Posts

Showing posts from April, 2024

#π‘Ίπ’‰π’π’“π’•π’”π’•π’π’“π’šπ‘»π’†π’“π’π’†π’”π’Šπ’“

Image
  ( PLEASE READ TEROESIR BY HAMKA. i wrote this right after i finish reading the book. let see how i turn it into my narrative) Aku yang dibuang hanya kerana fitnah. Aku yang diusir suamiku, bapa kepada anak aku. Hanya kerana bicara bodoh tanpa usul periksa. Aku yang dibuang hanya kerana suami aku buta matanya, tuli telinganya. Cetek akal percaya kata-kata dungu si tolol yang mengadu domba. Aku Mariah, wanita malang yang berkahwin dengan lelaki yang aku sangka mampu untuk berdiri di sisi aku sebagai pelindung. Berdiri sebagai seorang lelaki yang mencintai aku sepenuhnya sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu kepada anaknya. Dek kerana fitnah, aku di usir. Melangkah tanpa hala tuju. Berjalan mencari-cari ruang untuk aku huni. Ruang untuk aku tangiskan nasib malangku ini. Mariah, wanita malang. Yang diusir bak anjing jalanan, tanpa soal. Tanpa usul periksa, yan kini di jalanan, melangkah dengan tangisan. Yang aku punya sekarang cuma rupa dan harga diri, bahkan harga diri ku ...

#19 ADDICTION

Image
  To embrace more than I can hold. Senyumannya tidak lepas terukir memandang ke arah Lily yang manja tersenyum di sisi Firash itu. Dia berjalan pantas ke arah mereka mahu menyertai rakan baiknya itu. " How's your result? "  Lily teruja menyapanya terus. " Guess ." dia mengerling ke arah kedua mereka dengan senyuman tersipunya. Happy dia hari ni, segala hasil titik peluhnya sepanjang tahun lepas membuahkan hasilnya. Bahkan lebih dari yang dia target .  " Straight A. Do not smile like that! " Lily mencubit manja pinggang Dahlia. Geram dia melihat gadis itu mengada-ngada begitu. " Yes yes yes. Alhamdulillah syukur." Dahlia spontan memeluk erat tubuh Lily. " Congratulation, creampuff. " Firash mengusap lembut kepala Dahlia. Senyumannya terukir tidak lepas. Tadi Lily sibuk mengarahkan dia merakam Dahlia dan kini dia masih sibuk merakam juga reaksi dua gadis ini mengambil keputusan SPM mereka. Walaupun Dahlia sudah menyambung A-Level ...