#2 FADED

All I remember about you is a lie...


Damien menongkat dagu, cuba untuk menumpukan sepenuh  bosan mendengar bebelan opahnya. Entah bila wanita ini naik Seremban 2 pun dia tidak tahu. Tahu-tahu sahaja sudah ada di rumah. Dia tahu ini mesti berkenaan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak kurang dari sebulan lagi ni.

"Opah kalau boleh nak kamu cepat-cepat kahwin Damien. Nak menanti abang kamu Emir tu sampai bila pun tak ke sudah bercicit aku ni." komen opah selamba. Damien masih lagi dalam posisi tadi menongkat dagu memandang air kopi di hadapannya. Dia hanya mendengar, tidak membantah atau menindak satu pun bicara orang tua di hadapannya. Kepalanya ligat memikirkan bagaimana mahu menghentikan semua ini tanpa melukakan hati sesiapa. Dia sebal apabila Melissa laju bersetuju berkenaan perkahwinan ini.

"Dengar sini Damien. Mama nak kamu kahwin dengan Mel, sebab mama tahu kamu mampu bimbing Mel." lembut sahaja pujukan Puan Aina. Dia tahu anak nya itu tidak gemar di paksa juga. Tetapi dia juga tahu Damien takkan ingkar. "Maa please respect kehidupan Damien, soal kahwin dan dengan siapa Damien akan berteman adalah keputusan yang paling penting Damien kena buat. Bukan semudah ini maa.." lembut dia mengawal nadanya, Masih juga bertegas dengan keputusannya.

"Kamu yakin Farrah tu tak ada kisah hitam dalam kehidupan dia?" soal mama tegas. Tak mahu mengalah juga. Damien harus mengikut semua katanya. Itu yang dia mahukan tidak kira Damien suka atau tidak, dia mahu bermenantukan Melissa. "Maa, mama sedar tak apa yang mama tengah cakap ni?" soal Damien sedikit tegang. Terasa benar dia dengan apa yang baru keluar dari mulut mamanya. 

Dia kenal Farrah cukup lama, dia tak perlu melihat sejarah hidup wanita itu untuk bersama dengan wanita itu. Tak perlu untuk dia melibatkan dirinya sejauh itu. "Apa yang salahnya mama cakap Damien? Mana yang salahnya?" tegas soalan itu diutarakan. "Kamu kena tahu sejarah perempuan yang kamu nak kahwini Damien, tiada dalam dunia ni yang namanya manusia hidup tidak punya masa silam yang kotor.." Ah, Damien mula meraup wajahnya. 

"Ma, listen... I don't care whatever nonsense yang you keluarkan dari mulut you sekarang. I really don't care... But not this one, mama tahu siapa Farrah dalam kehidupan Ian, mama kenal Farrah. Bukan macam ni caranya maa. Bukan macam ni caranya..." tekan Damien serious. Dia berani katakan ini, dia tahu mama sendiri tak menyedari perkataan yang keluar dari mulut sendiri. Mama jelas sedang terdesak sekarang, jelas. Entah apa yang dikejarkan dengan perkahwinan ini pun dia sendiri tak pasti.

"Okay my bad.." Puan Aina mengangkat kedua-dua tangannya mengakui kesalahannya. Damien mengeleng kepalanya perlahan. "Try to be close with Melissa ya, Damien.." tekan mama masih bertegas, Damien mengeleng perlahan. Dia bangun mahu berlalu dari situ  "Nak pergi mana lagi ni?" soal mama tak puas hati. Damien berpaling wajah opah dan mama di pandangnya satu persatu-satu. 

"Damien tak boleh nak kata apa-apa. Kalau mama dah sampai tahap macam ni.. Putih kata mama maka putihlah keputusan Damien.." Mekar senyuman Puan Aina. Dia mengenggam erat tangan ibu mertuanya.

