𝑺𝒉𝒐𝒓𝒕 π’”π’•π’π’“π’š #π‘Άπ’π’†π’‡π’Šπ’π’†π’π’Šπ’ˆπ’‰π’•

We end the story with the same word.
one fine night..


"One fine night.." bisiku sejurus melemparkan pandangan keluar cermin cafe. Malam ini agak sibuk kerana malam hari natal. Jadi banyak  yang keluar ke jalanan untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang. Ruangan di cafe ini juga penuh dari kebiasaannya, aku yang agak malang terpaksa mengambil masa kerja pada malam hari natal hanya kerana aku seorang pelajar universiti yang duduk agak jauh dari keluarga. Cuma ah jika diberi peluang pun aku lebih memilih untuk duduk di sini, bekerja. Dan banyak lagi yang aku harus ulang kaji kerana final year aku dalam sarjana muda sains sosial. Jadi untuk pulang ke rumah hanya untuk menyambut hari natal mungkin tiada dalam kamus ku sekarang.

"One hot chocolate.." aku berpaling ke hadapan semula memandang pelanggan yang menanti untuk di layan. Satu pasangan berdiri tegak di hadapan aku sedang menanti. "One hot chocolate.. Ada apa-apa lagi cik?" aku meminta kepastian. Senyuman aku ukirkan untuk tampak ramah dan mesra. "No.." ringkas sahaja jawapannya. Aku terus menghantar pesanan kepada barista di belakang kemudian kembali semula ke kaunter. Pasangan itu masih berdiri tegak di hadapanku. Aku memilih untuk melihat keluar seperti tadi. Melihat salji yang turut turun menambahkan lagi suasana tenang malam ini. 

"I tak rasa you perlu buat macam tu, I tak pernah minta. Tiada siapa paksa you untuk lakukan tu." dingin suara itu menikam gegendang telinga aku. Aku cuba untuk tidak berpaling ke arah mereka. "I don't want to talk about this.." tenang si lelaki menjawab. "So that it will make me feel a little less hah? Thats why you-" Si gadis sudah menekan. 

"What do you mean by that? It's Christmas. I want us to be happy.."  

It's Christmas.. I want us to be happy..

Ya, malam natal ini mengapa harus bertengkar. Aku berpaling. Si gadis sudah menunduk. Aku lihat ke arah belakang mahu mengambil pesanan mereka. Langkah aku atur ke belakang kemudian kembali semula ke arah mereka. "13 dollar miss.." si lelaki menghulurkan kad debit dan menyambut air yang aku hulurkan. Aku terus lakukan transaksi, "Merry Christmas to both of you." aku menghabiskan layanan dengan senyuman mekar. 


"Thank you.." mereka melangkah pergi, aku ikut menghantar mereka dengan pandangan mata. Senyuman aku terukir apabila melihat tangan si lelaki mula mengapai lembut tangan pasangannya kemudian di bawa masuk ke dalam kocek jaketnya. Ah, nyaman. Terasa hangat apabila melihat kebahagian orang lain. 

"Bro.." aku berpaling memandang ke sisi. "Merry Christmas.. Tukar, shift.." Senyuman aku terukir untuk kesekian kalinya. Perlahan aku mencabut apron kemudian melangkah ke belakang ruangan pekerja. Tepat pukul 9 malam. Jam bekerja aku habis di sini. Langkah aku atur ke loker. Menyalin pakaian aku ke pakaian biasa sewaktu aku datang tadi. Bag aku sandang, biasan diriku lihat sekali lagi dicermin yang terletak elok di ruangan pekerja itu. Skarf yang melilit leherku rapikan. 


*


"Kau tak balik ke?" soalan pertama yang keluar dari mulut Ace, "Balik lah ni.." aku jawab ringkas, melabuhkan punggung ku ke atas sofa yang terletak di tengah ruangan itu. Lilitan di lehernya di leraikan perlahan. "Maksud aku ke rumah mama kau." Aku tahu maksud Ace. Entah kenapa, aku tak betah mahu meninggalkan pemuda ini bersendirian selama beberapa hari, setelah aku  tahu yang dia suicidal. Ya, bukan masalah aku tapi tak mungkin aku tinggalkan dia sendirian terlalu lama. "Kau tak balik?" soal aku kembali. Mahu tahu jawapannya. 

Cuma gelengan sahaja yang menjawab soalanku. Aku tak pasti berkenaan keluarganya, atau asal pemuda itu. Mereka berkenalan hampir 3 tahun sekarang. Aku dan dia sama-sama dalam tahun akhir kami. Aku tak begitu pandai berkawan mahu dibandingkan dengan Ace, pemuda ini lebih pandai berteman. Perkenalan aku dan Ace ringkas. Sehingga kami memilih menjadi teman sebilik di kolej kediaman. Dan menjadi teman serumah apabila kami keluar dari kolej kediaman. 

Pada awalnya ringkas. Untuk aku, sekurangnya. Tidak sehingga aku berhadapan situasi yang membawa aku ke diri aku yang sekarang. Apabila aku bertemu Ace berlumuran darah di atas katilnya. Pagi itu pemuda itu tampak seperti kebiasaanya, begitu juga semasa di Universiti. Aku lihat juga media sosial rakannya yang menhantar siaran di story instagram menunjukkan pemuda itu ketawa riang dan bergurau senda. Tampak normal. Sehingga aku pulang ke rumah dan hampir menjadi saksi kematiannya. Jika aku lambat seminit pasti pemuda itu tidak tersenyum seperti ini sekarang.

