#18 ADDICTION

What am I? Dahlia perlahan melangkah masuk ke dalam ruangan dapur, pagi ini dia mahu menyiapkan sarapan untuk abangnya. Matanya melirik perlahan ke arah jam dinding di dapur. Ada satu jam masa yang tersedia buatnya. Tadi bangun sahaja subuh dia terus bersiap untuk ke sekolah. Hari ini dia punya latihan fencing lagi. Jadi dia tak punya masa untuk bermalasan di rumah seperti yang dia inginkan. Lily di ruang biliknya juga masih tidak bangun walaupun sudah dikejutkan beberapa kali. Apron di yang tergantung perlahan di gapai dan di sarungkan ke tubuhnya. Dia mahu masak mee goreng sedikit. Menyibukkan diri mencari bahan dan mula memasak. Sesekali dia menyanyi kecil. Tangannya lincah mencampakkan bahan ke dalam kuali dan mengaulnya. Dia diam sahaja sepanjang di dapur tekun menyiapkan tugasannya. Walaupun rumahnya punya pembantu, sesekali dia akan turun di ruang dapur ini untuk mengingatkan abangnya yang dia juga pandai memasak. Dan Adam pernah beberapa kali mengatakan masakannya mirip masakan...