Posts

Showing posts from September, 2022

#16 ADDICTION

Image
WE WERE JUST KID WHEN WE FELL IN LOVE. Dahlia mencampakkan perlahan foil nya. Helmet di kepala dicabutnya sebelum terus merebahkan tubuhnya di atas lantai dewan latihan itu. "Kau okay tak Dahlia?" Lim menghampiri. Dahlia membuat isyarat diam tidak mahu diganggu pemuda itu. Lim menepuk perlahan bahunya. "Tak sampai 45 minit pun lagi routinen ya dah mengalah.."  komen Lim, dia mula membebel berkenaan beberapa hal lain. Dahlia perlahan mengiring. Dia menutup kepalanya dengan kain. Dia sudah dengar beberapa senior lain yang mengadu berkenaan Lim. Lim yang psiko ahli kelab dengan mulutnya yang becok ini. Jadi dia sudah sedikit terbiasa dengan aktiviti memulaukan segala-gala yang dibicarakan Lim sekarang. Jadi sangat terbiasa. Dia berpaling apabila suara Lim sudah tidak kedengaran. Tuala dikepalanya di tarik perlahan. Firash duduk bersila di sisinya dengan senyuman. "Jom makan.." ajak Firash. Dia tercari-cari di mana Lim berada. Firash yang berpakaian kasual it...