Damien melangkah keluar dari ruangan makan itu, fikirannya ligat memikirkan bagaimana mahu menamatkan semua ini tanpa dia yang mengambil sebarang langkah. Memikirkan ini satu hal, memikirkan Farrah yang akan pulang lagi dua hari juga satu hal lain, bait janji yang di ungkap kelmarin masih jelas dia ingat. Masih terpahat dalam ingatannya. Ah semua ini memusingkan kepalanya, terasa begitu kusut.

*

Melissa mengeluh perlahan, dia memandang Damien yang berada dihadapannya itu tajam sebelum dia menjeling dan berlalu dari rak minyak wangi itu. Langkahnya di atur menuju ke ruangan ubatan yang berada di dalam watsons itu. Dia mengeleng apabila Damien masih mengikut langkahnya. Entah dari mana pemuda itu tahu keberadaannya pun dia sendiri tak pasti. "Please Mell, tolonglah aku.." rayu pemuda itu untuk kesekian kalinya. 

"Kau kena tolong aku Mel." Sedari tadi tidak henti-henti memujuk dirinya. Melissa hanya buat tidak tahu. Buat pekak, buat apa dia nak menghabiskan masanya mendengar masalah pemuda itu. "Bila nak mintak tolong aku baru tahu nak merayu, berlembut suara. Kalau tak, 7 petala langit dengar suara kau menengking-nengking aku." kutuk Melissa. Dia selamba sahaja terus melangkah sambil membelek supplement untuk kakinya itu.

Damien memicit kepalanya. Kenapalah dia kena berhadapan dengan manusia yang macam ni. Serabut tahu. Serabut rasa mahu menghentak kepala ni kuat ke dinding. Entah kenapa dia harus berhadapan dengan masalah seperti ini. 

"Listen aku akan sara pengajian kau dekat London nanti. Ni janji aku. Kau just lari sekarang aje Mel. Lari awal. Please." ah dia datang dengan idea gilanya lagi. "Kau nak suruh aku jadi anak buangan pulak. Kau senang lenang di puja-puja. Aku ni kau nak suruh cari nahas. Tak jantan lah bro sorry okay." selamba sahaja bahasa gadis itu. Dia masuk kan vitamin itu ke dalam bakul. Damien masih setia dia sisinya.

"Please Mel. Parents kita takkan berani buang kita." yakin sahaja nadanya. Melissa ketawa sambil mencuba gincu jenama Mac yang berada di tangannya itu. Dia melihat cermin perlahan sebelum berpaling kepada Damien. Ketawa tadi berubah menjadi sinis. "Damien sayang. Parents kau takkan buang kau. Tapi parents aku. Will really do that."

"But kau anak tunggal." Damien meyakinkan lagi Melissa. Melissa menghampiri Damien. Hampir tiada ruang antara mereka. Damien terus melangkah setapak kebelakang. Mengekalkan jarak. "Once anak derhaka Damien will forever jadi anak derhaka. Kalau aku lari terbang jauh dari Malaysia pun. I need to comeback again hadap dia. Aku tak sanggup nak hadap situasi di mana aku harus meratapi dosa yang aku nak lakukan sekarang."

"What about dosa yang kau lakukan sekarang Mel. Kau dah teruk dari apa yang kau sangka. Tak layak langsung bicara soal dosa." ejekan. Melissa tersentap. Riaknya berubah jadi bengang. "Sebelum aku sumbat gincu ni dalam mulut kau. You better shut the fuck up and go away." Damien ketawa. Gadis itu baru terhentak dengan batu yang di panggil realiti. Konon gadis suci tidak berdosa. Puihhh.

"Kau tercongok dekat situ lagi apa hal? Berambus lah."

"I won't leave you selagi kau tak setuju dengan  aku."

Melissa ketawa sinis, nampak benar Damien ni tidak kenal siapa aku lagi. Kalau bukan kepala aku jangan harap aku akan ikut lah.

"Mel please Mel. Lepas je kau blah aku cucuk lah ibu kata itu ini aku redakan ibu." Damien mengikut sahaja langkah Melissa yang kini berhenti di hadapan rak scrub pula. Gadis itu masih buat tidak tahu dengan rayuan Damien.