"Kau nak keluar tengok bunga api?" Aku berpaling ke arah Ace. "Kau mahu keluar? Salji agak lebat juga di luar.." aku berkira-kira. Ace hanya mengangguk dia tampak memang sudah mahu keluar pun. "Aku ikutlah macam tu tapi let me clean myself first.." aku bangun terus menuju ke bilik. Mahu mandi dan menyalin pakaian. Seketika sahaja kemudian aku keluar sambil menyarungkan topi. "Jom.." Ace sudah menanti. Ringkas sahaja pemuda itu tanpa jaket tebal seperti aku. Pemuda itu hanya memakai sweatshirt. Aku dengan sehelai baju di dalam dilapisi dengan sweatshirt dan dilapisi lagi dengan sehelai hoodie. Masih terasa begitu dingin.

"You sure you just gonna wear that?" 

Ace mengangguk. Aku tak boleh nak kata, biarkan sahaja. Dia melangkah menuju ke arah lif. Aku hanya mengikut dari belakang. Senyap. Sudah aku katakan tadi kami berdua rakan yang ringkas. Aku tidak gemar berbual. Dia juga takkan memaksa. Cuma aku sekarang lebih gemar mahu dia sentiasa berada di hadapan mata aku. Dan aku pasti dia juga perasan tentang hal ini. Aku risau. Dan aku pasti dia juga sedar tentang kerisauan aku. 

"Ilyan.." aku berpaling. 

"Aku dah jumpa rumah.." jeda. Dia tampak serius. Aku sudah tentu berhenti bernafas ketika ini. Aku tak dapat bernafas pun apabila habis mendengar ayatnya.

"Kenapa?"

"I just don't like this feeling.."

Sudah tentu Ace takkan selesa selepas kejadian itu, aku sentiasa bersama dia. Aku sentiasa di sisi dia. Aku berkawan dengan setiap manusia yang berada di dunia dia. Nafasku hela kan perlahan apabila kami mula melangkah keluar dari lif. Aku seperti biasa setapak di belakangnya, mengikut dari belakang. Tenggelam dengan fikiran ku yang tidak habis memikirkan bagaimana mahu menghentikan Ace keluar dari rumah kami. 

"Kau tahu kan aku tak gay. Aku tak suka kau lebih dari seorang kawan.."

Ace ketawa. Dia berhenti menanti aku tiba di sisinya sebelum dia merangkul aku dan kembali melangkah. "Aku tahu tu, cuma aku ada rumah yang lebih dekat dengan tempat intern aku nanti.." ujarnya ringkas. Aku tahu ini alasan yang dia akan bagi. "Ilyan.. Aku takkan judge kau kalau kau gay. You my man bro.. I'm not gonna do that.." dia menepuk bahu aku sebelum tangannya turun kembali. Kami melangkah beriringan menuju ke arah laluan yang membawa kami ke stesen kereta api bawah tanah. Mahu menuju ke St. Hill untuk melihat bunga api. 

Aku tak tahu apa yang aku harus aku ungkapkan setelah kenyataan itu yang keluar dari mulut Ace. "Aku tak kisah kau nak keluar Ace tapi kontrak rumah untuk setahun, kau ada lagi 6 bulan.." 

"I'm not rushing Ilyan, aku cakap berkenaan pindah ni belum tentu esok aku terus angkut barang aku.." santai sahaja bicaranya. Aku meletakkan perlahan kad aku kemudian dia melintasi dahulu sambil menarik tanganku pantas. Aku hanya ketawa sahaja melihat dia yang sentiasa kedekut untuk mengeluarkan duit tambang yang tidak sampai 5 dollar itu.

"Aku tahu kau tak boleh nak buat benda lain selagi aku kat rumah tu Ilyan. Kau berhenti dua kerja sambilan kau lepas kejadian tu. Kau lebih memilih dahulu kan aku untuk semua keputusan kau. Aku tak nak jadi beban kau." 

Belum sempat aku mahu membalas, train sudah sampai di hadapan kami. Beban? Jika fikirkan aku tidak terbeban dengan ini. Risau yang aku rasakan itu adalah beban mungkin pada Ace. Aku tak rasa marah apabila aku terpaksa berhenti dari dua kerja sambilan ku. Memang sudah masanya untuk aku berhenti. Ace rasa beban kerana aku sentiasa menempel di sisinya mungkin. 

"Kau ada awek? Kalau ada suruh jer dia masuk.." ringkas sahaja Ace menyambung.

Teman wanita? Tiada semestinya. 

"Aku tak kisah untuk tinggal sendiri pun." dia cuba untuk nampak tidak begitu terkesan dengan berita ini jadi dia cuba untuk berlagak biasa. Sampai sahaja di St.Hill stesen aku mula terasa begitu dingin. Aku kerling sekilas ke arah Ace. Pemuda itu selamba sahaja melangkah tidak terkesan dengan kedinginan yang aku rasa. "Ilyan. Aku gi starbuck jap. Kau nak gi beli makan pergilah. Coffee biasa kan kau?" soalnya memandang ke arah aku. Aku mengangguk sahaja. Dia tahu menu apa yang aku sentiasa minum di Starbuck.  

Aku meneruskan langkah menuju ke arah kedai yang terpacak di sepanjang itu. Ya aku sudah di luar stesen,  Ace masih di dalam aku malas mahu berlama kerana dalam agak sesak. Disini memang tarikan pelancong pun. Tapi aneh, Covid-19 masih teruk tapi orang ramai masih bersesak begini. Mungkin kerana majoriti dari penduduk di sini sudah di menerima vaksin mereka. Aku juga sudah menerima ke dua-dua dos ku. Tapi tangan aku entah kenapa laju mengeluarkan masak dari dalam tote bag yang ku bawa. Aku sarung kan seperti biasa. Di sini mereka masih memakai mask dan mengamalkan social distance. 

