𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑨𝒌𝒖?

Bagaimana dengan aku? Hari ini aku duduk lagi bersandarkan berat beban yang ku pikul di belakang tubuh ku ini. Mahu sandaran ini aku ubah ke posisi rebahan, berbaring tenang biar cuma tanah yang memikul bebanan ku tanggung ini. Ah, rambutku perlahan aku elus kebelakang, mata ku meliar melihat orang-orang yang melintasi duduk ku. Bagaimana mungkin langkah mereka atur begitu cepat, begitu cepat dari ke tempat ke satu tempat seakan-akan berterbangan terapung-apung mereka disekelilingku. Bagaimana ya mereka mampu begitu kuat melangkah, berlari mengejar apa yang mereka mahu. Dan aku yang tercipta ini setiap beban yang mendatang aku cuma mampu berbaring, bahu ku terasa semakin jatuh, susuk tubuh ku melemah, dahulu tak aku begini. Sebelum kenal dia, aku tak begini. Aku mampu melangkah jauh lebih dari langkah aku sekarang. Berjalan jauh lebih dari yang aku mampu lakukan sekarang, aku sedar aku yang memilih untuk lemah begini. Aku yang memilih untuk posisi rebahan begini. Kalau beg...