"Sayang you buat apa dekat sini ?" Damien terus berpaling. Kejap bodoh apa Farrah tiba-tiba muncul di belakangnya ni. Aduhh kata lagi 2 hari dan tak dan jumpa dalam Watson pulak. "Sayang you buat apa dekat sini?" Walaupuan perlahan Damien tetap dapat menangkap ejekan dari bibir Melissa. Dia memandang ke arah Farrah. "You tak call I pun kata you dah sampai." ujar Damien buat nada terperanjatnya.

Perempuan cantik di hadapannya itu tersenyum manis. Matanya masih memandang tepat ke arah Melissa yang berada dekat di belakang Damien. "Saje I balik tak bagitahu. Yelah. Nak suprisekan you. By the way, who is that girl?"

"Sepupu."

"Iya ke Damien, sepupu? Kita bukan.." Melissa pura-pura berfikir pula mahu menuruskan kata atau tidak.

"Diamlah Mell." Damien memotong terus. Farrah tampak memandang Melissa tidak puas hati. "Bukan apa?" soal Farrah terus. Damien garu kepalanya. Melissa ketawa kuat tidak kisah siapa berada di dalam Watson ketika ini.

"Bukan siapa-siapa, Damien sayang. Enjoy your day, apa-apa hal roger okay. But surely kau kena ingat kau tu siapa." selambanya. Damien memandang Melissa yang berjalan menuju ke kaunter dengan lengok gediknya. Tak kuasa dia nak menyemakkan diri dalam hubungan cinta sedemikian eiuw.

Dia berpaling semula ke arah Farrah. Ya Farrah, a.k.a masalah. Masalah besar. Dia mengeluh perlahan. "Sexy you punya sepupu." ujar Farrah sinis. Damien hanya ketawa sedikit.

"Farrah let her be. Sekarang ni I ada benda nak settle dengan you, berani ya you balik tanpa beritahu I.." geram Damien di buatnya. Naya jika Farrah tahu mengenai Melissa. Naya. Farrah jauh lebih bahaya dari Melissa. Boleh gila dia macam ni, rasanya sudah banyak kali perkataan gila keluar dari mulutnya tapi sekarang dia benar-benar sudah hampir gila.

πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«

"Sakit ibuu," perlahan suaranya memenuhi ruangan kamar itu, tubuhnya berpeluh dingin. Dia gelisah dalam tidurnya. Puan Aina yang berada di dapur itu terus berlari anak menuju ke arah Melissa yang berada di ruang tamu, perlahan dia mendapatkan Melissa, lengan gadis itu di usapnya perlahan. Melissa  menangis dalam tidurnya. Tubuh anak gadis dihadapannya ini berpeluh. Puan Aina jelas sekali sangat risau dengan hal ini, "Mell sayang.." lembut lengan Melissa di usapnya, mengejutkan gadis itu dari tidurnya.

"Mell, bangun..." rambut Melissa di usapnya lembut. Melissa perlahan memegang belakang tapak tangan Puan Aina, erat di pautnya. "Ibuu.." lembut dia menyeru. "Melissa.." Puan Aina masih berusaha mahu mengejutkan Melissa, sekali lagi tubuh gadis itu digoyangnya. Lembut. Melissa mula membuka matanya, berkelip beberapa kali cuba mencerna mengapa dia menjadi tumpuan. 

"Sorry aunty, Mel always bercakap dalam tidur." Terus dia mengesat air matanya. Lembab terasa tangannya. Perlahan dia mengukirkan senyuman. "Penat sangat ni sampai tertidur atas sofa macam ni.." rambut Melissa di usapnya penuh kasih. Melissa tersenyum perlahan. Ah melampau betul dia boleh tidur begini siap dengan mimpi lagi. 

"Assalammualaikum.." Melissa kenal sangat suara tu, baru tengah hari tadi mereka bertemu di mall. "Eh Damienn.." Mama terus bangun, Damien tidak pulang seorang. Pemuda itu bersama wanita yang dia jumpa di mall. Melissa spontan memandang ke arah mama. Puan Aina nampak biasa sahaja. 

