#5 ADDICTION
Madly in love or just the mad me? Tangannya menghulurkan perlahan tiket kepada Haris. Haris menyambut perlahan. "Lily mana?" soal Haris memandang ke arah Dahlia aneh. "Masuk dulu sebab bawa barang." jawab Dahlia, Haris mengangguk. Dia mencapai tiket yang dihulurkan Dahlia perlahan, "Nak beli makanan atau tak?" soal Haris lagi, dia memandang gadis di sisinya itu. Dahlia mengangguk dia memang teringin nak makan pop corn pun hari ini pun. Haris mengangguk dia melangkah menuju ke arah kaunter pop corn , Dahlia cuma mengikut dari arah belakang. "Jalan dulu kat depan.." arah Haris. Dia memberi laluan kepada Dahlia untuk melihat menu yang ingin dipilih, "Hye dik, hari ni abang mana?" Haris berkerut. Pemuda itu mengenali Dahlia. "Abang kat rumah." Dahlia membuka mulut menjawab pertanyaan yang dilemparkan. "Sorang je ke nak abang teman tak?" selamba sahaja pemuda itu. Haris hanya menanti berpura-pura tidak mengenali Dahl...