#17 ADDICTION

Hold my hand.. Jarinya tidak berhenti dari mengetuk meja. Berfikir. Dia baru balik dari latihan fencing . Sekarang duduk bersama Firash makan di restoren yang sentiasa menjadi kunjungan mereka ini. "Saya rasa awak boleh berhenti ketuk meja Lia." Firash memecahkan kerunsingannya. Berkenaan Lily tentu sekali. Lily yang sudah jarang melepak bersamanya. Sejak dari dia tahu Lily kembali bersama Daniel. Hatinya langsung tidak tenteram. Hidupnya juga. "Apa yang awak fikirkan?" soal Firash. Dia berhenti makan. Fokusnya pada Dahlia. Dahi Dahlia sedari tadi berkerut seribu. Banyak benar masalah gadis itu. Tentang apa pun dia tidak pasti. "Daniel." mendengar nama itu meniti di bibir Dahlia buat dia berubah riak. Tentu sekali dia akan risau. Daniel dibuang dari Conlay selepas kes dia dan Haris bertumbuk di rumah kelab hari tu. Lama dia tidak melihat pemuda itu. "Kenapa dengan Daniel?" soal Firash. Cuba untuk tidak terlalu berfikir buruk. "Daniel dan L...