Tak seperti di bandar tadi. Jadi aku mengikut sahaja norma penduduk St. Hill ini kerana memang agak sesak tapi mereka sangat berdisplin jadi aku tak mahu menjadi orang yang merosakkan keharmonian mereka. Aku melangkah menuju ke arah beberapa stall yang menjual makanan panas di situ. Singgah hanya untuk merasa sedikit kemudian aku bungkus juga. Untuk Ace. Aku sudah makan semasa di cafe tadi. 

Kemudian aku menanti. Di hujung laluan jualan itu. Dari jauh aku nampak Ace yang memegang dua cawan air itu. Aku melambai. Dia mula berlari anak menuju ke arah aku. "Beli apa?" soalnya sejurus sampai ke arah aku. "Sosej and burger.." balasku ringkas. Melangkah beriringan dengan Ace menuju ke terowong yang berada di belakang kami. Tidak mengikut pintu masuk utama yang melalui tokong cina. Kami punya tempat rahsia di sini. Jadi di situ lah yang kami akan pergi.

Melalui semak dan mendaki anak tangga yang tidak begitu sempurna dalam keadaan gelap ini agak mencabar tapi aku gagahkan juga. Kerana apabila sampai di puncak nanti kami berdua akan puas dengan pemandangan yang terhidang. Beberapa minit baru kami sampai ke sini. "10 PM SHARP!!!" Jerit Ace tiba-tiba. Mungkin untuk melepaskan lelahnya. 

"Eh tikar takdeeee.." Ace mengeluh. Dia memandang ke arah salji yang meliputi rumput itu seketika kemudian berpaling ke arah aku. Aku tahu dah apa yang ada dalam fikirannya. Dia meletakkan perlahan air di atas tanah itu selamba. Tangannya pantas mendapatkan aku. "Let's us just seat on this grass jerlah. Jaket aku tak boleh cover two ass together." Ace ketawa, dia pasti tidak fikirkan berkenaan punggung aku juga. 

Aku dan dia mula mencari ruangan yang agak kering, kerana tak semua pun yang diliputi salji bahkan tiada lagi yang turun menghujani. Jadi sedikit bernasib baik kami di sini. Aku dan dia mengambil tempat. Duduk menyelesakan diri kami untuk menonton pertunjukkan bunga api yang akan berlansung tengah malam nanti. "Aku.. Takut lepas jumpa kau malam tu.." aku memberanikan diri membuka perbualan setelah untuk seketika kami cuma memilih untuk bermain dengan telefon sahaja. Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku bebas dari rasa tertanya-tanya begini. 

"Aku tengok kau sentiasa okay Ace, kau punya kawan, kau mewah. Ada awek lawa. Kau punya result every sem always suprise me. I respect you sampai tahap aku tak boleh nak gambarkan dengan perkataan. Tapi lepas malam tu, you just a sore loser to me.."  aku lepaskan apa yang aku rasa sekarang lebih jujur. Ini yang aku rasa setelah melihat Ace terbaring dalam kepayahan malam tu. Bahu aku perlahan di rangkulnya. Aku berpaling memandang dia. Tipu kalau aku kata aku berani mahu bertemu mata dengannya. 

"Ada semua tu tak bermakna apa-apa pada aku Ilyan. I ask that alot to myself apa yang kurangnya aku sampai aku kena rasa benci pada diri aku. I want to stop too. I wish I can. It takes you 5 months to actually confront me kan.. How selfish am I.." 

"No matter how hard you are.. Commit suicide is a selfish act Ace, you just transfer your pain to another person. That's not going to stop the circle Ace."

Ace diam, dia memandang cawan coffeenya yang berada di tangannya. Aku hanya memerhatikan dia yang diam seribu bahasa di sini. "I don't wish you to understand me Ilyan. Cause you would never can or actually try to understand apa yang aku rasa each day when breathing in this world.." Dia tak memandang ke arah aku, aku mahu lihat mata Ace. Aku mahu lihat dia maksudkan setiap bait bicaranya. Bukan sekadar mahu menagih simpati aku. 

Tapi pemuda itu kekal menunduk, tidak berani memandang aku. Aku menghela nafasku berat, kembali berpaling ke hadapan. "Hari ni mungkin aku okay, aku cuba untuk tak hilangkan diri aku. Aku rasa takut, takut the fact yang kau nampak aku malam tu.." dia berhenti lagi. Suaranya bergetar. "Kau nampak aku merayu untuk kau selamatkan aku, sedangkan malam tu aku patutnya dah boleh dapat apa yang aku nak, tapi aku taknak kau terbeban atas kematian aku. I seek for your help that night because you meant a lot to me."

"I really look up to you Ilyan. You work your ass off.. Your mom give you enough allowance. Your dad is a decent guy.. You got sister at home. Your family seem happy atleast.. yah, atleast to me when I met them last year. I'm envious.. To you, to your whole world..." 

"I ask for your help that night not because I don't want to die, no.. I just don't even get it why, you cry that night. Your scream still echoing.. Ace why did you that.. Aceee Acee Aceeee.." Ace ketawa kecil apabila dia mengejek nada suara ku. "I just can respond you with 'help, I want to live..'  yeah. I do.. For you that time.. I want to live for a second more time.. Atleast that what come through my mind.. I guess.." 


"Ace, that just not funny at all.. If you really died that night, probably tonight I will take the same road. I cant live with that trauma Ace. Setiap malam sial aku hidup fikir pasal kau.. Setiap malam sial aku tinjau bilik kau. Setiap malam. Aku takut jujur aku cakap aku takut." Aku meraup wajahku perlahan. 

"Aku takkan cuba comfort kau Ilyan sebab aku sendiri terdesak sekarang ni nak lepas dengan diri aku sendiri.. Aku tak pernah rasa benda ni lucu.. Sikit pun tak pernah. Aku nak clean macam aku umur 9 tahun dulu Ilyan. Aku taknak rasa macam ni juga Ilyan.." dan baru kedengaran tangisan dari Ace. Aku berpaling pantas, "Ace.." pemuda itu sedang menangis. Teresak-esak. Tangannya menekan dada sendiri.. Tangisan ini seakan-akan sudah begitu lama di tahannya.

