Posts

Showing posts from August, 2022

𝒕𝒂𝒍𝒌 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 #4

Image
Aku yang keliru antara cinta dan kesunyian dalam ruang rasaku ini. Ada satu perkara tentang cinta yang buat aku rasa takut mahu merasainya. Kesunyian. Dalam dunia ini sebagai manusia tak pernah sekali aku mahu hidup dalam kesunyian, dan percayalah kesunyian paling dalam aku pernah rasakan apabila aku mula mencintai. Ruang sepi yang paling gelap apabila hati aku penuh dengan rasa yang satu itu. Rasa cinta yang penuh kesunyian.   Percaya kau pada dua manusia mampu kekal berpegang pada cuma satu tali ini dengan sebegitu lama untuk kau panggil sehingga akhir hayat? Aku tak pasti jawapan untuk soalan ini pada kau. Tapi cinta, umpamakan tali buat aku, tali ini cuma kau pegang untuk seketika, bila kau lelah kau mula membuka lipatan jari kau, bila mula terasa peluh mengalir, kau rasa cuma seketika kau mahu melepaskannya, tapi hakikatnya. Sekali lipatan tangan itu terbuka, kau mula rasa selesa. Kau mula rasa lega.   Andai kata kau yang saling memegang tali ini mula bermain-main. Mula ...

#15 ADDICTION

Image
Somehow we just belong together.. "Kau suka Dahlia sangat?" Haris diam apabila soalan itu di utarakan Firash yang entah dari mana puncanya. Diam seribu bahasa. Dia sukakan segalanya tentang Dahlia. Namanya, Dahlia Hana. Wajahnya, Dahlia Hana. Senyumannya, Dahlia Hana. Dia tiada cermin mahu melihat senyumannya yang terukir hanya kerana nama Dahlia yang berbisik di hatinya kini. Dia jujur dia sukakan gadis itu. Sepenuh jiwanya kini. Haris mengeleng perlahan. Dia menjawab soalan Firash dengan gelenggan. Palsu tentu sekali. "Jangan mainkan dia kalau kau tak serius Haris. She all over you right now. ." ujar Firash. Haris ketawa kecil. Dia meletakkan perlahan raket tenisnya disisinya. " Name a girl that not all over me Firash. Name one. "  " If you are not serious, just don't even give them hope Haris. Being a less cruel doesn't affect you in any way. " Tentang Firash yang satu ini. Jika Lily datang membawa Firash sebagai peneman hidupnya, aka...