#1 FADED

Melissa menjerit kuat apabila masuk ke dalam kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur itu. Dia melepaskan tekanannya dengan menari. Hari ini sahaja dia sudah ditimpa banyak masalah. Dia dipanggil untuk menghadap ketua jabatannya. Bukankah itu masalah besar. Ya masalah besar apabila dia baru dapat surat amaran kerana terlalu banyak ponteng kelas. Dan pulang sahaja dirumah tadi wajahnya sudah berbekas dengan kesan tamparan mama.
Dia peduli apa, bukan dia mahu sangat belajar ni. Dia berjalan ke tengah lantai tari itu. Malam ni dia bertank top tali halus. Dan skirt pendek yang hanya menutup punggungnya. Sekiranya angin bertiup terselaklah semua aset-asetnya. Dia menari rancak di atas lantai tari itu. Tubuhnya bergesel dengan pemuda pemudi di situ. Langsung tidak kisah kerana sudah terlalu mabuk. Penuh bernafsu dia menari melepaskan giannya.
Setelah penat. Dia kembali kepada rakannya yang berada di sofa di sisi kelab malam itu. 3 orang rakan kampusnya dan seorang gadis luar. Dia duduk di tepi Sam. Gadis tomboy yang merupakan teman baiknya itu. Sam menghulurkan segelas vodka kepadanya kemudian dia tersenyum meneguk rakus sebelum tersandar pada bahu gadis itu.
Gadis itu membelai lembut pehanya. Mencengkam. Dia sudah biasa belaian nakal gadis disisinya ini. Mereka sama-sama mabuk. Sama-sama menikmati perkara ini. Alah kalau bersama perempuan apa salahnya kan? Dia masih punya dara semestinya. Itu boleh dipanggil prinsip kah? Tapi itulah hakikatnya.
Sam mula mencium lehernya perlahan. Melissa mencengkam rambut belakang gadis itu menikmati setiap kucupan di lehernya. "I'm getting wet." bisik Melissa. Dia terdongak. Mengigit bawah bibirnya. Menikmati belaian Sam. "You will taste the paradise a minute from now." Sam mula nakal mengusap inner tightnya. Tangannya nakal mahu menyentuh g-string yang di pakai Melissa. Dan tidak semena-mena tubuh yang sedang di usapnya itu di rentap supaya berdiri.
Dia tersentak. Dia yang sedang khayal dengan asmara tadi di kacau pula. Siapa yang sial sangat ni? Dia memandang manusia yang selamba mengacaunya tadi. "Balik." satu arahan. "Kau siapa ? Aku tak kenal kau! Apa hal nak paksa-paksa aku?" Melissa mahu kembali semua kepada rakan-rakannya. Sam tampak begang juga.
"Weh bro, kau pahal kacau member aku pulak ni." Gadis itu mula bangun mahu membantu Melissa.
"Kau jangan campur. NUR MELISSA IWANI BALIK!" tengking pemuda itu. Dia merentap kasar tangan Melissa. Gadis itu mengaduh. Dia masih bekeras mahu tinggal di situ. Pemuda bertubuh tinggi lampai itu terus mengendongnya di atas bahu. Merah wajah Melissa. Gilalah. Dia dikendong di atas bahu. Sampai sahaja di ruang parkir. Dia terus di turunkan.
"Kau siapa sial?" jerkahnya berani.
"Jaga mulut kau. Jangan cabar aku. Masuk dalam kereta sekarang." arah pemuda itu. Melissa memandang pemuda yang bertubuh tidak terlalu tegap itu. Tak sado weh. Cuma kurus yang tegap. Wajah boleh tahan kacak. Tetapi hampeh. "Aku tak naik kereta dengan stranger okay. Aku datang sini bawak kereta."
"Mana kereta kau?" soal lelaki itu. Melissa menjuihkan ke arah kereta porsche paramera warna hitam itu. Lelaki itu masuk ke dalam keretanya. Mengambil stereng lock kemudian memusingkan beberapa kali sambil berjalan menuju ke arah kereta Melissa.
Tap. Berderai cermin hadapan kereta itu. Apa sia ? Melissa terus menjerit. Gila apa sial dia ni. Dia terus menghampiri. Baru mahu melangkah. "Masuk atau sekali lagi aku hentak benda ni." tengking pemuda itu. Dia rasa nak pecah kepalanya apabila pemuda itu mengugutnya begitu.