"I wish to atleast breathe without thinking how to stop it.. The air is sickening. I hate it.. I hate it as much as I hate myself.. Even god can't answer my prayer." dia mula mencengkam dadanya sendiri. Aku pantas menarik Ace dekat padaku. Belas rasa belas yang berada dalam dada aku mula membuak. "Bernafas Ace.." dia mengusap perlahan belakang Ace. Lama pemuda itu berada dalam dakapannya. 

"Aku kena rogol.. Dengan ayah aku.." Usapanku terhenti. Ace, dia tak pernah nampak itu semua. "Atau mungkin tak lagi, sampai saat ni aku masih lakukannya. Jadi aku rela, Itu bukan rogol lagi Ilyan. Dia dapat kerelaan aku. Aku tak menolak." Aku eratkan perlahan pelukanku, rambut pemuda itu aku usap lembut rambutnya, menenangkan.

"Kau mahukan ia untuk berhenti bukan Ace?" aku harap ini mampu menjawab persoalan Ace.

"Aku berhenti dari menolak waktu usia aku 13 Ilyan. 13 tahun aku masuk sendiri apabila dia minta. Ayah aku Ilyan. Ayah aku.." air mataku mengalir. "Is it still selfish for me to find my own way of living dengan suicide? It is still the selfish act to you.." dia masih teresak-esak. Suaranya serak dan tidak jelas. 

"He hold my mother as if that love.. He embrace my mother with the same word that he give to me Ilyan.. He hold me the same.. That love is not it?" dia menjarakkan tubuhnya dariku. Aku percaya aku sahaja yang tahu soal ini, aku percaya aku sahaja yang tahu berkenaan hal ini. Ace perlahan mengapai tangan aku. Wajahnya tidak beriak, cuma basah dengan air mata yang masih mengalir. Tangannya memegang tapak tanganku. Kedua-duanya, sentuhan Ace lembut. Dia bawa tanganku ke bawah leher, naik ke wajahnya. Tangan aku dilepaskannya. Tapak tangannya hangat menyentuh wajahku. 

"I love him." pecah tangisanku apabila bait itu keluar dari mulut Ace. "I love him so much Ilyan..." Ace tampak begitu menyedihkan sekarang. "I love him.." ulangnya untuk kesekian kali. Tangannya mengusap wajahku. "I talk to him last night. Ask if he going to hidup dengan my mom forever or hentikan apa yang dia buat atas aku selama ni..." Ace berhenti. Dia menunduk tak berani memandang aku lagi. "He said he can't afford to lose both of us Ilyann.." dia mengelap perlahan air matanya sendiri. Aku sudah menarik tangan aku darinya. Air mata aku juga ku seka. Dia tersenyum. Memandang aku. 

"Kau jijik dengan aku?" soal Ace tenang. Aku geleng pantas, tidak menanti seketika pun memberi jawapan. Apa yang di alami Ace, mungkin akan di hadapi oleh pesakit yang akan aku rawat suatu hari nanti. Aku belajar psikologi untuk merawat orang seperti Ace. "Aku tak jijik dengan kau.. Aku tak mungkin akan jijik dengan kau Ace.." Dia mengeleng perlahan. "Even diri aku sendiri jijik dengan apa yang aku tengah buat sekarang Ilyan." 

"Your dad grooming you to be like this Ace.. That's not love .." Jeda seketika, mencari jawapan untuk perbuatan bapa Ace. 

"That lust.." aku menghabiskan ayat.

"Kau ada pergi mana-mana therapy or jumpa pakar?"

Ace mengangguk. "But I stop going there when I reach 21.." Ace dan aku sebaya, sekarang kami berusia 25 tahun, bermakna. 4 tahun yang lalu pemuda itu cuba mencari jalan untuk lepas dari kesakitannya. Dan sekarang dia mengalah. "Sorry, but do your mom know?" soalan aku yang ini, menyakitkan aku juga. Seorang ibu seharusnya tahu tentang ini. "I never tell her about this, but.." Mata Ace aku lihat melilau, seakan-akan tertanya juga samaada maknya tahu atau tidak tentang perkara ini. "Ace.. Ace.. Breathe.." aku mengingatkan. Pemuda itu mula mencari rentak dalam pernafasannya. "I don't know, sama ada she know all this time or she close her eyes..

Aku takut mak Ace memilih pilihan yang kedua. Untuk menutup mata atas alasan yang sama tidak mahu kehilangan ke dua-dua mereka. "Oh lord.. That now playing in my head Ilyan. Does my mom know about it..." bibirku ketap perlahan, menahan geram. Apa yang dilakukan Ace ketika usianya 9 tahun untuk dia rasa seperti ini? Apa silapnya Ace ketika itu. "Ace.." aku memanggil. Ace sudah semakin nampak mahu hilang kawalan. Aku tak pernah nampak pemuda itu seresah ini sepanjang perkenalan aku dan dia. Pemuda itu tidak dengar pangilan aku.

"Ace.." aku panggil masih dengan nada yang sama. Masih tidak mendapat fokusnya.

"Ace.." tinggi sedikit dan aku menepuk tangan ku di hadapan mukanya. Baru kini aku dapat berada dalam pandangan matanya. "Pandang aku, cuma aku." sepatah-sepatah perkataan aku keluarkan untuk membuatkan dia lebih fokus. Ini yang aku lihat semasa Professor Amalina melakukan stimulus dahulu. Ace mengangguk kemudian aku tersenyum.

