Posts

Showing posts from June, 2021

𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 : 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒚 𝒇𝒊𝒗𝒆

Image
A space for me to find a peace, a space for you to find the answer.. Dalisha menarik perlahan kerusi di meja makan, dia berdiri seketika. Hari ini sudah dua hari berlalu dari pertengkarannya dengan Luqman. Pemuda itu masih menyendiri. Dan dia masih begini. Mencari alah untuk dia memulakannya semula. Telefon di tangan di pandangnya sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Number mama perlahan di dailnya. Ini pertama kali untuknya mendekati mertuanya itu. Seketika dia menanti panggilannya di angkat.  "Assalammualaikum.." sapanya perlahan apabila deringannya bersahut. "Waalaikummusalam.." ringkas sahaja mama menjawab. Dingin nadanya.  Dalisha telan liur seketika, memberanikan dirinya. "Maa.. Ada di rumah?" soal Dalisha.  "Ya.. Kenapa?"  "Boleh Imani datang, Imani ada sesuatu nak bincang dengan mama.."  "Datang je.. Luqman sihat?" soalan mama buat dia termangu seketika. Dia tidak bersua muka dengan Luqman sejak kali terakhi...