Dia terus masuk ke dalam kereta milik lelaki itu. Lelaki itu melangkah semula kearah keretanya. Masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Melissa sudah berura-ura mahu keluar semula melarikan diri. Baru mahu memulakan langkah. Kain nipisnya di tarik hingga koyak. "Wehhhh.. Apa mind fuck sangat attitude kau ni sial? Kau ni siapa bodoh?" jerit Melissa. Dia mahu menangis. Apa bodoh siapa dia ni?
"Aku sepupu kau. Damien Emir."
"Eh bodoh, aku tak kenal kau bodoh." ujar Melissa geram. Damien berpaling ke tempat duduk belakang. Mencapai selimut kemudian menutup peha Melissa.
"Tak guna. Kau tahu skirt ni aku beli beratus ringgit?"
"Skirt buat sapu tangan?" soal Damien sinis. Dia memandu tenang kini.
"Tadi dekat club kau buat apa? Beromen public? Beromen sejenis? Tak sangka aku, kau lesbian. Aku report dekat ibu dengan ayah nanti."
"Diaorang tahulah."
"Joke on you." ejek Damien. Dia malas mahu berbual dengan Melissa banyak-banyak. Terlalu banyak carutan dari gadis itu. Dia pula penat mahu dengarnya. Dia terus mematikan suaranya. Memandu dengan tenang.
Dia mengerling ke arah gadis itu sekali lagi. Seriously wearing tank top without wear any bra inside ? Got no chill lah. Dia kalau tak kenal siapa Melissa ni. Memang dia berhenti tepi jalan kendurikan gadis itu. Tetapi haih.
"Uncle suruh kau duduk rumah parents aku."
"Aku ada class lah esok."
"Sejak bila kau fikir pasal kelas?" ejek Damien. Dia tahu perangai gadis itu. Sejak dia di Berlin, mamanya asyik membebel berkenaan sepupunya itu. Kasihan Uncle Raif kerana punya anak yang liar sebegitu. Dia yang pening kepala mendengarnya.
"Hantar aku balik!"
Damien hanya memekakkan telingannya. Sampai sahaja di pekarangan rumahnya. Dia membuka pintu di bahagian Melissa. "Turun." arahnya. Melissa hanya memakukan diri.
"Aku kata turun." kasar dia memaksa.
"DON'T YOU EVEN TRY TO SHOUT INFRONT OF MY FACE SON OF BITCH."
Okay ni melampau son of bitch? She really insulting my mom sekali.
"Say it again? You will catch my hand." tengking Damien.
Melissa diam. Dia tahu dia terlanjur kata tadi. Tetapi dia hanya membatukan diri. "Get your ass out of my car now." Damien masih dengan nadanya. Ah sabar dia sudah sampai satu tahap. Dia merentap Melissa turun dari kereta. Gadis itu terjatuh di atas lantai parkir rumah Damien. Sakit.
Damien menutup kuat pintu keretanya. Dia mencengkam lengan Melissa. Menarik gadis itu masuk ke dalam rumah. Melissa masih meronta-ronta minta lengannya di lepaskan.
"Mama, I'm back, I BRING YOU A NEW VICTIM MOM. BOLEH LAH DATANG BAWAH NI AZAN KAN TEPI TELINGA DIA." Damien melaung memanggil mamanya. Dia menolak Melissa ke atas sofa. Tetapi gadis itu tidak seimbang. Dia jatuh tergolek di atas permaidani ruang tamu pula.
"Ya Allah Damien, kenapa berkasar macam tu." pantas Puan Aina membantu Melissa bangun. "I supposed to respect her?" soal Damien semula. Dia memandang mamanya. Menanti jawapan tetapi tiada. "No? Because she doesn't deserve it." Damien mengutuk selamba.
"Damien pergi naik atas. Biar mama cakap dengan Melissa." Arah Puan Aina lembut
"Okay mama,." Dia berlalu naik ke atas. Dan kebetulan abangnya melangkah turun ke bawah dengan cawan kosong di tangan. "Kau pergi mana baru balik?"
"Ambil sepupu kesayangan kau dekat club." Damien malas mahu melayan abangnya. Dia tidak gemar mana berbual sebenarnya. Dia rasa tiada apa yang dia boleh bualkan. Jadi lebih baik mendiamkan diri.
Dia terus melajukan langkahnya meninggalkan abangnya. Wafi Emir baru mahu membuka mulut bertanya siapa. Tetapi adiknya itu sudah berlari mendaki anak tangga.
