#14 ADDICTION
To even think that you are part of me.. Tan Sri Dahlan mengeleng perlahan apabila melihat kereta pegawai polis itu keluar dari perkarangan rumahnya. Dia dapat bayangkan berapa banyak akhbar nasional yang akan memperkatakan tentang hal ini. Dia berpaling memandang ke arah Haris yang duduk di atas sofa sekarang. "Kau boleh pack barang kau and get ready to the UK end of this month ." ujar Tan Sri Dahlan. Haris diam tidak membuka mulutnya langsung. Malam tadi polis datang membawanya ke balai atas kes menyebabkan kecederaan kepada Daniel. Dia tahu ini akan berada di hadapannya dan dia akan berada di dalam satu fasa yang di mana dia harus mengikut telunjuk ayahnya sekarang. Dia bangun perlahan, mencapai jaketnya kemudian mahu berlalu pergi. "Paa.." dia berpaling perlahan. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan. Ada sesuatu yang sangat menganggu fikiran. Dan ingin dia sampaikan pada papanya. Tan Sri Dahlan menanti bicara seterusnya. Seketika cuma dia berdiri memandang keara...