"Kalau aku bagi cadangan untuk kau call mak kau dan tanya hal ni, kau mahu?" soal aku tenang. Jawapan di tangan Ace, aku cuma memberinya pilihan. Ace masih tidak mengalihkan pandangannya dari aku. Anak matanya aku dapat lihat jelas bergetar, aku pasti dia tak nampak pun diri aku ketika ini. Cuma biasan kabur sahaja. Aku sahaja yang mampu lihat bagaimana resahnya pemuda itu sekarang, dan cuma aku yang sedar kemana hala semua perkara ini.

"Kalau aku call mama, apa yang aku akan dapat Ilyan?"  


Dan jawapan untuk soalan ini.. Buat fikiran ku laju berfikir secara rasional jawapan apa yang sesuai dengan soalan sebegini. Perlahan tangan aku pegang kepalanya. Memaut erat dengan senyuman yang aku cuba paparkan setelus yang mungkin. "Atleast you got the answer and... The voice, the question will stop echoing right?" itu yang aku rasa paling selamat. Aku mengusap kepalanya sekali lagi. Dia tampak memikirkan kebenaran dari bicara ku. "But let's do it later, when you more tenang okay.." putus ku setelah beberapa jeda. Aku sendiri masih teragak-agak dengan ini. Jawapan untuk soalan aku sendiri. 


"Ilyan, kau satu-satu manusia yang dalam muka bumi ni tahu tentang keadaan aku. Bersaksikan tuhan sekarang, kau bawa kisah aku sehingga ke nafas kau yang terakhir. Rahsia kannya. Bersaksikan tuhan, janji pada aku." aku mengangguk. Tapak tanganku yang berada dalam gapaiannya perlahan aku pusingkan untuk menautkan jariku dengan jarinya. "Aku janji dengan kau, sampai hujung nafas aku." aku meyakinkan lagi. Dia perlu percaya pada aku sekurangnya untuk mula meluahkan rasanya. 

Seketika kami diam, aku teruskan mengelus tangannya, Ace aku lihat lebih tenang dari setengah jam yang lalu apabila kami mula berbicara soal ini. Dia tampak sudah sedikit seperti mula kami datang tadi. Aku sendiri cuba menenangkan diri aku dengan apa yang baru aku dengarkan tadi, Ace yang aku jumpa pada tahun pertama aku di sini. Bukan Ace yang berada di hadapan aku sekarang. 3 tahun pemuda itu mampu memendamkan hal sebesar ini dari aku. 3 tahun aku cuma melihat dia yang periang dan punya ramai kawan. Dan 3 tahun yang aku rasa dia cuma pemuda rebel apabila langsung tidak pulang ke rumah sepanjang cuti semnya.

Dan 3 tahun aku ingatkan dia punya seorang ayah yang penyayang apabila orang tua itu datang membawa Ace bercuti untuk beberapa hari. Sukar untuk aku memadam dan percaya semua yang berada dalam fikiran aku sekarang. Tapi, sebagai seorang insan hidup di hadapan Ace sekarang, aku tak sepatutnya bertindak seperti apa yang aku lakukan pada awal tadi. Betapa aku mahu tarik semula kata-kata aku. Dan sebagai seorang insan yang hidup dalam dunia Ace aku mungkin tak boleh percaya keseluruhan ceritanya. Tapi aku mendengar sekurangnya. Ya menjadi pendengar.

"Aku pernah tanya papa berkenaan satu perkara yang aku nak sangat tahu..." aku mengangkat wajahku semula, mendongak memandang ke arahnya. "Apa itu cinta dan apa rasa nya dicintai. Sebab dia sentiasa ucapkan perkataan cinta bila dia bersama dengan aku Ilyan.." Jijik. Menjijikan tapi aku teruskan juga mendengarnya. 

"Dia cakap, the way he hold me, the way he speak to me, the way he comfort me. The every fucking way that he breathe to my ears is what love actually are.. I believe him. When he hold me, I feel safe, I feel secured. I feel like there no other thing that actually can hurt me more..." dia diam seketika. "Ah, actually he was right, there no other thing that can hurt me more than thinking that I actually in love with my own father..

It's sickening for me to listen to this even more.. Love isn't the right word for him to use in this context.. Its not love, Ace. Its not love, I want to break this to you.. That not love.

"He said those word like he meant it Ilyan. Dia cakap dia sayangkan aku. Dia tak boleh hidup tanpa aku, dia tak mampu nak pilih antara aku dengan mama.." 

"Ace.."

"Hm?" dia memandang aku. Menanti aku meneruskan bicara aku.

"I love my dad too.." aku menekannya. Ya, aku juga sayangkan ayah aku. Aku juga tak mampu hidup tanpa dia secara analoginya. Aku tak mampu teruskan hidup tanpa insan yang aku panggil ayah. Tak terbayang lagi aku hidup tanpa figura lelaki itu dalam dunia ini.

"I love him, I really do. If you ask me.. How much I love him, I can't describe it by words. I can't explain it with any languages that available in this earth, Ace. Not try to break this to you.. He whisper the same word to me.. Ilyan, dad love you. Please take a good care of yourself, I can't afford  to lose you.. Every fucking single phone call that I make to him.." aku berhenti. Menanti reaksi Ace. Aku tahu perbandingan hidup aku dan hidupnya sekarang akan memberi impak pada emosinya. 

"Listen carefully Ace, I want you to learn how an actual dad should behave toward his son.."

Aku usap perlahan bahunya. 

"Love is not the right word for what your dad has done to you. Kau tak patut gunakan perkataan tu. Dia tak gambarkan apa itu kasih sayang pada kau sejujurnya." aku mengurut perlahan jarinya, tak mahu lepas. Tangan Ace sejuk. "Ayah aku tak setubuhi aku untuk tunjukkan dia sayang aku, ayah aku tak setubuhi aku untuk buktikan yang dia sayang aku. Dan setiap ayah dalam muka bumi ni tak akan sekali pun setubuhi anaknya untuk buktikan tu.."