Sampai sahaja dibawah Emir terus terperanjat melihat mamanya sedang berbual dengan seorang gadis yang sungguh seksi. Dia menelan air liurnya. Gila apa pakai seksi macam tu. Putih melepak pula. "Emir," tegur mama. Dia terus memamdang mamanya.
"Pergi ambil air tu, kemudian naik atas." Laju sahaja dia mengisi air ke dalam cawannya kemudian terus naik ke atas. Dari kena bebel baik dia ikut arahan. Puan Aina mengeleng perlahan..
Emir mudah jatuh pada nafsu. Manakala Damien fikirannya agak jauh berbanding Emir walaupun Emir adalah abang. Damien lebih pandai menilai mana baik dan buruk. Kerana itu yang dia suruh untuk menjemput Melissa adalah Damien.
Jika Emir, harus mereka terus singgah dihotel untuk beberapa jam. Bukan dia tidak percaya. Dia tahu perangai anaknya itu. Ramai yang sudah mengadu berkenaan anaknya itu.
"Melissa Iwani, ingat siapa saya?" soal Puan Aina selepas memastikan anak-anaknya itu naik ke atas. Melissa mengangguk. Ini mak long, kakak kepada mama jadi dia kenal siapa wanita di hadapannya ini.
"Maafkan anak aunty ya, dia tak tahu, tak mahu berlembut sedikit." Melissa buat muka. Dia geram tangannya masih sakit. Tubuhnya juga. Tak pernah ada lelaki yang berani berkasar dengan dia. Dan tiba-tiba Damien itu buat dia macam bukan perempuan.
Ah ego dia tercabar betul ni. "Melissa mengantuk aunty."
"Baiklah. Pergi naiklah di ruang atas. Bilik hujung belah kiri." ujar Puan Aina lembut. Melissa terus meninggalkan Puan Aina melangkah naik ke ruang atas. Dia mahu baring cepat. Serabut.
Dia terus ke bilik yang di katakan oleh Puan Aina. Dan terpampang Damien yang hanya bertuala sedang menyarung baju. Dia terjerit. "The hell are you doing ?" Damien menolak Melissa keluar dari biliknya. "Your room tu kat sana. This is mine." Dia terus menutup pintu kuat.
Terangkat bahu Melissa. Gila. Seksi. Emir keluar dari biliknya. Dia masuk semula apabila ternampak kelibat Puan Aina menghampiri. Fuh. Baru nak first step nampak Puan Aina terus dia masuk semula.
"Di sini Melissa bilik kamu." Malunya. Dia terus membawa Melissa ke bilik yang di katakan. Sebenarnya bilik belah kanan dia tersilap sebut. Bahana betul, nyaris perang kedua berlangsung, bukan dia tak dengar semua pekikan dan lengkingan dari mereka berdua ketika sampai tadi.
💫💫💫💫💫
"Damien bila nak masuk office?" soal Encik Sufian. Dia menyapu kaya di atas rotinya. Matanya memandang sekeliling. Mencari kelibat isterinya dan Emir. "Mana abang dan mama kamu?" satu soalan baru keluar sebelum sempat soalan lama di jawab oleh Damien. Pemuda itu ringkas mengangkat bahu sebagai satu jawapan.
"Malam tadi anak pak ngah kamu datang sini?" lagi bertubi-tubi soalan dari papanya. "Pa, kalau papa gantikan cermin kereta porsche Melissa boleh? Damien pecahkan semalam. Ter, okay." Encik Sufian tersedak. Cermin kereta tu cecah ribuan ringgit. Apa yang anaknya fikir bila pecahkan cermin kereta itu?
"Paaaaa boleh tak?" soal Damien. Encik Sufian mengangguk. Boleh tu boleh aje. "Tapi Damien kena mula kerja minggu depan lah." okay jawapan untuk soalan pertama terjawab. "Damien mula kerja minggu depan." Dia mengangguk sahaja. Duduk di rumah sahaja bukan buat apa sepanjang dia habis belajar hari itu.
Damien menyuapkan roti ke dalam mulutnya. Setelah sekeping habis ditelan dia meletakkan nasi goreng ke dalam pinggannya. Emir menarik kerusi duduk di hadapan Damien. "Eh engkau bila masuk kerja." soalan yang sama lagi. "Minggu depan." Di balas oleh Encik Sufian.
