#8 ADDICTION

Are we even dancing on the same music? Lily Diana, kau gila atau kau sudah terlalu puas bermain di dunia ni? Langkahnya berhenti dicorakkan di atas lantai kamar mandi itu, dadanya berdebar. Takut dia mahu keluar dari kamar mandi hotel ini. Dia berani mengikut Daniel sehingga ke sini, seharusnya dia tahu padahnya apa. Dia yang mencari pasal, dia yang mengangguk apabila di ajak ke sini. Sekarang mengapa dia harus takut dan tak berani. Perlahan dia meraba poket seluarnya. Log panggilan nama Haris jelas tertera di situ, berdebar, dia tak mahu Haris yang berada di hadapannya. Dia lebih takut Haris sekarang ni. Perlahan dia menekan pada satu nama yang sudah mula jadi sebahagian dalam hidupnya. "Dally.." Lega kerana Dahlia cuma mengambil beberapa ketika sahaja untuk menjawab panggilannya. "Dally kau kena tolong akuuuuu.." dia berbisik perlahan tidak mahu Daniel yang menanti diluar mendengar perbualannya di dalam ini. "Kau boleh datang SriMas Hotel?" terus dia...