"Assalammualaikum maa.." Teguk liur dia mendengar bagaimana wanita Damien menyapa Puan Aina. 
Manja sahaja wanita itu bersalaman dengan mama, Melissa perlahan bangun, memberi ruangan kepada kawan Damien untuk duduk di sisi Puan Aina. "Lama betul mama tak nampak kamu, ingatkan balik sekali dengan Damien.." Ah mereka saling mengenali rupanya. Melissa mengangguk perlahan melihat situasi itu. Dia tidak sebingung tadi. Langkahnya di atur mahu berlalu dari ruangan tersebut, memandangkan Damien pun sudah mula beri isyarat padanya untuk dia berlalu.

"Maa, Ian bawa Farrah ke sini untuk kenalkan pada mama.." Jelas dan tegas bicara pemuda itu. Melissa buat tak reti sahaja, lantaklah mereka, dia pun bukan ada fikir atau apa-apa perasaan pada Damien, padanya kalau Damien buat begini pun yang mungkin bermasalah adalah pemuda, "Farrah, Damien ada beritahu kamu tentang perancangan mama?" dan spontan itu juga Melissa berlari anak mendapatkan Puan Aina. 

"Aunty...." panggilnya dengan nada cuak, dia memandang tepat ke arah Puan Aina. Memegang tangan Puan Aina erat. "Ikut Mel ke dapur kejap." dia spontan menarik lengan Puan Aina. Nak tak hendak terpaksa juga Puan Aina mengikut langkah anak sedaranya ini. "Auntyyyy.. Can you help me?" suara di perlahankan, sesuatu yang besar ingin disampaikan. "Tentang apa?" wajah tua itu mula cemas. 

"Sekarang ni Ian bawa that girl to you as salam perkenalan please don't tell her about what your plan aunty.." lembut bicara Melissa, dia memang katakan tadi, dia tak pedulikannya. Tapi dia tak mahu hal itu berlaku di hadapannya. 

"Biar kan Ian yang bagitahu semuanya.. Let him talk, atleast do that.." pujuk Melissa lembut. Senyuman terukir pada wajah Puan Aina. "Ian tak nampak ini pada kamu, Mel. Mama harap Ian terbuka hati untuk kamu.." Melissa hanya mengangguk mengiakan kata mama Luqman, dia sendiri tidak jelas dengan apa yang diungkapkan mama. "Mel tolong buat kan air okay.." Tidak mahu berlenggah dan berasa terlalu janggal. Dia mencari kerja.

"Dia siapa?" Farrah melabuhkan punggung di sisi Damien. Dia memandang ke arah dapur walaupun langsung tidak kelihatan kelibat manusia di situ. "Sepupu I je Farrah," Damien mengawal riaknya, nak tercabut juga jantung tadi dengan bicara mama. Mujur Melissa masuk benang tadi kalau tidak sudah satu hal pula dia mahu meleraikan pergaduhan yang mungkin akan tercetus nanti.

"Oh sepupu je tapi macam rapat sangat je dengan mama.." komen Farrah tidak puas hati. Damien ketawa perlahan. Farrah dan sifat cemburunya langsung tidak berubah, "Damien.. Mama you macam sukakan Melissa sangat je.." Memang pun, dia akui mama begitu menyayangi Melissa, sejak dari dia kecil lagi dia masih ingat setiap pembelian mereka di pasaraya pasti ada satu item yang akan menjadi milik Melissa. 

Setiap permintaan Melissa akan cuba dituruti. Banyak lagi hal dalam setiap keputusan akan melibatkan Melissa. "Melissa tu baru 21." komen Damien. Ah dia cuba sedaya upaya tidak mahu berbual ke arah itu. "Jauh juga umur you dengan dia kan?" Jelas sahaja Farrah tertanya-tanya tentang siapa Melissa. "Jauh juga, I was in my high school she still counting 1 to 10 kut and always forgot her six.." Damien ketawa kecil. Mengingatkan Melissa yang masih tak pandai mengira walaupun sudah berusia 9 tahun ketika itu. 