"Mana adil. Damien balik Berlin dapat rehat dua tiga minggu. Hari tu Emir balik terus kena masuk kerja." bebel Emir. Dia tak puas hati betul. "Kamu nak rehat juga ke ?" soal Encik Sufian. Emir mengeleng laju. Encik Sufian tahu anaknya seorang itu tak boleh kalau tidak bekerja. Sangat-sangat rajin.
Cuma satu sahaja kurang Emir. Pemuda itu sosial. Dan sukar untuk di bendung. Dia dan Aina sentiasa risaukan Emir berbanding Damien. "Mama kamu mana ?" soal Encik Sufian sekali lagi.
"Ada dekat atas pa. Emir kena pergi site ni. Jadi kena gerak awal." Emir bersalaman dengan papanya. Dia terus berlalu pergi. Sempat dia menumbuk bahu Damien sedikit. "Aku gerak dulu. Tak sabar nak jumpa kau di office." ujar Emir kuat sambil berlalu keluar dari ruangan makan.
Damien hanya mengangguk.
"Damien kamu naik pergi tengok mama kamu kejap." Damien bangun perlahan. Berlari anak ke tingkat atas. Mencari mamanya. "Damien mama sakit perut ni." Keluar dari bilik Melissa terus mengadu sakit perut. Puan Aina tampak memegang perutnya sebelum terkejar-kejar mencari tandas. "Tolong kejutkan Mel. Mama nak ke tandas." Wanita itu tampak begitu runsing. Kejap what happen here? Melissa berkasar ke dengan mama dan mama mencari alah supaya aku tak tahu? Bisik hati Damien. Ah bila berkenaan Melissa dia pasti berfikir sesuatu yang buruk.
Damien menghantar mamanya dengan pandangan mata. Kemudian terus berjalan menuju ke arah bilik Melissa. Gadis itu sedang tertidur pulas. Amboi bukan main dia, adab letak dekat mana entah. Tidur rumah orang kemudian bangun lambat.
Perempuan jenis apa pun dia tidak tahu. Damien bergerak perlahan menarik comforter yang membaluti tubuh Melissa. "Kau tak reti nak bangun ke?" kasar. Dia geram betul tu.
"Eih tak reti bahasa ke? Aku mengantuk lagi? Nak paksa orang bangun pula." bengkak hati Melissa. Kenapa dalam rumah ini semuanya suka menyibuk hal orang? Benci. Jika dia mahu tidur biarlah dia tidur. Untuk apa menyemak suruh dia bangun semua.
Kasar Damien menarik Melissa. Jatuh lagi gadis itu. Melissa merunggut. Tubuhnya tidak pernah diperlakukan sekasar itu oleh mana-mana lelaki. Perlahan dia membetulkan rambutnya. Panjang dan serabut apabila baru bangun tidur. Dia bangun berdiri berani memandang Damien.
"Kau ada masalah dengan aku ke? Sakit otak ke?" soal Melissa kasar. Sakit otak dikatanya aku? Hey perempuan aku sakit otak sejak aku jumpa kau lah. kutuk hati Damien.
"Busuk lah baru mulut. Bau air kencing." pantas Melissa menutup mulutnya. Otak dia lah weh. "Muka buruk mulut busuk." kutuk Damien. Muka aku buruk? Melissa meraba mukanya. Dia berjalan menuju ke cermin. Okay aje cantik masih putih bersih.
"Mulut jahat. Berambus sana." kasarnya bahasa. Tak sepatutnya seorang gadis mengeluarkan bahasa sekasar itu. "Hello ni rumah aku. Apahal?" Damien menunjal bahu Melissa, kasar dia menolak bahu gadis itu. Melissa mahu membalasnya semula tetapi terhenti apabila mendengar deheman mama Damien.
"Damien, Mel sudah lah tu bergaduh. Mari turun makan." Damien terus berlalu pergi. Benci dia menghadap Melissa ni lama-lama menyakitkan mata sahaja. Sudah lah kurang ajar, tiada adab dan suka berpakaian tidak senonoh.
💫💫💫💫💫
Melissa duduk di hadapannya. Bersama ibu dan ayah gadis itu. Dia mengeluh perlahan. Kenapa dia kena terlibat dalam perbincangan ini? Dia mahu keluar bertemu sahabat lamanya yang sudah lama tidak bertemu itu. Dia bosan tahu mahu menghadap gadis itu sentiasa.
