#10 ADDICTION

What do we do? Matanya memandang ke arah tempat duduk Lily, kerusi itu kosong tidak berpenghuni. Hari ini Lily tidak hadir ke sekolah. Dia menongkat dagunya perlahan. Berkenaan Haris mula menganggu fikirannya, ada hal yang besarkah berlaku di keluarga Haris. Lily tidak hadir hari ni. Haris malam tadi kelihatan bermasalah. Ah dia tak pernah sibuk hal orang lain. Dia mengeleng perlahan, cuba untuk mengeluarkan apa yang di fikirkannya. Perhatian mula di alihkan kepada latihan addmath yang berada di hadapannya. Tangannya memusingkan pen dan fikirannya mula memikirkan masalah di hadapannya ini. Dia tiada masalah untuk lulus tapi masalahnya sekarang, bagaimana mahu memastikan keputusan addmathnya tidak merosakkan keputusan SPM nya nanti. Ini pun satu masalah sekarang. Dia mula mengeluh. Markahnya memang antara yang paling tinggi. Dia sorang je dapat C yang lain semua tidak lulus ah. Ini masalah juga tiada yang boleh dibuat rakan belajar. Tutor? Ah dia mengeleng perlahan. Eh kejap ...