"Lol I still lupa my six tau everytime kira 1 sampai 10.." komen Farrah, dia simpan senyumnya. "Eleh you apa je yang you tak lupa, kat Berlin tu kalau tak ada I confirm sangat lah Farrah you always demam sebab lupa you punya scarft sometime forget to wear your stocking and all." Lengan Damien pantas di cubitnya, pandai benar pemuda itu mengusiknya. Ketawa Damien meletus. "I sejuklah Damien, can you hold my hand?" ejek Damien tak sudah, siap buat mimik muka dia mencapai tangan Farrah, berpura-pura mahu  memasukkan tangan wanita itu ke dalam poket seluarnya. 

"Damien, nanti mama you nampak lah.." ketawa Farrah meletus dia menarik lembut tangan dari Damien. Damien sudah lebih mendekat pada nya, pemuda itu duduk bersilang kaki bersandar dekat padanya, selamba sahaja. "You tak nervous ke?" usik Damien. Dia mula duduk tegak apabila Melissa datang membawa minuman untuk mereka. "Minumlah." Melissa sekadar berbahasa. Dia mencapai handbagnya terus dan buku di atas sofa di tepi Damien.

"Kau nak pergi mana?" soal Damien terus. Melissa sekarang boleh dikatakan tinggal dirumahnya. "Naik atas,  aunty suruh aku tidur sini sementara.." Ringkas jawapannya. Melissa perlahan menarik skirt sendatnya ke atas sedikit menampakkan betisnya. Dia mengemaskan skirtnya memandang ke arah Farrah. Keningnya di angkat sedikit. "What?" Tanya selamba, Damien memandang Farrah. Pasti ini pertama kali Farrah berjumpa perempuan se'daring'  Melissa. "She older than you okay Melissa, respect sikit.." Tegur Damien. Melissa ketawa kecil.

"So what? You tengok apa?" soal Melissa sekali lagi lebih serious. "Tak ada apa.." pantas Farrah menjawab. Jelas dia lihat bentuk tubuh Melissa, tinggi gadis muda itu, bentuk tubuhnya yang ramping dan dalam masa yang sama berkulit gebu itu, siapa sahaja yang tak memandang selama dia memandang Melissa tadi. "You want my body? Work for it.." Penuh yakin komen Melissa, tak ada riak segan langsung, Farrah tersenyum dia tahu budak budak muda baya Melissa agak jenis berterus terang.

"Melissa.." Melissa berpaling, Puan Aina menatang dulang berisi kuih dan manisan. Spontan Melissa mendapatkan dulang itu membantu wanita itu menghidangkannya ke atas meja dihadapan mereka. Damien memerhatikan laku Melissa, dihadapan mama bukan main sopannya. "Aunty, Mell naik dulu okay.." pinta Melissa lembut. Dia sempat menarik seketul karipap memasukkannya perlahan ke dalam mulutnya.
 
"Bilik kanan okay Melissa.." Melissa hanya melambai mendengar arahan Damien, malas mahu berbicara banyak, mulutnya penuh sedang mengunyah. Langkahnya di atur ke kiri menuju ke ruangan kamar Damien dan Emir, dia melangkah selamba sahaja menolak masuk pintu kamar itu. "Eh abang, buat apa kat dalam ni?" soal Melissa aneh, dia memandang tepat ke arah Emir yang sedang berbaring di atas katil yang dia yakin milik Damien sekarang, takkan dia salah masuk bilik pulak?

"Sorry, abang tumpang tidur je dalam ni.. Mel nak guna bilik ni ke?" Emir perlahan merubah posisinya kepada duduk. "Mel tidur bilik tamu jelah." ringkas dia membalas. "No no bilik tamu aircondnya tak okay tu.." Perlahan Emir bangun cuba untuk berdiri, kepalanya agak pening, tapi digagahkan juga untuk bangun. 