"Kamu dan Damien akan berkhawin."
"WAIT WHAT?!" serentak mereka menjerit. Dua keluarga itu hanya diam sahaja. "Damien mama minta maaf. Tapi kamu kena khawin dengan Melissa. Kamu tak mahukan mama kecewa dengan kamu?"
"Mama tak kecewa ke punya menantu macam Melissa? Mama tahukan Damien dah ada Farrah kenapa mama buat Damien macam ni?" soal Damien. Perh panas bahasa pemuda itu. Melissa lagi panas. Amboi macam hina sangat aku ni.
"Tak cerita dia sekarang ni macam aku pulak terhegeh-hegeh nak kahwin dengan kau? Eee tolonglah. Pinggan tak retak nasi tak dingin. Kau tak hendak berjuta juta kali lagi aku tak hingin." Bengkak sahaja hatinya.
"Hah tengok tu bahasa dia pun tak elok. Damien tak nak maaaaa.." Damien memujuk.
Ibu dan ayah Melissa sudah beriak sedih. Mereka terasa hati. Damien mengutuk anak gadisnya walaupun itu sememangnya perkara yang sebenarnya. "Tak apa lah, Aina. Kak long pun tahu perangai Mel ni. Bagi free kat orang pun belum tentu orang nak." pasrahnya ayat. Pasrah itu menyerah. Menyerah itu kalah. Dan Melissa bertambah panas hati mendengar ayat meruntun jiwa begitu.
"Eh ibu. Mel baru 21 it still tooo early for me lah ibu. Tolong jangan kolot." Amboi bahasa tu.
"Ayah nak Mel kahwin supaya ayah tak tanggung dosa Mel dah." Damien gelak kuat. Weh serious huru-hara. Macam nak berperang pun ya juga. Dia lihat wajah Melissa seperti cencorot. Benci gadis itu asyik di kutuk sahaja. Apa boleh buat. Nak tak hendak dia kena lah juga tadah telinga ibu ayah dah letih dengan dia.
"Damien tak mahu."
"Damien. There no excuses honey. Mama dah tempah pelamin. Dah buat kad khawin. Mama bagitahu ni cuma nak Damien tahu je. Bukan nak mintak kebenaran Damien pun."
What the hell? Kenapa semua play that role siot? Gila mind blow perangai masing-masing sesuka hati memaksa dia begini. Dia boleh je pura-pura bisu waktu akad nikah nanti. Ah dia tak boleh macam ni. Dia memandang wajah mamanya meminta penjelasan. Apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dia rasa teruk sekarang.
Perkahwinannya sudah di atur dan dia cuma harus menyiapkan diri. Aku ingatkan perempuan aje boleh kahwin paksa. Rupanya aku. Aku pun boleh kena khawin paksa? Gila tak jantan nya.
"IBU AYAH SAMPAI HATI." Melissa jerit kuat. Menunjukkan yang dia tidak suka di paksa begini. "Melissa. Just shut up okay. Sekarang Damien dan Melissa sudah bertunang. Perkahwinan Melissa dan Damien akan berlangsung 2 bulan dari sekarang. Count on it. Deal with it." Mereka bangun bersalaman dengan tuan rumah kemudian terus berlalu pergi. Melissa maju mengikut tetapi di halang.
"WHAT IS MY MISTAKE SAMPAI AKU KENA TERSEKAT DENGAN KAU NI!!" bengang betul Damien. Melissa berpaling memandang Damien. Dia benci betul dengan mulut pemuda ini. Kalau ada cili dekat dengan dia memang dia cili-cili je. Biar bisu terus pijar tak boleh bercakap.
"Damien cakap elok-elok dengan bakal isteri kamu." Damien terus berpaling ke arah mamanya. Tak guna mama dah being a really goddamn suka memanaskan keadaan.
"Ma, mamaa tahu kan Damien dah ada yang tunggu. Mamaa kenalkan.. She nice ajekan mama dah kata sukakan dulu." pujuk Damien. Dia memegang lengan mamanya.
Melissa gelak. Ouh ya, aku dapat idea jahat macam mana nak buat mamat ni telan balik semua bahasa dia keluarkan dekat aku. Let the bitch play her role now.
"Aunty, Melissa nak khawin dengan Damien." lembut dan santun sahaja bahasanya.
"WHATTTT?!?!?!"
TO BE CONTINUED
Comments
Post a Comment