"Kau cakap tu rogol pada mulanya kan?" aku menanti. Matanya kosong melogo memandang aku. Dia jelas sekali keliru. Aku.. Takut aku akan tersilap dalam memilih kata.. Aku takut sejujurnya. Aku menanti setiap jawapan dari Ace dengan debaran di dada ku. Seketika aku menanti sebelum satu anggukan kecil darinya. Aku tersenyum perlahan. "Dan ia masih rogol sampai sekarang. Tiada istilah kau rela dalam hubungan ni.." aku beri kata putus. Cengkaman pada tangan aku mula terasa erat. Aku dapat rasakan perubahan emosi dia. 

"Listen, dengar apa yang aku nak cakap Ace.." aku cuba buat dia fokus semula kepada aku. Dan dia ikut arahan aku.. Dia mendengar. "Kau ingat apa yang aku cakap berkenaan ayah aku?" soal aku kembali. Anggukan kecil terhasil lagi. "Close your eyes, remember back when your father ever spell the word love without having sex with you.." ini yang ada setakat ini untuk buat Ace sedar berkenaan ini. Ace seharusnya pergi ke mana-mana therapy untuk menjalani pemulihan. Tapi sekarang dia cuma ada aku. Aku akan cuba hantar dia ke klinik Professor Amalina esok. 

Ace pejamkan matanya perlahan. Aku tak tahu apa yang dia gambarkan sekarang. Gelap yang dia alami sekarang, akan menghidupkan satu cahaya yang menyelusuri semula setiap jalan kehidupannya. Aku mahu Ace sendiri tahu penilaiannya salah. "There none Ilyan. I can't find it..." dia mula resah semula. Aku terus melutut di hadapannya. Tangan aku tarik dari tangannya. Aku paut wajahnya. Menghentikan dia dari terus gelisah dan hilang dari fokusnya. "There noneeeee.." pecah lagi suaranya menjadi tangisan. Aku menanti dia membuka matanya, tapi cuma air matanya yang mengalir. "Pernah dia dakap kau tanpa ia perlu di akhiri dengan sex?" aku meneruskan, posisi aku tidak berubah. Masih memberi sepenuh tumpuan pada dia.

Gelengan. "Kau tahu Ace, pelukan yang seorang ayah harus bagi hanya pelukan ringkas di bahu. Yang cukup buat kau sedar tentang kehadiran dia untuk melindungi kau.." 

"Ilyan, aku.. Aku nak terus hidup Ilyan.." 

Sumpah, aku bersumpah atas tuhan yang sama. 

"Tiada yang menghalang kau untuk terus hidup Ace.."

Aku kesat air matanya perlahan. Aku bawa dia ke dalam dakapan aku. "Ace, it's Christmas.." bisik ku dekat padanya. "It the best time for you to start fresh.." berhati-hati aku berbicara. Aku menariknya dekat, membawanya masuk kembali ke dalam pelukanku. Tangan Ace sudah naik berpaut pada pinggangku. Tangisannya masih kedengaran. Dada aku menjadi alasnya. Aku lihat jam di tanganku sudah 11 tepat. Baru satu jam kami berada di sini. 

*

Aku menghabiskan hirupan terakhir kopi ku. Ace disisi ku lihat sekilas. Pemuda itu baring dengan matanya tertutup, aku pasti Ace tidak akan terlena sekarang. Jadi aku biarkan sahaja pemuda itu cuba mengapai ketenangannya. Aku keluarkan telefon dari tote bag ku. Notifikasi dari group sembang keluarga ku banyak terpapar di skrin utama. 

merry christmas Ilyan,
ma love you so much
-ma


hope that u spent your time 
with your girl there, my boy!!!
-dada


Ilyan dont forget my present okay!
hint the latest iphone!
-sis


Qasya your brother can't afford that,
dada will buy that for you!
eventho i got you some present here already.
-dada


he got so many part time job,
and never buy any gift for me...
-sis


Ilyan, study well and spend your 
money wisely, if tak cukup i will 
paypal u some, just ask me okay,
i love you and take care there.
-dada


*i love you and take care..*
-sis


Qasya turun help mom to set the table.
-dada


Aku punya keluarga yang bahagia dan tiada yang kurang, mendengar derap tapak kaki buat aku berpaling. Ada sekumpulan remaja turut naik ke atas tebing ini. Mereka mengangkat tangan menyapa aku. Aku hanya mengangguk, samar kerana tengah malam ini tebing ini hanya di samari dengan cahaya bulan dan cahaya dari tokong cina yang berada di bawah sana. Ianya sedikit jauh jika berjalan kaki, tapi jika kami terjun dari puncak ini mungkin kami akan sampai lebih cepat. Atau bukan sampai ke tokong pun. Terus ke syurga.

Aku kembali berpaling ke hadapan. Mereka memilih untuk duduk agak jauh dari kami jadi tidaklah begitu terganggu. Tampaknya bukan cuma kami sahaja yang tahu berkenaan tempat ini. Ada yang lebih arif berkenaan kawasan ini selain kami. 

"Macam mana kalau mak aku sebenarnya tahu berkenaan hal ini.."

Sial. 

Perlahan aku berpaling ke arah Ace. Pemuda itu masih dalam posisi yang sama. Berbaring, bertanyakan soalan tanpa memandang ke arah aku untuk melihat reaksi aku apabila soalan itu di berikan. Gila, soal ini yang aku fikirkan sedari tadi juga. Bagaimana seorang ibu boleh untuk tidak menyedari perubahan anaknya ketika berusia 9 tahun. Bagaimana seorang ibu boleh tidak menyedarinya? 