"Abang tak sihat ke?" soal Melissa spontan mendekat menghampiri Emir. Lengan pemuda itu spontan dipegangnya, "Migrain and fever." ringkas sahaja dia menjawab. Melissa kembali membantu Emir untuk duduk semula. "Macam tu abang tidur jerlah sini, Melissa tidur bilik abang.." ujarnya selamba.

"Abang tidur sini sebab bilik abang bau rokok.." tawa kecil terlepas. "Tak apa, Mel buat apa yang patut.. Tapi nanti abang kena bayar ah.." usik Melissa selamba, "Sorry Mel.." Emir hanya mengangkat tangan sedikit, Melissa mula melangkah menuju ke arah kamar yang agak tersorok itu, buka sahaja pintu memang bilik itu agak berbau rokok sikit, perlahan dia menuju ke arah tingkap. Memberi ruang udara memasuki bilik Emir. Normal bagi lelaki berbilik begini.

Perlahan dia melabuhkan punggungnya dia atas tilam, bersandar dengan satu tangannya dan satu tangan lagi digunakan untuk memegang telefonnya. Seketika kemudian dia bangun menuju ke meja kerja Emir, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Frame gambar yang terletak di sudut meja pemuda itu. Senyumnya terukir, mereka berlima. Dia, Emir, Damien, Atiqah dan Farouq yang masih pada usia kanak-kanak lagi, cuma Emir dan Damien sahaja yang tinggi lampai. 

Dia mula memandang ke arah lain juga melihat jika ada sesuatu yang boleh dilihatnya, ah banyak kertas sahaja dan buku. Perlahan langkahnya mula di atur semula ke katil, berbaring kembali keatas katil semula. Rambutnya yang sememangnya terikat itu perlahan dibuka ikatannya, supaya lebih selesa. Seketika sahaja dia melelapkan matanya dia sudah dibuai mimpi. 

*

Emir melangkah ke kamarnya semula setelah dikejutkan Damien, dia mengaru perlahan kepalanya, masih mamai dan pening dalam satu masa, ruangan kamar yang gelap, langkahnya terus di atur ke katil berbaring kemudian kembali tidur. Damien pula mula keluar dari biliknya menuju ke kamar tamu yang terletak di hujung ruangan atas itu. Melintasi ruang tamu ke dua yang memang kosong tidak berpenghuni.

Dia menolak pintu bilik itu kasar, mahu mengejutkan Melissa supaya bangun kerana sudah maghrib. Bingung dia seketika melihat kamar itu kosong. Kemana minah ini pergi? Ke sudah balik? Tapi takkan mama tak tahu, yelah mama yang suruh dia kejutkan Melissa sekarang ni. Ligat kepalanya memikirkan kemana lagi gadis itu boleh tidur.

Dia mengaturkan perlahan langkahnya menuju ke arah bilik Emir pula, pintu bilik itu terbuka luas, Emir sudah tidur nyenyak di atas katilnya. Matanya tertumpu pada kaki yang terjulur di tepi katil sana. Melissa pula sedang mengengkrot kesejukan di atas lantai. "Oii.. Oii.." kakinya menunjal perlahan betis Melissa yang terdedah itu, disuruh tidur di bilik tetamu di sini pula gadis gedik ini tidur, dasar tak tahu malu. Melissa menepis perlahan, dia mula menarik selimut yang terjuntai di atas katil itu membaluti tubuhnya. Untuk kesekian kali dia mengeluh kesejukkan. 

"Bangun, maghrib already..." tegur Damien sekali lagi  menunjal kaki gadis itu, cuba untuk tidak naik angin. Seketika dia menanti, sebelum dia menarik selimut itu menyelubungi Melissa dan tubuh gadis itu dicempungnya. Melissa yang terperanjat masih cuba untuk memahami situasinya yang dimana dia kini berada dalam kendongan Damien. Dia cedera semasa tidur kah? Matanya dikesat perlahan. 

