𝒕𝒂𝒍𝒌 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 #4

Aku yang keliru antara cinta dan kesunyian dalam ruang rasaku ini.





Ada satu perkara tentang cinta yang buat aku rasa takut mahu merasainya. Kesunyian. Dalam dunia ini sebagai manusia tak pernah sekali aku mahu hidup dalam kesunyian, dan percayalah kesunyian paling dalam aku pernah rasakan apabila aku mula mencintai. Ruang sepi yang paling gelap apabila hati aku penuh dengan rasa yang satu itu. Rasa cinta yang penuh kesunyian.

 

Percaya kau pada dua manusia mampu kekal berpegang pada cuma satu tali ini dengan sebegitu lama untuk kau panggil sehingga akhir hayat? Aku tak pasti jawapan untuk soalan ini pada kau. Tapi cinta, umpamakan tali buat aku, tali ini cuma kau pegang untuk seketika, bila kau lelah kau mula membuka lipatan jari kau, bila mula terasa peluh mengalir, kau rasa cuma seketika kau mahu melepaskannya, tapi hakikatnya. Sekali lipatan tangan itu terbuka, kau mula rasa selesa. Kau mula rasa lega.

 

Andai kata kau yang saling memegang tali ini mula bermain-main. Mula bahagia, kau mula menyimpul tali ini menjadi ikatan. Kau, aku dan semua orang dalam muka bumi ini panggilnya perkahwinan. Ikatan yang kau panggil ini, untuk menjadikan kau dan teman sepermainan kau ini kekal bermain? Mula ikatan ini kau mula rasa bangga, rasa bahagia. Kau dan aku saling memiliki. Hidup dalam satu rumah. Hidup dalam satu ruang.

 

Kau mula berkongsi. Kau dan aku mula berhadapan. Kau dan aku cuma kau dan aku. Sekurangnya dalam ruang rasa aku untuk menjalani hidup ini dengan kau. Cinta yang aku rasa ini mampu buat aku hidup, hidup dalam dunia yang kini cuma ada kau dan aku. Dan kini kau dan aku mula menjadi kita. Langkah kau kini untuk kita. Hidup kau kini, kita.  Untuk kita.

 

Dan percaya kau pada dua manusia kini mampu menjadi kita dengan begitu lama? Aku tak arif tentangnya, aku cuma menjadi pemerhati. Tapi aku juga punya ruang ini. Ruang yang aku panggil ruang rasa. Yang menyimpan setiap rasa yang terdetik dalam diri aku. Dan kau juga. Walau jasad kita ini terikat dengan satu tali, walau kini ruang yang hidup adalah ruang yang kau juga hidup. Walau nafas kita ini lelah senada dalam bermain permainan ini. Dan walau kini bahu kau yang aku jadikan sandaran. Ruang rasa aku masih milik aku, begitu juga ruang rasa kau. Ruang rasa ini masih menjadi ruang rahsia kita.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒔𝒊𝒙

Feels