Aku diam, cuba untuk bertenang. Aku fikirkan segala kemungkinan bagaimana hal sebesar itu boleh tidak di sedari. "Mama kau kerja?" aku bertanya. "She a working mom.. Always bekerja." dan itu masih juga tak mampu menjawabnya. Jika dia seorang ibu, anaknya akan sentiasa menjadi tumpuannya walaupun dia bekerja, jika dia benar-benar seorang ibu. "She always nice too me.. I still remember dia punya caramel pudding when the first time I fall sick over this matter. Dia buat kan aku caramel pudding. Jaga aku.." 

"Ace.. She know?" aku keliru mendengar bicara pemuda itu. 

"She never ask.." 

"Ace did she knew about all of this thing?" soal aku sedikit meninggi. Aku terkesan. Sangat terkesan. 

"I don't know."

"But what did you just said tadi? She taking care of youu.." Air mata aku pecah, kesekian kalinya. "She knew Ace. She let that happen to you.." Aku mendekat. Aku tunduk pada Ace yang sedang berbaring. Apa yang di alami pemuda itu. Tragedi. Tak seharusnya seorang umat manusia pun harus mengalaminya. "She didn't ask anything Ilyan. Did she know about this all this time?" Ace, aku lihat termangu. Dia sudah berubah ke posisi duduknya. Aku masih teresak-esak. Aku akui aku beremosi. Ini, apa yang aku dengar ini lebih dari sepatutnya aku lakukan. Aku akan bunuh diri jika di tempat Ace. Aku bersumpah. 

Aku mungkin dah tiada sewaktu umur aku 11 tahun lagi. Mungkin sudah lama aku tidak bernafas jika apa yang di alami Ace, aku yang alami. Dada aku sakit, terasa di tekan. Air mata aku mengalir tidak berhenti, jika mama Ace tahu berkenaan ini. Jika mama Ace mendiamkan hal ini sepanjang hal ini berlaku. Apa alasannya?

Apa alasan yang mampu untuk buat pemuda di hadapannya ini menerimanya?

"Ilyan don't cry.." 

"Ace..." aku memegang bahunya. "It hurts me.. Even thinking about it make me want to vomit. I can't.. Aku tak boleh.." aku mencengkamnya. Bahunya aku cengkam. Air mata aku masih tidak berhenti. Ace masih bingung. Matanya menyakitkan untuk aku lihat. Aku tunduk. Aku mahu tenangkan diri ku, menghentikan tangisan ku ini. Tapi tidak sedikit pun aku mampu menarik nafasku untuk berhenti. Ianya menyakitkan. Sangat menyakitkan.  

Bunyi letupan mula kedengaran. Bingit tidak menarik perhatian aku. Aku tenggelam dalam kesesakan ini. Aku mahu tahu jika mama Ace tahu berkenaan ini, tapi bila aku dengar sendiri dari mulut Ace. Ianya menyakitkan. Sangat menyakitkan untuk aku terimanya. Betapa pemuda itu langsung tidak bersangka buruk tentang orang tuanya.

Sorakkan kumpulan remaja tadi mula kedengaran. Seharusnya, aku dan Ace datang ke sini dengan senyuman dan meraikan Christmas seperti mereka. Aku dan dia kini dalam dunia kami sendiri. Aku tak mampu mahu meneruskan ini. Tak mampu mahu mengangkat wajah memandang ke arah Ace. "You wanna know what hurt me the most in this story?" soal Ace perlahan. Tangannya naik ke wajahku, mengesat lembut. "That you cry for me.. That you never ask why didn't I stop him. That you never find excuses for that.." Dan ianya menyakitkan untuk aku juga. "Text her.." ujarku perlahan. Aku mahu tahu juga mengapa dan mahu dengar apa alasan yang diberikan.

Aku melihat Ace seketika sebelum kehangatan tangan Ace hilang dari kulit ku. Dia mengeluarkan telefon perlahan. Jarinya mula berlari. 

"Ma.. Dad raped me.."

Dia mengeleng perlahan. Aku pegang tangannya perlahan. Memberinya sedikit ruang. Aku lihat dengan mata ku sendiri, aku saksi kan segalanya hari ini, dan aku tak mahu hal ini berulang. "Listen to me.." aku menarik perhatiannya. "We talk, we confront her. And we decide." aku mengingatkan dia. Tangan aku perlahan aku tarik semula. Kembali memberi dia ruang untuk memulakan semula. Dia mula mendail number. Menanti panggilan itu di jawab. 

"Maa.."

"Hello?" aku tahu yang menjawab itu adalah papanya. Ace teragak-agak. Aku membuat isyarat teruskan. "Paa.. Ace nak cakap dengan mama." ujarnya. Dari suara nya jelas menandakan dia takut sekarang. Ragu dan tidak pasti. "You sihat?" telefon kedengaran tidak beralih tangan. "I'm not. I want to talk with mama.." Ace bangun perlahan. Dia memberi jarak. Duduk menjauh dari aku. Cuma dia dan dunianya kini. Aku mengangguk faham. Aku hanya memerhatikan belakang tubuhnya. Seketika aku memerhatikannya dalam samar pagi ini. Tidak sekali pun aku lepaskan pandangan aku dari belakang tubuhnya. 

Sesekali aku lihat dia tampak resah, turun mencangkung untuk seketika. Berdiri meraup wajah sendiri. Aku tampak jelas keresahannya malam ini. "Maa, I love you. I love you.." Dia mendekat. Aku bersedia. Aku menyambutnya dengan senyuman singgung. Dia mengambil tempat semula di sisi aku. Aku tak bertanya lanjut. Aku menanti dia membuka bicara. Aku menanti dia bersedia. 