Baru dia mahu membuka mulutnya tubuhnya melayang dilempar Damien, menghemmpas air kolam yang tenang. Dia kini sepenuhnya sedar. Cepat dia cuba keluar dari selimut yang mula memberat disebabkan basah dengan air kolam, dia mula terkapai-kapai. "Whats wrong with you?" jerit Melissa kuat. Dia masih sedaya upaya cuba keluar dari selimut itu. "Ya Allah, Damienn.." Puan Aina dan Encik Sufian sudah keluar apabila mendengar jeritan padu dari Melissa. 

"What? Ian kejut tak mahu bangun, itu makan dia.." selamba sahaja dia membalasnya. Damien sudah berura-ura mahu blah dah dari situ, tapi teringatkan sesuatu dia berpaling memandang ke arah Melissa semula, gadis itu tampak terkapai-kapai juga. "Help her or both of you stay outside."  ringkas dan padat bicara Encik Sufian, dia menolak kasar Damien turut sama terjunam ke dalam kolam, "Help Damien.." Melissa masih terbelit dengan selimut yang membalutinya, kakinya mula terkapai-kapai. Damien yang memandang geram ke arah papanya itu tidak menyedari yang Melissa semakin tenggelam. 

Tidak sehingga dia berpaling kearah Melissa setelah mama dan papa meninggalkan cuma mereka berdua sahaja di luar. "Melllll.." pantas dia berenang menghampiri gadis itu, tubuh Melissa di rangkul naik ke atas sedikit. Di julangnya sedikit tinggi bagi ruangan untuk Melissa bernafas. Dia memandang cemas ke arah wajah pucat Melissa. "Youu okayyy?" Soalnya sedikit cemas, bukan sedikit. Sangat cemas.

Membantu Melissa keluar dari selimut itu kerana dia sediri terasa beban ketika mengangkat tubuh gadis itu tadi. "Mell.." Melissa memandang ke arah Damien seketika dia terdiam, masih tidak percaya dia hampir lemas, dia perlahan cuba melepaskan diri dari Damien, tangan Damien yang merangkul belakang dan pinggang itu terlerai. Kakinya cuba memijak lantai kolam renang. "Aku okay.." Balas Melissa tenang. Selimut yang terapung itu di tariknya perlahan, membawanya ke sudut tepi kolam, sebelum dia melonjak tubuhnya naik ke atas. 

Damien mengigit bibirnya perlahan, mula rasa bersalah apabila melihat Melissa yang duduk di lantai, perlahan dia naik ke atas, mendekati Melissa. Belakang gadis itu perlahan di usapnya. Menenangkan Melissa, "Are you okay, Melissa?" soal Damien sekali lagi. Melissa yang memang menahan geram dan marah sedari tadi ketawa kecil. Memikirkan dia hampir lemas tadi, Damien bukan tidak tahu dia tidak pandai berenang, dia pasti Damien tahu tentang hal itu. 

"Are you okay Melissa?" ejek Melissa. Ketawanya meletus betul kali ini, "Payah rupanya kau nak minta maafkan.." dia memandang tepat ke arah Damien. Damien terdiam, dia tahu Melissa sedang marah. Tapi dia masih punya ego di dalam dirinya, seakan-akan bukan suatu hal yang besar dengan apa yang baru dia lakukan pada Melissa tadi. Melissa bangun perlahan apabila dia nampak Emir menuju ke arah mereka. Tuala di hulurkan padanya. Perlahan dia mengelap sedikit air yang menitik di tubuh dan pakaiannya.

"Are you okay, Melissa?" Perlahan dia berpaling ke arah Emir. Dia mengeleng, langkahnya diatur menuju ke dalam, bersama Damien seketika tadi agak sedikit buat dia trauma, siapa sangka pemuda itu hampir menyebabkan dia bertemu tuhan pada usia 21tahun ini, mujur Damien masih berfikiran waras tidak mahu dia terbunuh dan menjadi hantu dirumahnya. "Sial.." perlahan tapi cukup untuk dia memuaskan hatinya sedikit.

TO BE CONTINUED...

Comments

Popular posts from this blog

ADDICTION

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : π’‡π’π’“π’•π’š π’”π’Šπ’™

Feels