamamu Azhar. anakku Sofyan mahu aku siapkan ke sekolah, kau mahu ku beri makan. Mahu ku layan bak raja. Bahagiaku hanya bersama mu Azhar. Mati aku melangkah dalam rasa ini, aku bawa sampai mati. Aku tak bertemu bahagia ku. Tak bertemu aku bahagia yang ku dambakan sehingga akhir hayatku. Mati rasa aku Azhar. Mahu aku taati kau, mahu aku berdiri di sisi kau. Mahu aku kata maaf dari kau Azhar. Mati aku Azhar. 




Z, Apr 18.
















HYE GUYS, HOW ISSIT? WEH I literally hate the fact that Azhar tak mintak maaf pun dekat Mariah weh, aku marah gila. Aku cam tak leh accept. Kalau Mariah mati hopefully dia hantui hidup Azhar. Biar kacau jantan bodo tu hari-hari sampai jadi gila. And I hate how Hamka tak justify pun kehidupan Sofyan tu try cari mak dia ke. I ada tulis part anak terpisah dari mak tu. But I terdelete. So yah maleh aku. Here just a little update how much sorrow, and hate that Mariam rasa. Sepatutnya sepanjang penulisan Hamka tu, tulis yang Azhar setan tu punca. Punca segalanya, di henjut jer Azhar tu dengan perkataan. Tapi tak pun, sian Mariah. Apa-apapun. Enjoy jerlah mat. 










Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : π’‡π’π’“π’•π’š π’”π’Šπ’™

Feels