"Kita balik jom.." Ace mengemas. Aku agak termangu dengannya ketika ini. Dia memasukan sampah ke dalam plastik sebelum bangun dan menanti aku untuk bangun semula. Aku tak mahu meninggalkan tempat ini tanpa jawapan. Dan aku tak boleh memaksa dia. Dalam ketika ini aku sedar, berbual dengan mangsa seperti Ace. Merupakan satu perbualan yang sukar. Mahu memahami Ace dalam posisi seorang mangsa juga sukar. Ace..

Aku mula melangkah mengekori belakangnya. "Ace.." memanggilnya. Dia tidak berpaling langkah di teruskan. Aku ralat. Aku takut mahu meninggalkan tempat ini. Tangan aku menarik kolar baju Ace perlahan. Dia berhenti dari menuruni anak tangga itu. Aku berada tiga tangga darinya. Gelap kawasan ini menyukarkan aku. "Ace, aku tak nampak.." sungguh bukan ini yang aku mahu keluarkan dari mulut ku. 

Tangan aku digapainya perlahan. "I will lead you.." Dan dia sendirian dalam gelap hidupnya. Ironi. Aku mengenggam lembut tangannya. Kami memulakan semula langkah menuruni tangga ini. Gelap kawasan ini tidak lagi terasa. Aku punya Ace dan aku tidak sendirian. Kami berdua. Tidak sendirian, "Aku ada beritahu Sarah berkenaan ini, tapi secara case study. Aku tak beritahu aku adalah mangsanya." Dia membuka bicara setelah beberapa ketika senyap sepanjang perjalanan. 

"The first question was 'Why didn't the boy tell her mom'.."

Sarah, kekasihnya.

"I taken aback when you ask do my mom know?

Aku masih menjadi pendengar. "Untuk seorang mangsa, ibu bapa adalah orang yang paling terdekat untuk mengenalpasti gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak. Ingat tak kau pernah baca nota ni dekat aku untuk tolong kau hafal." 

"Lepastu kau tanya aku, macam mana kalau mangsa anak yatim? Macam mana kalau mangsa tu tak punya ibu bapa. Kau tahu, bukan cuma anak yatim yang tidak punya ibu bapa." Dia ketawa kecil. 

"Kita jadi dewasa yang menyenangkan, kita jadi dewasa yang peka sekurangnya. Kita jadi dewasa yang melindungi ya.." 

Dewasa yang tidak salah. Aku berhenti lagi. 

"Kita jadi dewasa yang tidak pernah bertanya mengapa mangsa tidak meminta bantuan.." 

"Kita jadi dewasa yang.."

"Ace.." 

"Kita..." aku melepaskan tangannya perlahan. Dia terduduk. Aku berdiri tegak tidak memandang ke arahnya. "Kita jadi dewasa yang manusia." Tiada tangisan, tiada raungan. Cuma dia kedengaran kosong. Dan laluan ini kami teruskan semula tapi kini aku pasti yang berjalan sekarang cuma aku. Ace sudah tiada. Tinggal aku seorang yang menyelusuri laluan ini.

Aku dan dia entah bila melangkah sejauh ini. Aku sendiri tidak sedar kami sudah sampai ke bandar kami. Dan sekarang langkah kami hentikan seketika Ace berpaling memandang ke arah aku. "You are my home now Ilyan. I live in you." Dia ketawa apabila mengucapkan bait perkataan itu. Senyumannya mekar. Aku membalasnya ikhlas. 

"Home?

"Safe place for me.."

Hangat. Aku rasa kehangatan dari perkataan itu. Dia memberi laluan kepada aku. Aku mengambil langkah menuju ke apartment kami dengan senyuman. Langkah aku atur masuk ke dalam lif dengan senyuman. Menuju ke pintu rumah dengan senyuman. Kunci kami, aku masukkan dengan senyuman. Pintu ini aku buka dengan senyuman. Hangat perkataan tadi sedikit pun tidak hilang. A safe place for him. Dan aku berpaling melihat ke belakang. Aku melangkah dengan senyuman tadi tanpa Ace. Aku hilang sepenuhnya Ace malam ini. 

"You found your way for living. I don't blame you for that. Live well Ace. It was one fine night..

Comments

  1. Speechless! I'm assuming that Ace decide to 'let himself go' ke? then bruh why you torture me like that 😭??.

    I like how raw the emotions of Ilyan and Ace that you tried to convey through your writing, it's like I can feel Ace's misery and Ilyan's desperation to save Ace. Another thing what I love the most is that, you tried to highlight the issues in mental health @ depression, to me.. I can see that you had done a very good research about that topic πŸ‘πŸ».

    There are certain passage that to me is kinda blurry or it's quite hard to understand the scenario but what I enjoy reading it, it's when you manage to captivated me using your words to describe the feelings between the two characters. It's clean and a good oneshot to read, can definitely improve it next time.

    On the side note, I do appreciate that if you put some tags that can indicate the content of your story, bcs some of it really do triggered me while reading it, specially when reading Ace attempt suicide. Overall it was pain, really-really pain bruh to read this story 😭.

    I thought this is some kind of fluff or slice of life that I will read but noo you choose to give pain to your readers πŸ˜­πŸ™ŒπŸ».

    Kudos Z !

    ReplyDelete
    Replies
    1. To find again his step, breathing like a human being. He lives in a different world now. Inside Ilyan.

      Thank you for the suggestion about trigger warning tu!! Will fix it on my next entry. And I will improve my work!! Take care and lot of love!

      Delete
  2. your writing never dissapointing Z, i can feel those emotion, i can hear those voice, Good job :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. auw thank you! i wish you well, and I wish us to be dewasa yang manusia.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : π’‡π’π’“π’•π’š π’”π’Šπ’™

Feels